Posted in DAPster

MCA tutup sebelah mata terhadap keganasan RBA

Bekas presiden MCA Chua Soi Lek mengulas isu MH 370 dalam kenyataan akhbarnya hari ini.

Antara lain, Dr Chua menyeru kepada anggota Red Bean Army supaya tidak mengeruhkan lagi suasana dengan mempolitikkan tragedi MH 370 secara melampau. “Ingatlah bahawa tindak tanduk mereka yang melampau ini boleh memberi kesempatan kepada golongan yang tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan ketegangan dalam negara,” katanya.

Beliau juga mengesyorkan supaya pihak berkuasa lebih tegas dalam menangani tohmahan-tohmahan yang sering dilempar orang pembangkang yang “sengaja mencabar kedaulatan dan imej negara”.

“Mereka bebas bersuara tapi kebebasan ini bukan bermakna mereka boleh bercakap apa saja tanpa batasan,” ujar beliau.

Dr Chua mengingatkan bahawa komen yang keterlaluan oleh anggota Red Bean Army boleh diibaratkan sebagai tidak menghormati keluarga mangsa MH 370.

“Selain itu, cubaan anggota Red Bean Army melancarkan kempen di laman-laman mereka supaya Perdana Menteri kita meletak jawatan atas tragedi MH 370 juga merupakan sesuatu tindakan yang tidak patut dan perlu dikutuk,” tambahnya.

Justeru Dr Chua tidak sebulu dengan presiden MCA Liow Tiong Lai, maka pandangan beliau tidak diberi ruang di mana-mana persada media MCA.

Namun kita hairan kenapa mantan presiden MCA pada saat ini terfikir untuk bersuara serta menegur RBA tetapi pucuk pimpinan partinya pula lebih rela berdiam sahaja. Bukan setakat itu sahaja tetapi gelagat media milik MCA pun dua kali lima dengan RBA. (Ruj. ‘Kenali lah wajah sebenar MCA‘)

Selama ini MCA sebenarnya tidak pernah memerangi RBA. Baru-baru ini naib presiden parti tersebut, Chew Mei Fun, telah diserang habis-habisan tatkala kempen pilihanraya kecil Kajang tetapi MCA masih memandang sebelah mata.

Boleh MCA tolong jelaskan bagaimana gejala RBA ini boleh dibiar menular serta berleluasa sampai laskar-laskar siber DAP sekarang berlagak macam pengganas komunis? Alam media sosial dikuasai RBA sepenuhnya sehinggakan penduduk Cina sudah rata-rata berjaya ditarik komunis alaf baru ini untuk menjadi tali barut DAP ala min yuen.

Saya rasa MCA tidak mempunyai apa-apa lagi peranan untuk dimain dalam membendung kegiatan-kegiatan RBA yang menggugat keselamatan negara. Baik serah tugas ini kepada pasukan PDRM keturunan Cina.

Kalau perlu, tubuh sahaja skuad-skuad unit siber yang dianggotai pegawai-pegawai polis Cina. Kucing-kucing gemuk dan gebu MCA memang tiada guna kecuali sebagai perhiasan muka Cina BN konon.

(349 patah perkataan)

Anda mungkin juga berminat untuk membaca:

Open letter to Dr Mahathir

Author:

I have no Faceook or Twitter.

8 thoughts on “MCA tutup sebelah mata terhadap keganasan RBA

  1. re: “Selama ini MCA sebenarnya tidak pernah memerangi RBA. Baru-baru ini naib presiden parti tersebut, Chew Mei Fun, telah diserang habis-habisan tatkala kempen pilihanraya kecil Kajang tetapi MCA masih memandang sebelah mata. . . Saya rasa MCA tidak mempunyai apa-apa lagi peranan untuk dimain dalam membendung kegiatan-kegiatan RBA yang menggugat keselamatan negara. ”

    Daripada Abu Hurayrah (r.a) yang berkata bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda:

    Allah (Azza wa Jalla) berfirman: “Kesombongan adalah selendangKu dan kemegahan itu adalah jubbaKu, dan barangsiapa yang bertanding dengan Aku terhadap dua perkara ini, maka akan Aku bercampak dia masuk ke api neraka.”

    [Abu Dawud (lagipun Ibn Majah and Ahmad)]

    Maka Allah Ta’ala adalah Tuhan semesta alam, dan manusia jenis RBA yang takabbur dan menonjol kemegahan nya tidak juga akan lepas dari hukum sunnatullah, dan kalau menjadi penghuni neraka itu ia langsung tidak akan rasa lega dada sampai bila-bila, audzubillahi min dzalik.

  2. RBA, bukan baru wujud selepas CSL meningalkan kerusi presiden MCA. Kata-kata CSL saolah orang-orang Malaysia semua ada masaalah ingatan.

    Apa CSL buat semasa dia menjadi presiden MCA berulang kali?

  3. bq. ““Ingatlah bahawa tindak tanduk mereka yang melampau ini boleh memberi kesempatan kepada golongan yang tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan ketegangan dalam negara,” katanya.”

    Err, bukan ke dah jelas tindak-tanduk mereka ‘yang melampau’ itu sendiri sebenarnya dah memang ‘tidak bertanggungjawab’ ‘menimbulkan ketegangan dalam negara’? Ke ada mesej lain yang dia nak sampaikan?

    Atau mungkin dia tujukan kepada media-tiri kerajaan dan media-angkat DAP, yang sebenarnya lagi melampau dari RBA yang sentiasa ambik kesempatan? Hmm..

    bq. “Dr Chua mengingatkan bahawa komen yang keterlaluan oleh anggota Red Bean Army boleh diibaratkan sebagai tidak menghormati keluarga mangsa MH 370.”

    Nampaknya, dia tak baca Buku Hijau Muammar Ghaddafi i.e: ‘kebebasan bersuara bermakna, hatta orang gila perlu dibenarkan menunjukkan kegilaan mereka’. Ataupun dia nak cakap, RBA dan ‘mereka tu’ bukan setakat gila dah, kalau macam tu punya gaya?

    bq. ““Selain itu, cubaan anggota Red Bean Army melancarkan kempen di laman-laman mereka supaya Perdana Menteri kita meletak jawatan atas tragedi MH 370 juga merupakan sesuatu tindakan yang tidak patut dan perlu dikutuk,” tambahnya.”

    Apabila kapal terbang yang ‘di dalam radar’ dapat rempuh Twin Tower dan Pentagon, Presiden negara tu pergi perang. PM kita tak nak pergi perang jugak ke lawan Askar Kacang Merah dan media Kacang Hantu?

    bq. “Namun kita hairan kenapa mantan presiden MCA pada saat ini terfikir untuk bersuara serta menegur RBA tetapi pucuk pimpinan partinya pula lebih rela berdiam sahaja. ”

    He has nothing to lose now.
    Pucuk pimpinan MCA? Kang masuk restoran 777 atau 888 atau 999 pun kena halau. Kalau dia masih di dalam MCA, saya tak tahu samada dia berani cakap macam tu atau tidak. Atau lebih tepat, nak ke dia?

  4. Betul apa yang kak Helen highlight di sini. Malah, terdapat “persepsi” terhadap orang cina sekarang ni. Pada saya, tak semua orang cina “macam” tu.

    Oleh itu, “pihak tertentu” perlu bertindak dan lakukan sesuatu dengan kadar segera.

    Prevention is better than cure before it is too late.

    Kak Helen, you are the “initiator” and nationalist.

Comments are closed.