Posted in Gunting Dalam Lipatan

Isma, Cadbury dan “Ribena Berry”

Nampaknya sah Isma dinobatkan sebagai seteru utama (public enemy no.1) bagi puak Kristian.

IsmaTarget

Isma

Dihina dengan anugerah ‘Aiyoh … Wat Lah?!’

Acara menyindir tersebut dianjurkan JAG, satu gabungan NGO pro-pembangkang yang terdiri Sisters In Islam, Tenaganita dan lain-lain pertubuhan sukarela wanita.

BAWAH: Aduan JAG terhadap sayap muslimah Isma

http://aiyohwatlah.tumblr.com/2014shortlist
http://aiyohwatlah.tumblr.com/2014shortlist

BAWAH: Nampak gaya poster Anugerah Aiyoh … Wat Lah?! direkabentuk untuk mengingatkan kita kepada Cadbury

Wat-Lah-Awards

CadburyWorld

BAWAH: Pembabitan Ambiga dalam Aiyoh … Wat Lah?! tahun lepas

Aiyo-Whatlah-awards-ribena-berry-Ambiga-280513-FZ-Sam_0

BAWAH: Watak ‘Ribena Berry’ dimainkan oleh seniwati Jo Kukathas

ribenaberry_jokukathas

Anugerah Aiyoh … Wat Lah?! adalah gandingan bersama dengan rakan media fz.com, sebuah portal berita pro-pembangkang.

Jo Kukathas aka ‘Ribena Berry’ berkata: ““Sexism and misogyny is alive and well in Malaysian life and politics, as was seen by the recent reaction to Dyana Sofya”.

Ketara sekali bahawa pihak pembangkang bukan setakat membela nasib tetapi juga turut berusaha melonjotkan nama Dyana Sofya.

BAWAH: Dyana Sofya pun Cadbury juga

Dyana and the Lims

Sendiri buat

Sendiri heboh dan hebah … hebat sekali!

Red Beanies lah yang telah mengedarkan gambar palsu ‘Dyana’ berbikini dari awal-awal lagi, malah sebelum setpol Kit Siang itu dinamakan pun sebagai calon.

(Ruj. pendedahan oleh Utusan — ‘Dyana Sofya dan dakyah RBA‘. Juga dibongkarkan blogger-blogger otai Umno umpamanya Tun Faisal, bekas ketua UMB)

Sekali lagi para blogger Umno terjerat sepertimana mereka pernah diperdaya sebelum ini dengan gambar ‘red herring’ (untuk sengaja menyesatkan) seorang gadis pemain catur bersangkut-paut khabar angin tentang anak lelaki Lim Guan Eng.

Blogger-blogger Umno juga berjaya ditipu Red Beanies untuk membuat kesilapan dalam mengenalpasti pencipta pemacu pena (pen drive) sebagai panglima perang siber DAP.

Dial_M_Blog

Gunting dalam Lipatan

Sementara akhbar-akhbar arus perdana yang lain menjadikan kemenangan BN di Teluk Intan sebagai tajuk utama muka depan, liputan tentang kekalahan Dyana dalam pilihanraya kecil tersebut pula sekadar diletakkan di halaman 8 oleh The J-Star.

KOMASudah tidak boleh dipertikaikan lagi hakikat bahawa BN sering ditikam belakang oleh suratkhabar Kristian milik MCA ini.

Operatif DAP memang pakar menipu, membohong dan memfitnah. Begitu licik mereka mengatur strategi dan memasang perangkap.

Bab menagih simpati untuk Dyana, kononnya beliau telah dimangsakan oleh orang sexist yang menjatuhkan maruahnya menerusi gambar berbikini sebenarnya telah dirancang rapi.

Ia helah untuk membolehkan nama Dyana meletup serta boneka DAP itu dibayangkan sebagai si jelitawan yang mempunyai rupa paras setanding aktres Filipina. Dalam hal ini, The J-Star telah bersekongkol untuk mempromosi calon DAP tersebut.

Bukan “ini kali” sahaja tetapi berkali-kali-kali dah media MCA mempamerkan keghairahan mereka terhadap usaha mempopularkan politikus dan proksi DAP. Nyata The J-Star adalah penyokong tegar pembangkang Kristian.

(401 patah perkataan)

Disyorkan baca:

Presiden Isma “Muslim #1 paling pelampau”, kata rencana The Malaysian Insider

Author:

I have no Faceook or Twitter.

10 thoughts on “Isma, Cadbury dan “Ribena Berry”

  1. “Red Beanies lah yang telah mengedarkan gambar palsu ‘Dyana’ berbikini dari awal-awal lagi”

    Kalau benarlah ini semua mereka sendiri yang lakukan, ianya umpama memakan najis sendiri.

    Gambar trophy tu sekali pandang macam baru lepas menang merentas desa MSSM. Dua kali pandang macam pemenang pertandingan drag queen.

    Untuk ISMA, saya tiada komen, sekadar mengucapkan bertabahlah hati…

    1. For whacking China, just go to chinasmack.com lah. Kak H should put up a link on ur side bar to placate the sinomasochist.

    2. Re. Tanah perkuburan adalah mahal di China,

      Kat sini pun mahal. Tenguk lokasi dan feng shui. Lagi bagus feng shui lagi mahal. Minimum burial plot price at RM45,000 and Urn Compartment price at RM25,000 and the urn itself can cost at RM15,000.

      A simple funeral which consist of plywood/plank casket, cremation and ashes scattered at sea will cost minimum RM10,000.

      Someone told me long ago, if you don’t have RM10,000 as a Chinese you can’t die.

    1. ‘She looks like Kumar the drag queen.’

      I serious thought it was Kumar. Uughh, don’t know Jo could be that ugly!

  2. Kak Helen,

    Are you saying RBA pandai and blogger2 UMNO bodoh?

    They should hire you as online counterfitnah specialist. Lol.

  3. A picture is worth a thousand words. Hampa berderai segala impian. Senyuman lebar hilang sama sekali. Gambaran macam Dyana sedang di iring to her execution chambers. Itu le terlalu over confident, terlupa adat, Agama, bangsa sendiri dan Negara. Hutang emas bole dibayar hutang budi dibawa mati, ingat tu Dyana. Nak jadi satu-satunya dalam sejuta, jgn pula yg lain dihina dan diherdik. Perform first than you can talk.

    My kids are not from UiTM tetapi mereka terasa pedih dihati. Itu pon Dyana nak rampas dari Bumiputra? Takde idea yg lebih membangun ke Dyana? Cuba rampas business2 dari Apek2 DAP, depa dok bawa balik labur kat keluarga mereka diluaq Negara ni, UiTM pon hang nak huluq macam tu juga kat depa? :

    Eeeh tak nampak pon dompet Dyana?

Comments are closed.