Jawapan orang PAS kepada soalan saya – Penyokong-penyokong PAS bukannya mahukan projek, duit, pangkat atau apa, mereka hanya mahukan Islam. Itu sahaja, noktah.
Oleh Rushdan Ghazali
Salam kawan-kawan semua,
Syaitan selama-lamanya akan sentiasa menyesatkan umat manusia. Jika dulu, syaitan menggunakan ugama untuk menyesatkan manusia – ugama Kristian, Buddha, atheis dll, kini senjata syaitan adalah ideologi. Maksudnya, kamu boleh terus bersama Islam, Cuma kamu menganut ideologi yang lain. Islam tetap Islam, tapi kepercayaan berbeza. Begitulah ampuhnya senjata syaitan ini. Contoh senjata idoelogi syaitan ini adalah sekularisme.
Sekularis boleh sahaja bersolat, berqiyamullail dengan penuh wara’, tapi sekularis beriman dengan kepercayaan yang berbeza dari acuan Islam. Senjata yang baru ini sangat mengelirukan kerana mereka dibenarkan untuk terus berada di dalam Islam.
Islam telah bertarung selama berabad-abad lamanya dengen sekularisme. Sekularisme berkata kepada umat “Wahai umat Muhammad, kamu boleh terus menerus menganut Islam. Bersolatlah kamu 5 kali sehari di awal waktu secara berjamaah. Pergilah Haji setiap tahun, malah kami akan membantu kamu mengerjakan Haji. Kami akan mewaqafkan harta kami berjumlah berbilion ringgit untuk menyebarkan syiar Islam – kami tiada masalah dengan itu. Tapi, kami hanya minta satu perkara sahaja, iaitu berikanlah kebebasan kepada umat ini untuk mentadbir urusan dunia mereka tanpa paksaan untuk mengikut system hidup acuan kamu.
Kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk menjaga hal-hal keakhiratan kamu (solatnya, puasanya, hajinya, dll) tapi kami mahukan kuasa untuk mentadbir urusan dunia kamu (ekonominya, perundangannya, hiburannya, pendidikannya, sosialnya, dll). Begitulah kata-kata sekularisme kepada Islam.”
Terdapat ramai Muslim yang tewas dengan pujuk rayu sekularisme ini. Antaranya adalah Y. Bhg. Tun Mahathir yang kita sanjungi semua. Sayang sekali. Sepatutnya dengan kepintaran yang dimilikinya, beliau boleh menyumbang kepada kemajuan Islam (bukan kemajuan material, tapi kemahuan dari segi izzah Islam).
Kini, umat mulai sedar akan bahaya sekularisme ini. Terdapat ramai muda-mudi yang sedar bahawa sekularisme sebenarnya adalah menyeleweng dari Islam. Pemuda-pemudi ini nampaknya begitu teguh dan istiqamah dengan Islam dan menolak sekularisme. Alhamdulillah, terdapat sinar kemenangan Islam mengatasi sekularisme.
Namun, di saat sekularisme mula ditolak, muncul pula musuh baru bagi Islam. Musuh ini juga berbentuk ideologi sepertimana sekularisme tadi. Namun, musuh yang baru ini ternyata lebih berbahaya berbanding sekularisme. Siapakah musuh Islam yang baru ini?
Ideologi Nasionalisme Kebangsaan
Musuh Islam yang baru, saya menggelarnya sebagai ideologi Nasionalisme Kebangsaan. Apakah yang dimaksudkan dengan ideologi Nasionalisme Kebangsaan ini?
Nasionalisme Kebangsaan adalah gabungan dua istilah, iaitu ‘nasionalisme’ dan ‘kebangsaan’. Nasionalisme membawa maksud patriotisme, iaitu semangat kecintaan kepada tanah air. Kebangsaan pula bermaksud kecintaan kepada bangsa etnik. Jika digabungkan, ia membawa maksud menyintai Negara yang didasari oleh semangat mencintai bangsa. Ideologi nasionalisme kebangsaan ini mencintai bangsa mereka (dalam hal ini bangsa tersebut adalah bangsa Melayu) dan segala apa yang bersangkut paut dengan bangsa itu. Kita ambil contoh ideologi nasionalisme kebangsaan bagi bangsa Melayu yang dianuti oleh Umno.
Umno menyintai bangsa Melayu dan segala yang bersangkut paut dengan “Melayu” itu. Melayu adalah nombor satu bagi Umno. Perjuangan Umno adalah memperjuangkan hak kelangsungan bangsa Melayu itu. Oleh kerana bangsa Melayu berbahasa dalam bahasa Melayu, maka bahasa Melayu turut diperjuangkan oleh Umno. Oleh kerana bangsa Melayu mempunyai raja, maka raja turut diperjuangkan oleh Umno. Oleh kerana bangsa Melayu itu berugama Islam, maka Islam turut diperjuangkan oleh Umno. Umno memperjuangkan Islam bukan kerana iman, tapi kerana Islam ada kaitan dengan bangsa Melayu itu.
Bangsa adalah nombor satu, dan segala yang berkait dengan bangsa itu datang kemudian. Harap pembaca semua memahami apakah maksud idelogi yang dianuti oleh Umno. Saya kerap berfikir, nasib baik bangsa Melayu itu berugama Islam. Apa akan jadi jika bangsa Melayu itu asalnya berugama Kristian? Sudah tentu Kristian juga akan diperjuangkan kerana ia mempunyai kaitan dengan bangsa Melayu (jika asal bangsa Melayu itu berugama Kristian). Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Umno berjaya memperjuangkan Islam sebagai satu system ibadah.
Perjuangan idelogi nasionalisme kebangsaan adalah menyeleweng dari Islam kerana ideologi ini meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan mereka. Perjuangan memartabatkan Islam hanyalah kerana Islam itu ada kaitan dengan bangsa tadi, tak lebih dan tak kurang dari itu. Dan Islam yang diperjuangkan itu pula, bukanlah Islam yang bersifat syumul dan menyeluruh, ianya berupa tidak menyeluruh. Yang membezakan antara nasionalisme kebangsaan dengan sekularisme adalah nasionalisme kebangsaan lebih bertolak ansur berbanding sekularisme. Nasionalisme mampu menerima system-sistem hidup Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan kepentingan bangsa Melayu. Ia lebih bersifat pragmatik berbanding sekularisme.
Jika sekularisme hanya menerima sistem ibadah sahaja, nasionalisme boleh menerima bukan hanya sistem ibadah, tapi juga sistem hiburan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi Islam dan beberapa sistem hidup acuan Islam yang lain. Penerimaan ini sudah tentu bukan kerana iman yang dianuti oleh ideologi ini, tapi kerana bangsa Melayu boleh menerima sistem-sistem hidup tadi.

Hudud ditolak kerana Melayu belum bersedia
Hudud ditolak oleh ideologi ini kerana bangsa Melayu belum mampu menerima kehadiran Hudud dalam hidup mereka. Namun, pabila sampai ketika di masa hadapan di mana bangsa Melayu sudah mampu menerima kehadiran hudud, Umno pula akan muncul sebagai pejuang utama Hudud. Nampak tak? Umno meletakkan bangsa sebagai fokal. Segala-galanya berkisar tentang bangsa.
Ketika ini, ideologi ini boleh menerima sistem pendidikan Islam (sistem pondok), sistem hiburan Islam (industri nasyid), sistem ekonomi Islam (pasaran sukuk dan kewangan Islam) kerana bangsa Melayu boleh menerima sistem-sistem hidup ini. Penerimaan sistem-sistem hidup selain dari sistem ibadah yang sememangnya telah lama diterima oleh nasionalisme kebangsaan sudah tentulah bukan kerana keimanan mereka. Tapi ianya lebih kerana semangat kebangsaan mereka.
Nasionalisme kebangsaan adalah musuh yang lebih sukar berbanding sekularisme kerana mereka juga mendakwa diri mereka sebagai Muslim. Saya ada kenal ramai penganut ideologi nasionalisme kebangsaan yang begitu wara’, tidak pernah meninggalkan solat berjamaah sepanjang hidup mereka dan telah menjadikan qiyamullail setiap malam sebagai amalam harian mereka. Mereka begitu wara’ dan soleh. Tapi mereka menganut ideologi nasionalisme kebangsaan yang meletakkan bangsa sebagai fokal perjuangan. Mereka menolak system perundangan Islam atas alasan bangsa Melayu belum bersedia.
Dan jika diperhatikan mereka mahukan sistem-sistem hidup Islam yang lain (selain dari sistem ibadah) wujud sebagai sistem tempelen di samping sistem-sistem hidup anjuran ideologi yang lain. Dalam sistem hiburan contohnya, ya, mereka mahukan nasyid, tapi mereka melarang system hiburan hedonisme diharamkan. Mereka mahukan pilihan. Dalam system pendidikan pula, mereka meraikan kewujudan system pendidikan ugama, tapi pada masa yang sama, mereka mahukan system pendidikan pedagogi British dikekalkan untuk memberi pilihan.
