Posted in Umno

Amanat Dato’ Onn, Mac 1946, hayati lah

Siapa yang paling layak dikatakan menjiwai perjuangan Umno kalau bukan pengasasnya Dato’ Onn Jaafar? Di bawah ialah salinan teks ucapan bersejarah beliau tatkala menjemput perwakilan Melayu untuk menubuhkan UMO (United Malays Organization).

Ucapan Dato’ Onn di Kongres Melayu se-Tanah Melayu yang pertama pada Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur:

Sebelum saya berucap atas tujuan berkenaan fasal yang pertama dalam agenda mesyuarat ini, saya ucapkan terima kasih dengan setulus-tulus hati kerana kehormatan tinggi yang telah tuan-tuan kurniakan kepada saya dengan melantik saya sebagai pengerusi persidangan yang sangat besar dan dalam maknanya ini.

Kepercayaan tuan-tuan atas saya ialah suatu benda yang tidak dapat saya lafazkan dengan lidah. Perbuatan tuan-tuan atas saya ialah suatu lafaz kepercayaan tuan-tuan atas mustahaknya persidangan sebagaimana adanya perkumpulan di sini hari ini, dan atas kemahuan dan keazaman tuan-tuan, daripada rundingan-rundingan dan keputusan-keputusan hari ini hendak menciptakan tapak-tapak bangunan yang akan menghasilkan dan membuktikan cita-cita bangsa kita yang telah lama diidam-idamkan, iaitu persatuan di antara kita sendiri.

Apakah maksud dan tujuan yang telah menyebabkan kita berhimpun beramai-ramai di sini pada hari ini?
Ada pun maksud dan tujuan kita itu ialah keyakinan diri kita bahawa nasib bangsa kita hanyalah akan dapat diperkekalkan dengan kesatuan hati di antara kita juga dan kesatuan kebangsaan kita itu hanyalah akan dapat dipeliharakan dengan berpegang teguh kepada suatu kepercayaan yang lebih besar dan lebih tinggi daripada bangsa sekali pun.

Sungguhpun ada di antara kita yang berlain-lainan fikiran dan faham serta berlain-lainan taraf dan kedudukan, tetapi hakikat tujuan dan maksud kita hanya satu jua: iaitu kita hendak meninggikan dan memelihara maruah serta kesopanan bangsa kita, kita berkehendak supaya tanah air dan bangsa kita terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu. Dan lagi kita berkehendak kepada mengambil bahagian dan pikulan kita pada menolakkan keaipan yang disebabkan oleh kebinasaan dan kehapusan bangsa kita. Kita berkehendak melihat supaya berhasil persatuan di antara bangsa kita, disokong dan dibantu dengan sepenuh-penuh serta secukup-cukup kekuatan menurut kehendak zaman yang ada ini.

Pada waktu dan zaman kehidupan kita setelah ditimpa oleh suatu peperangan yang tiada bandingannya di dalam tawarikh dunia ini maka sekalian manusia di dalam segala negeri adalah berharap akan dapat merasai suatu keadaan hidup yang lebih baik dan lebih selamat daripada yang sudah.

Adakah kita hendak memandang sahaja akan hal-hal itu atau adakah kita berkehendak jua menyaingi mereka itu? Belumlah pernah ada kepada kita suatu peluang bagaimana yang ada ini untuk memilih yang mana Qyang kita kehendaki itu: Adakah kebahagiannya atau kecelakaannya? Untuk memilihnya adalah terbuka kepada tuan-tuan sekalian. Timbangan neraca nasib bangsa kita itu adalah di dalam genggaman tuan-tuan pada hari ini.

Keputusan dan pilihan tuan-tuan itulah yang akan menentukan sama ada sekiranya kita akan mengambil bahagian yang terpuji pada memberatkan timbangan neraca itu kepada mendatangkan kepercayaan daripada kebimbangan dan kebahagiaan daripada kesengsaraan.

