Posted in Evangelista Bintang Tiga

MyMassa, be careful what you wish for

Desakan kepada YB KJ, tukar pengerusi media baru, carilah yang berpengalaman‘ (MyMassa, 6 Dec 2013).

Ale …

Kan awal-awal saya dah kata, ‘Para blogger Umno akan diganti dengan konco-konco Regina, kot‘.

Jangan lupa ya, YB KJ lu itu pemenang anugerah ‘SHOUT’ … berpedoman #lifestyle lah.

Bagi blogger-bloggger Umno yang kurang senang hati dan nak juga seorang pengerusi baru biro dilantik, be careful what you wish for. Tak payah pun Khairy cari jauh-jauh. Depan mata si Ketua Pemuda dah ada calonnya.

ChinPengTehEngHock

Berpengalaman. Berlatarbelakang wartawan. Meteoric rise in The J-Star pula tu — asyik dinaikkan pangkat aje. Dua kali lima dengan isterinya yang glamer dalam dunia Twitter dan rangkaian Jerusubang.

Kalau Ibdililah Ishak buat Instagram, Encik Regina (gambar atas, kanan) akan lagi hebat di Instagram kerana dia fotogenik. Boleh muatnaik selfie melambak-lambak. Puteri pun akan tertawan kerana wajahnya yang hensem macam Chin Peng sewaktu muda (gambar atas, kiri).

Regina Lee boleh berbaju kurung di acara-acara KJ, maka tidak keberatan Encik Regina Lee berbaju Melayu di acara-acara Kak Jat. Apa susah? Pun dah siap tempah dah — lihat gambar, bawah.

Dengan intel MyMassa yang pandai menyelak itu, pasti MyMassa sudah siap ada dossier Teh Eng Hock (suami kepada Setiausaha Akhbar Menteri Belia dan Sukan), kan?

MyMassa tadi ada juga mencabar Ibdililah dengan bertanya: “Kamu tahukah siapa dia pemilik The Mole, Mynewshub atau TVOnline”?

Wakakakaka … tahupun kita siapa dia pemilik The Malaysian Insider! … “It almost could be concluded that Riong Kali dot com journos and editor have the malice intent to make Mukhriz look bad”, baru saja Big Dog merungut kelmarin.

Regina Lee (reginalah) on Twitter
Press Secretary to the Minister of Youth and Sports

Regina kini sudah ada 4,183 pengikut Twitter, yakni tambahan sebanyak 173 orang  twits

Khairy: Kita nak tukar DNA Pemuda Umno

Enter Encik Regina Lee? Mungkinkah ia berlaku?

Berikut satu possible scenario …

“Tujuan KJ membawa Encik Regina – kalau tiada aral melintang, kenapa tidak? – bekerja dengan beliau [mengetuai BMB] adalah bagi membuktikan sendiri bahawa apa yang penyokong DAP percaya selama ini, bahawa semua menteri Umno itu korup, malas dan tidak tahu buat kerja adalah satu fitnah semata-mata”.

“Lebih menarik, Encik Regina akan boleh bermula di pejabat seorang anak muda berjaya bagi mendapatkan first hand knowledge of what is going on in the Umno ministries [dan juga peta medan psywar parti].”

“Langkah YB KJ juga tepat – kalau betul Encik Regina berkemungkinan dilantik – kerana selain dapat memberikan peluang kepada beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana Umno menjalankan pentadbiran negara, [juga dapat memberikan peluang kepada beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar Umno menjalankan psywar].

“Dengan memerhatikan kecenderungan dan pengaruh Encik Regina dalam laman Twitter terutamanya, sudah pasti akhirnya kebenaran akan sampai juga ke sebelah ‘sana’ bukan?” [Bagus juga fungsi di luar kotak BMB ini nanti. Siapa tahu, nanti akan mampu meraih sedikit banyak undi Dapster dan evangelista bagi pihak BN.]

“Siapa lagi yang lebih layak menyampaikan dakwah kepada orang Cina [bahawa Umno sebenarnya, jujur kata, tidak rasis] selain dari orang Cina itu sendiri?” [Betul tu. Bujai pun dah mentalkinkan cogankata ‘Hidup Melayu’ sebagai tidak lagi releven. Kita mesti berwawasan multiracial dah … kepelbagaian kaum konsep yang disanjung tinggi].

“YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP.”

“Dengan ini, sebagai Ketua Pemuda Umno dan BN, beliau [beserta juga bakal pengerusi baru BMB] akan dapat merangka strategi yang lebih tepat untuk melaksanakan program yang berkesan kepada orang Cina, terutamanya golongan muda yang semakin menjauhi Kerajaan”.

Ayat-ayat yang dimuatkan dalam koma terbalik di atas adalah dipetik (salin tampal) daripada sebuah rencana MyMassa bertarikh 8 Okt 2013. Ungkapan-ungkapan dalam kurungan siku telah diselitkan saya.

Gambar: Model Umno Baru (MUB)

tehenghockBajuMelayu

Bakal pengerusi Biro Media Baru, dan kenapa tidak? Perintis Regina Lee kan sudah berjaya memecah tembok untuk masuk pejabat Menteri Umno?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “MyMassa, be careful what you wish for

  1. Terima kasih atas ‘peringatan’ Sis Helen. Mungkin kena tiru gaya DAP kot, ambil orang macam Zairil. Cina nampak macam Melayu. Kali ni nak cari Melayu tapi nampak macam Cina (Regina). Pengerusi Biro Media Baru kali ni dari segi rupa pun tak nampak chinese look, apatah lagi pemikirannya.

  2. KJ better think hard. What guarantee does KJ have that regina can be trusted not to leak info?

    1. Fazilah,

      No. KJ thinks differently. Just like when he delivered the passport to Anwar. Some sort of “insurance”

Comments are closed.