Posted in CLUELESS

“Rekonsiliasi Nasional” — Kera di hutan disusukan

(1) Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan hasratnya ke arah rekonsiliasi nasional. Najib Razak berkata beliau “tersentuh dengan reaksi rakyat yang menyuarakan sokongan dan dorongan yang kukuh agar Malaysia lebih bersatu padu”.

Yang saya nak tanya: Kenapa seorang PM yang kononnya mengkehendaki “rekonsiliasi nasional” memilih pula untuk sengaja meminggirkan golongan India miskin yang telah memberikan sokongan padu mereka kepada BN dalam pilihanraya lepas?

MoU-between-Waythamoorthy-and-Tengku-Adnan-—

(2) Kata Najib, rancangan Rekonsiliasi Nasional akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Yang saya perhatikan: Bukankah setiausaha agung BN pada April 2013 telah menandatangani satu perjanjian bersama Hindraf untuk meningkatkan taraf hidup golongan India miskin?

Peluang “rekonsiliasi” yang sudah ada dalam tangan Najib apabila berhadapan dengan masyarakat India terpinggir disia-siakan oleh Najib.

(3) Najib mengingatkan kita bahawa sebaik sahaja PRU13 menutup tirainya, beliau adalah orang pertama sekali yang meluahkan hasrat ke arah rekonsiliasi nasional.

Yang saya ingat: Di ambang PRU13, golongan India miskin telah diberi harapan bahawa mereka akan dibawa kerajaan untuk menyertai arus perdana pembangunan. Itu janji yang dilafazkan Najib tetapi ia tidak ditepati.

4) Menurut Najib, hasratnya untuk menjayakan rekonsiliasi nasional bukanlah sekadar omongan kosong semata.

Yang saya faham: Bagi golongan India miskin, janji Najib untuk menunaikan Blueprint Hindraf tidak lain dan tidak bukan “sekadar omongan kosong semata”.

Nasib golongan India miskin ibarat padi mengharapkan pagar.

(5) Najib memberitahu seluruh rakyat Malaysia bahawa setelah berbulan-bulan dirancang dengan teliti, pelan rekonsiliasi nasional hampir sedia untuk dilaksanakan.

Yang saya nampak: Blueprint Hindraf diperap dalam laci Najib selama 10 bulan. Usaha sepanjang 16 perbincangan berkaitan pelan tersebut adalah seperti mencurah air ke atas daun keladi.

Najib1Malaysia10undi

(6) Kata Najib: “Kita mahu membantu menyalurkan inspirasi kepada rakyat agar saling hormat menghormati dan kembali berhubung sesama kita agar kita dapat jadikan Malaysia sebagai negara yang lebih baik untuk kita semua.”

Yang saya ingin tahu: Adakah rakyat akan boleh menghormati seorang pemimpin negara yang jelas tidak mengotakan kata-katanya?

Najib juga menyeru agar orang Malaysia “kembali berhubung sesama kita”. Buat apa golongan India miskin mahu lagi berhubung dengan Najib biarpun dengan BN? Dah lah perjanjian yang dimeterai dengan BN itu dinjak-injak, malah wakil Hindraf turut menjadi mangsa konco-konco Najib yang memburukkan nama Waytha Moorthy.

Perbuatan keji Menteri Kangkung tidak akan dimaafkan golongan India miskin sampai bila-bila.

Khairy Jamaluddin

(7) Najib percaya rancangan Rekonsiliasi Nasional bakal memacu ke arah perpaduan nasional beserta beliau “menjemput setiap orang untuk terus memberikan sokongan terhadap inisiatif-inisiatif kerajaan”.

Yang saya kagum: Najib ni masih tak faham-faham lagi. Orang Cina telah mengirim mesej penolakan yang keras. Kira-kira 90 peratus pemilih Cina enggan mengundi BN.

Dah air bah tsunami melanda dan pantai pun sudah berubah. Namun PM masih lagi merayu kepada yang tak sudi.

ShaunTan

(8) Najib menegaskan bahawa “rancangan Rekonsiliasi Nasional berlandaskan prinsip-prinsip HORMAT-MENGHORMATI, BEKERJA & BERGEMBIRA BERSAMA, serta semangat bertolak-ansur”.

Yang saya pening kepala: Parti paling tidak apa (PPTA) nampaknya telah melantik seorang presiden yang lain daripada lain sikap ceria dan optimisnya.

Sudah terang lagi bersuluh bagi khalayak ramai bahawa musuh-musuh Umno langsung tidak teringin untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lawan. Musuh-musuh Umno tidak mampu bekerjasama dengan kerajaan apatah lagi “bergembira bersama”.

Sifat bertolak-ansur itu sememangnya dikurniakan Tuhan kepada Najib Razak dalam sukatan melimpah ruah katanya. Oleh kerana Perdana Menteri kita diberkati sifat bertolak-ansur yang cukup luarbiasa, maka orang lain pula serba kekurangan.