Menghadapi serangan golongan nasionalis
Penentangan Gerakan Islam terhadap golongan nasionalisme kebangsaan menjadi sukar kerana nasionalisme kebangsaan juga mengaku diri mereka sebagai Muslim. Mereka juga mengaku mereka beriman bahawa Islam adalah syumul (tidak sepertimana sekularisme yang menolak kesyumulan Islam) dan mereka telahpun melaksanakan beberapa sistem-sistem hidup Islam terpilih seperti system hiburan Islam (industri nasyid negara), system pendidikan Islam (institusi pondok dan sekolah aliran ugama negara) dan beberapa system-sistem hidup terpilih yang lain. Teramat sukar bagi Islam menghadapi serangan golongan nasionalis ini.
Jika diteliti, musuh utama Islam pada abad ini bukannya sekularisme, tapi nasionalisme kebangsaan. Di Mesir, musuh ikhwan Muslimin bukannya golongan sekularis, tapi golongan nasioalis yang berugama Islam. Di Indonesia juga begitu, parti Golkar adalah golongan nasionalis. Di Turki juga begitu, di Malaysia juga begitu (Parti Umno adalah penganut setia ideologi nasionalisme kebangsaan).
Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Gerakan Islam dalam menyebarkan Islam, yakni Islam yang benar sepertimana yang diajari kepada kita oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Penyebaran Islam ini hendaklah dibuat dengan perasaan ikhlas, bukan atas niat membalas dendam dan emosi.
Saudara-saudara pembaca blog yang saya sayangi,
Menyambung tulisan saya yang bertajuk “Kefahaman Menyeluruh” adalah satu tambahan kecil. Saya teringatkan membaca satu tulisan oleh Sayyid Qutb berkenaan dengan peluang kepada Islam sebagai penyelesai masalah.
Sayyid Qutb berkata, nasionalisme yang memerintah negara ketika itu mempunyai banyak kelemahan dalam sistem hidupnya. Sistem pendidikan rekaan nasionalisme telah gagal mendidik jiwa anak-anak Mesir ketika itu. Sistem hiburan rekaan nasionalisme pula membentuk muda-mudi Mesir yang bertuhankan hedonisme. Sistem undang-undang rekaan nasionalisme pula tidak memberikan keadilan kepada rakyat Mesir. Disebabkan kelemahan sistem-sistem hidup rekaan nasionalisme tadi, maka timbul banyak masalah di kalangan masyarakat Mesir ketika itu. Penzinaan, keruntuhan moral, rasuah, penyelahgunaan kuasa, dan pelbagai masalah sosial dan ekonomi yang lain.
Apabila ditimpa masalah yang bertimpa-timpa ini, maka terhegeh-hegehlah nasionalisme datang kepada Islam meminta ubat yang dikatakan mujarab itu. Sayyid Qutb berkata, nasionalisme sememangnya tidak tahu malu, sanggup meminta bantuan dari pesaingnya untuk menyelamatkan dirinya sendiri.
Apabila diminta ubat daripada Islam untuk mengarasi masalah-masalah yang timbul hasil dari sistem hidup cacat rekaan nasionalisme tersebut, Islam akan berkata “Kami tidak mempunyai ubatnya”. Ini kerana Islam tidak mempunyai ubat yang bersifat “satu juzuk” untuk menghapuskan penzinaan semata-mata kerana ubat Islam bersifat menyeluruh. Jika kamu ubat dari Islam, maka serahkanlah pemerintahan kepada Islam. Biarlah kami dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika sistem hidup kami gagal kelak.
Kami tidak memberikan ubat bersifat “sementara” dan “terasing”, tapi kami menawarkan ubat yang bersifat “menyeluruh” dan “transformasi total” serta “penyelesaian bersifat kekal”. Nasionalisme sememangnya tidak tahu malu! Nasionalisme mengambil sistem undang-undang sivil, namun apabila masalah penagih dadah masih belum dapat diatasi, maka terhegeh-hegehlah mereka datang menemui para ustaz Islam meminta nasihat Islam. Mengapa tidak diminta nasihat dari pereka undang-undang sivil itu? Kenapa datang kepada Islam meminta ubat?
Dasar tidak tahu malu!
“Sembang bolehla, cuba korang yang perintah Malaysia”
Tulisan saya kali ini agak panjang, saya amat berharap para pembaca yang budiman dapat bersabar dengan tulisan saya ini dan dapat membaca dengan tenang hingga ke akhir. Terima kasih.
Saya mempunyai seorang teman yang tinggal di hujung kota sana yang telah membaca blog saya. Nama beliau adalah Tuan Haji Zul. Di sini saya ingin titipkan kembali pendapat beliau setelah membaca tulisan-tulisan saya di blog ini.
“Rushdan, jangan ingat orang PAS saje yang sayangkan Islam. Umno pun sayangkan Islam juga, cuma kami taklah fanatik macam geng-geng PAS tu, memekik-memekak bertakbir macam tok-tok guru kamu tu. Jangan ingat bila kami tak bertakbir, kami “kurang Islam” dari kamu. Saya, seorang ahli Umno, pun tak pernah tinggalkan solat, solat tahajud tengah malam, dah dua kali pergi Haji. Umrah? Memang dua tahun sekali saya akan menunaikan Umrah. Tapi tak pula saya cakap berdegar-degar macam tok guru kamu tu, seolah-olah dia aje yang Islam kat Malaysia nie.”
“Lagi satu, nie… pasal Hudud nie, tu je lah modal kamu. Nampak sangat nak menjual agama untuk dapat sokongan. Sembang bolehla, cuba korang yang perintah Malaysia. Ingat senang ke? Saya nak tanya kamu, tak Islam lagi ke kita ni? Kita dah ada Ekonomi Islam, Universiti Islam, dan pelbagai lagi inisiatif kerajaan untuk mendaulatkan Islam. Masjid? Dah berlambak-lambak dah. Siap ade air cond lagi! Tak Islam lagi ke? Korang nak kita jadi macam Taliban tu ke baru nak dinamakan Islam? Sempitnya pemikiran puak-puak PAS nie.”
Pendekatan Umno terhadap Islam
“Satu lagi pasal negara Islam. Korang bercakap seolah-olah negara Islam ni boleh selesaikan semua masalah manusia. Seolah-olah negara Islam ini ubat mujarab yang kalau kita pakai, semua masalah kita akan selesai. Kalau hari ni kita laksanakan negara Islam (hudud, etc.), esok dah takde mat-mat rempit, dah takde bohsia, semua orang sekelip mata jadi kaya, dah takde orang miskin. Macam tu ke kamu ingat?”
“Senangnya, kamu ingat semudah tu ye nak tadbir sebuah negara? Bukan semuda tu dik. Tengok, sekarang ni pun Kelantan yang kononnya ‘negeri Islam, Bandaraya Islam’ tu, kes rogol paling tinggi dalam negara, kes cerai berai antara tertinggi. Camana lak tu? Kata Islam sangat… aduhai budak-budak PAS ni.”
“Haaa…. ni bila saya cakap camni, nanti ada pula orang-orang PAS yang keluarkan fatwa saya dah terkeluar dari Islam (sambil tergelak sinis). Maklumla, PAS kan suka kafirkan orang lain yang tak sehaluan dengan dia, hehe.”
“Saya rasa pendekatan yang dibuat oleh Umno sekarang ni, pendekatan terbaik. Dah elok sangat dah, tak perlu nak tukar-tukar lagi dah. Disebabkan Umnolah ekonomi negara kita melanjak tinggi seperti sekarang dan tengok apa kata dunia kat kita – Malaysia adalah negara Islam contoh! Secara automatik, Islam itu dijulang tinggi, dipandang mulia.
“Dalam isu Palestin pulak, sape yang mempelopori kempen pembebasan Palestin di peringkat antarabangsa? Tak lain tak bukan – Umno, melalui Tun Dr. Mahathir. Dah berpuluh forum kita buat di peringkat antarabangsa untuk kempen membebaskan Palestin. Kesannya, negara kita diiktiraf dunia Islam sebagai negara rakan Palestin. PAS? Apa yang PAS dah buat? Bercakap je lebih kat ceramah, hasil? Tarak….”
“Apa yang nak saya cakapkan, saya pun sayangkan Islam, tak kurang sikitpun dari tok-tok guru kamu tu, malah mungkin lebih lagi kot. Tapi kami, orang-orang Umno taklah sampai nak gunakan Islam untuk kepentingan politik. Saya faham, ni semua politik punya pasal. Demi nakkan kuasa, Tok Guru Nik Aziz sanggup gadaikan agama untuk duduk kerusi empuk Menteri Besar Kelantan. Dah sakit-sakit pun taknak jugak lepaskan jawatan. Dia ingat jawatan tu boleh bawa dalam kubur ke?”
