Posted in talam dua muka

Mujahid: Jangan tuduh orang (DAP) sebagai anti Islam

“Karpal tidak sesekali anti Islam”, tegas Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parti Buntar.

Mujahid, ahli Majlis Perpaduan yang dilantik Perdana Menteri, telah berkata hari ini:

“To me, it is not easy for us to accuse another as anti Islam just on the basis of their rejection of the Islamic State and Hudud on legal basis. It is my view that to be anti-religion, one would need to be driven by hatred and hostility towards all meanings of the religion including the rejection of Islam as the Federation’s official religion”.

http://www.malaysiakini.com/news/261226
http://www.malaysiakini.com/news/261226

DAP mencintai dan membela Islam

Pada kacamata Mujahid, DAP bukan anti Islam kerana pemimpinnya tidak mempamerkan sikap benci terhadap agama tersebut.

Sebaliknya ia MCA yang sering dituduh DAP sebagai anti Islam.

Ikutilah pandangan para Yang Berhormat DAP terhadap Islam dan hudud.

Baris atas, kiri ke kanan: (1) – (4)

Baris bawah: (5) – (8)

DAPleadership

(1) Teo Kok Seong

Ketua Pemuda DAP, Ahli Parlimen Rasah

“Pendirian saya sama seperti kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang … agar semua rakan dalam Pakatan Rakyat bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan isu dan kekeliruan yang timbul berhubung pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan.”(FMT, 28 Apr 2014)

(2) Ng Suee Lim

Penolong setiausaha DAP Selangor, Adun Sekinchan

Ng Suee Lim mahu memetik hadis di persidangan DUN kerana dia “meminati agama Islam” (Utusan, 12 Julai 2011)

“Islam merupakan agama yang bersifat global, iaitu untuk semua …”

“… bagi saya Islam adalah agama yang murni”

Sumber: ‘Umno halang penganut agama lain dekati Islam(Roketkini, 14 Julai 2011)

(3) Tan Kok Wai

Pemangku pengerusi DAP Selangor, Ahli Parlimen Cheras

“[Keberkesanan Pulau Pinang sebagai model pentadbiran PR terutama untuk orang Melayu] dapat dilihat apabila PAS sendiri menghargai segala usaha yang dilakukan DAP di Pulau Pinang terutamanya untuk orang Islam dari segi peruntukan kewangan dan pelbagai dasar agama yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan BN sebelum 2008. … Ia juga membuktikan DAP bukannya parti anti Melayu atau anti Islam seperti yang didakwa media Umno.” (Roketkini, 5 Feb 2014)

(4) Thomas Su

Penolong setiausaha pengelola DAP, Ahli Parlimen Ipoh Timor

“Risiko hudud? Pendirian PR nyata sekali. Ia hanya MCA/BN yang tidak mampu menerimanya walhal orang Malaysia sudah bergerak ke depan.” (Sumber: Tweet, lihat bawah)

Twitter - thomas_su- @tilianker Risk of Hudud

Nota: Ti Lian Ker yang berbalas tweet dengan Thomas Su merupakan ahli exco MCA pusat.

(5) Hew Kuan Yau

Ketua publisiti DAP

“Mereka cuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan berkata bila kita (DAP) mentadbir negara kita nak jadikan agama Kristian (sebagai agama rasmi).”

“(Bila BN) cakap kepada orang Cina, (mereka kata) kita (Pakatan) nak tubuhkan negara Islam apabila tadbir negara, ini semua bohong kerana mereka sebenarnya hanya nak takutkan rakyat.”

Sumber: ‘PRU-13: Kuan Yau anggap siapa sokong BN bodoh(Utusan, 24 Apr 2013)

(6) Lim Guan Eng

Setiausaha-agung DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang

“Amar makruf nahi mungkar”

Memakai gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz

(7) Anthony Loke

Setiausaha pengelola DAP, Ahli Parlimen Seremban

“Sesiapa sahaja yang menghina Islam, DAP akan membela agama Islam. Sesiapa sahaja yang cuba menghina Islam, DAP akan pertahankan Islam.” (Harakah, 3 Nov 2012)

(8) Lau Weng San

Setiausaha pengelola DAP Selangor, Adun Kampung Tunku

“Najib kata Malaysia sebuah Negara Islam. Apa kata MCA?” (Sumber: Tweet, lihat bawah)

Twitter - lauwengsan- Najib said Malaysia is Islamic

(512 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Mujahid: Jangan tuduh orang (DAP) sebagai anti Islam

  1. The real Dap is deeply ingrained in its “malaysian malaysia” tagline. What does its imply? Equality in the eyes of our constitution? If yes, why then Dap couldn’t accept the “hak keistimewaan orang Melayu”?

    1. To clarify: Are you saying,

      (a) DAP is unable at heart to accept the “hak keistimewaan orang Melayu”

      or

      (b) DAP begrudges the “hak keistimewaan orang Melayu” and has made Doublespeak an artform?

  2. Let Mujahid Yusof Rawa believe what he want to believe, Malays other Yusuf Rawa and his supporter knows better.

    Who he want to fools anyway?

    1. re: “Who he wants to fool anyway?”

      The Prime Minister who appointed him to the National Unity council?

      1. I think Najib appointing the likes of mujahid, marina, wardina may have a positive side to it. These are some of the more vocal species. However, their ‘vocalness’ have a lot of times backfired on them.

        They only ‘cakap-cakap’ but have not done anything to correct the wrong. Their ‘cakap-cakap’ has created a ‘menyampah’ situation. Wardina – when she was criticised for making wrong statements about an ustaz’s video – shut down her fb page – so immature.

        Mujahid – the liberal muslim, a pas exco, whom other members think is not potraying true Islam.

        Marina – if not for the fact she is tun mahathir’s daughter, she is ziltch.

        In a way, the set up of this national unity council is to shut them up.

        1. re: “the set up of this national unity council is to …”

          Cause self-inflicted damage on Najib b’cos the PM is a masochist?

  3. Alahai Mujahid…..

    Sekiranya kenyataan anda benar bahawa DAP tidak anti-Islam… bagaimanakah pula apabila PAS melalui Amanat Hj Hadi yang telah ‘mengkafirkan’ UMNO khususnya orang Melayu UMNO?

    Semenjak PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR…kelihatannya ustaz-ustaz PAS pun sudah berjaya menjadi ‘talam dua muka’.

    Hasratnya mahu ‘mentarbiah’ DAP tetapi rupa-rupanya DAP yang telah berjaya ‘mentarbiah’ PAS….!

    Alangkah malangnya……!

    1. Kalau lah DAP ni bukan anti Islam, kenapa DAP asyik bantah rancangan Pas nak laksanakan Hudud ?

      Kita tahu, orang kuat DAP ni secara peribadi sokong Hudud. Kalau tak sokong Hudud, kenapa ada occupy mosque ? Yang pompuan ni pulak pakai tudung, yang lelaki pulak ucap dalam bahasa Arab.

      Dia orang sokong Hudud. Yang sekarang ni keadaan jadi rumit sebab kalau mereka terang terang kata mereka sokong Hudud, habis lah peti undi Cina.

Comments are closed.