Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Kalau Umno bagi PAS laksana hudud di Kelantan, apa akan evangelista DAP buat?

Johor mahu cuti Jumaat.

Brunei mahu laksanakan hudud secepat mungkin.

PAS mahu hudud juga.

Umno mahu perpaduan Melayu Islam.

Apabila Umno bagi PAS benda hudud yang diminta-minta itu, Umno akan dapat pula perpaduan Melayu yang diidamkan beserta “undi popular” dalam PRU14 nanti.

Apabila PAS bagi undi-undi Melayu kepada Umno, PAS akan dapat negara Islam yang dihajati mereka untuk sekian lama.

Politikus evangelista DAP tamak wang dan kuasa. Sampai anak dan bayi pun sanggup ‘dijual’ si oportunis kelabu mata, gara-gara YB mahu kekalkan jawatan tinggginya supaya akan boleh terus memperolehi lebih wang dan lebih kuasa.

DAP mahu Putrajaya. Mereka melangkah ke Sabah dan Sarawak untuk menghasut pribumi Kristian untuk mendapat undi untuk mendapat kuasa.

Di PAU kelmarin, Najib mendedahkan pembohongan Anwar tentang pengundi hantu Bangladesh, dan pembohongan kedua Anwar apabila dia menafikan pernah membohong tentang isu yang dicipta-cipta itu.

DAP pun sama pandai kelentong tentang pengundi hantu warga asing di Jerusubang.

Evangelista DAP lah yang pandai sekali berputar-belit. Saban hari menanam benci dan menabur fitnah.

Sekarang Umno tidak lagi mahu berkawan dengan orang Cina kerana 90-95 peratus orang Cina menyokong pembangkang. Ibarat mencurah air ke atas daun keladi semua pujukan terhadap masyarakat Cina. Hari-hari dibalas dengan tuduhan melulu, tengking dan caci-maki.

Stabbed by pen2

Ini ‘mayat’ Karpal yang seorang-seorang sahaja dalam DAP masih mahu membantah hudud.

Dan di bawah ialah kaum Cina yang dikhianati evangelista DAP yang kemaruk kuasa dan rakus harta.

Angkara termakan bisa evangelista pendusta tegar, maka kaum Cina akan tersisih daripada arus perdana Negara Islam yang bakal dibentuk oleh Umno ekoran “perbincangan perpaduan” sesama saudara sebangsa, seagama yang akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Stabbed by pen

Disyorkan baca:

Leave if DAP stays with PAS, Karpal told (FMT, 3 Dec 2013)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

7 thoughts on “Kalau Umno bagi PAS laksana hudud di Kelantan, apa akan evangelista DAP buat?

  1. re Brunei mahu laksanakan hudud secepat mungkin

    6 months from now according to the BBC http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-24624166

    Apa evangelista DAP buat ?

    Mereka akan kata, apa yang Umno boleh bagi, kami akan bagi lebih banyak lagi. Soal lebih banyak lagi, kena tanya evangelista DAP. Mungkin evangelista DAP akan cadang supaya Syariah wajar juga dilaksanakan terhadap kaum bukan Islam.

    Susah sangat ke nak jawab soalan ni ? Tak susah pun. Kita kan dah kenal sangat dengan evangelista DAP ni.

  2. I like to share about opposition strategy that people been fooled so many years and their get blinded. “jangan lupa setelah pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat sedikit kemenangan dalam PRU-12 dengan menumbangkan majoriti 2/3 BN dan merampas Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; pemimpin kanan dan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew membuat kenyataan ‘bukan sesuatu yang mustahil untuk Singapura menyertai semula Malaysia’.

    Sekiranya pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS memenangi kerusi Parlimen dan membentuk Kerajaan, mereka boleh membawa usul ke Parlimen menurut Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia. Usul ini hanya memerlukan majoriti mudah 112 kerusi untuk diluluskan.

    Jika itu berlaku, dan usul itu diterima oleh Parlimen Singapura, apakah akan terjadi? Parlimen Singapura dan Parlimen Malaysia akan bergabung. Dengan Parlimen Singapura mempunyai 89 kerusi; dan kita pun tahu siapa yang menguasai kerusi ini. Apa akan terjadi?

    Mereka akan dapat menguasai Parlimen Malaysia dengan majoriti besar, malah kemungkinan 2/3!

    Dan kita boleh bayang apa akan jadi kepada bangsa Melayu-Islam jika mereka yang memerintah?”

    1. re: “menjemput Singapura menyertai Malaysia”

      Boleh juga melonggarkan syarat kewarganegaraan umpama di Singapura yang menjemput orang berbakat untuk menjadi pemastautin.

    2. wajib,

      Satu lagi halangan ialah Majlis Raja raja. Dalam hal kemasukan Singapura atau wilayah lain kedalam Malaysia, perkenaan Yang diPertuan agung diperlukan. Dan keputusan baginda adalah mutlak dan tak boleh dipertikaikan.

      Tetapi masalah ini boleh diatasi. Yang pertama akan dibuang jika UMNO tumbang ialah sistem beraja. Dan “merasalah” Melayu hidup dibawah yahudi.

    3. …macam cerita main pondok-pondok jerr…! Mudah sangat buat pondok dan main kawin-kawin…, lepas itu runtuhkan pondok atau pondok pun runtuh dengan sendirinya…

      Al maklumlah.., akal tak panjang sebab masih bebudak lagi…! Bila akal tak panjang…, maka pakaian mereka adalah kebodohan dan sentiasa dalam keadaan bangang….!

      Tak gitu…?

  3. UMNO sejak dulu sudah beri banyak manfaat kepada komuniti cina.

    Sekolah bangsa ibunda, projek2 lumayan, kewarganegaraan dan lain lain.

    Seperti pepatah ‘habis madu sepah dibuang’.

    Tatkala mereka sudah hampir menguasai segalanya, kini UMNO dipersilakan keluar.

    Kaduk naik junjung. Dah diberi betis mahu peha pula.

    Dahulu Singapura, sekarang Singapore.

    Dahulu Pulau Pinang, sekarang Penang.

    Agak agak terulang kembali x sejarah.

Comments are closed.