“Dahla Rushdan, politik, politik jugak. Sekarang jom kita pekena teh tarik kat Restoran Amjal”.
Rushdan – “Haaa bagus jugak tu bang. Jom!”
Tersalah faham terhadap agama mereka sendiri
Salam,
Tulisan ini adalah rantaian dari tulisa saya yang lepas. Jadi, tulisan ini hendaklah dibaca selepas anda membaca tulisan saya yang lepas (Tuan Haji Zul).
Wow, banyak sungguh komen Tuan Haji kita ni. Pening jugak dibuatnya. Banyak betul komen beliau yang dirangkumkan dalam satu perbualan. Tidak mengapa, jom kita cuba kupaskan persoalan yang diutarakan oleh Tuan Haji satu persatu. Tetapi, sebelum kita mengupas komen beliau, saya nak luahkan kemarahan saya kepada sistem pendidikan kita selama ini. Secara jujurnya saya tidak langsung marahkan Tuan Haji.
Betul. Saya salahkan sistem pendidikan kita yang membentuk pemikiran sahabat saya yang seorang ini. Disebabkan sistem pendidikan kitalah, lahirnya pemikiran-pemikiran sebegini, dianutinya, dan diperjuangkan oleh orang-orang seperti Tuan Haji ini.
Para pembaca yang budiman sekalian, boleh tak kita bayangkan dosa menteri-menteri pendidikan kita terdahulu (termasuk juga saudara Anwar Ibrahim) yang membentuk dan merekacipta dasar pendidikan negara yang telah melahirkan beratus-ratus ribu manusia yang tersalah faham terhadap agama mereka sendiri? Besar sungguh dosa mereka.
Mengabdikan diri kepada Allah
Disebabkan persoalan yang ditimbulkan oleh Tuan Haji begitu besar dan menyentuh soal dasar, maka saya perlu menerangkan tentang konsep beragama itu dahulu sebelum kita bercerita lanjut tentang partai dan politik. Sebagai contohnya, persoalan yang ditimbulkan oleh Tuan Haji itu samalah dengan persoalan yang ditanya oleh seorang budak berusia 6 tahun kepada ayahnya, “Ayah, kenapa hujan turun?”
Ayahnya tidak boleh hanya menjawab, “hujan turun sebab awan dah gelap”. Tentulah jawapan itu tidak menjawab persoalan sebenar. Jadi, ayahnya perlu menerangkan dari awal, bagaimana proses pemerewapan air dari bumi, seterusnya menjadi awan, dan bila proses merewap itu semakin banyak menyebabkan awan semakin berat dan mendung dan begitulah seterusnya.
Tuan Haji, mengapa kita diciptakan? Saya merasakan tentulah Tuan Haji akan menjawab, kita diciptakan untuk kita bersolat, berpuasa, pergi haji, menyembah Allah yang Esa. Kerana itulah tuntutan agama ke atas kita. Betul Tuan Haji, jawapan itu adalah betul. Tapi jawapan itu adalah jawapan seorang budak berusia 10 tahun bila ditanya oleh gurunya.
Jawapan yang lebih tepat adalah kita diciptakan untuk kita mengabdikan diri kepada Allah kerana Allah itu Tuhan dan kita itu Hamba. Sifar seorang Hamba tentulah akan sentiasa tunduk kepada Tuannya. Jika, katakanlah, Tuhan tidak mewajibkan kita solat, adakah kita perlu berkata, “Fuhh, lega. Sekarang bolehlah aku main game sampai lewat pagi dan tak lagi perlu risau tak sempat bangun solat Subuh”. Tidak?
Disebabkan kita hamba, walaupun katakanlah solat itu tidak wajib, tentulah kita tetap perlu sujud kepada Tuan kita yang menciptakan kita, sebagai tanda kita Hamba dan Engkau Ya Tuhan, adalah pencipta yang maha agung. Dan apabila Tuan menciptakan kita, Dia tidak menciptakan kita bodoh-bodoh (pronounce it as bodo-bodo) macam tu sahaja. Dia menciptakan kita dengan lengkap selengkap-lengkapnya untuk kita mengharungi hidup ini. Dia menciptakan tubuh kita dan dia juga menciptakan peraturan untuk kita, menciptakan sistem untuk kita, menciptakan cara (way of doing things) untuk kita.
Dan tentulah sebagai tuan punya diri kita dan tuan punya dunia, Dia mempunyai seribu satu hak untuk menentukan haluan hidup makhluk ciptaanNya.
Dunia dan akhirat dalam satu kerangka
Ada pula para orientalis yang sangat membenci Islam itu berhujah, jadi kalau semua sudah ditentukan Tuhan, apa gunanya Tuhan mencipta otak untuk menusia berfikir? Tak perlulah otak kerana semuanya telah tersedia, kita ikut saja lah. Dangkal sungguh pemikiran para orientalis ni. Tuhan telah meletakkan satu kerangka besar di mana kamu boleh beroperasi. Di dalam kerangka itu, berfikirlah kamu macamana untuk mengoptimakan sumber yang ada. Itu sahaja.
Jadi hiduplah kita beramai-ramai di dunia ni. Dalam ramai-ramai itu, tentulah ada manusia yang merasakan dirinya bijak lalu mencipta pelbagai sistem, ideologi, dan cara hidup yang pada masa itu dia merasakan sangat sesuai dengan kemajuan pada zaman itu. terdapat pelbagai ideologi yang muncul, semuanya nampak dek mata kita kerana ianya begitu berbeza dengan Islam. Komunis, Sosialis, dan pelbagai lagi –isme yang ada. Bagi saya fahaman-fahaman ini semuanya tidak merbahaya. Tuan Haji tahu tak fahaman apa yang paling merbahaya? Sekularisme.
Sekularisme merbahaya kerana ia tidak menghalang kita untuk beragama, tidak seperti komunis. Sekularisme berkata,”solatlah seberapa banyak kamu nak solat, kami tak menghalang”. Segala upacara Islam, dibenarkan dalam sekularisme, malah dalam sesetengah hal, digalakkan lagi seperti berarak Maulidur Rasul, membina masjid, dan berzanji, marhaban dan sebagainya. Kesemua amalan-amalan agama tidak dihalangnya, malah digalakkannya.
Agama adalah akhirat dan ekonomi, politik, pendidikan, budaya, muzik adalah dunia. Jangan dicampur adukkan keduanya. Begitulah kata sekularisme. Sekularisme, amat sesuai dengan agama Kristian atau Buddha. Ini adalah kerana agama Kristian, contohnya, tidak menghalang sesiapapun menjadi pemimpin asalkan dia dibenarkan ke gereja setiap pagi Ahad. Asalkan pemimpin itu seorang yang pintar dan bijak mentadbir. Dia hanya fikirkan dunia ini sahaja. Namun terdapat satu sahaja agama yang tidak mungkin selari dengan Sekularisme, ISLAM. Ini adalah kerana Islam mencampurkan dunia dan akhirat dalam satu kerangka besar yang bernama agama.
Agama tidak boleh dipisahkan dengan dunia. Soal kepimpinan, ekonomi, dan apa sahaja, adalah soal agama bagi Islam. Sekularisme berkata,”bagilah kepada kami untuk memimpin, kami tidak menghalang kamu untuk bersolat atau melakukan apa sahaja upcara agama. Malah akan kami bina masjid yang besar-besar untuk kamu. Kami akan memberi cuti pada hari Jumaat untuk kamu. Urusan dunia dan kepimpinan, serahkanlah kepada kami”.
Islam itu pemimpin
Islam pula menjawab, “Kami tidak boleh menyerahkan urusan kepimpinan kepada kamu kerana Islam itu pemimpin. Macamana kami nak serahkan urusan kepimpinan kepada kamu sedangkan kepimpinan itu sebahagian daripada agama kami? Jikalau kami adalah Kristian yang tidak ada kaitan antara agama dan kepimpinan, kami tiada masalah untuk serahkan soal kepimpinan kepada kamu. Namun, agama kami berlainan dengan agama Kristian”.
Untuk menjawab persoalan asal Tuan Haji di atas, bagi saya bukannya PAS fanatik, tetapi PAS hanya menjalankan tanggungjawabnya untuk menduniakan Islam. Menjadikan Islam itu terlaksana, bukan sahaja di masjid dan surau tetapi juga di medan perniagaan dan pentadbiran negara.
Tuan Haji, apa yang PAS inginkan senang sahaja. Tukarkan perlembagaan Umno kepada perlembagaan Islam sepenuhnya. Jika jam 12 tengah malam ini Umno mengumumkan bertukar kepada perlembagaan Islam, jam 12.01 pagi PAS secara automatik akan dibubarkan. Dan pukul 12.02 pagi Ustaz Nik Aziz akan mengisi borang keahlian Umno (ehh, silap. Jam 12.00 tengah malam Umno umum tukar perlembagaan Islam, 12.01 pagi PAS bubar, 12.02 pagi Ustaz Nasha akan mengisi borang Umno, 12.03 pagi Ustaz Nik Aziz isi borang Umno, dan 12.04 saya lak yang isi borang Umno).