Kemudian daripada kemalangan yang terbit daripada peperangan dunia yang baru lepas ini, maka bangsa-bangsa dunia telah bersatu padu mengadakan suatu ikhtiar bagaimana hendak terselamat daripada dibinasakan oleh bangsa lain serta supaya mengadakan satu ikhtiar bagi membetulkan perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dengan tidak payah lagi bermusuh-musuhan. Daripada ikhtiar itu lahirlah UNO (United Nations Organization).

Orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini telah mendirikan persekutuan, persatuan, kesatuan parti dan pergerakan – kesemuanya dengan tujuan hendak menyatukan dan memperbaiki keadaan kehidupan bangsanya.

Sebagaimana juga bangsa-bangsa dunia telah berkumpul mengadakan suatu ikhtiar bagi keselamatannya dan supaya mempertahankan serangan ke atasnya dan supaya perkara-perkara yang mendatangkan kesusahan kepadanya dan kepada orang-orangnya boleh dapat diperbaiki, maka demikian itu jugalah persatuan-persatuan Melayu dan lain-lain itu berkumpul di sini pada hari ini dengan tujuan supaya kesusahan-kesusahan orang-orangnya dapat diperbaiki dan diselamatkan.

Adapun ikhtiar yang terbuka kepada umat Melayu ialah mengadakan persatuan di antara kesatuan-kesatuan mereka dengan berdiri dan berpegang teguh kepada persatuan mereka itu.

Dari segala ceruk rantau Semenanjung Tanah Melayu ini telah kedengaran kepada kita seruan supaya bersatu padu, dan pada hari ini kesungguhan seruan itu akan teruji dan tatkala diadakan ujian itu maka tuan-tuan yang mewakili mereka itu hendaklah bersatu suara supaya seruan itu akan dapat sahutannya.

Di luar negeri kita yang dahulu senang dan makmur maka sekarang adalah gelap gelita. Di dalam negeri kita sendiri, gambaran sebuah negeri yang makmur dan senang itu mengandungi penduduk-penduduk yang tersenyum dan bersenang hati, telah dicemarkan oleh pergaduhan di antara bangsa-bangsa serta perbuatan-perbuatan yang menyalahi. Di atas kita adalah terbayang suatu bayangan yang gelap, iaitu tidak kita ketahui apakah dia dan suatu kebimbangan keadaan yang ada ini bukanlah sebagai yang patutnya.

Akan tetapi janganlah hal-hal ini mendatangkan kecil hati kepada tuan-tuan pada hari ini lebih daripada lain masa di dalam tawarikh dan kehidupan umat Melayu. Adalah menghendaki kita bersabar dan bertenang fikiran supaya dapat kita menimbangkan secara mana yang benar untuk menemui olak-olakan yang terbit daripada dunia itu.

Pada hari ini, lebih daripada lain-lain masa di dalam tawarikh bangsa kita, adalah dikehendaki kita berkuat hati supaya dapat kita hadapi apa jua yang akan datang dengan kepercayaan di atas diri kita sendiri. Marilah kita tunjukkan kepada dunia, iaitu roh dan semangat datuk nenek kita itu masih ada lagi dengan kita. Marilah kita tunjukkan, iaitu kita masih boleh mengangkat kepala kita dan menatap dunia bagaimana orang yang benar dan kuat hatinya membuat. Marilah kita tunjukkan, iaitu seberat-berat paluan boleh kita pertahankan dengan tersenyum dan berhidup dengan lebih segar dari dahulu. Marilah kita tunjukkan, iaitu dengan persatuan di antara kita maka kita berkehendakkan mengzahirkan satu bangsa yang lebih tegap dan subur, boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tetap dan bersatu. Marilah kita mengaku akan diri kita tidak kurang sedikit pun dari lain-lain bangsa. Marilah kita bersatu dan berusaha bagi faedah bangsa kita dan marilah kita bekerjasama dan menyamakan perusahaan kita itu bagi melayakkan diri kita menjadi satu bangsa yang besar.

Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha.

Tunjukkanlah bahawa kita ini sebenar-benarnya keturunan datuk nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.

Dengan bersatu itu sahaja akan dapat kita menghadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu.

