Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM MELAYU

Mahdzir Ibrahim bakal dilantik sebagai naib pengerusi DAP Johor

Pemilihan ahli jawatankuasa penggal baru bagi DAP Johor akan berlangsung pada 12 Jan.

Di bawah ialah cai dan (menu disyorkan) yang diedarkan oleh puak Kit Siang dan Guan Eng kepada perwakilan parti.

Liew Chin Tong – bagi mengisi jawatan Pengerusi

Teo Nie Ching – Timbalan Pengerusi

Tan Hong Ping – Setiausaha Organisasi

Wong Shu Qi, Er Teck Hwa, Lim Eng Guan, Ee Chin Li, Tan Chen Choon, Gan Peck Cheng, Pang Hok Liong dan Ng Siam Luang

Mahdzir Ibrahim duduk paling kiri
Melayu DAP : Mahdzir Ibrahim duduk paling kiri sekali, yang lainnya Sakmongkol, Zairil dan Aspan

Wajah hiasan ‘Malaysian Malaysia’ DAP

Dan seperti yang sudah boleh dijangka …

Mahu tak mahu, akan terpaksa DAP cuba mempamerkan satu wajah berkulit coklat dan satu wajah berkulit gelap untuk membayangkan parti itu kononnya terdiri berbilang kaum.

Maka diletakkan juga Mahdzir Ibrahim dan S. Ramakrishnan dalam menu anak-beranak Lim itu.

Di Pulau Pinang, Guan Eng telah memilih seorang Melayu dan seorang India untuk menjadi Timbalan-Timbalan Ketua Menteri tetapi tidak mengikut seniority. Kalau ikut seniority, yang si India itu P. Ramasamy sepatutnya dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri (I) dan yang Melayu Rashid Hasnon pula jadi Timbalan Ketua Menteri (II).

MansorOthman
Timbalan Ketua Menteri Melayu yang sudah disingkir

Akan tetapi Guan Eng ni jenis yang pandai bermuka-muka di depan Melayu sehinggakan ada di kalangan orang PAS yang masih tertunggu-tunggu si ‘Khalifah Umar’ mereka itu diberi hidayah untuk masuk Islam.

Di sebalik kepura-puraan DAP mendokong konsep meritokrasi, sebenarnya DAP masih begitu terikat kepada rumusan ras. Ini dibuktikan di Pulau Pinang di mana si Melayu diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri (I) dan si India Timbalan Ketua Menteri (II), dan bukan sebaliknya.

LoveBrothersSisters

Meskipun DAP tidak habis-habis mengutuk BN kerana mengamalkan sistem komunalisme namun parti itu sendiri tidak dapat lari daripada gejala perkauman.

Kalau tiada aral melintang

Dalam perkara pemilihan ahli jawatankuasa Johor pada minggu depan nanti, anak-beranak Lim mengkehendaki supaya perwakilan Cina DAP negeri memilih juga seorang Melayu – Mahdzir Ibrahim – yang akan kemudian diangkat sebagai Naib Pengerusi (I). Manakala itu, Ramakrishnan akan dilantik sebagai Naib Pengerusi (II).

Kedua-dua ahli DAP Melayu dan India ini adalah menghiasi jawatankuasa DAP Johor bagi tujuan mengaburi mata orangramai bahawa DAP bukan lagi sebuah parti rasis.

Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin lama DAP Johor, iaitu Dr Boo Cheng Hau (penyandang jawatan pengerusi), Norman Fernandez (penyandang jawatan timbalan pengerusi) dan Ahmad Ton (penyandang jawatan naib pengerusi), semuanya akan dicantas kerana tidak sebulu dengan the Dear Leaders.

Disyorkan baca:

Guan Eng changes Malay deputies like a baby changes diapers

Guan Eng’s takeover of DAP Johor, Kedah and next Malacca

Author:

I have no Faceook or Twitter.

14 thoughts on “Mahdzir Ibrahim bakal dilantik sebagai naib pengerusi DAP Johor

    1. Jangan dipandang enteng :) Kalau kubu Umno berjaya dirempuh Pakatan nanti, maka si Mahdzir ni akan dijulang menjadi Melayu DAP Menteri Besar Johor.

  1. Wow so easy meh my friend? Watch out for that beau Nie…dia pandai bakar semangat. Mana pi Jason Teoh di GP….Lansung diam terus, tiada Nama di Barisan MCA baru!

  2. You really are against anything and everything that even remotely resembles unity in this country. Why are you so despicable? Why not let people live together?

    1. Who in their right mind would want to have someone like you as their next door neighbour?

    2. Re: ‘even remotely resembles unity in this country’

      Only by showing that there is 50 sen malay and Indian in their committee, then you call them ‘ unity’.. pls don’t be my neighbour..

  3. Brrrrrr. People put two n two together. There are many Ongs in Malaysia. We know Puan Sri Dr. Aishah Ong, the Perak Ong brothers, Ka Chuan n Kah Ting, Ong Tee Kiat, Kian Meng and many more, famous, little famous, young and old Obgs in Malaysia, Singapore, Brunei and Indonesia. Countless Ongs to claim our relationship! Ong Kah Chuan is the new MCA Secretary General. But my route is from the Johor Palace Ongs…..but not any other Ongs!

  4. Siapa yang bocorkan rahsia DAP ni.. betul betul lah menyusahkan tokong ni.. Si Tokong kenalah sediakan menu baru utk 12 Januari ni..

    ha ha paku dulang paku serpih.. rupanya dalam DAP pun ada ‘menu’ pemimpin untuk dimakan..

  5. Hahahaha! Hahahaha! Helen

    Few simple questions :

    How many seats DAP won in Penang state assembly? How many seats PKR won in Penang state assembly? How many seats do you need to run the penang state government?

Comments are closed.