Posted in CLUELESS

Tuba dibalas dengan susu kerana Najib suka buat baik berpada-pada

Machang Bubuk ialah kawasan DUN di Pulau Pinang. Pada tempoh hari, si Adun Machang Bubuk telah menyumbat ikatan kangkung ke dalam mulut watak kartun ‘Najib Razak’ (yang dilakar atas styrofoam).

Baru-baru ini, Adun Machang Bubuk dengan konco-konconya sekali lagi memperlekehkan Najib menerusi gimik ayam RM1 mereka.

JStaryes-ministers
Muka depan The J-Star

Pilihan raya 2008

Di Pulau Pinang, kesemua calon-calon MCA (Teh Lay Cheng, Ooi Chuan Aik, Lau Chiek Tuan, Tan Teik Cheng, Tan Cheng Liang, Tan Yoke Cheng,  Lee Hack Teik, Loh Nam Hooi, Koh Wan Leong), calon-calon Gerakan (Teng Hock Nan, Teng Chang Yeow, Lee Kah Choon, Ng Siew Lai, Huan Cheng Guan, Chia Loong Thye, Quah Kooi Heong, Lim Gim Soon, Ong Thean Lye, Looi Swee Cheang, Ng Fook On, Cheang Chee Gooi, Goh Kheng Sneah, Wong Mun Hoe) dan calon-calon MIC (P. Subbaiyah, L. Krishnan) tumbang kepada lawan DAP dan lawan PKR.

Setiap calon BN yang mewakili MCA, Gerakan dan MIC ditumpaskan di Pulau Pinang. Kerusi-kerusi DUN disapu bersih Pakatan kecuali beberapa kawasan Umno yang mampu bertahan.

Pengundi di Pulau Pinang sebenarnya telah meludah ke muka BN.

NajibBridge

Ini adalah satu projek Barisan Nasional

Pada 8 Mac 2008, orang Pulau Pinang menolak BN sementara DAP beserta PKR berjaya merampas semua kawasan majoriti Cina.

Lapan bulan kemudian pada 8 Nov 2008, kerajaan persekutuan (BN) memulakan kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pada 5 Mei 2013, orang Pulau Pinang telah menendang keluar BN. Keputusan PRU13 menyaksikan lebihan majoriti dua-pertiga diperolehi oleh Pakatan yang dikepalai Dapster streetfighter Lim Guan Eng.

Lapan bulan kemudian pada 1 Mac 2014, pengerusi BN Najib Razak merasmikan pembukaan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Pemilih negeri Pulau Pinang yang menjadi musuh ketat BN dihadiahkan dengan jambatan oleh Putrajaya.

1Soalan

.
Tapi imbuhan apa yang diberi kepada pemilih luar bandar Sabah dan Sarawak yang menjadi tonggak dan penyelamat BN?

Seorang blogger bergelar Vidal Yudin Weil, yang juga berupa peguam yang duduk Kota Kinabalu, mengemukakan soalan: “Who are the most stupid people in Malaysia?

Adakah ia orang yang duduk di Georgetown yang odikal? Ataupun ia orang yang duduk di Keningau, Tamparuli dan Beaufort, Sabah yang “stupid” mengikut kata blogger Kota Kinabalu itu?

BAWAH: Jambatan baru tersergam indah di Pulau Pinang

penangbridge

BAWAH: Jambatan buruk di Tamparuli, Sabah

Calon PKR menewaskan calon BN Jahid @ Noordin Bin Jahim di DUN Tamparuli dengan majoriti tipis 383 undi. Itulah. BN tak nak jaga kesejahteraan orang Sabah yang tidak menikmati pembangunan dan tinggal miskin. Maka kalah lah BN.

Dasar BN ialah untuk manjakan orang kaya Pulau Pinang dan pinggirkan orang miskin Sabah.

Sabah2

Sabah1

Sumber gambar: Blog ‘Without Prejudice

Orang yang duduk di Sabah dapat ganjaran apa, ya?

Tiap-tiap tahun rumah orang Beaufort ditenggelami air banjir. Masalah ini sudah berlarutan selama lebih 30 tahun tapi kerajaan BN tidak pernah merangka rancangan jangka panjang untuk menyelesaikannya.

Orang yang duduk di Pulau Pinang lebih beruntung. Mereka disediakan Jambatan Kedua yang menarik pelancong-pelancong antarabangsa dan domestik untuk mengunjung.