Hadapilah apa-apa yang akan datang itu dengan hati yang kukuh dan perasaan yang sabar serta dengan sepenuh-penuh kepercayaan di atas keikhlasan niat-niat dan tujuan kita itu. Insya Allah pada suatu hari kita akan hidup di dalam cahaya sinaran kemerdekaan sama taraf dengan orang-orang yang merdeka dan menjadi kemegahan kepada diri kita sendiri. Saya telah mendengar, iaitu persatuan di antara orang-orang Melayu akan menjadi merbahaya kepada lain-lain bangsa di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini. Akan tetapi saya tidak mengerti apa sebabnya. Sebaliknya pula persatuan umat Melayu itu akan menjadi lebih-lebih membawa kepada ketetapan dan keadilan di dalam negeri kita yang di dalamnya kita sentiasa telah memberi akan tetapi tiada mendapat balasan yang berpadanan. Berlawan-lawan di dalam segala perkara kehidupan sememang telah ada dan masih akan ada lagi akan tetapi perlawanan yang benar tidak patut dibimbangkan bahkan patut disambut.

Sungguhpun pada masa setahun atau lebih yang baru lepas ini telah berlaku beberapa kejadian di antara bangsa-bangsa yang mencacatkan kehidupan beribu-ribu orang yang telah hidup dengan baik dari semenjak sebelum Semenanjung ini diperintahi oleh satu bangsa akan tetapi tiada patut dibimbang bahawa kesatuan di antara orang-orang Melayu itu akan membawa kepada pergaduhan dan perkelahian lagi.

Sebelum saya tutupkan percakapan saya ini maka saya hendak bercakap sedikit bagi maruah dan nama bangsa kita. Adapun tuan-tuan yang berhimpun di sini pada hari ini ialah wakil-wakil yang terpilih dan tiap-tiap sepatah perkataan serta tiap-tiap satu gerak-geri dan perbuatan tuan-tuan itu akan ditimbangkan dan diperhatikan. Yang demikian itu jemputlah menjalankan rundingan kita dengan keadaan berbaik-baik dan berikhlasan hati dan jika sekiranya ada yang hendak mendatangkan teguran maka biarlah teguran-teguran itu barang yang bernas dan memberi faedah.

Tuan-tuan adalah dikehendaki memberi satu keputusan sahaja, iaitu adakah atau tidak hendak dijadikan UMO (United Malays Organization). Butir-butir perdirian dan perjalanan UMO itu ialah perkara yang tuan-tuan juga mesti menetapkan. Senya saya hanyalah meminta supaya fikiran dan syor yang berfaedah tatkala dibukakan peluang bagi merundingkan perkara-perkara itu. Demikianlah percakapan saya dengan mengulangi sekali lagi sepenuh-penuh terima kasih daripada hati saya yang ikhlas, adanya.

(Kongres telah bersetuju kemudiannya dengan nama UMNO, United Malays National Organization, dengan terjemahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

35 thoughts on “Amanat Dato’ Onn, Mac 1946, hayati lah

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar

    In later years, Onn became increasingly disgusted with what he considered to be UMNO’s race based communalist policies, and called for party membership to be opened to all Malayans, and for UMNO to be renamed as the United Malayans National Organisation.

    He was actually wanting UMNO to be opened to ALL races, including Chinese and Christian! He is AGAINST the race based politic.

    1. lu ni bodohlah…. Dato’ trusted that the Malays will be generous that he opened UMNO can be race blind which is not possible since the Chinese then were buta Bahasa Melayu and infested by Communist ideologies berkiblatkan Tingsan… opening UMNO to all races would have failed.. he died his Parti Negara that failed miserably that confirmed that the Chinese and Indians were not interested in embracing Onn dream.

      BTW, 19% of Parliamentarians are Christians, only idiots think Christians are denied political leverage in Malaysia.

    1. Dato’ Onn Jaafar gave the non-Malay inhabitants of the peninsula their first and last realistic chance/shot at ‘equal’ citizenship through his IMP (Independence Party of Malaya). His offer was spurned by the Chinese.