Apa yang susah sangat Umno hendak berubah kepada Islam? Kenapa tidak boleh? PAS hanyalah orang-orang yang ikhlas mahukan Islam, besar sangatkah dosa penyokong-penyokong PAS ni? Mereka bukannya mahukan projek, duit, pangkat atau apa, mereka hanya mahukan Islam. Itu sahaja, noktah.
Umno tidak perlu bazirkan duit satu senpun kepada penyokong PAS, cukup dengan bubarkan dasar mereka, kesemua penyokong PAS akan masuk Umno. Kalau betul susah dan tidak boleh, bagitau penyokong PAS di mana susahnya, di mana tidak bolehnya, kita bincang sama-sama. Asalkan Umno ikhlas nakkan Islam, tiada lagi permusuhan di kalangan orang Melayu (itulah yang dikehendakkan oleh Umno selama ni pun, tiada permusuhan di kalangan orang Melayu).
Rushdan – Fuhh, memang kaw la teh tarik pak amjal nie.
Tuan Haji Zul – Dik! (waiter), tambah secawan lagi.
Perbetulkan niat
Teman-teman sekalian,
Baru-baru ni saya ada menaiki teksi ke tempat kerja (okay…okay, saya mengaku agak terlambat sampai ke ofis hari itu). Pemandu teksi tersebut rupa-rupanya seorang penyokong tegar PR. Berdegar-degar dia cakap dengan saya. Hujah-hujah beliau kebanyakannya berkisar tentang isu ekonomi, urus tadbir kerajaan, dan keadaan sosial negara. Mendengarnya, saya menjadi risau dan takut. Kenapakah saya menjadi risau pula? Tidakkah saya sepatutnya menjadi gembira berada di samping penyokong tegar PR?
Saudara-saudara sekalian,
Saya sering menjadi risau berhadapan dengan “penyokong tegar” PAS, terutamanya dari kalangan anak muda. Mereka ini majoritinya menyokong PAS samada kerana taqlid (ikut-ikutan) atau kerana sebab yang salah.
Kenapa sokong PAS? Owh… kerana sokong PAS menjadi trend di IPTA tempat saya study.
Kenapa sokong PAS? Owh, kerana ayah saya kuat PAS di kampung. Kenapa sokong PAS? Kerana sokong PAS “cool”, boleh berdemonstrasi menjadi hero di Dataran Merdeka. Kenapa sokong PAS? Kerana harga bawang naik 20 sen. Kenapa sokong PAS? Owh, kerana harga gula telah naik 5 sen. Kenapa sokong PAS? Kerana subsidi minyak dikurangkan 3 sen. Kenapa sokong PAS? Kerana kos hidup semakin meningkat. Ini bukanlah sebab utama kita menyokong PAS.
Jika kita sokong PAS kerana harga bawang naik 20 sen, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah harga bawang diturunkan 30 sen oleh Umno? Jika kita sokong PAS kerana hak berpolitik mahasiswa ditekan, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah AUKU dihapuskan oleh Umno? Jika kita sokong PAS sebab kezaliman ISA, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah ISA dihapuskan oleh Umno? Jika kita sokong PAS kerana harga minyak naik 3 sen, apakah kita akan terus menyokong PAS setelah harga minyak diturunkan 10 sen? Teman-teman semua, KENAPA SEBENARNYA KITA SOKONG PAS?
Sahabat-sahabat,
Kita sokong PAS bukan kerana harga bawang. Kita sokong PAS bukan kerana ISA. Kita sokong PAS bukan kerana AUKU. Kita sokong PAS bukan kerana ekonomi negara meleset. Kita sokong PAS bukan kerana ayah kita orang kuat PAS di kampung. Habis tu, kita sokong PAS kenapa? Kita sokong PAS hanya senya kerana Islam. Jika pada hari esok Umno menurunkan harga gula dan minyak, menghapuskan ISA dan AUKU, menaikkan gaji kakitangan awam 100%, menghapuskan rasuah 100%, menjalankan tadbir urus terbaik, kita akan tetap sokong PAS. Kenapa? Kerana Islam.
Kita hanya akan menyokong Umno jika sistem-sistem hidup Islam telah dilaksanakan sepenuhnya (atau sekurang-kurangnya ternampak usaha dan kesungguhan untuk melaksanakannya). Walaupun harga bawang naik, walaupun harga minyak naik, walaupun ekonomi meleset, kita akan terus menyokong Umno, asalkan sistem hidup Islam mahu didaulatkan oleh Umno, tiada masalah.
Sebab itu, syarat untuk muzakarah hanya satu, buka minda untuk menerima Islam sebagai asas pemerintahan negara. Itu sahaja syaratnya.
same old same old. potato potato. Holier than thou vs better than thou. Neverending battle of words
Kak Helen,
I don’t normally read in the toilet but when I saw this long posting, I had no choice but to read on my phone when I was doing a “Number 2”. The answer to your simple question from PAS supporter is sooooooooooooooooooooooooooo looooonnnnnnnnnnnnnnnng – Yet, there was no SUBSTANCE, as usual.
PAS people/leaders/supporters whatever still have this huge tendency to talk about all the ‘big stuff’ of ‘pemahaman yang menyeluruh dalam memperjuangkan Islam’ – a typical, long-winding, self-righteous, holier-than-thou monologue. PAS suka sangat bagi candu halal kepada penyokong-penyokong mereka.
Now, we’ve heard what that particular PAS supporter had argued for, I think it would be very interesting to run another little experiment. I think your question was too general and PAS excels at dealing with open-ended questions. Simply because they can continue to sogok candu halal over and over again. So, I have a list of different questions for PAS, as I had humbly listed below (and it is in Bahasa Melayu – sorry no arab speaking, I’m a city gal):
1). Apakah pendirian sebenar PAS mengenai penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam?
2). Presiden Pas dalam satu kenyataan rasmi bertarikh 8 Januari 2013 menegaskan bahawa “Kalimah ‘Allah’ tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan”. Apakah PAS mampu untuk mengawasi dan mengekang penyalahgunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam sedangkan PAS sendiri menghadapi masalah besar dalam memastikan ahli-ahli parti (terutama Ahli Parlimen dan ADUN) dalam mengutamakan pendapat pemimpin dan jemaah PAS yang lain dalam sesuatu isu?
3). Secara relatifnya, mentadbir Kelantan yang agak mundur serta majoritinya merupakan Melayu beragama Islam adalah lebih mudah berbanding Selangor dan Pulau Pinang. Mengapakah PAS gagal dengan cemerlang untuk melaksanakan banyak perkara-perkara dan menjaga kepentingan Islam di kedua-dua negeri tersebut? Adakah ini bukti kegagalan pendekatan tahalus siyasi PAS dengan PKR dan DAP?
4). Kelantan mengeksport banyak tenaga kerjanya ke merata negeri di seluruh Malaysia akibat kekurangan peluang di negeri tersebut, sedangkan PAS suatu ketika dahulu pernah mendabik dada dengan penyertaan ramai profesional ke dalam PAS. Mengapakah Kelantan masih belum mampu memenuhi potensi sebagai negeri Serambi Mekah sedangkan Mekah sendiri sudah mempunyai menara jam tertinggi di dunia? Mengapa PAS masih terus gagal membangunkan Kelantan? Setidak-tidaknya, PAS patut mampu menarik minat para pelabur asing terutama dari Timur Tengah yang majoritinya beragama Islam dan fasih bertutur dalam lughatul jannah, sesuatu yang sangat dihargai oleh PAS untuk melabur di negeri itu. Itupun PAS masih gagal, sedangkan ahli-ahli PAS banyak mengkritik cara Tun Dr. M mengemudi Malaysia mengharungi Krisis Ekonomi Asia 1997-1999.
Adakah PAS masih mengharapkan Husam Musa untuk menemui telaga minyak di daratan negeri Kelantan seperti yang beliau janjikan suatu ketika dahulu dan untuk itu PAS menjadikan fenomena pokok kurma berbuah sebagai satu harapan kosong kepada rakyat Kelantan?
Bahawa PAS ‘makmur’ kerana dasar Islam? Bagaimana hendak melaksanakan Negara Berkebajikan sedangkan satu negeri pun masih mundur walaupun telah memerintah lebih dari dua dekad? Sekiranya PAS mampu membangun bersama Islam di Kelantan, sudah tentu PAS tidak akan terus terpekik-terlolong secara konsisten tentang isu royalti minyak bukan? Seperti biasa, PAS gagal melihat kekurangan diri sendiri dan terus mengkafirkan orang lain.
