Posted in Evangelista Bintang Tiga

“Nenek rasis” dan apa kaitan Aliran dengan DAP?

Aliran ialah NGO berdaftar di Pulau Pinang.

Penang Institute ialah think-tank (badan pemikir) bagi kerajaan negeri. Pengerusi dan CEO Penang Institute ialah Lim Guan Eng dan Zairil Khir Johari masing-masing. Pegawai eksekutif kanannya ialah Steven Sim Chee Keong, iaitu Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam.

Penang Institute mempunyai satu bahagian yang dipanggil ‘Events & Communications‘. Ini seolah-olah ia macam menjalankan kerja yang pernah dibuat Hannah Yeoh dahulu sebagai ‘Event Manager’.

guan-eng-camry-300x213-300x200
Camry Ketua Menteri yang 2 bulan diserah kepada Timbalan Speaker Maktar Shapee

Penang Institute menggaji lebih 20 orang penyelidik dan penulis. Dua puluh orang — ramai tu! (DAP bukan sebuah parti tidak apa macam Umno.) Namun nama-nama mereka tidak disenarai dalam laman rasmi Penang Institute.

(Nota sampingan: Ketua Menteri Pulau Pinang juga mempunyai berdozen-dozen orang pegawai khas.)

Dr Wong Chin Huat ialah seorang Fellow di Penang Institute.

Pegawai kewangan Pulau Pinang, Mokhtar Jait, juga seorang ahli lembaga Penang Institute. Semalam Mokhtar mengeluarkan kenyataan mempertahankan pembelian Mercedes Benz bagi Guan Eng.

Ahli-ahli lembaga Penang Institute: Mansor Othman iaitu bekas timbalan ketua menteri, Dr. P. Ramasamy Timbalan Ketua Menteri (II), Chet Singh, Nazir Ariff Mushir Ariff, Rosli Jaafar, Mokhtar Mohd Jait , Ir. Jaseni Maidinsa, Dr Leong Yueh Kwong, Hamdan Abdul Majeed dan Dr Michael Lim Mah Hui.

Aliran member with Guan

Anggota lembaga pengarah Penang Institute Lim Mah Hui (gambar atas) adalah seorang ahli Aliran.

Berbalik kepada tajuk posting yang bertanyakan kaitan Aliran dengan DAP.

Perkasa dituduh sebagai NGO belaan Umno yang menjalankan kegiatan-kegiatan untuk memperkukuhkan parti Melayu itu.

NGO mana pula yang dibela DAP?

Rencana berjudul ‘Defining racism‘ adalah tajuk utama di laman majalah Aliran hari ini. Rencana tersebut ditulis Nicholas Chan, seorang penyelidik Penang Institute dan ia membela peranan Lim Guan Eng yang telah menggelar ketua pembangkang Pulau Pinang seorang “nenek rasis”.

-Nicholas Chan- site-aliran.com - Google Search 2014-01-01 12-42-12

Carian Google khusus dalam laman Aliran atas nama “Nicholas Chan”, kakitangan think-tank DAP tersebut, membuahkan hasil 70 dapatan (search results) — lihat screenshot.

Ini membayangkan talian rapat Aliran dengan Penang Institute.

Nicholas Chan itu hanya salah seorang daripada 20 penulis-penyelidik Penang Institute. Yang lain-lain lagi pun tidak diketahui nama mereka oleh umum. Apa kerja penulis-penulis Penang Institute ini yang begitu ramai orang?!

Adakah mereka sedang merayau di merata-rata tempat ruang awam?

Di samping itu, bagaimana pula dengan NGO-NGO yang diberi makan oleh DAP?

Oooooi, Umno-PPTA! Tolong lah buat kerja sikit. boleh tak?

Benda-benda ini seharusnya Umno yang perlu dedah dan hebahkan kepada orangramai.

Ini tidak. Umno dok buat hashtag #lifestyle dan tweet-tweet Regina sahaja.

Kalau Umno ditalqinkan nanti kerana kalah perang persepsi, padan muka! Patut pun.

ALIRAN 2014-01-01 Nicholas

Berkaitan:

Evangelista melenting pada “racist grandmother” sambil menyebut ‘Allah’

Author:

I have no Faceook or Twitter.

5 thoughts on ““Nenek rasis” dan apa kaitan Aliran dengan DAP?

  1. Though I have not been commenting much, but I’ve been reading your blog Helen. In actual fact, most of my thoughts have been more cleverly expressed by other commentators that I thought by me writing about it will sound repetitive.

    However, I must say that you are right with UMNO being very tidak apa and I seriously think by the next GE,the oppo will win. Is it sad or tragic?

    Well, UMNO is asking for it anyway, so it is very self-inflicted if you ask me.. furthermore, Malaysian has evolved to not only become ignorant but very self-absorbed & selfish… adding the delusionalism that almost all inflicted with, we’re on the express bus to disaster.

    Read the supportive comments on Gecko Eng latest purchase, the oppo sure serve a mighty kool aid that turned their supporters sinile: not only logic abandoned them, it made them hypocritical beyond believe.

    Waiting for the days, when the malays and religious zealots realised that they have been scammed, I am stocking salt and lime for the mean time.

    1. Am glad to hear you’ve been reading my blog. I’ve missed your comments. Don’t worry about sounding repetitive. I am so repetitive myself that may folks must be wondering how repetitive I can be.

      re: “Seriously think by the next GE, the oppo will win. Is it sad or tragic?”

      It is a real possibility. It will be tragic for the minorities because I don’t think that the result (of Umno losing) will be well accepted by some quarters.

      On the other hand, the oppo will not allow BN to stay in power and from now until GE14, we can expect them to throw everything and the kitchen sink. That’s why “national reconciliation” is just not possible. Najib is not a bad PM. It’s just that he’s not the suitable man for these tiring times, not when you have implacable foes consumed with blood lust.

      re: “Waiting for the days, when the malays and religious zealots realised that they have been scammed”

      That is why this DAP power trip is really disastrous for the Chinese community. The backlash is very close.

  2. Note that the portion where Lim Mah Hui’s tail is wagging rapidly while shaking hands with LGE has been cropped (removed).

    Nampak tak?
    Or Me? Tor For???

  3. For me, Aliran has lost its bearing long ago. It used to has thought-provoking assessments where third opinions were most welcomed. But now, just look how the article expounding the term ‘racist’ by slowly offsetting the balance to justify LGE’s action. It’s quite nauseating IMO.

    1. It’s disgraceful how Aliran has turned. Dr Chandra must be squirming that the NGO he formed has become this.

Comments are closed.