      And nope, Dato’ Onn was not a traitor to the Umno Malays. He is very much respected. The Umno annual general assembly displays his portrait in pride of place (first) alongside his successor presidents of Umno. Unlike the DAP that has expunged Devan Nair from the party annals (official website) of their history.

      Before you go around plastering that label of ‘Malaysian’ on your chest, belajarlah sedikit sejarah terlebih dahulu. And don’t come here trying to teach your grandmother to suck eggs with your cut & paste Wiki, peddling your DAP mantra against race-based politics.

      Dato’ Onn’s views are expressed in his own words (above) in the 1946 historic speech made at the formation of Umno. Tahu baca ke?

      You do not differ much from the Chinese of the 1950s. Can’t see beyond the end of your nose.

      1. Learn your history right rather than continue to suck UMNO cock. Dato Onn idea was not spurned by the Chinese. In fact he proposed to allow the membership for non Malay with the condition that they don’t take important posts in the UMNO. His idea was to make sure non Malay would not be given chance in election thus limit the chance of non Malay governing this country. Despite this, the UMNO Malay still object his idea and force him to leave UMNO and form a new party.

        1. So now you’re saying Dato’ Onn is a “traitor” (your word earlier) to the non-Malays.

          Your vocabulary is always revealing of the kid of people you are.

          1. I am just stating the fact that by using your usual standard and ways of associating the events, he is categorized as ‘traitor’ of Malay just as how you associate the the star paper and opposition as against the Islam and Muslim.

            1. re: “just as how you associate the the star paper and opposition as against the Islam and Muslim”

              Puh-leez lah. The DAP was carrying its reputation as anti-Malay and anti-Islam before I was born. And when The Star was suspended in Ops Lalang for being subversive and anti-national, I was in school.

              1. Anti NEP is not the same like anti Malay. Anti UMNO is not the same like unpatriotic. When A=B and B=C, you can’t assume A must be equal to C, this is your usual way of logic. If Dato Onn allows non Malay to be UMNO member, then by your logic, Dato Onn must be anti Malay as well.

                1. I don’t think you’re in any position to talk about “my logic” since you’re not displaying yours with any degree of believability.

            2. “By UMNO and your standard, Dato Onn Jaafar is a TRAITOR to UMNO Malay”

              “….he is categorized as ‘traitor’ of Malay”.

              Dato Onn has never been thought as traitor by the UMNo nor Malays. He just had different opinion at the later stage, hence set up a new party. Why do you “malaysian” (what an arrogant name, as if u encompasse all Malaysian) likes to put words into other peoples mouth?

              Btw, there’s a lot of difference btwn a person leaving an organization/expunge to pursue his own idealism with the likes of Star n opposition  who bermuka2 but tikam from back n front against Malays n Islam to pursue it idealisme (kononnyer in the name of bangsa Malaysia… But to be Malaysian, one must respect the constitution first). We respect the former, but the latter…… Dangerous and buat meluat jer!

              1. “Why do you “malaysian” (what an arrogant name, as if u encompasse all Malaysian) likes to put words into other peoples mouth?” I am just using Halen’s logic to derive this conclusion.

        2. Don’t Chinese have MCA and Indian have MIC? Back then, the Chinese and Indian wasn’t even considered as citizen. How can Dato’ Onn allow non-Malays to hold important post in a Malay party? It’s akin to saying PAS allowing non-muslims to hold important posts in its party.

          1. Ajay,

            ‘Malaysian’ is slandering Dato’ Onn. ‘Malaysian’ and his fellow SABMers rewrite history as they please without any respect for facts.

            Dato’ Onn was fighting for ‘Malaya for Malayans’ even before the rise of Lee Kuan Yew.

            He was a man ahead of his times, when neither the pro-establishment Malays nor Chinese were ready for the idea.

          2. “In June 1951, Onn offered an ultimatum to Umno to open its doors to non-Malays. When this was not forthcoming he left the party to set up the non-communal Independence of Malaya Party” — Jospeh M. Fernando, ‘The Making of the Malayan Constitution’, monograph No.31, The Royal Asiatic Society (Malaysia)

            Come on lah, how many party presidents are willing to relinquish their position on principle, especially a party that they themselves founded? (Just look at what politicians today do to cling to power, never mind a party presidency).

