Posted in Evangelista Bintang Tiga

Anwar pilih Kajang kerana bergantung kepada sokongan gila orang Cina

PKR mempunyai 14 kerusi DUN di Selangor — lihat jadual, bawah.

Kerusi yang paling banyak pemilih Cina ialah Bukit Lanjan yang diduduki Elizabeth Wong.

Beliau merupakan seorang exco dua penggal yang popular serta anak buah kesayangan Khalid Ibrahim. Elizabeth berjaya meraih majoriti paling besar di kalangan Adun-Adun PKR Selangor. Jadi tidak padan untuknya didesak berundur bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

SelangorPKRadun

Kerusi-kerusi yang pantang Anwar sentuh

Selain Bukit Lanjan, kerusi-kerusi Sementa dan Batu Tiga juga adalah dimiliki exco negeri, iaitu Dr Daroyah Alwi dan Dr Rodziah Ismail.

Kerusi exco PKR tidak akan dikacau Anwar. Begitu juga Bukit Antarabangsa dan Pelabuhan Kelang, masing-masing kerusi Azmin Ali dan Khalid Ibrahim manakala Seri Setia ialah kerusi Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad.

Dalam pada itu, Seri Andalas merupakan satu-satunya DUN di Selangor yang diwakili Yang Berhormat PKR berbangsa India.

KajangKaum

Anwar memilih untuk mengambil alih kerusi yang ketiga terbanyak pemilih Cina iaitu Kajang — lihat carta pai, atas (sumber: undi.cari.com.my).

Apa kriteria Anwar memilih kawasan dia bertanding?

Kerusi yang kedua terbanyak pemilih Cina ialah Rawang yang dipegang Gan Pei Nei. Akan tetapi YB Gan ini orang Tian Chua. Anwar tidak akan mahu mengusiknya.

Kenapa tidak pula Anwar memilih untuk bertanding di kerusi-kerusi majoriti Melayu PKR, yakni Kota Anggerik, Batu Caves, Seri Muda, Taman Medan atau Ijok?

Mengapa ia terserah kepada YB Lee Chin Cheh menjadi si Adun malang (ataupun bertuah) yang terpilih untuk menarik diri supaya Anwar boleh bertanding pilihanraya kecil?

Jawapannya ialah undi Melayu berpecah dan justeru itu, PKR masih terpaksa berharap kepada sokongan mantap yang diberikan pengundi Cina kepada pembangkang.

DUN Kajang mempunyai pemilih Cina melebihi 40 peratus.

bridge_swizzle_ca

Masyarakat Cina sudah lama bakar jambatan

Keputusan yang diambil Anwar untuk bertanding di Kajang menggambarkan taktik Pakatan yang bergantung kepada sikap teramat benci BN oleh golongan Cina.

Hubungan kaum paling renggang beserta masalah ketegangan paling rumit di antara umat Islam dan penganut agama-agama lain ketara di Selangor — negeri yang diperintah Pakatan.

Politikus Pakatan serta para pengikut hipokrit mereka suka menguar-uarkan bahawa diri mereka lah yang sebetulnya buta warna kulit sementara orang lain adalah rasis dan pelampau agama.

Tapi cuba anda teliti sendiri strategi menyakini sikap perkauman Cina yang dibawa politik benci Pakatan.

(348 patah perkataan)

Berkaitan:

Projek mega Selangor bermula di Kajang

Author:

I have no Faceook or Twitter.

84 thoughts on “Anwar pilih Kajang kerana bergantung kepada sokongan gila orang Cina

  1. Pemimpin macam ini mempermainkan amanah yang diberi. Tidak patut diberi status pemimpin. Orang Melayu Selangor yang pilih Pakatan ni semua bersubahat untuk menaikkan orang-orang munafik menjadi pemimpin.

    BN tak perlu bertanding PRK Kajang ni. Menghabiskan duit dan masa.

    1. Ini semua sandiwara pakatan. LGE kata tak tahu menahu all the happenings in Sgor. HY terus terima perletakkan jawatan adun tsb. Main watak speaker yang Bengap.

      PAS seperti biasa buta, pekak dan bisu.

      Yang merana rakyat – mana pengamal2 human rights. Tak pulak berdemo menyangkal perbuatan bodoh ini.

      I hope BN does not play into this game. Do not take part in this stupid by- election. Kalau menang pun bukan boleh jadi mb. Stay away.