5). Seperti yang saya bangkitkan di 4) di atas, rakyat Kelantan banyak mencari rezeki di luar, tiada masalah tentang itu, tetapi jika diamati dengan teliti, mengapakah saya dapati ramai anak-anak negeri Kelantan gagal dengan cemerlang dalam mempraktikkan cara hidup Islam yang syumul apabila mereka di luar negeri Kelantan? Bukankah Islam itu cara hidup? Apakah PAS selepas memerintah Kelantan selama lebih dua dekad masih lagi gagal menerapkan ciri-ciri muslim dan muslimah yang baik di kalangan anak-anak negeri Kelantan, agar mereka boleh dijadikan contoh kepada anak-anak orang UMNO yang nasionalis di negeri-negeri lain?
Atau adakah anak-anak negeri Serambi Mekah hanya mengenakan hijab dan kopiah apabila menghampiri sempadan negeri Kelantan ketika pulang ke kampung halaman masing-masing? Dan di Kelantan sendiri pun, masalah sosial seperti penagihan dadah, penghidap HIV, keganasan rumahtangga termasuk rogol masih lagi ketara, maka apakah tindakan/dasar/pendekatan yang diambil PAS selama ini? Menyalahkan Thailand kerana mereka kafir?
6). PAS gian mahukan Islam di Malaysia. Apakah Islam sudah tidak cukup di Malaysia? Dan Islam yang macam manakah yang PAS mahukan untuk Malaysia? Orang Islam yang mundur seperti di Kelantan? Orang Islam yang terasa tertindas seperti di Pulau Pinang? Atau orang Islam yang dikotak-katikkan seperti di Selangor?
7). Jika PAS menganggap UMNO sebagai nasionalis yang membelakangkan Islam. Apa pendapat PAS tentang pendekatan sosialis sekularisme DAP yang bukan sahaja anti-hak istimewa orang Melayu, bahkan juga secara terang-terangan menentang pelaksanaan hudud walaupun di negeri Kelantan sendiri. Adakah DAP halal kerana label tahalus siyasi yang dianugerahkan oleh PAS kepada mereka, manakala UMNO nasionalis terus kafir?
Yep, Kak Helen. That’s it. Seven questions for each day of the week for the supporters of Pendukung Anwar Se-Malaysia (PAS). I really like to see how they answer each question. My null hypothesis is: They will continue to sogok all of us with the same candu halal crap. Yes, keep on lying to yourselves, you Parti tok alim kampungan*
Love,
Pwincess.
*uttered by a Malay-Muslim DAP Member of Parliament recently.
There’s only one answer to all your questions, “We seek otherworldly endeavour, not the short life on this world”.
That or something like that.
Penyokong2 PAS acted as if they are holier than thou. Itulah masalah sebenarnya.
Ini bukan dari ajaran Islam, bukan juga dari Nabi Muhammad saw. Cuma dari tok-tok guru PAS, itulah sebabnya mereka menghalalkan darah sesama islam atas alasan kununnya jihad. Jihad bukanlah berbunuhan sesama islam, tapi tok2 guru PAS yang faham Bahasa Arab hanya suku-suku yang membuat tafsiran 3 suku.
orang orang bangsa pas ni (mereka tak suka mengaku mereka melayu) mengganggap mereka lebih islam dari bangsa2 lain termasuk orang umno yang berbangsa melayu. itu jer.
PAS = Parodying Arab Sheiks l o l !!!
Soalan aku simple je, so DAP & PKR tu perjuangkan Islam la?
Re Syaitan selama-lamanya akan sentiasa menyesatkan umat manusia. Jika dulu, syaitan menggunakan ugama untuk menyesatkan manusia – ugama Kristian, Buddha, atheis dll, kini senjata syaitan adalah idelogi.
Hmm…..
You want to start a war with this statement ? No wonder when Muslims are oppressed all over the planet, the non Muslims keep quiet.
Betul juga you cakap.
Islam agama termuda. Yahudi, Christian dan Buddha lebih tua. Bermakna, syaitan telah menghasut mereka untuk masuk Islam?
Rushdan Ghazali ni orang Pas. Apa yang dia cakap tak masuk akal. Syaitan tak hasut manusia. Yang hasut manusia tu manusia sendiri. Ko tengoklah politik Pas. Hasut orang Melayu benci sesama sendiri atas perbezaan kononnya Umno tak Islam.
Ko lihat saja Kelantan yang diperintah Pas. Dah 24 tahun tapi takde pembangunan pun. Siapa yang tak islam ? Pas ni elok lah cari cermin, lihat muka mereka dulu. Ini asyik cari pasal dengan orang Islam yang tak sehaluan dengan mereka. Sekarang ni pulak Rushdan Ghazali dah libatkan orang bukan Islam. Pas ni lawak saja.
Mengikut definition melayu dalam constitution kita, orang yang layak di panggil melayu hanyalah yg beragama Islam. Kalau bukan Islam, bukan melayu. Jadi perjuangan UMNO ialah utk Melayu/Islam. Very simple.
PAS pandai cakap saja tapi rata2 menumpang kesenangan negeri2 yang dibangunkan oleh UMNO. Ada anak kelantan terpaksa dtg KL hanya utk jadi cashier 7 E saja. So tak payah ckp banyak, ya, ustaz PAS. Air bersih pun tak ada, kena pakai pam utk air telaga kat kg saya.
Jika ditakdirkan being bestowed to PAS as MB Selangor DH apa kah reaksi puak-puak dalam pakatan am nya nak kata dan UMNO /BN khasnya Helen seterusnya nya
Jika ditakdirkan? Bukan ke Allah pernah cakap Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau kaum tu sendiri tak berusaha? So, hari tu kenapa PAS tidak berusaha dengan menamakan sekurang-kurangnya seorang ADUN PAS di Selangor sebagai MB? Kenapa PAS cadang nama Jijah Ironing Board dan Azmin Shamsidar? Takut Tokong marah?
Kenapa takut dengan Tokong? Kalau dia banyak cakap, PAS boleh buat solat hajat satu stadium untuk doa supaya dia KO. Kalau boleh doa KO untuk UMNO, knp tak boleh buat untuk Tokong?
Hahahahahahah, PAS = Pak2 alim coward. Jihad la konon!!
We know every one of them, their insides and outsides; what had happened with them and what they will probably do afterwards. What good left for them is to repent sincerely on the side of Truth.
kenali islam dengan AL Quran dan sunah Nabi tak pening. rasa tenang sekali.
tapi kenali islam dengan orang PAS rasa pening sangat.
“Oleh itu, marilah kita sama-sama membantu Gerakan Islam dalam menyebarkan Islam, yakni Islam yang benar sepertimana yang diajari kepada kita oleh Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w.”
Ikut ajaran Nabi ke, atau ajaran ‘orang agama kuno’ yang hidup 200~400 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW?
re: Jika jam 12 tengah malam ini Umno mengumumkan bertukar kepada perlembagaan Islam, jam 12.01 pagi PAS secara automatik akan dibubarkan. Dan pukul 12.02 pagi Ustaz Nik Aziz akan mengisi borang keahlian Umno (ehh, silap. Jam 12.00 tengah malam Umno umum tukar perlembagaan Islam, 12.01 pagi PAS bubar, 12.02 pagi Ustaz Nasha akan mengisi borang Umno, 12.03 pagi Ustaz Nik Aziz isi borang Umno, dan 12.04 saya lak yang isi borang Umno).
jawapan saya: jika PAS sudah sinonim sebagai parti yang kerap ‘u-turn’…..kemungkinan berlaku statement penulis berkenaan amat diragui!
PAS yang dulu bukanlah PAS yang sekarang. Dulu kata sokong TSKI sebab TSKI tidak mendapat keadilan, bla.bla..bla…. last2 u-turn tolak TSKI pulak!
pemendelaPAS.
“Saudara-saudara pembaca blog yang saya sayangi,”?
Betoi ka Rushdan sayang semua pembaca atau pun hanya manis di bibir saja?
again, holier than thou punye attitude… sumtime aku baca pun rasa panas hati.. mahukan “negara pemerintahan islam?” blh beri contoh negara islam yg betul2 maju tak? rasanya this guy tak kene lagi penangan tuan syed from syedoutsidethebox.blogspot.com. pretty irony kan, ngaku lambat pergi kerja.. tu bukan amanah ke? senyum sinis..
Kalimah Allah pun tak boleh nak pertahankan. Tergagap-gagap nak menjawab dengan pengundi Cina DAP, bukan takut dengan Tuhan pun, lebih takut pengundi Cina.
Ini la contoh standard jawapan orang-orang PAS. Panjang berjela-jela, isi agak kosong dan berpusing-pusing sebelum sampai point yang dah dijangka dan cliche.
Contoh terbaik mempermainkan agama. Inilah dia PAS.
Lepas tu tersengih-sengih membangga diri seolah-olah dia telah menegakkan tiang agama padahal urusan yang mudah pun tak dapat diuruskan.
