Posted in Evangelista Bintang Tiga

Onn Jaafar: MCA alat menjadikan Malaya satu wilayah negara China

Dato’ Onn Jaafar “pernah menuduh Kerajaan Kebangsaan China di Taipeh mempunyai cita-cita hendak menjadikan Malaya jajahan China yang ke-20 dengan menggunakan MCA sebagai alat untuk mencapai tujuan itu.”

OnnJaafar

Penerbit: UKM, Bangi 2004

Penulis: Anwar Abdullah

Petikan daripada buku Biografi Dato’ Onn: Hidup Melayu

(mukasurat 217-222)

Dato’ Onn [yang pada masa itu memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri] mengasaskan kebimbangannya pada reaksi setengah-setengah orang bukan Melayu terhadap Undang-undang Kerahan Tenaga yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Persekutuan pada 1952. Sayugia diingat bahawa pengganas komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948, setelah orang bukan Melayu tidak berjaya mempertahankan Malayan Union yang dikutuk oleh umat Melayu seluruhnya. Menurut Undang-undang ini, semua orang yang tertakluk di bawahnya dikehendaki mendaftarkan diri supaya pihak berkuasa boleh menentukan bagi seorang itu sesuatu perkhidmatan yang tertentu demi untuk kawalan dan keselamatan Malaya.

Sebaik sahaja undang-undang ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang bukan Melayu, kebanyakannya orang Cina, mencari helah untuk mengelakkan diri daripada kerahan tenaga itu, dan banyak pula yang telah meninggalkan Malaya kerana hendak melarikan diri daripada kerahan tenaga itu. Setengah-setengah hartawan tempatan yang bukan Melayu, menghantar anak-anak muda mereka keluar negeri – pemuda yang tertakluk di bawah Undang-undang Kerahan Tenaga – dengan alasan hendak melanjutkan pelajaran di seberang laut, kononnya.

Tetapi sebaliknya, pemuda Melayu tampil ke hadapan dengan suka rela mendaftarkan diri di bawah undang-undang tersebut. Dengan suka rela mereka menyerahkan tenaga, malah nyawa mereka untuk mempertahankan ibu pertiwi daripada terancam dan musnah di tangan segelintir manusia bersenjata yang di bawah arahan Parti Komunis Malaya. Pada ketika itu dan sebelumnya. Dato’ Onn melihat bagaimana semangat kebangsaan dan kesetiaan terhadap fahaman dan kuasa asing dipelihara dan dipupuk dengan berbagai-bagai cara di Malaya. Beliau menyaksikan sendiri bagaimana pada 10 Oktober setiap tahun, upacara diadakan untuk membaharui taat setia kepada Kerajaan Kebangsaan China – Kerajaan Kuomintang. Beliau pernah menuduh Kerajaan Kebangsaan China di Taipeh mempunyai cita-cita hendak menjadikan Malaya jajahan China yang ke-20 dengan menggunakan MCA sebagai alat untuk mencapai tujuan itu.

Ketika berucap dalam satu rapat partinya di Kuala Lumpur pada 1953, Dato’ Onn berkata: “MCA dan Dewan Perniagaan Cina sedang melaksanakan satu rancangan untuk menjadikan negeri ini jajahan China yang ke-20 – bertaat setia kepada Formosa yang menjadi jajahan yang ke-19 … MCA telah memainkan peranan yang dahulunya diambil oleh Wakil-wakil Konsul China dan Dewan Perniagaan dengan menjadi Parti Kuomintang bawah tanah dan mengeluarkan arahan-arahan politik kepada MCA.”

Ucapan Dato’ Onn itu menimbulkan bantahan yang hebat dalam Majlis Undangan Persekutuan. Tan Siew Sin, yang disokong oleh Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, menuduh bahawa ucapan itu memang dibuat dengan sengaja untuk membangkitkan sengketa dan rasa permusuhan antara kaum. Tetapi Dato’ Onn telah menangkis tuduhan itu dengan bukti bahawa segala tindakan dan kegiatan politiknya pada masa lampau tidak pernah berupa perkauman. Dalam memperjuangkan kepentingan Bumiputera beliau tidak pernah menjejaskan atau mengganggu kepentingan orang atau masyarakat bukan Melayu. Mungkin tiba masanya beliau membuat sesuatu rancangan atau mengambil sesuatu langkah yang dianggap perkauman oleh orang bukan Melayu. Tetapi Dato’ Onn sendiri pernah mengaku, “Saya tidak anti-Cina akan tetapi dengan tidak bersegan lagi saya mengaku, iaitu saya ini ialah pro-Melayu dan saya tidak boleh bersahabat dengan siapa-siapa pun yang hendak menjadikan umat Melayu itu ketewasan sama ada dalam lapangan politik atau ekonomi atau sosial di Semenanjung yang telah diaku oleh dunia ialah Semanjung Tanah Melayu.”

