Posted in Evangelista Bintang Tiga

Tinjauan terbaru Merdeka Center terhadap populariti BN

Akaun Twitter @najibrazak sedang following 138 orang selebriti termasuklah pemimpin-pemimpin negara jiran seperti Susilo Bambang Yudhoyono, Lee Hsien Loong‏, Yingluck Shinawatra beserta Barack Obama, David Cameron, dll.

Di kalangan pemimpin tempatan yang diikuti @najibrazak di Twitter ialah rakan-rakan kabinet beliau seperti Muhyiddin Yassin, G. Palanivel, Idris Jala, Abdul Rahman Dahlan dan @Khairykj (Minister of Youth & Sports; MP for Rembau; Leader of BN & Umno Youth; Papa to Cougar & Puma; office mate to @reginalah).

Mohd Najib Tun Razak (NajibRazak)

Penyanyi masyhur di Twitter

@najibrazak juga mengikuti Twitter jaguh sukan negara Lee Chong Wei dan Nicol David beserta Twitter artis jelita Lisa Surihani dan penyanyi-penyanyi glamer Shila Amzah dan Yuna.

Seorang penyanyi Kristian Francissca Peter telah men’retweet’ Lim Kit Siang yang menyebut bahawa “Malaysians are even more dissatisfied with Najib now, says Merdeka Center (TMI)” — lihat bawah.

Pokok persoalan: Adakah selebriti Lisa Surihani and para penyanyi Shila Amzah dan Yuna menyokong Najib sepertimana penyanyi Francissca Peter menyindir PM di media sosial?

Ramai artis yang kuat perli BN di Facebook dan Twitter.

Akan tetapi, adakah artis-artis yang pro-BN sama giat di ruang media sosial serta sama kuat memaparkan sokongan mereka di alam maya bagi BN? (berbanding artis-artis pro-Pakatan yang begitu giat dan begitu kuat mencemuh dan mempersenda BN setiap peluang yang ada).

Francissca Peter (FranticKL) on Twitter

Dulu Bintang Tiga, sekarang Bintang Lima

Setakat ini Twitter @najibrazak kini mempunyai 1,970,000 pengikut.

Facebook Najib Razak pula mempunyai 2,304,006 ‘likes’.

Namun tinjauan terbaru Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri kian merudum. Ini petanda betapa berjayanya asakan yang dibuat oleh pembangkang.

Ketika negara kita Darurat dulu, pihak pemerintah British menempatkan seramai 380,000 anggota keselamatan bersenjata di tanahair sekitar Oktober 1951 untuk melawan pengganas komunis.

Begitu ramai askar telah dikerah untuk melawan Bintang Tiga.

Berapa orang yang ditugaskan pentadbiran Najib untuk membendung ancaman and mematah serangan puak Bintang Lima pada hari ini?

Hannah Yeoh (hannahyeoh)

(291 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Tinjauan terbaru Merdeka Center terhadap populariti BN

  1. Dear Helen

    poliTIKUS par excellence… very apt when you see the rat in this evangelista

  2. Helen,

    i have friends in the entertainment industry. they were paid a handsome sum last year in the run up to GE13 (hourly rates yaa) to wear the peace, #najibmypm t shirts and all that la, make appearances et al.

    are they pro BN? not all. most of them did it for the money.

    whose idea was this? well… we all know who la kan :)

    1. re: “whose idea was this?”

      The same bright sparks who printed the “I love PM” placards”? And the same consultants who tell the PM that he has two million Twitter followers?

      Also BN rents a crowd. At the BN election campaign events, buses will ferry participants to make up the numbers.

      Face palm.

      If Umno loses influence, the vacuum will be filled by PAS (together with their Christian Taliban allies) as well as the rightist Muslim NGOs.

      1. Let’s call out the intellectually shallow Farid Ridzwan.

        He is sampai tahap artis aje, what could one expect?

        Everyone wants him out but he is a favorite ‘Kak Ma’

  3. Does anyone have problem accessing Helen’s blog in Chrome? It seems to load forever in Chrome. IE and Firefox seems to be OK. Haris’ wordpress blog is accessible in Chrome btw.

    1. Is anyone experiencing my blog being hijacked by ads (aside from Google which owns WordPress)?

      1. Earlier I thought your blog was hacked or what. But looks like it’s not the case as Chrome seems to be the “culprit” or there are some scripts (i.e. social media widgets in your page, ads are also run by Javascript) in your site not able to load, no idea.

  4. helen…

    jelaslah, konsultan yang punya ijazah dan dibayar mahal cuma ada otak kangkung dan otak ayam.

    itupun otaknya terletak di kepala lutut.

    patutnya sudah lama dipecat aje….

    kata orang negeri 9….”buek menghabihkan boreh jo..!”

Comments are closed.