‘All right to use Allah‘ – The Sun Daily hari ini melaporkan bahawa exco agama Selangor, Sallehin Mukhyi, menghalalkan penggunaan ‘Allah’ dengan alasan asal orang bukan-Muslim itu tidak mengambil kesempatan untuk berdakwah.
Selangor memang sudah evangelista DAP yang punya. Berita baik ini pasti disambut girang di Jerusubang, ibunegeri alternatif negeri mereka.
Kalau diserahkan kepada PAS untuk melaksanakan hudud, apa jaminan ia tidak akan dikontrol DAP nanti? Sekarang pun boleh nampak PAS berada di bawah telunjuk DAP.
Apapun berikut ialah keputusan tinjauan pendapat kita ‘Hudud dan politik Islam’.
Tinjauan ini telah dijalankan selama satu minggu mulai 8 April.
(95 patah perkataan)
“Kalau diserahkan kepada PAS untuk melaksanakan hudud, apa jaminan ia tidak akan dikontrol DAP nanti? Sekarang pun boleh nampak PAS berada di bawah telunjuk DAP.”
Ya, betul. Mungkin hudud new-age. Bayangkan hudud yang dirangka oleh orang DAP dan PKR bersama PAS, tak tahu jenis hudud apa itu. Yang Christian friendly, yang Gay friendly ke?
Re Ya, betul. Mungkin hudud new-age. Bayangkan hudud yang dirangka oleh orang DAP dan PKR bersama PAS, tak tahu jenis hudud apa itu. Yang Christian friendly, yang Gay friendly ke?
Untuk dapat sokongan Bang Nuar dan geng.
Ciss konon nak buat hukum hudud tapi kalimah Allah pun ada perselisihan!!!
Ikut le titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor!!! Ape Exco Agama Selangor punya kuasa dalam Pentadbiran Islam Selangor lebih besar daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor??? What The Hell!!!!!
Lepas tu evengelista akan ambil kesempatan untuk pakai nama Allah untuk kepentingan diorang!!!
Sorry ye Helen tapi marah sangat!!!
Wait until the Pas grassroots say “Not for non Muslim use” then you see another u turn again. When that happens, as always Umno will be accused of being the hidden hand.
Pas Islam, umno pun Islam. Hukum hudud jadi tanggung jawab org islam utk laksanakan. Pas dgn kuasa yg terhad tentulah banyak halangan utk laksanakan hudud. namun ia tetap berusaha sebolih mungkin.
Umno yg berkuasa sepenuhnya perintah negara kenapa nak lepas tangan, kanapa bebankan kpd Pas semata mata? Mana tanggungjawab umno sebagai org Islam?
Segala kemudahan ada pada umno, patutnya umnolah yg ambil initiativ,paling kedepan dlm soal hudud.
Kenapa umno tak nak pertahan dan perjuang hudud seperti mana perjuang isu kalimah Allah.
Dalam isu kalimah Allah ini yang dilarang ialah ia disalahgunakan dlm percetakan Injil dan the herald. Hanya itu saja.
re: “Pas dgn kuasa yg terhad tentulah banyak halangan utk laksanakan hudud.”
DAP agresif sakan (macam komunis). DAP pembuli tegar. DAP pemfitnah licik. DAP raja dan ratu putar-belit.
Kalau PAS buat hudud, ia pasti akan jadi hudud DAP. Istilah ‘Allah’ pun PAS tak mampu jaga.
Xynal….tolong asing2kan isu. Hudud kewajipan untuk dilaksanakan dan Kalimah Allah adalah larangan penggunaannya oleh puak Kristian. Jgn menyalahkan pihak lawan dan membela kaum sendiri. Ini assobiyah. PAS salah dalam hudud & Kalimah Allah. UMNO tak pernah kempen nak laksana hudud. Walau pun salah, ia tidak munafiq mcm PAS. Sy bukan penyokong atau peminat UMNO.
Re: Dlm isu kalimah Allah ini yg dilarang ia disalahgunakan dlm percetakn injil dan the herald. Hanya itu saja.
