Posted in Gunting Dalam Lipatan

Zamkata baik MCA jaga The Star agar tidak terus menggunting

http://zamkata.blogspot.com/

Oleh Zainuddin Maidin

Malaysiakini dan Malaysian Insider telah menyiarkan kecaman MCA terhadap saya kerana menyeru “Pergi mampuslah MCA” tanpa menyiarkan “Jika parti itu mahu terus menumpang tiket DAP.” Inilah soal pokok yang tidak dibincangkan oleh Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA Dr Ti Lian Ker dan juga Naib Ketua Pemudanya Tan Chee Hiong.

Sebaik sahaja diberikan nafas baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib, MCA dengan serta merta meminjam nafas DAP yang hanyir untuk turut mengecam menteri Umno yang marahkan Adun DAP kerana mencelakakan Umno. Adakah MCA tidak menghayati bahawa Umno adalah parti terbesar orang Melayu?

KOMA

gunting star dalam lipatan

Saya sendiri tidak senada dengan cara selaran Zahid itu tetapi wajarkah MCA untuk menyertai DAP dalam kecaman ini? Untuk menunjukkan Umno perkauman dalam soal ini tanpa mengutamakan kecaman terhadap Rayer?

Naib Ketua Pemuda MCA Tan Chee Hiong berkata saya berkelakuan ketinggalan zaman dalam soal ini. Siapakah yang ketinggalan zaman jika sesudah diberikan nafas baru, masih mahu bernafas dalam nada DAP, masih mahu berada di takuk jumud, masih mahu menjadi pak turut DAP, menggambarkan diri sebagai copycat of DAP dan masih mahu menjadi musang berbulu ayam.Dial_M_Blog

Tak usahlah lagi menumpang popular atas isu-isu perkauman DAP yang menyakitkan hati orang Melayu dan meracuni fikiran rakyat, melanggar prinsip-prinsip sosial kontrak yang  membunuh keperibadian MCA. Perbuatan ini tidak  menyumbang  kepada tranformasi MCA  sebaliknya menampakkan ketidak sepaduan dan kesepakatan BN.

Dalam pada itu saya tabik hormat kepada MCA dalam usaha mempamerkan DAP sebagai berkonspirasi dengan Pas dalam hukum hudud. Teruskan.

Saya juga dengan secara ikhlas memohon Presiden MCA yang baru Datuk Seri Liow Tiong Lai yang saya kenal sebagai seorang yang  moderate supaya melihat kembali sikap akhbar MCA The Star agar tidak terus menjadi suara parti yang menggunting dalam lipatan.

Pengkhianatan yang dilakukannya  dalam pilihanraya 2008-2013 dengan mamainkan beberapa isu sensitif telah melukaparahkan MCA dan Umno dan BN tanpa disedari oleh pemimpin-pemimpin MCA atau kerja ini dikongsi bersama?

1329983_w_sq_t_scissorsStar sebenarnya telah lama bermain di tangan DAP dan juga di tangan sebuah mazhab Kristian yang melampau dan merbahaya yang telah diharamkan di Singapore tetapi dibiarkan oleh kerajaan Malaysia yang lemah.

Saya mempunyai simpanan keratan akhbar tentang “kenakalan” akhbar ini dan sikap bermuka mukanya.

Maklumat sah yang saya dapat pada malam keputusan piliharaya  2013 seorang  pengarang wanitanya yang berjawatan tinggi telahpun bersiap sedia untuk merayakan kejatuhan kerajaan BN bersama comrade dalam jabatan pengarangnya  tetapi apabila BN kembali berkuasa dia masuk ke bilik dalam wajah muram dan malu. Tulisannnya bila keluar negara-negara lain baik belaka dan seolah olah Malaysia ini terlalu buruk baginya.

starthreatApapun dikatakan tentang Utusan Melayu tetapi pendiriannya tidak bertalam dua muka, Mingguan Malaysia terbitannya kembali menjadi akhbar no.1 di Malaysia dan Utusan Malaysia adalah yang tertinggi edarannya dibandingkan dengan akhbar akhbar Melayu lain di Malaysia malah jauh mengatasi sebuah akhbar Inggeris sekalipun berbagai usaha untuk membunuhnya dilakukan oleh parti pembangkang.