Tweet Hannah Yeoh pada 3 Mac 2014 (bawah) — “I need a holiday in Penang”.

Twitter - hannahyeoh- I need a holiday in Penang

Kereta Puan Speaker
Kereta Puan Speaker

Kereta Kia Sorento milik Hannah Yeoh bolehlah dibawa untuk buat test drive nanti di Jambatan Kedua Pulau Pinang, tengok jambatan sedap pakai tak.

Gambar bawah: Kereta-kereta yang jalan di Keningau, Sabah, pastilah tidak kelihatan secanggih kereta Jerusubang.

Eh, jadi bila agaknya BN nak bina jambatan batu untuk gantikan jambatan kayu di Keningau?

Sabah3

Sabah dan Sarawak undi simpanan tetap, kot

Kalau dah taken for granted (macam Sabah dan Sarawak), mana mereka akan dapat layanan mesra, betul tak?

Malah untuk sambutan Krismas 2013 pun Najib lebih suka untuk mengadakan majlis rasmi di Pulau Pinang padahal Sabah dan Sarawak lah yang mempunyai penduduk penganut Kristian pribumi yang paling ramai.

Ini dikatakan sikap pilih kasih PM — Pulau Pinang dibelai oleh Najib manakala Sabah pandai-pandailah jaga diri.

Andaikata anda seorang rakyat Sabah, adakah anda akan cayang pada Najib? Adakah anda merasakan bahawa BN akan masih mengekalkan sokongan orang Sabah dan Sarawak dalam pilihanraya akan datang?

BAWAH: Sepasang teman berhibur hati mengambil selfie.

AhJibGorSelfie

(641 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

29 thoughts on “Tuba dibalas dengan susu kerana Najib suka buat baik berpada-pada

  1. Cik Helen,

    BN has alwys practised “kera di huran disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
    I should not have gone out to vote last year.

    I should have just stayed at home and watched movies.

    No value in voting both sides of the political divide.

    BN and PR leaders and their families and cronies continue getting richer and be privilaged. The rakyat like us continue to be marginalised.

    The more i see the political circus in malaysia, the more i become apolitical. The politicians are spinning the rakyat and the rakyat loved it; not realising that at the end of the day, its all about the politicians’ money in the bank.

  2. More seats will go to PR in the next PRU. This is more true in Sabah and Sarawak. Not that the rakyat in those states like PR more but their trust in BN has been dented by its leadership.

    If not for DS Shafiee Afdal’s concerted presence and unending support, Sabah and Sarawak will be left dried and uncared for.

    Enough is enough.

    “To Kill A Mocking Bird”

      1. Saya cadangkan Abdul Rahman Dahlan. Not that I know him. But I’m going on the principle that kalau Dapsters benci seseorang pemimpin itu, sudah pasti ada yang bagus mengenai orang itu yang ditakuti mereka. On that reasoning, I hate KJ.

          1. I would vote for Dr. Ewon Ebin because of his cool name. And Anifah Aman, because you have to admit he’s doing a pretty good job at the foreign ministry.

          2. And the Dapsters will use this to accuse the government of racism by sidelining the Chinese. But didn’t they say that they want Ubah ?

            Yes indeed, Ubah is now a reality. Now we have a Malay Bumiputera Government.

            Isn’t this what Dapsters want all along ?

            1. DAP wants UBAH in the government.

              Its leadership TAK UBAH-UBAH dari tahun 1960s.

              What kind of people these DAPsterpuss? Hipokrit?

          3. ‘Time for a Sabahan to be made Deputy Prime Minister.’

            Why, a non Sabahan Deputy Prime Minister can’t serve Sabah peoples meh?

            How is this difference than the calls by Cinas to have a Cina 2nd Deputy Prime Minister?

            Apa lagi Cina mahu?

            1. Umno holds 88 seats in Parliament and 14 of these are Umno Sabah MPs. Sabah is contributing 16% of Umno’s strength in Parliament.

              (For the record, at state level, Umno Sabah contested 31 seats and won 30. Umno Sabah is the Best Achiever, outdoing even Umno Johor.)

              Taib Mahmud’s party holds 14 Parliament seats.

              BN has a total of 133 Parliament seats. Between the two of them alone, Umno Sabah and PBB are contributing 28 seats.

