Posted in Api dalam sekam

Melayu sedia menggenggam bara … betul kah?

Banyaknya tanda seruan yang diletakkan pada tajuk rencana ‘MCA main api !!! Melayu sedia menggenggam bara !!!‘ nukilan blogger ‘Sangkakalajari9’.

Kata Sangkakalajari9:

“Kalau MCA sendiri berminat untuk bermain api rasanya orang Melayu sedia menggenggam hingga ianya menjadi arang.”

arangBetul kah, bang? Ada pemimpin Melayu yang sanggup menggenggam bara api sampai arang?

Siapakah agaknya si pemimpin Melayu garang yang dimaksudkan itu yang rela berbuat demikian?

angpow2014Sangkakalajari9 telah menyeru supaya Umno mengkaji semula hubungan politik parti Melayu itu dengan MCA.

Beliau turut mengingatkan MCA agar jangan mencampuri urusan orang Melayu sebab nanti takut buruk padahnya.

Diberi juga amaran: “Jangan dikejut harimau yang sedang tidur sebab tindakannya tidak akan dapat dibuat jangkaan”.

Nih (gambar) sampul angpow Tahun Baru Cina 2014 — satu lagi projek Ah Jib Gor bagi memikat hati penyokong-penyokong ‘I love PM’.

Jauh panggang dari api untuk Sangkakalajari9 mengharapkan presiden parti Melayu akan mampu bertegas dengan MCA.

(141 patah perkataan)

Berkaitan:

Kalau negara bergolak, siapa akan MCA sokong? (ulangsiar)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

14 thoughts on “Melayu sedia menggenggam bara … betul kah?

  1. Your wordcount reminds me of the bit in SPM Bahasa paper where you need to write a Rumusan of not more than a certain number of words, and you’ve got to include a wordcount, LOL.

    1. It’s for self-discipline. Keeping it shorter and shorter.

      I did say at one time that I’m going to withdraw from political blogging. This is one of the methods for transiting to disengagement.

  2. Bestlah baca tulisan Helen dan saya melayu. Kasi cukup cukup melayu yg berlagak nih…apa lagi blogger pengampu yg terpengaruh sentimen membenci kaum cina. Itu namanya hidup kayu bukan hidup melayu…tahniah tulisan yg baik Helen…

  3. Logiknya DAPster. Kalau filem Melayu atau yang dibikin oleh Melayu – boringlah, boros, rasis.

    Kalau yang dibikin oleh “liberals”, memang art.

    Contoh filem/buku Melayu atau yang dibiayai oleh Melayu
    Tanda Putera – rasis, fiksyen UMNO, boring
    Vikingdom – boring, boros
    Wolfs of Wall Street – boros, rasuah, lucah
    Biografi Tun M – fiksyen, rasis
    Buku Kak Rosmah – self praising

    Contoh filem/buku yang dibikin oleh liberal atau DAPster

    Hantu Gangster (Namewee) – muhibah, social commentary
    Banglasia (Namewee) – art, komedi, social commentary
    Tulisan Patrick Teo and Kee Thuan Chye – artistic, clever
    Biografi LGE – inspiring

    Kalau filem Melayu kena wajib tayang, buang duit.
    Kalau filem art Namewee tak dapat rebat cukai, rasis.

    Tak terpikir ke filem Namewee itu shit ke? Tak pikirke filem evangelista Jack Neo cuma orang Cina yang Ah Beng sahaja yang tengok. Filem Neo tak terjual di Hong Kong sebab bahannya teruk.
    Mungkin filem kritik Hollywood dan panel BAFTA disogok supaya sokong Wolfs of Wall Street sebagai filem yang baik. Logiknya DAPster.

    1. Nantikan Ah Beng The Movie sebagai filem terbaik Oscar 2014. Filem Ah Beng The Movie juga menang Cannes sebab ia filem terbaik memaparkan kehidupan dan adat resam orang Ah Beng di Malaysia.

      “I was inspired to do Brokeback Mountain by Ah Beng.” (Ang Lee)
      “Raise the Red lantern is a homage to Ah Beng” (Zhang Yi Mou)
      “I regret making shit like Wolfs of Wall Street and not adapt Ah Beng into Taxi Driver” (Martin Scorsese)

      1. No lah. The word limit is for me b’cos I want to cut down on my blogging.

        You all are free to discuss.

        Just don’t copypaste entire articles. Give the url will do, or one of two relevant paragraphs and a summary if you like.

  4. “Nih (gambar) sampul angpow Tahun Baru Cina 2014 — satu lagi projek Ah Jib Gor bagi memikat hati penyokong-penyokong ‘I love PM’”

    Nih. Kan perayaan Tahun Baru Cina itu rasis. Kan dah tak ade Cina, Melayu dan India dan semuanya Malaysian.

    Let us pray the remainder racist BN supporting Chinese will repent their wicked pagan ways. Only the non-repented ones will support something so racist like Chinese New Year. The saved ones will celebrate Hari Malaysia because firstly there are no more Chinese, Indians and Malays in Malaysia.

  5. Helen,

    si-sangkakala ni saya rasa tak faham makna sebenar peribahasa yang dipetiknya.

    maksud sebenar peribahasa berkenaan ialah tentang keazaman… iaitu apabila berbuat sesuatu, buatlah sampai berjaya. dalam lain perkataan peribahasa ini sama maksud dengan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

    saya tak nampak kaitannya peribahasa ini dengan kalau orang cina MCA nak bermain api sebab bukankah elok dibiarkan aje mereka bermain kerana nanti akan terbakar sendiri?

    kemudian dikatanya; jangan dikejut harimau yang sedang tidur…. betullah tu tapi takpelah kalau harimau yang dikejutkan tu ialah harimau tua yang dah takde gigi dan takde kuku…. lagi takpe sebab harimau tu dah di’kasi’…. atau lain maksud… dah ‘takde telor’…!

    faham-faham ajelah ya…..

    1. re: “kalau harimau yang dikejutkan tu” …

      … terjaga, ia akan diarahkan oleh konsultan untuk balik tidur selepas diberitahu bahawa keadaan sudah terkawal, tak perlu gelisahkan apa-apa.

Comments are closed.