Tentang Hubungan Darah

Tidak dapat dinafikan bahawa pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua, seseorang boleh melihat bagaimana penduduk Cina di Malaya memberi pujian dan sanjungan terhadap pemimpin kebangsaan China, dan gambar mereka tergantung di dinding atau di tembok kedai Cina, di rumah atau kelab kesatuan mereka dan di sekolah Cina di seluruh Malaya. Tidaklah juga dapat dinafikan bahawa bendera kerajaan kebangsaan China pernah dikibarkan di tempat tertentu di Tanah Melayu.

Jika Dato’ Onn merasa sangsi tentang taat setia penduduk Cina di Malaya, itulah juga perasaan orang Melayu di Malaya terhadap orang bukan Melayu. Apa yang kelihatan diamalkan oleh setengah-setengah penduduk Cina, seperti menggantung gambar pemimpin besar mereka dan mengibarkan bendera negeri Cina pada hari kebesaran bangsanya, begitulah juga yang dilakukan oleh setengah-setengah penduduk Malaya daripada keturunan India.

Menurut Tan Cheng Lock, yang menjadi Ketua Persatuan Cina Seberang Laut, AMCJA dan MCA, orang Cina di Malaya tidak dapat menumpukan taat setia yang sepenuhnya kepada negeri ini kerana mereka tidak mempunyai hak kerakyatan yang sama seperti orang Melayu dan lagi pula mereka sentiasa dianggap sebagai orang asing atau orang luar. Ketika mengkritik Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (1948), beliau berkata:

“Jalan tunggal untuk menyembuhkan orang Cina ‘Tongsan’ (lahiran negeri China) daripada digodai oleh politik kebangsaan negeri China adalah membuat satu tawaran murah hati (seperti yang dilakukan di bawah rancangan Malayan Union) kepada mereka untuk menjadi rakyat Malaya. Inilah sahaja yang dapat menggantikan rugi mereka kerana berhenti daripada menaruh minat terhadap politik negeri China dan daripada menyertainya. Sebaik-baik cara untuk memutuskan kasih sayang mereka – penduduk yang mendatang – terhadap negeri asalnya ialah dengan memberikan mereka kemudahan yang lengkap untuk memindahkan kasih sayang seperti itu kepada negeri ‘angkatnya’. Selagi penduduk mendatang dilayani sebagai orang asing, maka selama itulah mereka berhaluan ke negeri tumpah darahnya dan dengan yang demikian mereka menjadi suatu bahaya kepada negeri tempat mereka menetap selama-lamanya.”

.
Tan Cheng Lock yakin bahawa apa yang terkandung dalam kenyataannya seperti di atas adalah benar. Tetapi Dato’ Onn tidak dapat mengakui pendapat yang seperti itu benar kerana setiap orang Cina sedikit sebanyak terpengaruh oleh dasar Jus Soli dan Jus Sanguinis yang sudah menjadi tradisi hidup turun-temurun bangsa China, sama ada mereka dilahirkan di tanah besar China atau di seberang laut.

Tujuan hidup mereka di seberang laut ialah mencari kesenangan atau kekayaan sebelum berhijrah kembali ke tanah tempat tumpah darahnya untuk berkubur di sana. Sanak saudara mereka masih ramai yang masih tinggal di negeri China. Setiap bulan atau dari masa ke masa mereka mengirim wang atau bahan keperluan hidup lain, misalnya, dari Malaya ke negeri China. Menurut kehendak sendiri mereka memang tidak ingin campur tangan dalam hal ehwal politk di Malaya jika sudah ada jaminan bahawa segala peluang dan kemudahan hidup atau mencari kesenangan tidak tertutup atau terganggu. Jaminan ini didapati daripada British selagi British menjadi pihak yang berkuasa di Malaya.

Kebimbangan orang bukan Melayu, khasnya orang Cina, terhadap jaminan itu mula dirasai apabila umat Melayu bangkit mengganyang Malayan Union dan bersiap sedia untuk melancarkan perjuangan seterusnya bagi mencapai kemerdekaan.

[…]

Tidak dapat dinafikan bahawa sejak 1917, bahasa kebangsaan China – Mandarin – dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah umum Cina di Malaya sejurus sesudah pergerakan bahasa kuoyu bermula di negeri China dengan mata pelajaran ditentukan oleh pihak yang berkenaan di luar negeri. Hal ini bertentangan sama sekali dengan kepentingan Tanah Melayu.