              Sabah and Sarawak’s 28 Muslim MP seats (rough count, I’ve not gone through the religious biodata of the PBB MPs) make up a 21 percent share out of the total BN seats. Or in other words, one out of five.

              Given this ratio, a Sabahan (or Sarawakian) deserves to be DPM with the added plus of geographical balance.

              1. Ideally a Sabahan from UMNO Sabah deserves to be DPM. But UMNO Malaysia will NEVER give a Sabahan or a Sarawakian any post higher than an ordinary Cabinet Minister. The Malays in UMNO aren’t ready to have a Sabahan as a DPM. They’re not comfortable even with Idris Jala, a Sarawakian, at PEMANDU!

                PR will continue its harvest in Sarawak come PRN. Najib must listen to Sarawakians sometimes. P.Pinang doesn’t deserve that second bridge. Sarawak deserves better roads.

                Helen, do visit Sarawak (if u haven’t). The so-called federal roads are in a dire need of maintenance.

                jgn malu mengakui kita bangsa Malaysia.

  3. Where is the church? The Muslim and the Taoist/Buddhist are all doing their good work. Where are the Christians? The inaction is not a very good example to non Christians.
    http://english.astroawani.com/photos/album/berdoa-untuk-mh370-932

    The Taoist whom the New Chirstian mark as pagan do so much good work. The same with Muslims, all good work. Thanks for my friend for highlighting.

    What will Jesus say on this inaction?

    1. They are quietly praying for MH370 … BUT they also pray that the blowback to the govt will be so great that they can rally into Putrajaya. Of course, some of them are busy writing articles condemning the govt.

    2. Re What will Jesus say on this inaction?

      Jesus will say nothing. These crooks are not the followers of Jesus.

      First and foremost, the men are not circumcised. Then there is the issue of these people eating pork.

      We must remember that Jesus was a practicing Jew.

      Enough said !

  4. adakah najib terlalu dengar sangat punahsihat dia sampai abaikan sabah dan sarawak?? jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran….

  5. Helen, here’s something interesting. KJ finally tweeted about the bomoh. “Saya baru call Jamil Khir” Wow I’m impressed and just go through and see how many other people are impressed.

    Go KJ! penyelamat M’sia dari malu besar.

  6. Good Day Helen

    A picture that can sink a million hearts – that is power!

    Take care

  7. Melihat statistik kejayaan DAP, pihak kami merumuskan faktor kemenangan parti itu disebabkan masyarakat Cina paling terdedah dengan pendidikan politik dan sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa negara dari semua sudut,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Pas kawasan Bagan Serai di Masjid Tinggi,  kelmarin.

    http://www.sinarharian.com.my/politik/pendidikan-politik-kunci-pr-tawan-putrajaya-1.259619

    —–>Pemimpin PAS kata DAP berjaya pikat cina sebab pendidikan politik, betul ker?

      1. pikat kerana makan nasi kang kang and veginatable-enak sangat!! Belum cuba keh?

  8. The Clean lady had this to say

    Need to get away from culture of refusing to take criticism. It's such a habit here we forget rest of civilised world operates differently— Ambiga Sreenevasan (@Ambiga_S) March 12, 2014

    1. Ambiga’s Cultural Departure:

      “Where’s your left ear?” someone asked Ambiga.
      “Here it is!” she replied, stretching her right arm over her head to touch her left ear.
      “Why are you doing that? It’s silly! So much easier to use your left hand to touch your left ear isn’t it?”
      “It would certainly be easier, but if I did it like everyone else, I wouldn’t be Ambiga, would I?”

      Now, you couldn’t exactly criticize Ambiga for refusing criticism even if nominal civilization operates rather differently. It is likely Ambiga needs to distance herself from herself to find herself.

  9. sis helen tq very muc kerana menolong kami orang melayu, menyokong kepimpinan umno sebagai tonggak dlm pentadbiran malaysia tercinta. masalahnya pemimpin melayu sendiri tak sedar apa yg mereka buat.

    kesian pada kami orang melayu. beri undi tapi dipandang sebelah mata. yg tak bagi undi, dia cuba juga nak pancing2.

    1. Atv,

      Bila nak bertanding, pilih kawasan pekat melayu. Bila dah menang pilih penyokong DAP jadi setiausaha politik.

Comments are closed.