Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA

Akhirnya tamat juga riwayat 1Malaysia

Ini pin ‘1Malaysia’.

1Malaysiapin

Najib Razak rajin pakai pin ini (gambar bawah).

1Malaysia

Sah

Perdana Menteri

kita amat tekun

memakai pin ‘1Malaysia’nya tu.

Najib1Malaysia4

Tabik!

BAWAH: Sampai ke Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu pun

beliau sedia memakai pin ‘1Malaysia’. Konsultan cukup teruja.

Najib1Malaysia6UN

♥ ♥ ♥

Kasih sayang PM Najib

kepada konsep

‘1Malaysia’

seluas lautan.

Najib1Malaysia5

Malah ia sanggup merentasi langit biru …

Najib1Malaysia9

Najib1Malaysia2

Najib1Malaysia11

Najib1Malaysia

Sebaris dengan lelaki

Najib pakai pin ‘1Malaysia’

Sebaris dengan wanita

Pun Najib pakai pin ‘1Malaysia’.

Ni cinta sejati nih … Rosmah tak bantah.

Najib1Malaysia3

Najib1Malaysia7rosmah

Malah duduk dalam opis jugak

YAB Dato’ Seri pakai pin kecik tu.

Hati kecil orang Malaysia

yang mana tak tersentuh, ek?

Najib1Malaysia8opis

Najib1Malaysia14

Najib1Malaysia13

‘1Malaysia’

Melambak-lambak gambar yang menunjukkan Najib taat setia kepada konsep ‘1Malaysia’. Saya pun malas nak memuatnaik yang lebih.

Baik saya kebas sahaja koleksi sedia ada kutipan tahun 2011 oleh blogger Dhanyaraam (klik untuk besarkan).

[ 11 ] Najib lwn Guan Eng [ 0 ] ~ Y1M 2013-12-22 20-56-32

1Malaysia dikencing berkali-kali

Mahupun PM kita begitu bersungguh-sungguh namun cogankata Najib itu dilanyak oleh DAP dan Dapster semenjak dari titik permulaannya lagi.

Najib1Malaysia12
Najib cukup sedih membaca puluhan cercaan tweet oleh Ratu Twitter Hannah Yeoh terhadapnya

Gambar sebelum Tsunami Cina

Najib1Malaysia10undi

Gambar terkini

BAWAH: Najib sebagai tetamu kehormat di perhimpunan agung MCA yang baru selesai dijalankan di Wisma MCA.

Beliau sudah tidak memakai pin kesayangan ‘1Malaysia’nya lagi. Tapi baju masih ada lencana ‘1Malaysia’.

Saya syorkan cukup-cukuplah. Tak usah bersusah payah tepuk sebelah tangan.

NajibCSLno1M

Dikemaskini 9.45 malam

Baca juga:

Umno telah ditipu hidup-hidup oleh MCA

@myKMUnet, why on earth does Umno still wanna keep MCA?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “Akhirnya tamat juga riwayat 1Malaysia

    1. Dalam hal 1Malaysia ni, Najib has been flying solo.

      Jarang sekali kita nampak para pemimpin kanan dari parti komponen Cina BN tu pakai pin ataupun baju berlogo ‘1Malaysia’.

      MCA takde beza dengan DAP.

      1. MCA umpama duri dalam daging kepada BN. Dulu MCA adalah sahabat karib tetapi kerana hasutan DAP yang tamakkan kuasa, MCA dah jadi sama seperti DAP. Takut nanti akibat tamakkan kuasa, yang dikejar tak dapat yang ada akan hilang.

        Melayu sejati tak akan berdiam diri jika maruahnya dicabar. Masa itu akan hilanglah semua keharmonian dan akan terjadilah pergaduhan antara kaum.

        Islam tidak akan tuduk kepada kafir.

        1. Hasutan cuma akan berjaya jika prinsip diri tidak kuat. Didalam kes mca – mereka dahulukan kaum sebelum negara. Selama mca dalam bn, mereka telah di tatang macam minyak penuh dan telah mengaut sebahagian besar ekonomi negara. Datangnya DAP dengan manifestonya yang disokong oleh PKR dan PAS memberi tekanan kepada MCA untuk berpaling tadah.

          Sekarang melayu dalam pkr dan pas kena buat pilihan samada hendak bersekongkol dengan DAP seterusnya atau bersatu dengan melayu yang lain dan selamatkan tanah air yng satu ini.

          1. Re. Didalam kes mca – mereka dahulukan kaum sebelum negara.

            It applies to 95% of them Fazillah not just MCA. I have seen it many many times be it here or abroad. There are times when I “kesian tenguk” the remaining 5% being put in uncomfortable position with their ridiculous statement by bad mouthing the country and the Gomen. I will normally roll my eyes up and the 5% know that my “acid tongue” is ready to do its job to put them in their place…

    1. Jadi kenapa Najib perlu pedulikan MCA. Parti Cina ini tetap menyokong saudara kandungnya. So Najib jagalah saudara kandungmu yang setia menyokong walaupun sebelum PRU ke 13 ternampak sangat melebih lebihkan Cina. Saudara sendiri di ketepikan!

      Kalau hendak ikutkan rasa marah patut saja diejek dengan perkataan “Padan mukamu dan kesian dia”
      Cuma untuk survival orang Melayu kita tetap perlu bersatu!

      1. Kelakuan najib ini akan menyebabkan orang melayu berpaling arah pada ISMA..

        Saya cadangkan Norlin study tentang ISMA sebagai alternatif wadah kepada survival orang melayu setelah kecewa dengan UMNO dan PAS..

