Posted in DAP MENGKHIANATI KAUM CINA, DAP MENGKHIANATI KAUM INDIA

Lim, Karpal & Co. pemegang saham majoriti

Syarikat keluarga Lim & Karpal membolot 4 kerusi daripada 38 kerusi Parlimen DAP, yakni 10.5 peratus jawatan.

Anak-anak Karpal, iaitu Gobind dan Ramkarpal, adalah MP Puchong dan MP Bukit Gelugor masing-masing.

Anak-beranak Kit Siang dan Guan Eng adalah MP Gelang Patah dan MP Bagan.

Dua keluarga ‘di-Raja’ DAP ini menempah 4 kerusi daripada 38 kerusi yang diperolehi parti itu di Dewan Rakyat.

BAWAH: Jagdeep adalah Adun Datuk Keramat dan exco negeri

AnakKarpal

Ramai juga di kalangan Wakil Rakyat DAP yang merupakan bekas setiausaha politik ataupun political aide Lim Kit Siang.

Di antara mereka ialah Teresa Kok (MP Seputeh), Thomas Su (MP Ipoh Timor), Kasthuriraani Patto (MP Batu Kawan) dan Dyana Sofya (menaruh harapan di Teluk Intan).

Sementara Zairil Khir Johari (MP Bukit Bendera) dan Ng Wei Aik (MP Tanjong) adalah bekas setpol Lim Guan Eng, dan Jeff Ooi (MP Jelutong) adalah Chief of Staff pentadbiran Tokong.

lim-guan-eng-300x199

Maka terdapatnya 7 orang MP (andaikata Dyana menang nanti) yang merupakan setpol ataupun bekas pembantu Kit Siang dan Guan Eng. Mereka diberikan kerusi selamat untuk bertanding, misalnya Zairil di kawasan 74 peratus pengundi Cina.

Bermakna Lim, Karpal & Co. membariskan 11 MP daripada 38 MP wakil parti tersebut. Intipatinya, dua buah keluarga ini memiliki 29 peratus saham syarikat dalam perniagaan yang dibina turun-temurun.

Dalam kata lain, tiga daripada setiap 10 kerusi Parlimen yang dipegang DAP adalah diserah/diwariskan kepada ahli keluarga/kroni Kit Siang dan Karpal.

BAWAH: Mammy Yammy bekas ketua wanita Perkasa, mak oi!

Ibu saya tidak pernah sertai Perkasa, kata Dyana Sofya - The Malaysian Insider
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ibu-saya-tidak-pernah-sertai-perkasa-kata-dyana-sofya

Inipun belum disebut nama orang kanan Kit Siang, umpamanya Tony Pua, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong. Sekali dengan kroni-kroni mereka ini, lembaga pengarah syarikat DAP nyata dikuasai Lim anak-beranak.

Tapi si Dapster suka pula selalu mengata bahawa Umno lah yang mengamalkan nepotisme dan kronisme, Umno lah yang rakus.

Apa jenis manusia yang sanggup menjadi penyokong taksub gila parti hipokrit?

BAWAH: Kan sebelum ini beriya-iya menafikan Mammy pernah menyertai Perkasa?

Laporan The J-Star hari ini

Teluk Intan by-election- Dyana’s mum resigns from Perkasa
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/27/Teluk-Intan-By-election-Dyana-mum-Resigns-Perkasa/

dyana

(306 patah perkataan)

Disyorkan baca:

The kind of Malays who join DAP

Poll closes tomorrow; your last day to vote
.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Lim, Karpal & Co. pemegang saham majoriti

  1. Lo and behold

    ‘Pelajar UiTM bukan lagi robot Umno, kata Kit Siang’

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pelajar-uitm-bukan-lagi-robot-umno-kata-kit-siang

    Kalau Lim Kit Siang cakap, betullah tu!

    Mimpi Malaysia

    Lim muka tak malu jual nama Dato Onn Jaafar nak raih undi Melayu.

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kit-siang-blasts-former-uitm-head-says-dyana-represents-malaysian-dream

    Unker Lim, Dyana Sofya ada 4Bs bukan tiga. Satu lagi B ialah BULLSHIT!!!

Comments are closed.