Nampak sgt tak faham. Asalnya memang begitu kemudian, si kristian yang jadi rakan kongsi PAS demand untuk gunakan kalimah tersebut di dalam peribadatan mereka & menuntut penggunaan kalimah suci itu sebagai hak asasi amalan agama. PAS bodoh sgt ke? Si celaka salehin mukhyi, berdegar-degar berkuliah tentang Islam di masjid2 tetapi sebenarnya munafiq.
Idris Mdisa,
Rasuah besar tak salah, kuliah agama “ostat” Salehin tak betul.. apa kamu ni ? – insaflah jangan jadi melayu, ikut “sunnah” cuba-cubalah, pakai serban atau jubah, insyallah kamu akan “lebih islamik”. Berbalik kepada isu tadi Pas hanya mempromosikan toleransi kaum/agama mengambil kira malaysia adalah masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama “plural society”. Jangan cepat menghukum orang dan jangan suka-suka guna akal buat assumption, apa salahnya pemikiran kita “docile” sikit mcm unta padang pasir.
Beban melaksanakan hudud haruslah dilaksanakan oleh UMNO memandangkan mereka berkuasa. Usah salahkan PAS. Pas sentiasa mengambilkira sentiviti-sentiviti kaum lain. Saya percaya kita dapat bangkitkan era kegemilangan islam di bawah payung Pas diterajui oleh Pakatan Rakyat.
bq. “Saya percaya kita dapat bangkitkan era kegemilangan islam di bawah payung Pas diterajui oleh Pakatan Rakyat.”
Betul atau lawak je ni?
Tolong beritahu saya, apa yang PAS dah sumbangkan selain dari pecah-belah, fitnah, fanaticsm dan beberapa lagi yang seangkatan dengannya?
Kalau nak gambaran kecil, saya boleh bagi.
Semasa saya belajar di sekolah arab di Terengganu, budak Thanawi banyak yang condong/sokong PAS. Yang jadi PAS-Thanawi(dibaca: ‘pasanawi’..gelaran yang diberikan kepada mereka dulu), apa akibatnya? Mereka hanya solat/solat Jumaat di masjid PAS atau yang lebih ‘alim’, pergi Rusila. Masjid BN/bukan PAS penuh dengan orang kafir? Jika bukan, ada orang PAS tolong tegur? Tak pernah!
Curi kaset dan re-dubbing jadi kaset ceramah PAS. Bila diadu kepada ketua mereka(seorang ‘pasanawi’), apa yang dijawab? Kaset tersebut meyebabkan lalai, tapi ceramah tak. Jadi halalkah mencuri kerana sebab tersebut? Aduan kepada warden asrama? Takde tindakan disiplin. Cuma nasihatkan budak ‘pasanawi’ tu pulangkan balik. Malagnya, “kaset tu ilang doh, cikgu. Dok tau pah kuana-aler”. OK, lepas. Bijak betul otak warden (orang PAS)!
Dan beberapa kes lagi. Panjang kalau nak ingatkan balik. Itu baru ‘pelajar PAS’. Nak saya ceritakan pasal ‘cikgu dan tuan guru PAS’? Dan rasanya tak payah la saya ceritakan pasal kampung saya bila PAS menang dulu. Lintang-pukang, cik Mat oii…
Ya, itu dulu, kan? “PAS bereh doh lening”.
Hah? Saya berani tanya balik, “Ye dok, mung?”.
Kalau gambaran besarnya, pernah ingat buku SHIT karya agung ahli seumur hidup PAS? Tuan Guru (konon) cakap, Tuhan pun mencarut! Nak kuatkan hujah, diberinya ayat yang ada ‘li furujihim’ tu. Tak reti nak beza carut dan ayat penyata? Dan ada yang beri ayat pasal Abu Jahal dan isterinya(atas premis, mencarut juga bermakna bercakap secara keras walaupun bukan profanity). Tak tahu beza ‘mencarut’ dan melaknat? Ada ‘ustaz’ PAS tolong tegur? TAK ADA!
Dan banyak lagi. Tapi, itu dulu, kan? “PAS bereh doh lening”.
