Laporan berita menarik hari ini, ‘Revamp at Star top management‘ oleh Star Online.
BREAKING NEWS: June Wong yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan J-Star pada November lepas sekarang ditendang ke “tingkat atas” selepas keputusan dipersetujui lembaga pengarah petang semalam.
BAWAH: Rencana June Wong yang menyatakan ketidaksabarannya bagi diterjemahkan agenda — “Freedom for slaves”, “dismantle … untenable systems of government” beserta “move our nation onto a new path of greatness”.

Di’beku’kan
June kini diberi tanggungjawab baru. Dia dikalung gelaran sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) serta ditugaskan untuk menyelia serta mengintegrasi “pengembangan kandungan”. Bermaksud bukan lagi Ketua Pengarang di bilik berita lah.
Dia merupakan perempuan kanan kepada bekas timbalan pengerusi eksekutif Vincent Lee yang meletak jawatan pada 31 Mac 2014 sejurus selepas kem Chua Soi Lek tewas kepada kem Liow Tiong Lai dalam pemilihan parti MCA.
Lantaran itu, pembekuan June Wong harus dinilai sebagai suatu permainan ‘politik pejabat’ dalaman MCA.
GAMBAR: Bila Regina Lee meningkat usia, wajahnya akan kelihatan sebiji macam June Wong
Musuh dalam selimut
Sebelum ini, mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong pernah mempersoalkan sama ada June Wong berupa ‘Api dalam sekam‘.
Wee menulis di blognya, “What is the Group Chief Editor of The Star, Ms June Wong, up to?”
“Was it a subtle form of ridiculing the party (MCA) by a newspaper owned by the party?” tanya beliau.
Jawapan kepada Wee Choo Keong ialah, “Ja, most definitely.” Their Scissorati can even unsubtly ridicule the then MCA sec-gen Kong Cho Ha as “Donkey Kong“. So whadya expect?
BAWAH: Sebuah kolum karangan June Wong bertajuk ‘Ruling multiracial Malaysia’

Dapster
.
Melihat kepada rencananya (di atas), ia terang lagi bersuluh bahawa June Wong condong kepada parti politik yang kononnya:
- “memupuk semangat bersaing”,
- “mendakap meritokrasi”,
- “mempunyai sikap inklusif (toleran) dan terbuka terhadap kaum-kaum minoriti” seraya
- “bersifat “bersih, telus dan tidak bertolak-ansur terhadap gejala rasuah”.
Juga nampak terang-terang bahawa June menyanggah parti pemerintah yang kononnya:
- “menakutkan kaum Melayu menerusi momokan bahawa si pendatang yang tamak dan rakus akan membolot segala-galanya”,
- “menyemai kebencian dan perpecahan”,
- “mahu orang (kampung) terus kekal dalam keadaan daif and dungu agar mereka-mereka ini terpaksa bergantung hidup kepada tongkat (yang disediakan parti paling jahat itu) dan justeru mudah dikawal”
- “menolak cara kehidupan berbilang bangsa beserta tidak mendokong budaya majmuk dan kepelbagaian agama”
Untuk butir-butir lebih terperinci, sila baca ‘The Star thinks Malays are stupid‘

Setinggi-tingginya tupai melompat
Yang Berhormat DAP Serdang, iaitu evangelista Ong Kian Ming, diberi sebuah ruangan pojok oleh The J-Star walhal orang MCA dan orang Umno tak pun.
Wee Choo Keong juga membuat pemerhatian (18 Jan 2014) bahawa:
“If we were to look at the highlighted news and stories under the stewardship of the Editor-In-Chief of the Star, Ms June Wong, such a headline reflects her train of thoughts or taste buds. Remember the hue and cry that were highlighted by The Star when the porn bloggers Alvin and Vivian were denied bail.”
Bagi Wee (21 Mac 2014), orang yang diamanahkan MCA untuk menerajui J-Star ini sebenarnya:
- “the newly crowned Star Group Chief Editor is taking The Star further down the road of ridicule”
- “it was not too smart of the newly crowned Group Chief Editor Editor of the Star, Ms June Wong, to use such speculative story as its front page lead for today. Poor judgement is too mild to describe her decision”
- “Such front-page story by the Star, will make the world laugh at Malaysia”
- “Was this another ‘Api Dalam Sekam’ effort to sabotage the MCA and make BN look silly?”
Yup, yup, yup!
The Dapsters are always calling BN supporters stupid. The J-Star tries hard to make BN look even sillier.
Jarum lebih halus akan dicucuk kelak
Meskipun June Wong baru-baru dipindah ke penthouse (terletak di tingkat atas Menara Star Phileo Damansara), ini tidak membawa maksud musang berbulu ayam The J-Star akan berhenti daripada melakukan tindakan-tindakan mensabotaj BN.
Jentera media milik MCA itu tetap tinggal sebagai sarang evangelista.
Dan belakang BN akan ditikam dan terus ditikam oleh Si Gunting dalam Lipatan ekoran hasad dengki dan dendam kesumat pihak pembangkang sudah tidak boleh diubat lagi.
Kalau ahli MCA sendiri tidak mengundi BN dan 90 peratus orang Cina menyokong DAP, adakah The J-Star – sebuah majikan Kristian yang jarang sekali memberi kenaikan pangkat kepada wartawan Melayu – akan berpeluk tubuh sahaja di persada politik?
Kita perlu beringat bahawa dalam tahun 1987, suratkhabar subversif tersebut diharamkan KDN kerana ia dianggap sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.
(735 patah perkataan)
Bersambung:
Adalah terlalu awal untuk membuat penilian semula terhadap J-Star, malah sikap MCA sendiri terhadap keiklasanya dalam gagasan Barisan N.
Badan dudok di dalam tetapi tangan menyuchok dari luar sudah menjadi amalan sekian lama dan tabieat sebagitu tidak mudah hendak dihapuskan dan bukan bolih dihilangkan dengan sekelip mata.
Keiklasan kaum Cina bukan dinilai dari kata-kata sahaja, keiklasan sebenar masih jauh dan samar-samar untuk dinilai.
Untuk butir-butir lebih terperinci, sila baca ‘The Star thinks Malays are stupid‘
Ulang tayang. May I have your sign?
[YouTube]
The Star really thinks Malays are stupid.
Tengok komen ini.
John Murdoch
11 months ago
in reply to cybrid37
agreed,this program is making a fool out of us malaysians,i could not possibly know how one could learn from watching this, just so awful