      Dont give more ammunition for rakyat that support Pakatan to despise UMNO

            1. She sparked unprecedented hysteria among the Chinese. The savagery against her was revealing about how much hate and venom was capable of being spewed.

              1. Heart counsel from the Blessed Prophet (s.a.w.) to the religious personality whose disposition is inclined to stirring up trouble:

                “Do you know what is better than charity, fasting and prayer? It is to keep the peace and good relations between people, because quarrels and bad feelings destroy mankind.”

            2. She did not resign. She did worst; she conspired with the really wicked Umno to become their lembu yang makan kangkong independently.

              1. Did she?

                As I recall, prior to the event, there were numerous grievances made by her, where she claimed she and her constituency had been “dianaktirikan” by DAP. Too lazy to google all the related news.

                1. She didn’t get enough support for her constituency, plus they sidelined when it comes to perks.

          1. We shall wait with bated breath for the announcement by bERSIH for date when demo will be staged.

            But alas they are worried that what happened in Perak may happen in Selangor.

            So much for BERSIH. Penipu jugak.

            1. You’re right Fazilah. It appears that they ARE more worried about a repeat of the collapse of the Pakatan government in Perak.

                1. Not a good suggestion, I wouldn’t want people to call my group Kotor. Suci is a better term, since bersih tak semestinya suci, tapi yang suci itu semestinya bersih.

  2. You think Lee will give up his post to Anwar without compensation? At least he would want an advance for his 10k adun salary for the next 4 years. But is that sufficient?

      1. If he is, then he’s getting a really sweet deal. I believe it’s time for SPR to review the terms and conditions for elected representatives.

      2. Not sure.. but i do think that he entitle that pension.. may be somebody can confirm for us..

    1. Jika BN bertanding dan Najib menabur berjuta2 ringgit di Kajang dalam usaha memenangi Kajang tetapi kalah juga, maka yang untungnya warga Kajang dan yang memperbodohkan Najib ialah Cina2 yang mengundi PKR.

      So Najib harus biarkan MCA bertanding tanpa menabur atau menjanji apa2 $$$. Otherwise, he is a sheer dumb leader that Umno need to rid of.

      MCA’s win if ever will not be Umno’s gain at the present scenerio. If I am a Malay voter and supports Umno, I will boycott both MCA and PKR. If I am a PAS supporter, I will remain a hypocrite munafik and still vote for Al-Juburi. Kalau bukan hipokrit bukan PAS namanya.

      Let Anwar win and let him face off with DAP, PAS and the Sultan later. He may win the battle, but loses the war. Lagipun PRK yang disengajakan ini pun sudah menjadi “a damn stupid election” yang memperbodohkan any politician that participates in it.

      Najib will be smarter to avoid it or perhaps put an independent Malay candidate. But knowing Najib as he is now, nobody would be surprised if he choose the “bodoh” way.

      “kiasu”

            1. Melayu dah makin kurang di Malaysia ni. Nampak macam lebih ramai lagi Indon, Bangla, Myanmar, Arab, Nepal dan negro di setiap pelusuk negara ini. Cuba naik bas di Kuala Lumpur. Kalau ada 20 penumpang, cuma 2 orang jer rakyat Malaysia.

      1. KIASU,

        I believe this time BN will not contest in Kajang. remember several years ago, BN did not contest in one by election in Penang as the it was a sheer waste of money.

        If I were to be Najib, I would not get worried. The by election in Kajang will not change the status quo. Why pour in millions to woo voters?

        I am more worried with Najib’s inability to read Anwar;s game. The fact that BN said will consider Anwar’s call for unity talk shows that Najib does not realise Anwar’s trap.

        Learn from Dr Mahathir. Anwar once wanted to see him(after being sacked). DR Mahathir insisted on official letter from anwar. why? Because Tun knows very well that Anwar would turn around and said it was Tun who beg to see him(Anwar). It would make Tun look bad. Knowing anwar, i vouch that he will turn and say BN agrees(unity talk) as UMNO is desperate

        To me ., UMNO is alive, kicking despite so many “musuh dalam selimut”. what worry me is Najib, not UMNO. as the president he set UMNO’s agenda. And I pray that he changes his mind by ignoring anwar’s call for talk.

        How should Najib response? TELL ANWAR TO FLY KITE.

        1. If we did a survey involving only the right-thinking, rational, sensible and mature Malays, about 70 percent of them supported Umno. I know because during the last GE, I did my own mini survey. That’s why BN or rather, Umno won.

