Posted in Api dalam sekam

Apa beza pancung dengan penggal kepala?

Gaya pedang memotong tu berbeza kot?

Kalau dipancung kepala orang yang paling dibenci kaum Cina dan diletakkannya di atas dulang sebagai hantaran pun undi masyarakat Cina tidak akan kembali kepada BN.

penggal

Dan kalau dipancung kepala orang yang paling dibenci puak evangelista untuk dijadikan bunga mas sekali dengan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan airmata anak dara Puteri Umno dan sebuah jejambat bersalut emas dari Bagan Ajam ke Persiaran Gurney pun undi golongan Kristian [semenanjung] tidak akan kembali kepada BN lagi.

pancung

Mengulas pelantikan pemimpin MCA dan Gerakan sebagai Menteri Kabinet, Presiden Isma Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mencurigai sama ada tindakan Najib umpama melepaskan musang di reban ayam di mana kedua-dua parti Cina itu mungkin “bergabung suara bersama DAP dan golongan bukan Islam yang lain untuk mempertikai Islam dan hak Melayu”.

Kata beliau kepada Ismaweb, persoalan ini munasabah kerana bukan sahaja MCA kelihatan tidak ada minat menentang DAP tetapi mereka nampak senada pula.

rombakan2-300x214

Ekoran itu Abdullah Zaik menasihati MCA dan Gerakan bahawa sebagai parti gabungan dalam kerajaan, ia adalah satu kesilapan jika mereka memilih untuk “menjadikan permusuhan terhadap Islam and keistimewaan Melayu sebagai modal untuk menarik balik undi masyarakat Cina”.

Ujar presiden Isma tersebut, sepatutnya ia MCA dan Gerakan mewakili saki-baki kaum Cina yang masih “setia kepada perlembagaan dan cinta kepada perpaduan dan keharmonian” (ataupun dalam kata lain, Cina yang tidak memusuhi Islam dan tidak membenci Melayu). 

Kenapa Isma boleh nampak benda ini manakala Umno tak boleh?

(237 patah perkataan)

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

33 thoughts on “Apa beza pancung dengan penggal kepala?

  1. ……..According to the United Nations Conference on Trade and Development’s (Unctad) World Investment Report 2014, Malaysia’s 22 per cent increase of net FDIs, valued at US$12 billion (RM38.52 billion), compared favourably with the nine per cent increase in global FDIs….

    Hai, kena la mai balik kalo cidak terlepas habuan. Nak harap Penang, Selangor dan Kelantan aje boleh jalan ke?

    Tengok udah le siTeresa Kok kalut tak sabaq2 nak menghele asyik nak ziarah aje Sarawak.. Muahaha

  2. Bukan UMNO yang tak nampak tapi Najiblah yang menghidapi penyakit glukoma menyebabkan penglihatannya sempit. Hati dan otaknya pun ada sedikit gangguan yang sepatutnya boleh dikesan melalui MRI.

    Simple explanation: itulah pandangan orang ramai, sama ada mereka ahli UMNO mahupun penyokong parti tersebt.

    1. Betul tu AYAH…. najib adalah seorang extremist. Terlalu extreme kebodohannya! OMG… bilalah najib ni nak dinyahkan. Liability, liability, liability!

      1. memanglah najib ni bengap banyak sampai obama buli dia depan rakyat malaysia pun dia tak boleh jawab balas balik pada obama. pada hal cukup banyak points yang dia boleh bagi pada obama. kelu lidahnya nak beritahu obama mengapa obama masih menahan budak 9 tahun di guantanamo atau tanya obama berjaya sangatkah dia di afghanistan sehingga akhirnya terpaksa juag berunding dengan taliban. atau beritahu kebodohan obama menyokong al quida dalam perang saudara di syria.

        1. Abas,

          Tiadaa siapa akan memilih seorang budak 22 tahun bertanding wakili UMNO( BN) di Pekan pada 1976 kalau tak kerana kenangkan jasa bapanya Tun Razak.

          Najib hidup senang lenang dari kecil lagi. Dan belajar dari muda di England. Jadi dia tak tahu aspirasi Melayu.