Tidaklah bijak bagi pihak berkuasa tempatan membiarkan sekolah Cina itu berjalan tanpa dikawal untuk mengeluarkan pelajar yang bermegah diri sebagai warga negara asing, dan enggan memikul sebarang tanggungjawab terhadap Malaya, iaitu sebuah negeri yang mereka anggap hanya sebagai sebahagian daripada negeri China.

Buku teks yang digunakan di sekolah China kesemuanya dicetak di negeri China dan banyak bahan yang anti-kerajaan Malaya telah disusupkan dalam buku itu apabila dikirimkan ke Malaya. Naskhah yang diseludupkan itu mengandungi tujuan untuk membangkitkan perasaan benci kepada pemerintah tempatan. Kerajaan Kebangsan China mengirimkan wakilnya untuk memeriksa sekolah Cina di Tanah Melayu, memerintahkan sekolah itu menghantarkan laporan ke Nanking yang pernah juga memberikan bantuan istimewa kepada sekolah-sekolah tersebut.

Buku teks yang digunakan di sekolah Cina di Malaya pada masa itu tidak mengandungi pelajaran yang bercorak atau berunsur Malaya. Tidak ada tersebut di dalamnya perkara mengenai sejarah, geografi, perdagangan, perniagaan, perusahaan, penduduk atau kepentingan Tanah Melayu yang lainnya.

Menurut Dr. Victor Purcell, semasa beliau melawat Chungking semasa Perang Dunia Kedua, beliau melihat sebuah peta yang dibuat dan keluarkan oleh Maktab Tentera di Chengtu yang memperlihatkan Tanah Melayu sebagai satu kawasan yang terletak di dalam empayar China yang telah jatuh ke tangan British dan perlu sekali direbut kembali. Tidaklah terbabas jauh daripada perenggannya kalau Dato’ Onn berkata bahawa ada setengah-setengah orang Cina di dalam dan di luar Malaya yang berusaha hendak menjadikan Tanah Melayu Daerah China yang ke-20.

Tetapi kerajaan Negeri-negeri Melayu telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya dan berjaya menghapuskan perbuatan anasir asing di dalam negeri yang cuba mempersendakan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu dengan apa jua cara sekalipun.

Nota:

Sejarahwan British Arnold Toynbee menggambarkan Malaya akan dijadikan “wilayah ke-19 negara China”.

Dato’ Onn pula berkata “wilayah ke-20 negara China” kerana beliau menganggap Formosa/Taiwan sebagai “wilayah ke-19.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

15 thoughts on “Onn Jaafar: MCA alat menjadikan Malaya satu wilayah negara China

  1. Kaum Cina amat cekap berpolitik, dan meletakkan wakil mereka didalam dan luar kerajaan, tetapi matlamat tetap tidak berganjak.

    Kalau saya ini seorang Cina, saya amat berpuashati dengan pencapaian parti-parti politik Cina ini. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, saya hanya nampak mereka hanya memperjuangkan kepentingan yang boleh merosakkan negara.

  2. Onn Jaafar may have predicted about this intention but Abdul Razak son is making it a reality!!

  3. Buat apa ribut ributlah. Sekarang pun Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah menjadi wilayah Cina yang ditadbir olih seorang Melayu ( Datuk Bandar K.L.).

  4. Nak cakap apa lagi, Spura dah jadi negeri cina dah, lepas ni Iskandar johor pulak…org melayu melopong je lah tengok lepas satu, satu tanah melayu jadi wilayah cina. Penang tak payah cakap lagi lah…

    Selagi melayu sama melayu tak mau bersatu bawah bendera Islam, siaplah kena ratah sikit demi sedikit…

    Buatlah persepakatan dengan pihak mana pun, jawabnya ialah lari dari mulut buaya masuk mulut harimau… Out of the frying pan into the fire.

    Sedangkan sekarang melayu yg berkuasa pun mereka berani hina melayu sukahati, apalagi bila melayu hilang kuasa nanti,alamat jadi ulam jer lah,kalu tak pun jadi belacan,jadi budu.

  5. Melayu islam mestilah rajin di kamar tidur supaya warganegara islam menjadi super majority. Lepastu Cina boleh balik tongsan jika masih tak berpuas hati dengan keuntungan yang mereka raih sekarang.

      1. ” Lepastu Cina boleh balik tongsan ”

        Tongsan tak mau depa. Ingat tak artis Cina Chen Kun.

        “He expressed his utter disappointment at the Malaysian government and Malaysia Airlines on his Weibo, proclaiming that he will boycott Malaysian products and tourism indefinitely.”