          1. Hussin,

            Precisely. Malays during PRU13 leaned toward UMNO as they felt “overwhelmed” with “ini kalilah” slogan.

            Not out of love but Malays despite being looked down as stupid do exhibit moments of brilliance. They read the mood correctly. unfortunately not all Malays understand this. Najib failed to see that he was going to be soundly rejected by chinese voters. the prediction turn out to be correct.

            And I must say that sizable number of PAS supporters also voted UMNO in. This is as a protest to PAS for submitting itself to DAP.

  3. Is there any possibilities for one to be MB for two or three states. He may be looking for other PRK after Dun Kajang, perhaps Anwar want to be the highest number of MBs, CMs, for any any Malaysian in one SHOT. Can enter MBOR…..

    I hope Anwar will win PRK Kajang, to be next Selangor MB, afterward Kelantan MB, and Penang CM.. and perhaps Kerajaan Langit MB also….oppppsss

  4. I agree, the Kajang people who vote PKR will be the kangkong belacan ones who gets to eat Anwars new Satay bontot forced down their throat.

    1. Anwardi jamil is right when suggest this ‘Sate Bontot’.. Orang Kajang should consider this new sate..

    2. More new Sate would be shoved down Kajangites’ b**ts: sate telor Omega 2, Sate Batang Berjuntai, sate sausage bengkok, sate perut boroi, etc.

      1. Where can be buy good quality bedsheets in Kajang? The ones that can be easily washed and leaving no stains.

        1. Inside Kajang Prison but you can’t take them out, though. Better quality beddings than those in the Sungai Buloh. Often blamed for tempting many an inmate to turn repeat offenders.

  5. It may be a surprised and end of Anwar Ibrahim at Kajang and MB status quo with Khalid still hold the position. Najib is turtleman, too slow to take opportunity and dumb to accept Anwar invitation for reconciliation, anyway Najib/Zahid was Anwar boys when Anwar was TPM.

    don’t be surprise when all of sudden Malay PKR abandon and return to UMNO plus some in PAS, Anyway there are exUMNO and ex MCA in PAS and DAP and ‘balik kampong’ is a norm. Adehhh,,, gua bermimipi leh.

  6. AI tiada tempat untuk menjadi menteri besar. Penang dah ada DAP. Kelantan dgn PAS. Selangor plak dah ada Khalid. Dulu xterpikir kot. Orang kuat parti semuanya diangkat menaiki tahta menteri besar.

    Hanya menjadi ke-tua umum xada apa2 kuasa. Isu-isu yang banyak diperkatakan orang semuanya melibatkan menteri @ menteri besar. Kerana tugas mereka ialah menyelesaikan isu. Better late than never. Xleh jadi PM pun MB pun ok.

    1. MB Khalid pun sangat keterlaluan.. dia fikir tembolok dia sahaja.. gaji dia naik tetapi gaji penasihat ekonomi dia tak di naikkan pun.. memang lojik pun anwar marah yang teramat sangat..

  7. relakah orang melayu selangor menerima menteri besar yang mempunyai sejarah masalah moral yang buruk?

    orang melayu kajang akan memberikan signalnya.

    1. Saya pun tertanya juga soalan yang sama tetapi bila tgk komen2 dalam blog2 pro pakatan ramai melayu selangor yang sokong.

      It is alarming. However these are more of the younger generation and that is the worrier.

    2. Nasihat Bangsawan Melayu Raja Ali Haji :
      “Gurindam 12” Fasal 7

      Apabila banyak berkata-kata
      Di situlah jalan masuk dusta

      Apabila banyak berlebih-lebihan suka
      Itulah tanda hampirkan duka

      Apabila kita kurang siasat
      Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

      Apabila anak tidak dilatih
      Jika besar bapanya letih

      Apabila banyak mencela orang
      Itulah tanda dirinya kurang

      Apabila orang yang banyak tidur
      Sia-sia sahajalah umur

      Apabila mendengar akan khabar
      Menerimanya itu hendaklah sabar

      Apabila mendengar akan aduan
      Membicarakannya itu hendaklah cemburuan

      Apabila perkataan yang lemah lembut
      Lekaslah segala orang mengikut

      Apabila perkataan yang amat kasar
      Lekaslah orang sekalian gusar

      Apabila pekerjaan yang amat benar
      Tidak boleh orang berbuat onar

  8. Saya berharap BN bertindak bijak dengan tidak menyertai game bodoh PKR ini dengan alasan berikut:

    1) Ianya pernah dilaksanakan di DUN Penanti semasa Mohd Fairuz meletak jawatan dahulu.. Najib seharusnya konsisten.

