Seorang ialah Khairy, seorang ialah Bangladeshi. Yang Bangla tu lebih berhemah.
‘Usul tergempar desak Rayer mohon maaf ditolak‘ (Malaysiakini, 22 Mei 2014)
Speaker DUN Pulau Pinang dua kali lima dengan Speaker DUN Selangor yang sebelum ini menolak usul yang dibentangkan Adun-Adun Umno untuk membahaskan kalimah Allah.
Inilah caranya kerajaan-kerajaan negeri Pakatan buat kerja.
BAWAH: ‘Rayer ulangi pendirian tak mahu mohon maaf‘
Pemuda Umno mengidam jadi kaki bakar
Malaysiakini juga melaporkan semalam, ‘Buat sekali lagi, HQ DAP akan hangus‘.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii memberi amaran kepada DAP bahawa penghinaan seterusnya akan mengundang padah, kata portal berita itu.
“Ingat, sekali lagi kami dengar anda hina parti [Umno], kami akan bakar bangunan ini.”
Kedengaran juga teriakan “samseng, samseng” oleh orang DAP yang merujuk kepada perangai ketua Pemuda Umno tersebut.

Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng, kata DAP setiausaha organisasi DAP Anthony Loke – The Malaysian Insider (22 Mei 2014)
Sejarah berulang-ulang
Ugutan yang dibuat oleh Razlan mengimbas kepada bibit Ogos 2000 di mana Ketua Pemuda Umno Abdul Aziz Sheikh Fadzir telah mengugut untuk membakar Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) kerana tidak puas hati dengan tuntutan Suqiu.
Pemuda Umno juga pernah mengeluarkan ugutan mahu bakar bangunan SCAH itu ketika ahli-ahlinya berdemo di Padang TPCA, Kuala Lumpur pada 17 Okt 1987 — satu rentetan peristiwa yang membawa kepada Ops Lalang.
Datang kitaran setiap satu dozen tahun (1987, 2000, 2014), Pemuda Umno mesti tergerak nafsu untuk membakar bangunan milik orang Cina.
Angkara DAP, kaum Cina kena tempias
Dalam memorandum mereka, Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mendesak agar DAP mengenakan tindakan disiplin ke atas Rayer.
Ahli Parlimen DAP Serdang Ong Kian Ming telah keluar untuk menyambut memo tersebut tetapi bersikap acuh tak acuh sahaja — lihat gambar atas (si botak berbaju putih) di mana dia kelihatan bersenyum sinis.
Sambutan selamba Ong telah menaikkan amarah Razlan yang kemudiannya bertindak mengoyakkan memo lalu melemparnya kepada pemimpin DAP tersebut.
Seterusnya, Ong menyeru Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memohon maaf atas kejadian menggertak kelmarin.
Klik untuk tonton video
(302 patah perkataan)
.
Or perhaps many Chinese feel under siege by Umno Youth too
Updated with KJ-Bangladeshi photo montage @ 10.25am on 10 Jan 2015
UMNO Youth have GOT to stop with the macho brouhahas and learn how to play victim in front of the camera in situations like this. Main kasar2, ugut2 like gangster pasar tak jalan lagi in the age of Smart Phone/Eternal Cameras That Anticipate Juicy Going-Ons. If OKM senyum sinis, they’ve got to balas with senyum lagi sinis. Or maybe senyum manis, even better. Cakap berkias-kias dengan sopan,
And leave the macho shoulder pushing and punching and face-arranging for the back alley when no one is looking.
Haha, good thing I’m not in politics XD I have a feeling I may enjoy that last part way too much considering the crap we have to put up with these days. (also disclaimer: beating ppl up in backalleys are NOT recommended so don’t do it, guys).
Sori i don undasten u english.Pls say it simple English.
Dear Helen,
I think the words written by Frank Sweettenham in his book, Malay Sketches on the physique of the Malays are best described for the incident above;
The Malays, never show disrespect towards their;
a) Religion
b) King
c) Race
If they do so, we will same similar incident that will take place in near future. Mark my work on this.
Hesmel Faznee Faisal
Tick. Tock. Tick. Tock.
apa yang kita dapat? kalau semua dapat duduk semeja dan berbincang kan lebih baik.. tak ada guna nak salah menyalah.. masalah tetap tak selesai.. hanya wujud perasaan benci dalam diri sahaja