Posted in Gunting Dalam Lipatan

2014: Satu syor yang memanfaatkan bagi blogger-blogger Umno

Dirujuk rencana bertajuk ‘Why irritate Muslims by using Allah, Dr Mahathir asks Christians in the peninsula‘ yang disiarkan The Malaysian Insider pada 1 jan 2014.

Mengikut laporan TMI, kenyataan oleh pengarang suratkhabar The Herald, paderi Lawrence Andrew (bahawa gereja-gereja di Selangor masih akan kekal menggunakan istilah ‘Allah’) telah mengundang kemarahan beberapa buah NGO yang mengecam ketetapan tersebut sebagai mencabar sensitiviti umat Islam di samping ia tidak menghormati undang-undang.

TMI juga berkata akhbar Utusan, iaitu corong suara Umno, telah melaporkan tentang berita ugutan oleh Umno Selangor yang mahu membuat tunjuk perasaan di semua gereja di Selangor pada Ahad ini kecuali jika paderi Lawrence sanggup memohon maaf (lihat screenshot bawah).

Why irritate Muslims by using Allah, Dr Mahathir asks Christians

Cadangan saya mudah. Utusan Malaysia sering dimomokkan sebagai “Umno mouthpiece” oleh pembangkang beserta media yang berpihak kepada Pakatan.

Ada baiknya kalau blogger-blogger Umno pun ikut sahaja teladan lawan dan mula memanggil The J-Star sebagai “the DAP mouthpiece”.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “2014: Satu syor yang memanfaatkan bagi blogger-blogger Umno

  1. Re. Ada baiknya kalau blogger-blogger Umno pun ikut sahaja teladan lawan dan mula memanggil The J-Star sebagai “the DAP mouthpiece”.

    Tak tahu nak komen apa tentang ni. Samada mereka dah tak baca J-Star lagi atau masih lagi pekat dengan sifat tidak apa dan tak kuasa nak layan….

    1. Saya rasa ada sesetengah blogger otai Umno yang memantau tipu helah J-Star tu, contohnya Dr MIM, Unspinners dan Annie.

      Cadangan saya ialah agar perkara ini diserlahkan terang-terang supaya Umno tidak lagi leka.

      1. Saya rasa Ibrahim Ali patut buka mulut tentang ni… alang-alang menyeluk perkasam. Although I know that you are fond of him..

        Kebanyakan, blogger-blogger pro UMNO ni tak pro active masih lagi bersifat tulisan ‘pojokan dan gossip” yang memang dah jadi darah daging kebanyakan orang Melayu i.e. budaya MENGUMPAT tanpa menekankan isu dasar atau pokok yang patut dipantau dan diceritakan. Kebanyakannya tidak ada asas kewartawanan.

        Saya sentiasa sokong Pisau.net. Dr MIM, Unspinner, Zam Kata, AIDC.com dan beberapa lagi. Every blogger has their own crowd actually….

        1. “Sungguh mereka telah jadi kafir yang berkata bahawa Allah itu ialah sesuatu dari tiga dalam Ketigaan; padahal tiada tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak mahu berhenti percakapan demikian maka si kafir itu akan dilemparkan azab yang amat pedih. Apakah mereka masih enggan bertaubat kepada Allah? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

          Isa Al-Masih anak Maryam tidak lain hanya seorang rasul, seperti halnya para rasul sebelum nya, dan ibunya adalah seorang wanita yang sangat taat dan benar. Keduanya juga makan makanan. Renungkanlah bagaimana Kita telah menerangkan dalil-dalilnya kepada mereka itu, dan lihat lah bagaimana mereka berpaling dari kebenaran.

          Katakanlah (ya Muhammad): apakah kamu menghambakan diri kepada selain Allah? Sesuatu yang tidak berkuasa untuk memudaratkan atau memanfaatkan kamu? Akan tetapi Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

          Katakanlah (ya Muhammad): Hai ahli kitab! janganlah kamu melampaui batas dalam keagamaan, sehingga terkeluar dari garis kebenaran. Dan jangan mengikuti nafsu golongan orang dulu yang sesat dan menyesatkan ramai manusia. Mereka telah terpesong dari jalan yang lurus.” (Al-Maidah: ayat 73-77)

      2. Apa yang peliknya di sini ialah adanya perbezaan yang ketara berkenaan tuanpunya akhbar tersebut.

        Jika Utusan merupakan akhbar rasmi dan corong suara umno seperti yang dilabelkan oleh pembangkang, ianya tidaklah pelik sebab akhbar tersebut memang milik umno.