          Bila jadi PM, bubarkan Kementerian pembangunan Usahawan. Enggan dengar nasihat orang yang melalui zaman komunis . Najib terus bubarkan ISA.

          Musuh bertepuk tangan. Rakan twitter cecah ratusan ribu. Ramai berebut bergambar dengan Najib. Tapi masih undi DAP.

          Pilihanraya 2013 sedarkan mElayu. Bahawa tanoa orang Cina , UMNO masih boleh berkuasa. Orang Melayu ramai dah celik. Cuma Najib masih “bengong”.

          Bertuah benar MCA. Ahli MCA undi DAP. tapi Najib masih mahu bagi muka pada MCA.

          Ramai orang bercakap pasal Peguam Negara. Najib buat tak peduli saja

  3. Pancung ! Bukan pancung dengan benda tajam tetapi setiap perkara yang melawan arus, mesti di matikan segera. Di sini lah kegagalan PM Najib. Membiarkan penyakit menjadi kronik dan parah. Baru di sahkan jawatan, Presiden MCA ‘memancung’ PMNajib ! Begitu rendah budi cina itu ! Jika pemimpin buta, maka yang di pimpin majoriti nya lambat laun menjadi buta.

    Dalam judi pun selalu di sebut ‘pancung’. Pancung memancung dalam mengejar kedudukan. Dap memancung melayu demi politik perkauman tegar nya. Terbaru memancung melayu glamor berpendidikan sebagai umpan mahal untuk anak-anak muda melayu menukar pemikiran. KJ suka memancung kementerian yang tiada kena mengena nya!

    Kiasan yang boleh di ambil iktibar. Jangan salah faham Ms Helen. Bahasa Melayu itu berlapik. Sesiapa belajar linguistik nya, faham tentang kehalusan nya. Sehingga memanggil tokoh, ketua atau yang berkedudukan dengan nama panggilan sewajar nya.

    Ramai tidak menghormati Kerusi PM yang di isi PM Najib. Sebenar satu sikap KURANG AJAR dengan hanya memanggil Najib, seolah mertabat beliau lebih rendah dari si polan yang menyebut, menggelar. Ini haram hukum nya dalam Islam ! Budi bahasa mengikut lunas Islam.

    Ini yang mesti di pancung. Muda tidak lagi menghormati yang tua. Speaker Hannah Yeoh yang selalu memperlekehkan Umno, Melayu dan seumpama nya dan tidak menjaga kedudukan sebagai Yang Berhormat ! Adun Dap yang mengulas dan menghina keputusan Mahkamah, bersikap tidak berpijak di bumi nyata, menjadikan beliau paling hina kedudukan di sisi melayu ! Peguam Negara sepatut nya tegas memancung kerana nyata sekali kesalahan di bawah Akta terpakai.

    Wartawan dunia memanggil Obama, Mr. President…

    1. Simple reason…. najib does not deserve even an atom of respect. Nak respect macamana? Tiap2 hari dia mengkhianati & menyakiti hati org melayu dengan PRexercise bebal dia tu. Malahan he deserves every atom of insults hurled at him, perhaps even more. [deleted]

  4. It is better for Chinese parties not to touch Islam and Malay rights and also the Sultans as enshrined in the Federal Constitution.

    If MCA persists to be a “duri dalam daging” in BN, then it is wise for them to get out from BN. Helen has put it very nicely in the context of MCA which is trying to champion the Chinese cause at the expense of Umno.

    If MCA persists then it can say goodbye as it will be a “has been” in the context of Malaysian political arena. Malays will never vote again for MCA bearing in mind that its representatives were voted in because of Umno votes. The Chinese tsunami were against MCA.

    Be warn that MCA is not wanted by the Chinese including its own party members who were mostly voted for DAP. It is only wanted by Umno for the sake of national unity.

    PLEASE DO NOT TAKE IT AS A MALAY WEAKNESS AS MALAY VALUES FRIENDSHIP MORE THAN ANYTHING ELSE. A FRIEND IN NEED IS A FRIEND INDEED.