    2) Bertanding bermakna BN bersekongkol dengan PKR untuk ‘bazir’ kan wang rakyat..

    3) Pasti tiada menang tanpa bertanding kerana calun bebas atau Berjasa pasti akan bertanding.

    4) Tiada bertanding bermakna tiada lah peluang untuk PM Najib diperbodohkan oleh orang cina.. tiadalah juta juta peruntukan untuk sekolah cina..

    5) PKR pasti menang kerana seperti kata Helen.. “sokongan gila orang cina’

    1. BN of course must contest to give altrenative to the voters.. its not fair that voters in Kajang are forced to re elect PKR because of intra party problems….. kalau masalah party selesaikan dalam parti.. bukan libatkan rakyat..nampak sangat sama da anwar ni jahat atau pengundi cina ekstremis DAP begitu taksub dan lemah pemikiran untuk dimainkan sekali dari belakang..

      1. Forrestcat,
        I beg to differ. BN needs not contest. it will send message that BN is a serious coalition. No need to pander to anwar’s selfish ambition.

        Let Anwar with his antics. He forgets that even if he wins, he still needs the blessing of the Sultan to be appointed as MB.

        Kajang DUN is vacant due to resignation. Unlike Sg Limau where the holder passed away. IT IS TIME TO SHOW TO ANWAR THAT HE CANT DICTATE THE COURSE.

  9. Anwar can be anything.. from Ketua Umum (Where is the President? Deaf, Blind), PM, MB, MP, ADUN, Chameleon, Liar, CEO, Ustaz, Pak Syeikh, Pluralism, LGBT, Bisex, .. wow long list..

  10. I pity this pathetic bugger Anwar. Let him have his fun because lately his face had looked so haggard, he won”t be around for long. Politically, I mean.

    1. DSAI = Damn Stupid Artificial Intelligence

      DSAI is so desparate to be PM (no chance) and now MB.
      In the glorious Year of The Donkey, he might become MB.

      Remember the time the missus had to quit her job and become a kangkung cooking housewife so that he could become MP.
      Perhaps Nurul’s hubby is so seek of playing charades. Go man, divorce her.

      1. Please…. It is offensive to put the name AI together with the word “intelligence” even if you add the word “artificial” to it. The man is full of artifice but seriously devoid of intelligence.

    1. Re. 10 percent Indian

      I truly empathize with the Indians, again and again they will be “digula-gulakan”.

      Salah siapa tu?

    2. Harus disemat, yang 10% ni memang terkenal berkeupayaan mengeksekusi “Ops Lallang” jugak.

  11. amat menarik jika BN bertanding.

    MCA berkorban melepaskan kawasan itu kepada UMNO. Lagi pun kita pun tahu kalau letakan calon MCA, orang cina tetap tak sokong.

    Dan umno meletak calon yang baik akhlak nya atau mungkin seorang uztaz.

    Orang Pas pasti dalam delima, dan orang Umno/melayu/islam mungkin tiada masalah mengundi BN.

    49% pengundi melayu adalah besar, boleh terjadi sebarang kemungkinan.

    1. bq. “Dan umno meletak calon yang baik akhlak nya atau mungkin seorang uztaz.”

      Bagi saya, akhlak baik cuma salah satu ciri-ciri sebagai pemimpin. Kita rakyat Malaysia sekarang sangat-sangat perlukan lebih dari itu yang kalau boleh, mampu memimpin secara terpimpin, bukan dipimpin.

      Kalau Kajang, saya cuma terfikir satu orang saja. Pak Malau :D

      bq. “49% pengundi melayu adalah besar, boleh terjadi sebarang kemungkinan.”

      Besar, tapi kecil.
      Banyak, tapi sedikit.

        1. Ibni Ismail,

          Tak perlu BN bertanding sebenarnya. UMNO atau BN bukan terdesak.

          Samada BN menang atau tidak( jika bertanding) tidak ubah apa apa pun. UMNO sebenarnya mesti sudah dapat terima hakika t ia akan ditolak oleh pengundi Cina memandangkan ia adalah parti yang berkuasa. Itu sudah satu dosa pada orang Cina.

  12. Kalau rasa calon MCA @ BN x payah bertanding. so letak je calon bebas. duit tu boleh bg rakyat yg masih susah memandangkan harga barang sudah naik. sekian

Comments are closed.