            Dapsters like ‘Malaysian’ blacken the name of real heroes, and elevate to sainthood their own politicians who are nothing more than charlatans.

            Dah lah sendiri buta sejarah, mahu memfitnah negarawan pula.

    2. malaysian,

      No.. UMNO never perceives Dato Onn as a traitor. You did.

      UMNO accords highest of respect to Dato Onn although he left UMNO. When he passed away in 1962, he was accorded highest of respect too.

      UMNO never denies Dato Onn’s contribution the way DAP sideline Devan Nair simply because Devan Nair is not a Chinese. If you go to PWTC, you will see the portrait of Dato Onn, befitting his position as founder of UMNO.

      Yes Dato Onn left UMNO. But his contribution at the most critical and defining moments of Malays and Tanah Melayu are never forgotten.

      Dr Mahathir too gives tribute to Dato Onn, saying Dato Onn managed to galvanise Malays into as political strength to fight the largest colonial empire, British empire, that just won a World war.

      There is no right or wrong in both Dato Onn’s and UMNO’s ways. Dato Onn saw opening UMNO to non Malays as the only viable condition for sooner or later to be independent nation.

      UMNO on the other hand was then worried that such a move may only replace British rule with Chinese rule . Whether the concern was misplaced or not, but the fear was (and still) genuine.

      One Wanita UMNO says this beautiful pantun (meant to Dato Onn)

      “Tenang tenang air di laut
      Sampan kolek mudik ke tanjung
      Hati terkenang mulut menyebut
      Budi yang baik rasa nak junjung”.

      May Allah SWT in his INfinite Mercy blesses his soul.

      Thank you sir(Dato onn)

      Thanks for your selfless contribution. Thanks for making Malays realise that no one will defend them unless they fight for their rights..

      1. re: “When he passed away in 1962, he was accorded highest of respect too.”

        A state funeral.

        Dato’ Onn was a visionary and our country’s finest statesman.

        It’s only the ilk of ‘Malaysian’ who would demean his legacy by suggesting that non-Dapsters view him as “a traitor”. Really, their accusations reflect themselves rather than the people they’re pointing their finger at.

        1. Helen,

          Thanks for the info. I did not that Dato Onn Jaafar was accorded a state funeral until you told me.

      2. That’s why we must learn our history right. Dato Onn was actually against sharing the power with non Malay. He actually advised TAR against this idea. It was TAR’s idea of sharing the power to facilitate the independence of Malaysia. Dato Onn actually want to delay the negotiation with British if British insist on the power sharing with other races.

        Who care what DAP did for its founder. The non Malay are very practical, they will support what is right and beneficial for them. The non Malay once throw the solid support for Dr M but when UMNO start screwing up this countries with massive corruption and mismanagement, the non Malay will not be hesitate to switch side.

        1. Where did you read your history from? The Saya Anak Bangsa Malaysia website?

          FACT: From 1955 to 1970, Tunku Abdul Rahman presided over the very race-based system of Umno, MCA and MIC that you Dapsters are always railing against.

          When he was Umno president, he could have opened up Umno to become the United Malayan National Organization. He did not.

          Instead Tunku was the founding father of the Alliance (Umno-Malay, MCA-Chinese, MIC-Indian) and under his premiership, the Alliance (politics of 3 separate races) became the ruling party. Note: BN was formed by Tun Razak post-May 13.

          COMPARE: Dato’ Onn went against the tide with his plan to open up Umno membership to ALL. He left Umno when his plan was rejected.

          Tunku took over the presidency of Umno and maintained the party as the United MALAY National Organization. Therefore Tunku was bearing the mantle of race politics which Dato’ Onn rejected.

          Basic simple facts like these pun lu tak leh pahe ke?

          re: “The non Malay are very practical, they will support what is right and beneficial for them.”

          Yes, they’re very practical. The evangelista DAP politicians are willing to even pawn their “2 babies”.