Pijak

(9) Seterusnya Najib menggesa rakyat untuk “mula berkongsi cerita-cerita berkaitan sikap berbuat baik di antara kaum-kaum dan ini termasuklah di dalam media arus perdana dan media online serta media sosial. Sebagai contoh, berkongsi gambar seorang anggota polis berbangsa Melayu yang sedang membantu seorang wanita tua berbangsa Cina melintas jalan akan dapat memupuk semula apa yang kita memang tahu tapi semakin kita lupakan – bahawa kita adalah sebahagian daripada sebuah keluarga Malaysia”.

Yang saya pelik: Najib waktu kecil dulu tak kesampaian hasratnya untuk menjadi pengakap (boy scout) ke hape? Ni pembangkang selalu main politik kasar sampai tahap bunuh-membunuh tetapi si presiden ‘play nice’ Umno pula masih mengejar impian memperolehi pingat Eagle Scout.

PERAK-TODAY-najib2

(10) Najib memberi nasihat agar tidak digalakkan “penyebaran laporan-laporan tentang tindakan-tindakan kumpulan atau organisasi pelampau yang berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum-kaum dalam negara kita ini”.

Yang buat saya dekat nak pengsan: Saban hari BN diasak bertubi-tubi oleh para pelampau Pakatan. Boleh kata setiap satu saat pasti puak pembangkang akan merekayasa and menabur fitnah and menebar pembohongan. Dan Najib boleh menasihatkan kita supaya menutup sebelah mata kepada tindakan-tindakan mereka itu? Ini kira menempah maut.

(11) Najib menggalakkan kita memupuk keharmonian beserta janganlah menyebarkan berita tentang insiden-insiden yang menyebabkan ketakutan dan kebencian.

Yang saya tepuk dahi: YAB Perdana Menteri nampaknya belum sedar bahawa musuh-musuh beliau menanam kebencian bertali-arus sehinggakan pada musim perayaan Tahun Baru Cina pun mereka sempat menyindir Datin Seri Rosmah.

aliceFacepalm

(12) Ujar Najib, “Janganlah kita berikan pihak pelampau ini publisiti yang mereka idamkan. Sekiranya tiada pihak yang melaporkan tindakan-tindakan mereka, mereka tidak akan dapat perhatian yang mereka ingini. Mereka tidak akan dapat menarik orang lain untuk kepada mereka. Mereka akan gagal.”

Yang saya kena panggil ambulans: Mereka lah menguasai semua media cetak dan semua media online dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Tidak satu pun media Cina atau Inggeris yang menyokong BN.

Bintang Lima

(13) Tambah Najib: “Namun, segalanya terpulang kepada kita. Kita tidak perlu mengutuk tindakan mereka, sebaliknya kita usah hiraukan saja. Usah berikan mereka sebarang publisiti.”

Yang saya masuk ICU: Datuk Seri sir, mereka tidak memerlukan kita untuk memberi sebarang publisiti. Biar saya ulang — semua media Cina dan media Inggeris dikuasai Pakatan dah.

Mati lah

(14) Pada hemat Najib, konsep Rekonsiliasi Nasional “adalah milik rakyat, maka setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan sekiranya kita mahukan kedamaian dan keharmonian”.

Mati lah saya nanti: Najib mungkin tidak akan boleh faham bahawa Dapster Streetfighter TIDAK sesekali mahukan kedamaian dan keharmonian. Yang mereka mahu ialah ABU.

Berpatah arang, berkerat rotan, mengenggam bara api biar sampai jadi abu … yakini bahawa mereka tidak akan berpuas hati selagi BN belum dikuburkan.

Teks penuh pengumuman Rekonsiliasi Nasional Najib boleh dibaca di http://www.1malaysia.com.my/blog/rekonsiliasi-nasional-perkembangan-terkini/

(945 patah perkataan)

Berkaitan:

Unless Umno grows a spine, Isma will take over the moral leadership

@mpkotabelud, urm … you forgot about ABU lah

Author:

I have no Faceook or Twitter.

16 thoughts on ““Rekonsiliasi Nasional” — Kera di hutan disusukan

  1. Yang saya pasti, Najib hidup dalam dunia lain di mana segalanya berinteraksi dengan harmoni; bukan macam di dunia ini yang penuh berangkara.

  2. Entahlah – dah nak muntah baca cerita politik kat Malaysia ni. Rasa dah tak kisah dah.

    Mungkin ini yang terbaik – bila satu pihak berkasar, lagi satu pihak terus memujuk dan memberi nasihat – baru negara masih boleh aman tanpa pergaduhan – kita semua masih boleh pergi shopping2 dan tenguk movie dan jalan2 cari makan dan pergi kerja untuk terus boleh menyara kehidupan.