“Tuan Haji, apa yang PAS inginkan senang sahaja. Tukarkan perlembagaan Umno kepada perlembagaan Islam sepenuhnya. Jika jam 12 tengah malam ini Umno mengumumkan bertukar kepada perlembagaan Islam, jam 12.01 pagi PAS secara automatik akan dibubarkan. Dan pukul 12.02 pagi Ustaz Nik Aziz akan mengisi borang keahlian Umno (ehh, silap. Jam 12.00 tengah malam Umno umum tukar perlembagaan Islam, 12.01 pagi PAS bubar, 12.02 pagi Ustaz Nasha akan mengisi borang Umno, 12.03 pagi Ustaz Nik Aziz isi borang Umno, dan 12.04 saya lak yang isi borang Umno).”
Inilah dia munafikun yang nyata dan jelas. Hudud kelantan mana? Masa zaman Tun Mahathir bila Tun minta Nik Aziz cadangkan sistem ekonomi Islam, apa cadangan Nik Aziz? Tiada. Cuma berdegar-degar dalam ceramah sahaja, perlaksanaan suruh orang lain buat sebab orang PAS tidak berupaya.
Apa yang tidak Islamnya perlembagaan UMNO? Tunjukkan yang mana haramnya. Cuba debatkan dalam Muktamar PAS. Takkan buat punya. Semuanya lebih kepada nak menyedapkan hati sendiri dan penyokong PAS kenapa mereka perlu membenci UMNO selamanya.
Buang masa melayan orang PAS perasan bagus macam ni.
Penganut PAS ni. Hipokrit.. Konon hanya nak Islam dan tak mau harta, pangkat. ADUN PAS Gombak Setia baru setahun lebih jadi ADUN dah beli kereta mewah. Bila org pertikai tak berani nak bawak pergi ofis kereta tersebut. Belum masuk lagi bab lain. Rumah pun besor, design terkini..
Kesimpulannya PAS menggunakan Islam utk dpt harta dan pangkat. Ini bukan fitnah, g rumah beliau di Kampung Nakhoda. Sure boleh nampak deretan kereta.
Apa beza muzakarah dan tahaluf siyasi?
Kalau mekanisme muzakarah tak sesuai dipakai dengan UMNO, pakai jelah tahaluf siyasi.
Dengan DAP/PKR boleh berjaya melalui tahaluf siyasi, guna jelah kaedah ni.
Atau alasan ABU? Dari soalan Helen di Tranungkite, tak ramai menjawab dan yang menjawabnya seperti clueless.
rushdan ni agaknya hidup zaman 60an agaknya. pertama dia merepek pasal sekularisme. keberadaan pas dalam kancah politik Negara yang mengikut acuan secular tu sendiri dah menunjukkan hipokritnya penulisan ni. dan sengaja disembunyikan persekongkolan mereka dgn evangelista DAP yang ternyata membawa bahaya lagi besar pada umat Islam.
kalau umno bawa bahaya mungkin dari segi fiqh, iaitu cara hidup umat islam, evangelista lagi bahaya kerana mengancam akidah umat islam dgn isu kalimah Allah, bible JAIS dan pelbagai hinaan dan cacian oleh non muslim dalam media social.
pada saya rushdan adalah tipikal pas yang hanya tau retorik daripada menceritakan tentang praktikaliti. contoh suruh umno ikut perlembagaan islam. jadi apa kerangka perlembagaan islam dalam system pentadbiran Negara? jelaskan dengan prinsip dan asas supaya semua orang termasuk non muslim paham.
kes sama juga untuk hudud. bila kena asak dengan non muslim mula kata ‘oh, ini untuk orang islam sahaja. yang non muslim guna undang2 sivil’. sejak bila pula Kerajaan Islam boleh jatuhkan hukuman untuk satu jenayah yang sama menggunakan 2 set undang2 yang berbeza. kalau untuk indecent behaviour contoh berzina antara muslim dan non muslim mungkin kita faham sebab setiap agama walaupun menyeru kebaikan tapi moral compassnya berbeza.
tapi kalau kes-kes mencuri misalnya adilkah non muslim hanya bayar denda tapi muslim kena potong tangan. tapi itulah pas, cakap berdegar tapi bila suruh buat kerja, hasilnya hampas. dan lebih teruk pula bola tu ditolak pula pada orang lain dalam hal ini umno untuk selesaikan apa yang mereka pikir.
yang seterusnya pasal melayu. sebab itu saya kata orang pas ni sebenarnya nak jadi lebih arab daripada pak arab di Tanah arab, bukan nak jadi lebih islamik berbanding bangsa arab dari segi akhlaknya. bacalah sirah nabi betapa ramai non muslim yang peluk islam sebab keindahan akhlak baginda. memang akidah adalah tujuan dakwah baginda tapi akhlak bagindalah yang membuka hati non muslim untuk terima islam.
bahkan sejak sebelum baginda belum jadi rasul lagi pun orang quraisy dah gelar baginda al-amin kerana tak pernah menipu dan sangat amanah. maka adakah pas layak bercakap pasal islam sedangkan akhlak mereka sesama umat islam yang lain pun sangat kasar? itu belum masuk suka menipu, memfitnah dan pelbagai perkara yang dilakukan asalkan dapat kuasa pemerintahan.
jadi pada penulis, tak perlulah merepek dengan kata nak kerajaan umno terima asas pemerintahan islam sedangkan perkara2 yang dinyatakan memang telah ada dalam pelbagai undang2 negeri mahupun persekutuan walaupun mungkin tak banyak. apatah lagi pas pun dah tarik handbrake untuk dirikan kerajaan islam dan setuju sekadar Negara berkebajikan lepas bersekongkol dengan PKR dan DAP.
nasihat saya pada beliau, tinggalkanlah pas sebab itu bukan perjuangan parti yang satu ketika dulu kuat perjuangkan islam. anda sudah ketinggalan zaman rushdan!
panjang lebar saudara rushdan berusaha menegak benang yang basah…
apa model negara islam? kerajaan kelantan? haha!
aku tengok muka muka pas yang buat PC pasal kemelut MB selangor sebijik2 muka berserabut dan serabai.. dari mat sabu sampailah ke SU agung tu… SERABAI Bai..
mana muka2 “alim ulama ahli syurga pakai kopiah putih”??
Pengikut Pas perlu engage satu perbahasan dgn TDM sbb selalu kaitkan TDM dan sekular. Penting utk clearkan tanggapan.
Setuju tp penulis atas duk jauh2. baca sampai (jika asal bangsa Melayu itu berugama Kristian). Dan tengok gambar dalam jel referensi dia. Tawar terus.
Pas hantar pasukan infantri pakai SLR nak pi combat.
Mak oi! Panjangnya posting kali ni. Tak larat nak baca.
Tapi bolehlah disimpulkan, tabiat orang PAS ni suka manghukum orang lain terutamanya yang tak sebulu dengannya. Dia akan satu kesimpulan dan menjustifikannya kemudian. Ikut mana yang sempat dan tangkap muat.
Baru-baru ni research director PAS cakap ayam sabung PAS, Mat Sabu dah jadi ayam daging Anwar.
Ada satu lagi perumpamaan ayam yang amat sesuai dengan PAS: berkokok berderai-derai, dubur berbaur najis.
Scary. I used to subscribe to this. Hassan Al Banna and Syed Qutb adalah idola mereka. Hassan Al Banna was once accused of collaborating with Nazi Germany. Syed Qutb he is just a loony. He went to US and of all things he remembered the singing black women at southern churches.
The Arabs fighting among themselves using religion and we are suppose to subscribe to this ideology?
Father of secularism can be argued from Muslim civilisation itself – Ibn Rushd or Averroes. The idea was taken to Paris and developed. Soon enough the priesthood no longer controls the West and the renaissance was born. Kita terbalik – blindly beleiveing Pak Arab Mesir. Tak habis – habis confuse sampai sekarang.
re: “of all things he remembered the singing black women at southern churches”
The freaky evangelistas left a lasting, negative impression on him.
Apabila bab agama tercampur aduk dengan politik, perang, pendidikan, ekonomi dll, memang tak ada penyelesaian yang akan memuaskan hati semua orang.
Dan apabila orang ektremis agama diberi peluang memerintah, habis semua orang tak kisah agama apa pon dijadikan mangsa kekejaman.
Contoh: Taliban kat Afghanistan, Somalia, ISIS, Iran, Mesir, Iraq dll
Tolong bagi 1 contoh di mana kat dunia, sesuatu negara diperintah dengan baik oleh cuma para ahli agamaan?
Mana pi kesilapan agama ni yang diturunkan oleh God/Allah?
Adakah seluruh dunia atau Malaysia akan hidup aman damai jika semua penduduknya menganuti satu agama sahaja? Bila waktu tu akan sampai? 1 tahun, 10 tahun, 100 tahun, 1000 tahun, 10,000 tahun, 1,000,000,000 tahun?