        ISMA bukan alternatif yang terbaik tetapi kristian DAP ini tidak memberi kita ruang.

    2. Memang benar dan tepat sekali tiadanya perbezaan dari segi sikap dan tindak-tanduk di antara MCA dan DAP. Sebab mereka datang dari kaum yang sama…! Secara mutlaknya, mereka sangat menjaga kepentingan kaum mereka.

      Apa yang jelas berbeza di sini ialah di antara Pas dan umno. Kenapa mereka berbeza dari segi sikap dan tindak-tanduk dalam berpolitik meskipun berasal dari satu kaum iaitu berbangsa Melayu…

      Kita ketepikan seketika PKR meskipun tonggak kepimpinan dan ahli-ahlinya ramai dari orang Melayu. Kenapa mereka ini wujud untuk menentang umno/BN yang dipimpin oleh orang Melayu…? Sepatutnya mereka memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada PM 1Malaysia…

      Jawapan semuanya berada dalam benak fikiran masing-masing…! Dan setiap jawapan berdasarkan fakta dan bukannya ilusi serta tidak boleh dimomokkan dengan andaian..!

      Apa yang pasti punca sebenarnya ialah negara Malaysia ini tidak pernah bertukar pemerintah sejak mencapai kemerdekaan. Keseluruhan warganegara mahu melihat perbezaan pemerintahan tetapi sehinggakini masih gagal dan dikekang dengan apa cara sekalipun…!

      Oleh itu tidak dapat dibuat perbandingan siapakah yang terlebih baik atau yang terburuk dalam menguruskan hasil-mahsul negara.

      Perasaan tidak puashati ini telahpun terlakar melalui peti undi ketika PRU13 yang lalu. Kita telahpun maklum peratusan yang diperolehi oleh kerajaan umno/BN.

      Menambahkan lagi kedukaan dan kemarahan rakyat ialah dengan adanya kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh individu-individu seperti HASAN MALEK, ZAHID HAMIDI, AHMAD MASLAN dan WAHID OMAR.

      Mereka ini sebenarnya baik untuk Pakatan Rakyat kerana banyak membantu PR untuk menaikkan perasaan kebencian, meluat dan marah kepada kerajaan umno /BN.

      Lebih ramai manusia seperti ini dalam kabinet Najib lebih menguntungkan Pakatan Rakyat kerana keupayaan mereka mengeluarkan kenyataan telah menaikkan perasaan marah rakyat lalu menyenangkan kerja-kerja pembangkang…!

      1. bn mungkin byk masalah tp pr bukan alternatif lebih baik. kecantikan sistem pemerintahan kita adalah terdapat 3 peringkat kerajaan iaitu persekutuan, negeri dan tempatan. selain kerajaan tempatan, kedua2 kerajaan persekutuan dan negeri ini boleh direbut oleh mana2 parti politik tanahair.

        wpun mmg pr x pernah memerintah, tp parti politik dlm pr telah merasai kuasa memerintah di negeri2 seperti kelantan, selangor, pulau pinang dan satu ketika dulu perak dan kedah. sila bagi contoh apakah kemajuan yang dibawa oleh kerajaan pas kelantan? boleh didebat mungkin rakyat kelantan khususnya melayu ada tanah sendiri tp peluang pekerjaan sangat kecil di sana. padahal rakyat kelantan telah dikenali sbg masyarakat usahawan tp kerajaan pimpinan pas gagal utk ‘tap’ kelebihan ini utk membangunkan negeri sendiri.

        cuba ambil contoh bandar2 spt bandung (indonesia), guangzhou (china) atau ho chi minh (vietnam) yang giat manfaatkan kelebihan ni dan menjadikan segmen shopping sebagai tarikan membeli belah utama. kalau kerajaan pas kelantan nak mendabik dada mengatakan orang kelantan berharta dan lebih kaya berbanding melayu negeri lain, saya setuju tetapi bukan disebabkan faktor pimpinan kerajaan itu sendiri. ianya lebih kepada sifat berdikari rakyat mereka sendiri.

        di selangor pula jalan di ibukota iaitu shah alam berlubang2. yang peliknya dalam laporan audit duit ada tp kerajaan pkr khalid lebih suka simpan duit dari gunakan utk baiki jalan2. nak simpan buat apa saya pun tak tahu. pernah sekali saya berdebat dengan rakan tegar pr dan memberitahu bhw kerajaan selangor yang dikatakan hebat nak tampal lubang pun x pass lg. dijawabnya pula ‘yela takkan nak bagi kroni plak buat jalan’ dan ‘suruh jkr buatlah!’.

        kalau inilah mentaliti penyokong pr, maaf cakap biarlah sy stick pd bn sekurang2nya mentaliti sy x rosak dan shallow. apa guna ada kerajaan negeri tp tak boleh nak selesaikan isu harian rakyat? kerja kerajaan negeri pr ni membangkang sepanjang masa ke?

  1. Terlihat berita masalah kerosakan serius di kawasan perumahan di parlimen Batu, Tian Chua. Penduduk berbangsa Cina mengatakan dah berbulan minta tolong Tian Chua tapi tak dipedulikan. Sedih tengok bila ada kesusahan, BN jugalah yang jadi pak sanggup. Kalau saya, engkau undi Tian CHua maka biarlah dia buat kerja. Pengundi PR harus diajar, jika tidak semakin seronoklah manusia seperti Tian CHua.

Comments are closed.