Di bawah dasar transformasi Najib, MCA tidak seharusnya lagi memakai kacamata DAP yang amat merbahaya kepada masyarkat Cina sendiri. Pakatan Rakyat adalah permuafakatan golongan extremis dan munafik yang cuba memakai baju BN dengan mengelirukan rakyat terhadap perlembagaan negara. Bapa bapa rasuah dalam parti ini menuding jari kepada orang lain untuk menutup diri mereka yang sebenar.

Kepada Naib Ketua Pemuda MCA yang menganggap saya mahu kembali mendapat perhatian Umno dengan kecaman keras terhadap MCA, saya ingin menyatakan: Saudara sebenarnya tidak mengenali saya. Politik bukan darah daging saya. Saya bahagia dengan dunia asal saya dan kembali dapat melihat politik sebagai seorang wartawan.

Sumber:

PERGI MAMPUSLAH MCA JIKA MAHU MENUMPANG TIKET DAP (1 Julai 2014)

Scissorsz

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Zamkata baik MCA jaga The Star agar tidak terus menggunting

  1. Helen,

    Ulasan-ulasan dan kecaman ZAM selalunya lebih bernas dan berkesan ketika beliau marah. Perasan tak?

    Saya suka!

      1. No, I’m not going to check it out. Its kinda expected. MCA and DAP are brothers after all, what do you expect? Or more aptly : partners -in-crime he..he..

    1. Ha… ha… haa..

      You’re right. I’m actually laughing out loud right now.
      No kidding

  2. Funny kind of love.

    Would love to see what kind of private security force would be run by the Chinese. Firstly, would they be willing to be killed like our poor cops shot in the line of duty? Protest demo now always by gullible PAS members who get tear gassed and arrested while brave DAPters fight with their keyboards.

    Secondly, it will be staffed mostly by Indians, given how Chinese mothers won’t let their children under the sun. “Boy-boy, don’t stand in sun, get headache. Girl-girl, don’t stand in sun after get hak like keling mooi!”

      1. these kind of people think they can buy not even everything, but also anybody with money.

        perhaps they should take a look at what happened during the Indonesian massacre of Chinese community in 1998. by ratio, the Chinese ethnic there is more wealthy than in Malaysia. but do you see any mercenary of javanese ancestry protecting their precious chinese master?

        take into account too you have to be super duper rich to hire mercenary, i can say that less 5% of chinese can afford to hire a single bodyguard. when a full scale amok arise among Malays, there’s no money that could buy a Malay mercenaries, let alone an army.

        these malaysiakini bozos are indeed hilarious. I would suggest the comment section for a good laugh at their stupidity.

        1. re: “these kind of people think they can buy not even everything, but also anybody with money”

          Yup. That’s how they think.

          They’re also very sure everyone else must think like them and would behave same like them.

          They have no idea how repulsive they are (i.e. what other people really think about them).

          1. ‘They have no idea how repulsive they are (i.e. what other people really think about them).’

            ‘ Malaysiakini, sebuah organisasi media yang mendapat dana dari National Endowment For Democracy dari Amerika Syarikat dan lain-lain pendana antarabangsa 1, seperti biasa menjalankan tugas-tugas yang mungkin ditugaskan oleh pihak yang mendanai mereka. Dalam ruangan ‘yoursay’, tanpa rasa tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang, keputusan mahkamah dan Perlembagaan, mereka secara semborono mengangkat pendapat-pendapat golongan anarkis untuk mengkritik pelaksanaan undang-undang yang telah digubal berasaskan peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.’

            http://www.bangkit.info/2014/07/malaysiakini-dari-pelampau-ke-ladang.html

  3. Hanya jika kamu menyokong DAP dan mazhab kristian Evengelis barulah anda dikatakan Malaysia 1st.

  4. When the wrong man uses the right means, the right means work in the wrong way
    What’s wrong with the world; what am I to do with me at the dead end?

    [YouTube]

  5. they will say zam not representing malays because he is mamak. these malaysian 1st bunch really really like to learn from own mistake by joloking hornet’s nest.

    right now the situation is like telur di hujung tanduk. telur siapa? go and check siapa yang tak bertelur kerana sebiji ada pada isteri dan sebiji lagi ada pada dap.

    kesimpulannya, retak menanti belah.

Comments are closed.