Habis kenapa God/Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak dan kaum? Supaya manusia hidup senantiasa bergaduh dan berperang untuk 1,000,0000,000 seterusnya?
Ni macam cerita orang agama kena syabu jer.
Go get a life, la.
I have read this blog and its comments for quite some time. And most of the time I do not agree with Dandy’s view. But this time I feel that he has spoken with some sense.
Religion unfortunately have been hijackd by the extremist to promote their view of what is right or rong. Almost every Muslim says that they read the Quran but do they really understand and follow it?
What we do nowadays is just following blindly whatever that is given to us by our favourite ustaz without doing much thinking. The same is happening the world over and that for me is the crux of the problem.
The same goes to the zombies of the PR that have been feed with holy ‘lombong’ waters and follow blindly what the evangelista, tokong and [Anwar] tell them to do……
Wakakakaka….. who is this mangkuk? He is still delusional abt “pas=islam” bila dah terang2 berlaku zina antara pas & dap. Ooops lupa pulak pkr …maybe its an orgy. Kesian! Kesian! Biarlah si luncai terjun dengan labu-labu nya!
Si luncai terjun dengan labu-labu biarkan dandy bersama-samanya ini maarop apa pahaman dia bawak pun tak tau Roman Cto. ka Nazi ka Mussolini ka Shah of Iran ka Moe Tse Tong ka apa yallow pun tak tau buat semak perut aje
Helen,
Manusia samaada muslim ke apa ke tidak dapat elak dari hidup secara secular.
Tengok gaya orang Pas berpakaian, dia pakai jubah hanya pada functions agama sahaja. Di lain masa mereka bergaya dengan kot, tie, kasut berjenama dan berkereta pula, kereta proton mereka tak main. Bukan kah ini semua hasil dan pakaian orang barat yang amal sekularisma.
Orang Pas sepatutnya tidak menganggap mereka lebih islamik jika menjadi ahli Pas dan sangka mereka dijamin syurga jika menjadi ahli Pas.
Mereka harus ingat syurga dan neraka hak Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang masuk syurga atau neraka, bukan tok-tok guru Pas. Mereka sendiri belum tentu ada tempat di syurga, mungkin setengahnya kena masuk neraka dulu untuk dibersih atas sifat-sifat mereka yang suka mengata dan mencaci orang yang tak sehaluan.
Mereka harus ingat, Allah menjanjikan syurga kepada orang-orang yang beriman tak kira dari apa bangsa sekalipun. Adakah mereka yakin yang mereka sahaja yang boleh masuk syurga? Jawapannya belum tentu>
Ternyata kefahaman penulis ini dah terjun daripada landasan budaya Melau yang munasabah. Penulis ini telah menjadikan bincangan agama sebagai sebuah objek polemik untuk memenangkan pihaknya PAS itu. Dengan polemik yang berdasarkan dualisme – hitam dan putih sahaja – ia telah menyalahi cara tertib yang patut pada perbincangan demi mencari kebenaran sesuatu hal yang melibatkan hal-ehwal kemasyarakatan.
Apalagi dalam kepesatan penanya untuk “mengangkat Isle” penulis ini telah mengabaikan persoalan keadaan hati seorang manusia dalam hubungannya kepada Alllah Tuhan Pencipta dan Pembela manusia, malaikat dan jinn. Penulis ini terlalu senang melupakan kewajiban peribadi untuk mengenal Alllah subhanahu wa ta’ala dalam bab agama, yang di tuntuti dalam budaya Melayu Nusantara. Baik simpulannya, ilmu yang ada pada penulis ini tidak memanfaatkan dirinya sendiri, apalagi dapatkah dia membasmi kekeliruan orang ramai?
*********************************************************************************
” . . . Pada zaman sekarang memang banyak ilmu tersebar, tetapi tidak bermanfaat untuk akhirat. Itu sebabnya Rasulullah s.a.w mengajar kepada kita untuk berdoa demikian: “Aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanafaat.”
Sebaliknya ini bermakna kita disuroh mencari ilmu yang Hakiki, yang dapat memberikan kebahagiaan kepada diri kita di dunia dan di akhirat iaitu ilmu batin iaitu ilmu tasawuf yang merupakan mahkota segala ilmu. Tinggalkan ilmu yang tidak berguna dan yang melalaikan; tinggalkan ilmu yang membawa kepada hiburan dan kesenangan hawa nafsu.
Sebaliknya carilah ilmu hakikat agar anda mencapai makrifat iaitu mengenal Allah s.w.t dengan sebenar-benar kenal, dapat bertemu denganNya (paling tidak dalam mimpi), berbual mesra denganNya, berada disampingNya pada waktu dan hari yang mustajab . . . .”
Daripada tulisan Dr. Shahidan Radiman seorang nuclear physicist Malaysia dan penuntut ilmu Sufi:
https://www.academia.edu/7749799/Ilmu_yang_suci_kembali_kepada_Yang_Maha_Suci
Sebab itulah, PAS ialah parti yang keliru lagi sangat mengelirukan.
‘Penyokong-penyokong PAS bukannya mahukan projek, duit, pangkat atau apa, mereka hanya mahukan Islam. Itu sahaja, noktah’
betul la tu, segala kemewahan hanya untuk pemimpin. semasa pas perintah ganu 1999-2004, berapa biji pajero mb pakai? (masa tu takdak alphard lagi). parti pas mampu bertahan kerana mereka yang seperti diatas ketagih candu, i.e. negara isle & hudud. tapi mengapa golongan professional dikalangan penyokong2 pas tidak tertarik kepada umno?
Kenapa PAS takut untuk menerajui negeri Selangor Darul Ehsan sebagai Menteri Besar?
1. Bagaimanakah mereka akan mentadbirkan Selangor berdasarkar “Kepimpinan Islam” yang diperjuangkan?
2. Bagaimanakah mereka akan mentadbirkan negeri Selangor jika mereka menggunakan dasar”Negara Kebajikan” (Presiden PAS kata tiada Negara Islam di dalam Al-Quran)?
3. Bagaimanakah mereka akan menanagani kilang-kilang minuman keras ataupun yang haram dari definasi mereka?
4. Negeri Selangor adalah contoh terbaik sebagai “Negara Kecil” mewakili inspirasi Malaysia sebagai induknya?
PAS tahu bahawa mereka akan berada didalam keadaan yang amat sukar dan hipokrasi mereka akan terserlah baik dari segi retorik “Negeri Islam mahupun Negeri Berkebajikan”, keupayaan mentadbir secara moden, juga kepincangan keupayaan mereka dan juga membawa kecermelangan ekonomi kepada negeri Selangor.
Kerana itulah mereka tidak mahu menerajui negeri Selangor.
Exactly! Just like what I’ve said, Kelantan is peanut. Selangor is a microcosm of Malaysia and PAS is practically useless in Selangor. Hence, the probability of PAS being useless at national level should Pakatan wins Federal (Ya Allah, Tuhan yang Maha Penyelamat, jauhkanlah bala itu dari kami. Amin) is extremely high.
PAS internal politics is like the proverbial “caught between the devil and the deep blue sea”. They modelled themselves on the Muslim Brotherhood and was banking on the Morsi regime in Egypt to hail in the “glorious” Islamic state which would therefore exalt the PAS leaders in the eyes of the Malay voters.
Today, the Saudi monarchy are enemies with the pan-Islamic Muslim Brotherhood, but don’t we all know their fights boil down to power plus dollars and cents? But man proposes while God disposes.
http://mic.com/articles/52873/who-is-mohamed-morsi-and-why-does-egypt-hate-him-so-much
http://www.al-monitor.com/pulse/ar/politics/2012/09/mohammed-morsi-the-new-hosni-mubarak.html#
Entity insan di jadikan berbagai pembawaan asal usul itu sesuatu yang abstrak indoktrin itu satu perkara yang complex natijah nya contoh terdekat pkr gov seperut tapi tak sehaluan ideologi bukan fakta penyelesaian bahkan boleh membawa kehancuran yang penting pemimpin dilahirkan bukan digitalkan
Have an in-law who’s from kelantan and an avid Pas supporter. He used to play Pas ceramah CDs during raya and buka puasa family gatherings until he got a bollocking from my late father in law.
He once told me the Imam Besar of Masjid Negara couldn’t pronounce Arabic fluently! That’s according to his Pas cohorts lah. Very insular in his thinking.
re : “Sekularisme, amat sesuai dengan agama Kristian atau Buddha. Ini adalah kerana agama Kristian, contohnya, tidak menghalang sesiapapun menjadi pemimpin asalkan dia dibenarkan ke gereja setiap pagi Ahad. Asalkan pemimpin itu seorang yang pintar dan bijak mentadbir.”
