Posted in Umno

Adakah suara akar umbi MyKMU.net akan sampai ke Putrajaya?

MyKMU.net merungut bahawa The J-Star yang terkenal dengan sikap menyebelahi Melayu liberal pro-ekstrimis Kristian telah menempelak dan menyindir mereka yang menentang pembukaan Hard Rock Cafe Putrajaya sebagai kumpulan jumud dan orang yang menunjukkan reaksi keterlaluan.

Penulis MyKMU.net yang memakai nama jelmaan ‘KuntaKinte Malaysia’ menulis:

“Janganlah anggap semua orang Melayu yang membantah pembukaan HRC di Putrjaya sebagai bodoh, bangang dan bahlul yang membiarkan emosi melampaui pemikiran rasional.”

KuntaKinte juga menegur CEO J-Star Wong Chun Wai kerana “berikan memberi gambaran seolah-olah orang Melayu dan Islam di negara ini bodoh dan bahlul membantah sesuatu yang tiada isu, anti hiburan dan dan cepat melenting”.

Sudah banyak kali pun akhbar milik MCA itu menggambarkan orang Melayu sebagai low class dan dungu.

Baca, ‘The Star thinks Malays are stupid’ di mana June Wong berkata, “I will support those in power who believe in educating and empowering its people and not keeping them stupid and poor in order to control them and making them dependent forever”.

Untuk pengetahuan MyKMU.net, June Wong adalah Ketua Pengarang Kumpulan The J-Star.

Yang saya nak tahu: Adakah pucuk pimpinan yang duduk di Putrajaya peka kepada aduan kelab penyokong Umno? Ataupun adakah luahan hati di laman sesawang MyKMU.net itu sekadar melepaskan geram?

(199 patah perkataan)

Berkaitan:

Why Najib’s Umno is in trouble

SyokSendiri

Sumber, http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2014/01/khairykjsyok-sendiri-tu-ada-macam.html

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Adakah suara akar umbi MyKMU.net akan sampai ke Putrajaya?

  1. Kita akar umbi yg menyokong BN masa pilihan raya 13 pown dah naik jelik dgn KJ terutamanya. Serta menteri2 lain juga

    a) melantik Regina Lee yg dh sah2 puak tegar DAP jadi SU Akhbar
    b) melantik Abdil the Lifestyle tongkang jadi ketua unit media baru
    c) mengaku dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih
    d) dasar populis ala liberal

    macam2 lagi. Kita undi diorang bukan sbb suka BN, tapi sebab tiada yg layak utk terajui negara. Jawabnya jika berterusan sebegini, maka PRU 14 kita bokot. MUKTAMAD

Comments are closed.