        Tetapi jika The J-Star dilabelkan “the DAP mouthpiece”, ianya sangat tidak masuk akal sebab parti DAP tidak memegang sahamnya…! Dengan kata lain, para taiko Dap tiada hak untuk memberi arahan tentang apa perkara yang perlu dilaporkan untuk terbitan esok hari…!

        Umum merasakan, bahawa pengendali “the DAP mouthpiece” ini lebih bijak dari mereka yang berada di belakang tabir Utusan dalam soal pemasaran dan perniagaan.

        Jika The J-Star sebagai “the DAP mouthpiece” mengikut kata dan telunjuk MCA, bisnes dia akan gulung tikar dan para pekerjanya akan bungkus lantas berguling-guling…….

        Re : “Cadangan saya ialah agar perkara ini diserlahkan terang-terang supaya Umno tidak lagi leka.”

        Tidak perlu nak diserlahkan lagi sebab sudah terang lagi bersuluh…, semua mereka datang dari tongsan…! Masih mau selak kain ke..?

        Tindakan yang sepatutnya diambil oleh umno ialah memastikan akhbar Utusan tidak mengalami penurunan jualan sehingga mengakibatkan para pekerjanya juga berguling-guling dan bungkus serta gulung tikar ke tempat lain…

        Macam mana caranya…? Jadilah seperti Sinar jika enggan tunduk kepada Harakah sekalipun….

  2. Dari aspek pemilikan saham, Utusan sememangnya dimiliki majoriti oleh UMNO. MCA pula adalah pemegang saham majoriti dalam The Star. Parti pembangkang tiada pegangan saham dalam mana-mana media arus perdana. Hanya terhad kepada penerbitan akhbar parti ataupun media alternatif seperti Malaysia Kini dan Malaysian Insider.

    Kalau The Star membuat perangai seperti media pembangkang, salah siapa?

  3. Why all the fuss. Just kick the MCA out of BN after all there are no cabinet ministers from them and henceforth they are totally useless to the Chinese. Ada beranikah? Sudah tentu Ah Jib Gor takut because UMNO is riding on the MCA parliamentarian to built the current government.

    PERKASA hanya `tin kosong` bunyi bising tapi tak ada kuku… Melayu needs new nationalistic party with solid principles and unwaver and resolute towards new challenges!

  4. Berkaitan akhbar, majoriti pembaca membeli akhbar yang sealiran dan sefahaman dengan aliran pemikiran pembaca. Berasa seronok kerana dengan membaca ini seolah olah di dodoikan dengan lagu kegemaran. Membaca akhbar pada golongan ini adalah bukan untuk menambah pengetahuan tetapi lebih kepada memberikan kepuasan, ketenangan hingga ke tahap ‘syok’ sendiri… laba tetap hanya diperolehi oleh pemilik akhbar itu sahaja.

    Tidaklah menghairankan jika pemilik The Star membiarkan sahaja haluan penulisan akhbar tersebut. Pembaca akhbar tersebut bukan mahu menambah ilmu tetapi mahu membaca apa yang mereka mahu baca. Yang utama adalah berapa keuntungan yang pemilik boleh dapat.. Sama lah juga dengan utusan dan pemiliknya..

    Berulangkali menyebut paper yg dicadangkan untuk dilabelkan bersekutu dengan DAP hanya akan lebih mempromosikan akhbar tersebut dan DAP..

  5. Fictitiously, there is story of a king by the name of Awang. The people of the land in Kingdom of Bumiwang simply loved King Awang and revered him so much. Awang was a mighty and just king. And, the specific name for their king is Awang, while he bears the royal title of.., King..!

    King Awang became so famous the world over that even people from other land & nations revered him and would sometime refer to their own kings or emperors as their ‘Awang’.

    The issue here is.., would it be proper for those people from other land & nations to refer to their emperor or king as ‘Awang’..? Their kings & emperors would have their own respective names.., wouldn’t they..?

    Over many years and centuries as time had passed by and somewhere along the way, some pseudo-linguist freak had corrupted the name of ‘Awang’ to equate with the terminology of king or emperor.

    Similarly, over many years some pseudo-religious freaks had twisted the specific name Allah to refer to their god. In some cases if Jesus Christ was their god to them.., then would it be proper for them to equate the name of Allah with that of Jesus Christ..!?

    May Allah SWT punish them severely for such a deceitful and horrible act…!

Comments are closed.