  5. bq. “Gaya pedang memotong tu berbeza kot?”

    Saya rasa ianya lebih kepada cara perbuatan (i.e: ‘potong kepala’) tu yang berbeza. Dan penggal tak semestinya kepala terpisah dari badan.

    Macam baling, lempar, campak dan buang. Cara sahaja yang berbeza. Kalau dalam ‘Teregganuspeak’, tambah satu lagi – kelong. :D

    On a lighter note, entri blog ni kelakar jugak cerita pasal perbezaan ‘bahasa’ Terengganu dengan ‘bahasa luar’ :D
    http://plpohbetik.blogspot.com/2009/07/ada-rokak-tak-dak-colak.html

  6. ISMA boleh nampak semua ini kerana saya yakin mereka ikhlas dengan prinsip perjuangannya!

    UMNO pula ( baca DSN yang berwajah moyok ) menganggap pemberian ‘one off’ seperti BRIM ( he,he,he trim dan ice cream ) sebagai idea yang paling ‘brilliant’!

    Apabila mendengar ucapan DSN mengenai pemberian RM500.00 kepada warga penoreh getah, dengan nada penuh semangat seolah olah mengumumkan sesuatu yang paling hebat, saya rasa hendak termuntah.

    Hanya itu ke sahaja, idea dia untuk menolong orang miskin.?

    Apalah sangat yang dapat dilakukan dengan jumlah wang sebanyak itu sekarang ini?. Pergi di kedai untuk membeli barangan makanan, bekalan , sebulan pun tak cukup!

    Saya memang banyak yang tidak ‘berkenan’ dengan sikap masyarakat Cina. Tapi satu yang saya puji, mereka ‘very practical’

    Ingat PRU (1998 (?) ) semasa kes Anwar Ibrahim? Hampir tewas UMNO/BN kalau mengharapkan undi Melayu yang amat terpesona dengan Anwar Ibrahim!

    Undi Cina yang membantu TDM mengekalkan majority dua pertiga dalam Parlimen.

    Sebabnya TDM berjaya mengekalkan iklim ekonomi yang kondusif yang membolehkan orang orang Cina khasnya ‘mebuat’ banyak wang!

    Tidakkah DSN mempunyai idea yang hebat untuk menarik balik undi Cina kepada BN seperti yang dilakukan TDM.

    Setakat memberi ‘derma’ yang tidak seberapanya, jangan haraplah orang Cina mengundi BN.

    Malah janji janji hendak memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah sekolah Cina pun tidak akan mereka hiraukan.

    Kerana Cina LAGI BANYAK DUIT! Sebelah mata pun mereka tidak pandang tawaran itu.

    Malah tektik itu juga mulai kurang menarik kepada orang orang Melayu/Islam dan India.

  7. ‘Kenapa Isma boleh nampak benda ini manakala Umno tak boleh?’

    Helen, does this means that you actually in agreement with Abdullah Zaik of ISMA?

    1. I find Isma to be most effective in its articulation. In this case, yes, I agree that MCA should solidify itself with the 10 percent Chinese who voted BN in GE13. What MCA is doing, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pasti tercicir nanti.

      To see MCA terhegeh-hegeh after the, no doubt influential, Chinese Christian votes is very offputting. By taking a such pronounced anti-Islam stance due to kowtowing to the powerful church lobby, MCA is alienating the Malays votes that put its Chinese reps in Parliament. Isma is right to say that MCA has gone overboard on its anti-hudud and pro-secular campaigns.

      Isma goes for the jugular and its message is so crystal clear that there can be no mistake, e.g. when the NGO said that DAP is likely to be the catalyst for May 13, or when Isma says that DAP wants to do away with the Malay special position.

      Umno on the other hand is unable to frame the narrative as to why the party should be viewed by its core constituents as championing their rights. If Umno doesn’t buck up and if Isma decides to become a political party, then Umno will hemorrhage support.

      There is a lot of disenchantment currently with the top Umno leadership, deservedly.

      1. Re There is a lot of disenchantment currently with the top Umno leadership, deservedly.

        I have said this before, the formation of the United Muslim National Organization is just a matter of time, and this PM is lending his helping hand through his weak leadership and mishandling of the country.