    Sampai bila hanya nak pujuk/bagi nasihat? hari tu ada terdengar ceramah ustaz Fathul Bari – dia kata nasihat sampai mati.

    Terima kasih PM Najib kerana sangat bersabar dengan cabaran alaf baru ini. Terus memujuk dan memberi nasihat walaupun di hina. Semoga usaha yang baik akan dirahmati Allah dan diberikan petunjuk dan hidayah. Aaamin.

  3. Obviously, national reconciliation is all about pandering to the Chinese and attempting to woo them back – a meaningless exercise in stupidity.

    The Chinese are willing to forego national political representation and whatever gifts Jibby has for them. They will not back down from their objective of national dominance or at least the subjugation of Ketuanan, to begin with. DAP has made sure of that.

    It’s obvious the Indians, especially the poor who make up the larger Indian population do not factor in this reconciliation idea because Jibby thinks they are electorally insignificant and thus, inconsequential to BN’s (UMNO’s) survival.

    What a fool.

    1. I wonder what will Ajib-ko’s reception be like this Saturday at the 2nd Penang bridge.

      Please don’t be like the 2013 CNY with Psy or 2013 Christmas fiasco, both in Penang.

    2. “It’s obvious the Indians, especially the poor who make up the larger Indian population do not factor in this reconciliation idea because Jibby thinks they are electorally insignificant and thus, inconsequential to BN’s (UMNO’s) survival.”

      It is not just Najib. You just need to read many comments in this blog related to Waythamoorthy’s departure to gauge what the supporters of the other faction (the pro Mahathir, ultra, and conservative) think about the Indians. ‘kel**g’, ‘par**h’, ‘buntut hitam macam kuali’, ‘put them back in the estates’. To these people, the Indians are less than eight to nine percent of the population and do not count.

  4. `Matilah saya nanti`Kata Helen. Aku dah lama mati hati, mati jantung dan mati badan hanya dengan memandang gambar Si Clueless Ah Jib Gor tu saja…

  5. Media Cina dan Inggeris yang tidak menyokong BN akan ketandusan modal satu hari nanti. Jika diulang tayang berkali2 orang akan mula rasa meluat dan tak peka lagi. Keadaan ini boleh berlaku jika BN dilihat membuat perubahan yang diterima kebanyakan rakyat.

  6. Najib mesti bubarkan atau ganti ahli MPKN segera. Macam mana wakil Qadiani dan wakil melayu liberal pun ada bersama. Nampaknya COMANGO dah bertapak kat JPM.

    Adakah umno nak diam saja jadi pak angguk Najib. Baca serangan mereka terhadap islam, nampaknya perpaduan bagi mereka ialah apabila Islam dihancurkan. Nampknya MPKN digunakan utk jayakan agenda songsang mereka.Inikah yg Najib mahu??

    Baca disini,

    http://theunspinners.blogspot.com/2014/02/mpkn-harus-ditentang-disalah-guna-puak.html

  7. Why cant a parasite like you just accept a united, unified country that isnt destroying itself on racial and religious lines? Surely any attempt at reconciliation is better compared to your constant incitement? Why are you hell bent on bitching to the point of no return? Surely some of your minions should be able to see through your ugly facade?

    1. Whaaaaaaat! Bananonina ! Underwear ! We have lived for over 50 years on “racial and religious lines” harmoniously. What’s changed? Not the Malays asking the government to close down Chinese and Tamil schools. Not the Malays asking everyone to close down temples and churches and pray to Allah the one and only. Not the Malays questioning the wealth of the top 5 richest Malaysians. Not the Malays going to international platforms denigrating Malaysia. Not the Malays picking on every differences on a day-to-day basis in every media format, sowing the seeds of disharmony.

      And now it is the Malay PM coming to everyone with open arms wanting to give free hugs and still being looked upon suspiciously. I say it’s time for the PM to diligently enforce the laws of the land to stop the “constant incitement” from the opposition.

      1. Hmm.
        Give Han Chiang the univeristy college status = gets the boo.
        Clean up the shit water at Batu Feringhi = gets scolding
        Christmas party = Booed
        Give money to Chinese schools = gets scolding

        It is OK to make Onederful art movie, wanna be Malaysian Jewish, racist for people to be Chinese, Malay etc but drink shandy on CNY, point 3rd fingers and step of photos, fly flag upside down, and call people Banglas. To the modernistas all this is cool.

        Perhaps that is why it is cool Emma Watson greats her frinds “Hey Bitch.” and the answer is “Hey slut”

        in the Bling Riing. Bitch means “Have you eaten”. Slut is thanks and I love you.

        The old polite is the new rude.

    1. ‘They’ appeared to have called off the cluster cyber attack after high profile complaints from Datuk Kadir Jasin, Syed Akbar Ali and Rocky.

      Lower profile bloggers included in the hit list were The Unspinners, Apanama, Hantu Laut and me.

Comments are closed.