          1. “The evangelista DAP politicians are willing to even pawn their “2 babies”.

            This is a democratic country. UMNO have to better their offer otherwise don’t blame the non Malay for rejecting them. Raced based politic is a zero sum game, if in every UMNO assembly, the non Malay is forever being blamed for Malay failure then it is not mentally sound for the non Malay to support UMNO.

                1. Malaysian,

                  That is known to everyone on this planet. We respect your decision.

                  So, be outside the government.

                  ah. what a feeling. So nice to feel and to realise that even without the Chinese, UMNO still can rule the nation.

                  No offense to the chinese, of course. I notice DAPsters think that criticizing them is tantamount to betrayal of Chinese interests.

            1. Malaysian,

              Are you mad? Have you forgotten the “elephant in the room”.

              DAP is 10000 worse. It cares the perpetuation of Lim dynasty only.. It is bringing chinese to clash with the Malays.

            2. “Raced based politic is a zero sum game”.. aha this point really make me vomit.. tell this to DAP.. a party that claimed based on socialist agenda and democratic, irrespective of race and religion.. but yet not even a Malay worthy to be elected..

              Yeah.. the Malays in DAP is only worth 50sen now and in case the DAP won federal power (God forbid), the Malays worth only 1 sen.

        2. Dato’ Onn by his actions proved that he supported “race-free” politics.

          When kononnya ‘Malaysian(s)’ like you slander Dato’ Onn so cavalierly, it really, really shows up what kind of people you are.

        3. WHAT TUNKU ABDUL RAHMAN DID:

          Quote passage, page 73

          “On 16 September 1951, the Independence of Malaya Party was inaugurated in Kuala Lumpur. It seems that at the time of leaving the UMNO Dato’ Onn had not thought that he was severing all relations with the organization that he had founded; he had emotional ties with the organization. What he had in mind was that the UMNO was not yet ready to accept his ideas and therefore he had to leave it and establish the new party based on his ideas with the help of non-communal-minded Chinese, Indians and others and the non-communal elements within the UMNO. The rest in Umno, as he saw it would be left under a moderate and responsible leader who would prepare them for eventual non-communal politics and cooperation with the IMP.

          However. the new President of the UMNO, Tunku Abdul Rahntan, had different ideas and would have nothing of it. On 17 September 1951, a day after the formation of the IMP, he declared that any member of the UMNO who joined the IMP, would be expelled from the UMNO. “We cannot tolerate this ridiculous situation …. We cannot afford to have a split in our ranks. The policies of the IMP and UMNO are opposed.”

          He further asserted: “It is the policy of the IMP to open membership to all persons who are resident in this country. There was no qualification as to their allegiance, loyalty or birthright. Can you form a nation with such flimsy materials?” He said that the UMNO, on the other hand, would want a proper choice of materials. “It is not fair for the Malays to throw in their lot with others when others refused to be naturalized, refused to study the language, and refused to adopt the customs of the country.”

          Excerpt from R.K. Vasil, ‘Ethnic Politics in Malaysia’ (Radiant Publishers)

      3. Indeed a beautiful pantun which is perfect for such great statesman. And the pantun often comes in pair:

        Cindai bercorak penuh berpita,
        Pakaian anak Panglima Garang,
        Emas dan perak pengaruh dunia,
        Budi yang baik dijunjung orang.

        I wonder if they still teach these ‘pantun budi’ in school nowadays.

  2. sums it all up

    “The non Malay are very practical, they will support what is right and beneficial for them” but we need to adjust Malaysian’s “non Malay” lets call a spade a spade …chinese will be chinese

    whatever happens they wont suffer, they have a stranglehold on the economy. Their only interest in politics is to safeguard their economy, nothing more nothing less for them. They dont give a shit about loyalty, country, or other races. its all about chinese culture, chinese education, chinese language, and all the other chinese crap.

    1. If they were very practical, theyd ditch their transient culture, embrace Islam and become Malays.

      The most practical Chinese were the Thai Chinese as they fully assimilated to the local culture. The Malaysian Chinese only took advantage of the Malays generousity.

Comments are closed.