        Cina2 Malaysia yang bijak pandai ini cuba balik Tongsan, kena ambil MAS balik pasal Tongsan TAK MAU TERIMA mereka.

        http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=254141:chinese-actor-chen-kun-who-has-72-million-followers-on-weibo-says-he-will-boycott-msian-products-tourism&Itemid=2#axzz2xiCVpZPO

        1. PS
          LIhat komentar dari article Chen Kun.

          Snoopy Jnr · Top commenter · Oxford, Oxfordshire
          Boycott Malaysia except for Penang and send a clear signal to Putrajaya. Penang is a progressive state headed by a capable Chinese CM, so support Penang only.

          Mak Yoon Nam · Top commenter · New York, New York
          It would not be such a bad idea if Perkuasa should organize a protest rally at the Chinese Embassy against Chen Kun. Maybe a couple of bigoted NGOs in the likes of Pekuda, Pelembu and Pemonyet that often grace our local Malaysian scene with their infamy should toss yee sang into the drain to express displeasure for him. and to add spice to the soup a combined butt dance exercise would not seem out of place outside the Selangor Chinese Assembly Hall to demonstrate we have our own brand of artistic licence to counter such boycotts. Do us proud to neutralisee Chinese disaffection. Make it easy on yourselves: Satu Malaysia Boleh !!!

          “Penang is a progressive state headed by a capable Chinese CM, so support Penang only.”

  6. Cilik sungguh. Mereka kata PENDUDUK ASAL perlu MELAYAN mereka barulah taat setia dipindahkan kpd Tanah Melayu. Akhirnya terbukti ia satu pembohongan yg nyata. Sampai sekarang KIBLAT mereka masih lagi China, Taiwan atau Hong Kong. Dan perancangan dahulukala diteruskan oleh DAP dgn bantuan tangan ghaib MCA.

  7. Kalau la ada sesiapa yang boleh mendapatkan hansard perbahasan parlimen British semasa kita menuntut kemerdekaan. Pasti ada dibahaskan sebab mengapa British memaksa orang Melayu menerima pendatang sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai hak yang setaraf tanpa mereka bersusah payah.

    Selain daripada British mahu menyelesaikan / menolak / membebankan ‘masalah British’ kepada penduduk asal Tanah Melayu, British juga mahu ‘mencairkan’ ciri-ciri demografi penduduk yang asalnya majoriti Melayu beragama Islam dengan hak memerintah mutlak secara kerajaan Melayu kepada perkongsian kuasa yang ‘merugikan ‘ Melayu dan Islam.

    Kesannya boleh dilihat sekarang dan bertambah kritikal.

  8. Silapnya Persekutuan Tanah Melayu waktu itu kerana mahu merdeka terlalu awal. Jadi banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Antaranya hak kerakyatan.

    Brunei mungkin lambat merdeka, tapi mereka berjaya mempertahankan negara mereka dari menerima terus pendatang dari China. Kuasa mutlak masih pada raja. Orang Melayu masih berkuasa, termasuklah tulisan jawi yang wajib diamalkan sentiasa.

  9. Apa nak herankan.. la ni Petaling Street dah jadi Wilayah Bangla, Leboh Ampang Wilayah Nepal, KLCC wilayah Fillipina, Sunway Mentari Wilayah Africa, mana ada wilayah Cina la ni ooi. ooops Penang kut.

    1. re: “mana ada wilayah Cina la ni ooi”

      Kat The J-Star lah.

      22 editor names for the English main publication

      Chinese — 12 editors, 55%

      1. June H L Wong, Group Chief Editor
      2. Leanne L Y Goh, Deputy Group Chief Editor
      3. Errol Oh, Executive Editor
      4. Soo Ewe Jin, Executive Editor
      5. Foong Pek Yee, Deputy Executive Editor
      6. Tommy Lee, General Manager
      7. Esther Ng, Senior News Editor
      8. Chelsea Ng, Editor, StarEducate
      9. Vicky Ooi, Editor, StarMetro
      10. Paul Yeo, Senior Editor, Health
      11. Tan Cheng Li, Editor, Environment
      12. William K C Kee, Editor, Fashion

      Indian — 6 editors, 27%

      13. Brian Martin, Executive Editor
      14. Dorairaj Nadason, Executive Editor
      15. Devid Rajah, Chief News Editor
      16. Manogaran Rethinam, Editor, StarSports
      17. Risen Jaya Seelan Dennis, Senior Business Editor (News)
      18. Ann Marie Chandy, Senior Editor, Features

      Malay — 2 editors, 9%

      19. Mergawati Zul Fakar, Deputy Executive Editor
      20. Dzireena Mahadzir, Editor, Life Inspired

      Lain-lain — 2 editors, 9%

      21. Agatha Matayun, Editor, Sunday Star
      22. Philip Golingai, Editor, Star Online

      1. Btw, The J-Star Indian editors are Brian Martin, Devid, Dennis and Ann Marie.

Comments are closed.