Hah? Saya berani tanya sekali lagi, “Ye dok, mung?”
Atau dalam ‘bahasa luor’, “Ya ke tak, kau ni?”. Dan soalan itu juga saya nak tanya kat saudara Mat pasal kebolehpercayaan ‘payung’ yang dihulurkan oleh PAS dan kemampuan Pakatan Rakyat sebagai ‘peneraju utama’.
Dah agak dah. Bila UMNO kata tiada halangan untuk PAS kemukakan Private Bill, PAS plak flip flop suh UMNO yg start. Perjuangan sapa hudud nie? Bila plak hudud menjadi perjuangan UMNO?
Kalu PAS tak bertel0r untuk mempertahankan sesuatu yg memang menjadi perjuangkan bila digertak oleh rakan kongsiraya dorg, macamana PAS nak mempertahankan isu agama lain?
Yang ternyata kini adalah perjuangan PAS bukan lagi untuk AGAMA tetapi untuk mengekalkan KUASA.
In essence he Is saying that it is Ok to break the state law and go against the Sultan’s directive. Why stop there ? Go ahead and change the law since PR has the majority in the assembly.
re: “Why stop there?”
It’s their two-faced strategy.
PAS placating the non-Malay vote bank and DAP fishing the Malay votes.
Sorry. Not hudud. Something related to religion. Remember the Noah that was banned by our government. Here is what a Christian blog said.
It is right our government banned the show.
http://www.charismanews.com/opinion/43454-seven-of-the-worst-mistakes-in-the-movie-noah
Imagine the chaos if this movie was released.
‘The subtle implication is that Noah needed Satan’s help, not God’s.’
Mulan , the very reason why we, Muslims could not help it but to demand the government to ban the movie altogether. All this Fitnah against the Prophets and God must be stop. Why are we still letting Hollywood to dictate our understanding on our very own faith?
Just like The Passion of the Christ, if the Christians won’t, the Muslims simply will put a stop to it, and the least they can do is to be thankful!
Please let me know if you’re encountering any difficulty in accessing my blog (slow upload or blockage).
Thanks.
Yes I did. Need to try again2 & refresh it twice.
sigh … :(
Again Helen . I’m using internet explorer right now and it’s look like I’m having difficulty accessing you blog using firefox….
:(sarah
Okay :(
Btw, just now I tested IE and my blog was not accessible on that browser either.
re: Muslims could not help it but to demand the government to ban the movie altogether.
Why not ban the Muslims from watching the movie instead? Let non-Muslims watch the movie undisturbed.
1. Tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh sebahagian penganut Kristian di Malaysia bukannya berkaitan dengan isu halangan atau sekatan terhadap hak penganut Kristian untuk mengamalkan ajaran dan kepercayaan mereka yang dijamin di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebenarnya soal linguistik iaitu kesilapan terjemahan perkataan ‘God’ di dalam Bahasa Inggeris yang diterjemah sebagai ‘Allah’ di dalam Bible sedangkan terjemahan yang tepat di dalam Bahasa Melayu ialah ‘Tuhan’.
2. ‘Allah’ merupakan Tuhan penganut Islam yang bersifat tunggal/esa selaras dengan Surah Al-Ikhlas di dalam Al-Quran yang bermaksud “’Dia-lah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH, Tuhan tempat meminta segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang sekufu setara dengan Nya”.
3. Nama ‘Allah’ tidak ada disebut langsung dalam kitab suci agama Kristian sama ada Old Testament mahupun New Testament. Nama Tuhan bagi umat Kristian ialah Yahweh atau YHWH (rujuk Lev 24:16), tetapi mereka dilarang menggunakan istilah tersebut. Manakala perkataan Tuhan (God) disebut dengan istilah Adonai, Eli, Eloi atau Elohim (rujuk Matthew 27:460). Penggunaan kalimah Allah tidak pernah dan bukan sebahagian daripada intipati integral kepercayaan dan perlaksanaan agama Kristian.