        1. do not solve the problem by creating another. all the pains can be permanently removed by eliminating the root cause(s).

      2. Syukur Alhamdulillah kalau ISMA dan Muslim Ngo dapat bersatu menjadi wadah Melayu pada PR ke 14.

        Melayu perlu bersatu kalau mahu menyekat kemaraan golongan yang diketuai oleh Cinabeg DAP evangelist!

        Kalau tidak akan jadi citizen kelas kedua di bumi sendiri. Sekali telah terlepas kuasa jangan harap dapat balik secara demokrasi!

            1. Hello, you pun tau cakap “UMNO perintah negara”.

              Jangan nak terlebih puji Isma dan pada masa yang sama merendahkan Umno. Kalau Umno nak, boleh terus haramkan Isma.

      3. Helen,

        I once mentioned “iman dan takwa” as the factor that enable UMNO to “hold the fort” during the last general election.

        Because of these factors (iman dan takwa), the unglamorous “makcik makcik” went all out campaigning for UMNO. My mother in law while attending kenduri just election found that these plump makcik makcik already warned the menfolk in UMNO that they felt that Najib would be outright rejected by Chinese.

        And majority of Malays voted UMNO in. simply because there was no better alternatives then.

        But UMNO or Najib is still sleeping. But not for long. ISMA is fast gaining ground.

    1. Forbes terkhilaf kerana gagal mengambil kira sumbangan-sumbangan kepada tabung DAP sebagai kerja dermawan (philanthropic endeavour).

      1. Mungkin, tapi malu sungguh la, Helen, kalau lower top ten richest macam S.Mokhtar boleh Dharma sampai USD 500 Juta tapi R.Kuok dan judi dinasti tak boleh????

  8. 1. kesilapan – siapa yang consistently buat silap, mca/gerakan atau umno? kelemahan – memang sah umno yang lemah kerana masih memerlukan (desperate & hard-up) ‘sokongan’ dari mca.

    2. dap tidak akan berkongsi kuasa dengan mca/gerakan kerana mereka mampu ‘survive on their own’. (‘sokongan’ tidak ditolak). 100% success rate di penang (40 kerusi dun), bertanding 19 kerusi, kalah 0. kalau bertanding 22 atau 23 kerusi pun pasti menang semua.

    3. semasa pak lah ambil alih tampuk pemerintahan, siapa yang lantik najib jadi timbalan perdana menteri?. (orang kampung pun tahu perkara ini). orang ini patut bertanggungjawab. (perjuangan belum selesai?).

  9. nak kata pemimpin umno bengap, nampak sangat kurang ajar, biadap dan tidak menghormati pemimpin. kalau macam tu tak beranilah nak kata seperti itu walaupun dalam hati berkata “itulah sebenarnya”.

  10. Kalau kita flashback sejarah politik PM 1 Malaysia ni {sebut pm 1 cina} kenaikkan heiraki dia dalam UMNO bukan lah kerana kebolehan dia sangat tapi kerana dia bekas anak A’yarham Tun Razak. Bahasa mudah nya dia naik pakai “tangga emas”.

    Mana pernah dia merasai kekalahan ketika bertanding jawatan dalam UMNO? mene sokmo, pasal orang melayu bagi pemudah kat dia disebabkan jasa ayahanda nya. Itu memang tak dapat dinafikan jasa Tun Razak. Tapi disebabkan itulah membuatkan dia jadi seorang pemimpin yg lemah dan suka “playsafe” sentiasa..

    Sepupu dia Si Hisham pun sama macam dia. Berbanding dgn pemimpin lain seperti Tun Mahathir, TS muhyiddin, Mereka pernah mengalami jatuh bangun, menang dan kalah dalam pertandingan, Mukhriz juga begitu, meski pun beliau juga anak bekas PM, tapi dia berbeza dgn PM 1 CINA dan sepupu dia si Hisham. (imbas kembali ketika dia jadi menteri KDN) betapa lemah nya dia!!

Comments are closed.