Posted in BIAWAK

Kes ‘perkosa’ luar tabii

Ada segelintir lelaki yang tergamak membuat sesesuatu benda yang di luar jangkaan manusia waras, hanya untuk memuaskan nafsu serakah mereka.

Rencana yang disalin-tampal di bawah telah disiarkan di Harian Metro online 4 hari lepas (4 Mac 2014).

Seekor anak lembu berusia tiga minggu telah dinodai suspek sehingga alat sulit binatang itu berdarah. Ia mati tidak lama kemudian. Bangkainya dihantar polis untuk dibedah siasat. Pemeriksaan forensik diharap akan berjaya mencerakin kes kekejaman luarbiasa ini.

Orang yang sebegitu rakus memang wujud di kalangan kita.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Oleh Mohamad Apendy Issahak

MyMetro

Tapah: Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan berusia 20-an yang dipercayai melakukan seks luar tabii terhadap seekor anak lembu hingga menyebabkan haiwan ternakan itu mati di Kampung Chang, Bidor, di sini.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan jijik itu kira-kira tiga minggu lalu ketika pemilik terbabit yang berusia 50-an tidak berada di kawasan kandang berkenaan.

Sumber polis berkata, kejadian itu dilaporkan pemilik anak lembu berusia tiga minggu itu di Balai Polis Bidor, di sini, pagi kelmarin, selepas mengesyaki haiwan itu mati akibat menjadi mangsa kekejaman seksual.

“Pemilik lembu mendakwa kemaluan anak lembu itu berdarah dan tidak bermaya. Anak lembu itu kemudian mati tidak lama kemudian.

“Sebelum kejadian, pemilik anak lembu itu dikatakan terserempak seorang lelaki tidak dikenali berada berhampiran kandang lembunya itu,” katanya.

Susulan itu, pemilik terbabit membuat laporan jam 6 pagi semalam di Balai Polis Bidor, di sini, selain membuat aduan sama kepada Pejabat Veterinar Tapah.

Menurutnya, kes itu dianggap pelik, namun polis menunggu laporan bagi memastikan sama ada anak lembu itu ‘diperkosa’ atau mati akibat punca lain.

Sumber: Lelaki ‘zalimi’ anak lembu diburu

Author:

I have no Faceook or Twitter.

9 thoughts on “Kes ‘perkosa’ luar tabii

    1. The sad thing the Pakatoons I know are more interested in Refomasi 2.0 rather than the tragedy.
      You can see that on MKini

  1. Please note the fucking rudeness the Anwar supporters on MKini on the tragedy
    http://www.malaysiakini.com/news/256403

    Single Malt
    Heard a rumor that the pilot committed suicide after the outcome of Anwar’s verdict while Najib & UMNOB are rejoicing after he claimed to have saved the country from disaster. Endless possibilities.

    foodforthought Very Idiotic Passengers?
    35 minutes ago | Report


    Call me Jibby
    Another reason why our FLOM never travel on MAS ;)
    4 hours ago | Report

    1. If the fella drinks “single malt” (scotch whisky), he can’t be a good Muslim because arak is haram. Probably he’s not a Muslim.

  2. PM press conference at KLIA at 4pm. Hishamuddin just finished his press conference. Source Astro Awani

Comments are closed.