4. Umat Kristian tidak dibenarkan untuk menggunakan nama Allah di dalam terjemahan kitab suci mereka kerana kerana mereka mahu memakainya dalam bentuk uluhiyyah, iaitu dalam bentuk i’tiqad atau aqidah yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu berdasarkan konsep triniti – kepercayaan kepada The Father, The Son and The Holy Spirit (Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Ruh Suci).
5. Di Indonesia, tempat kitab Bible yang menggunakan nama Allah bagi menterjemah perkataan God yang kemudiannya digunakan di Kalimantan/Borneo, umat Kristian di sana sendiri kini mengakui bahawa kata ‘Allah’ merupakan nama khas Tuhan umat Islam. Antaranya Paderi Jahja Iskandar yang telah menerbitkan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular”. Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli Perjanjian Lama, iaitu Ibrani ialah ‘Elohim’ (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan ‘Elohim’ ialah ‘Ilah’ bukan ‘Allah’. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).
6. Yayasan Lentera Bangsa (sebuah pertubuhan Kristian di Indonesia) telah menerbitkan Kitab Suci-Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan Bible ini tidak lagi tertera nama ‘Allah’ sebaliknya menggunakan ‘Elohim’ sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Paderi Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru) oleh Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta. Konferensi tersebut menetapkan bahawa Nama Huwa/Hoewa/Johoewa hendaklah digantikan dengan ‘Tuhan’.
7. Nama ‘Allah’ telah digunakan oleh orang Arab sejak sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W. kerana syariat bagi menyembah Allah telah diwajibkan sejak penciptaan Nabi Adam A.S. dan Rasul-rasul yang seterusnya. Namun begitu, umat Arab yang beragama Kristian tidak memanggil nama tuhan mereka ‘Allah’ sebaliknya ‘Bismil-Ābi wal-Ibni war-Rūḥil-Qudus’ (In the name of The Father, The Son and The Holy Spirit) sementara Jesus (Nabi Isa) dipanggil sebagai ‘Al Masih’ atau ‘Yasu’.
8. Masyarakat Arab menggunakan nama allah ( الله) sebagai nama umum untuk terjemahan perkataan ‘God’. Nama Allah ( الله) dengan tulisan yang sama (Alif-Lam-Lam-Ha) turut digunakan untuk merujuk nama khas Tuhan bagi umat Islam. Ianya merupakan konsep ‘uruf al-balad – kefahaman setempat yang digunakan di Tanah Arab. Ianya sama seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang mempunyai Nama Khas (proper noun) dan nama am (common noun) tetapi tulisan Arab tidak membezakan nama am dan nama khas bagi ( الله). Sebagai contoh, bush sebagai nama am boleh diterjemah sebagai semak tetapi Mr. Bush sebagai nama khas tidak boleh diterjemah sebagai Encik Semak.
9. Tujuan sesetengah pihak untuk tetap berkeras supaya kalimah Allah tetap digunakan di dalam terjemahan Bible di Malaysia boleh difahami dengan merujuk kepada petikan didalam majalah Christianity Today (dikeluarkan di Chicago, Amerika Syarikat terbitan bulan Julai 2009) yang dengan jelas menyatakan “penggunaan kalimah Allah (dalam terjemahan versi Melayu-Indonesia) adalah suatu usaha strategik kalau bertujuan untuk membuatkan mereka (umat Islam) memahami siapa Christ! Jika kalimah ALLAH tidak digunakan akan menyebabkan umat Islam tidak akan membaca Bible!”. (rujuk http://www.christianitytoday.com/ct/2009/august/14.15.html di mukasurat 2).
10. Missionary Kristian seringkali menggunapakai nama Tuhan tempatan yang digunakan oleh penduduk di sesebuah kawasan sebagai salah satu strategi untuk menyebarkan dakyah mereka walaupun perkara berkenaan seringkali menimbulkan perselisihan faham dan kontroversi. Antaranya ‘Son of Ishvara’ di selatan India sebagai rujukan kepada Jesus, Danishi (bermaksud ‘matahari ulung’) sebagai nama tuhan Kristian di Jepun serta Appodius (nama tuhan suku kaum asli Quehua yang beragama Kristian di Peru).