Negara sekular penduduk majoriti Islam
1. Azerbaijan – 99.2%
2. Turki – 98%
3. Turkmenistan – 93.1%
4. Syria – 92.2%
5. Kyrgistan – 86.3%
6. Tajikistan – 84.1%
7. Albania – 79.9%
re : “Jika diteliti, musuh utama Islam pada abad ini bukannya sekularisme, tapi nasionalisme kebangsaan”
Nasionalisme lebih ditakutkan berbanding pluralisme walhal ancaman kepada penganut Islam itu sendiri adalah pluralisme yang dipromosi oleh puak-puak pakatan. Semua bangsa boleh keluar masuk rumah ibadat semua agama untuk tujuan kempen politik juga mampu membaca serta mentafsir hadith kepada penganut Islam apatah lagi mahu berkongsi nama Tuhan.
Jangan lupa hasrat terkubur PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga adalah sebahagian daripada proses nasionalisme yang gagal. Jika PAS malu untuk mengaku ianya sebahagian daripada nasionalisme maka ianya apa? Islamisme?. Bila PAS melihat model negara Islam impian mereka tidak praktikal untuk dibawa bersama Pakatan Rakyat, mereka menukar pula kepada negara berkebajikan. Nasionalisme bukan hanya tertumpu kepada nation/bangsa tetapi juga boleh mengheret agama.
Religion as a cause or explanation of nationalism : http://www.sscnet.ucla.edu/soc/faculty/brubaker/Publications/religion_and_nationalism_forthcoming.pdf
Agama dan Nasionalisme :
Click to access S20.pdf
Pluralisme :
Click to access PLURALISME_AGAMA.pdf
Pada saya, tidak perlu memeningkan kepala dengan segala macam teori relativisme jikalau diri sendiri tidak mampu membina asas negara dari awal. Setakat mengamalkan fanatisme pada parti politik berasaskan agama dengan berkhutbah siang malam adalah lebih baik menjadi ustaz di masjid-masjid ataupun pendakwah selebriti.
Pemimpin politik mereka boleh berkhidmat di dalam Majlis Ulama atau mana-mana badan agama. Maklumlah politik zaman sekarang kan bersifat keduniaan dan material. Di akhirat, manusia tidak memakai kabel atau kroni untuk ke syurga dan tidak perlu memilih parti mana yang kita suka.
Tapi Rusydan, mengikut kenyataan oleh Ustaz Nasha Malaysia bukan sekular… macammana ini?
Membaca tulisan Rushdan dari awal pun saya dah boleh agak dah. Ia adalah tipikal ideology haraki yang menjadi tunjang pemikiran gerakan Islam post kejatuhan khalifah othmani. Bila saya baca dari awal, saya dah boleh agak, nama Syed Qutub dan Hassan Al-Bana akan muncul. Dan ternyata betul tekaaan saya.
Untuk kita memahami ideologi orang PAS totok ni, kita faham akan asal usul ideologi sedemikian. Ideologi ini selalunya dinamakan ideologi Haraki, yang membawa maksud gerakan bagi merujuk pada satu gerakan Islam yang tersusun dalam bentuk persatuan atau parti politik. Walaupun gerakan Islam itu bersifat umum, namun, realiti hari ini, ia banyak dipengaruhi oleh ideologi syed qutub dalam pertembungan antara Islam dan sekularisma.
Setelah kejatuhan khalifah Uthmani, muncul golongan sekularis di negara Arab dan Turki. Golongan sekularis ini adalah dari orang Islam yang amat anti agama dan mereka berusaha untuk menghapuskan segala-gala yang ada unsur-unsur agama dalam kehidupan. Kita semua sudah biasa baca apa yang berlaku di Turki, Tunisia, Algeria, Morroco dll yang mana golongan skularis melarang pemakaian tudung, menghalang Azan, solat atau apa-apa yang ada ciri-ciri agama.
Sebagai tindakbalas dari golongan sekularis, muncul ulama seperti Syed Qutub yang mengeluarkan hujah-hujah yang menyanggahi golongan sekularis. Pertembungan ini menjadi pertembungan “clash of civilization” yang hebat antara Islamist dan sekularis pada zaman 40an sehingga membawa kepada pertumpahan darah. Kesan dari pertembungan ideologi ini membawa pengaruh yang besar dalam mencorak ideologi gerakan Islam pada masa tersebut.
Dalam masa yang sama, ramai orang Malaysia yang pergi menuntut ilmu di Mesir terpengaruh dengan idea clash of civilization antara sekularis dan Islamist. Ideologi ini dibawa balik ke Malaysia dan meresapi gerakan Islam seperti Pas. Seperti di Mesir, gerakan ini menjadikan model pertembungan Islamist dan sekularis sebagai model perjuangan. Untuk membolehkan model perjuangan ini direalisasikan golongan Islamist ini perlu kepada kewujudan golongan sekularis. Oleh itu UMNO sebagai parti pemerintah telah dimodel sebagai sebuah parti yang mewakili golongan sekularis dan menjadi bogeyman yang ditentang sampai ke hari ini.
Apa yang kita boleh lihat dari tulisan Rushdan itu adalah hasil dari idoktrinasi ideologi sedemikian. Pada pendapat saya, kesalahan mereka yang paling besar ialah menganggap UMNO ini sama seperti golongan sekularis di Arab dan Turki. Memang benar, pada zaman 60an sampai 90an, UMNO memang kurang dari segi agama. Namun ia tidaklah sampai ketahap mereka ini anti agama macam golongan sekularis Arab. Banyak benda yang dibuat oleh UMNO juga adalah untuk kepentingan agama, Cuma mungkin ia tidak menepati acuan yang dikehendaki oleh golongan Islamist dalam PAS. Idea Islamist vs Sekularis ini ditanam dengan idealisma-idealisma yang tidak berpijak dibumi yang nyata dan juga memberikan gambaran-gambaran seolah-olah disatu pihak yang lain adalah golongan yang anti pada Islam dan agama. Kemuncaknya kita lihat isu seperti kafir mengkafir dan enggan makan sembelihan dan menikahkan anak dengan orang dipihak sana.
Untuk berhujah dan membersihkan pemikiran haraki pada orang seperti Rushdan ni bukan mudah. Ini kerana indoktrinasi yang lama beserta hujah mereka yang bersifat idealistik sukar untuk kita meyakinkan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah salah. Kalau seseorang itu minum arak atau berzina, senang kita nak nasihat dia sebab apa yang mereka lakukan itu terang-terang salah. Tetapi bagaimana kita nak bagitau seseorang yang nak tegakkan Islam, nak hapuskan sekularisma, nak laksanakan hukum Islam bahawa tindakan mereka itu salah. Susah kan. Sebab orang macam Rushdan melihat tindakan beliau adalah benar dan pihak lain sebagai salah, malah mereka ini adalah musuh kepada “kebaikan” yang cuba diperjuangkannya. Isu utama bukannya salah nak tegakkan Islam atau laksanakan hukum Islam, tetapi kesalahan mereka ialah menjadikan orang Islam yang lain sebagai musuh mereka hanya kerana intepretasi yang simplisitik dan idealistic.
Apa yang kita lihat, budaya dalam PAS sedikit sebanyak dipengaruhi oleh ideologi politik khawarij. Kita tidak kata PAS itu khawarij, Cuma kita kata sedikit sebanyak, ciri-ciri khawarij itu ada dalam ideologinya.
Khawarij ni pelik sikit. Mereka ini memang dikenali sebagai golongan yang sesat, tetapi mereka sesat bukan kerana mereka ini suka poya-poya atau meninggalkan hukum hakam Islam. Mereka ini menjadi sesat kerana terlalu mahukan Islam sehinggakan orang yang tidak menepati standard Islam mereka itu dikafirkannya. Sifat utama mereka ialah mereka akan mengkafirkan pemerintah Islam yang dianggap mereka sebagai tidak melaksanakan hukum Islam. Malah Saidina Ali r.a. dibunuh mereka atas sebab yang demikian. Mereka amat keras permusuhan mereka dengan orang Islam, tetapi membiarkan orang-orang kafir.
Saya tak mau menuduh PAS sebagai khawarij kerana tuduhan sedemikan amat berat. PAS sendiri bukan berideologi khawarij. Tetapi kalau kita secara jujur melihat ciri-ciri khawarij, kita akan nampak banyaknya persamaan ideologi khawarij dengan apa yang sedang dipraktiskan oleh pengikut PAS. Tepuk dada dan tanya rasional.
Oleh itu, untuk menghapuskan permusuhan PAS dan UMNO, perlu dibersihkan dari pengikut PAS akan salah faham ideologi yang selama ini mereka telak didoktrin. Kalau tidak, kita akan selama melihat orang orang seperti Mat Sabu yang lebih rela makan babi dengan LGE dari makan ayam halal dengan orang UMNO.
Masalah yg timbul adalah mereka2 ini telah didoktrinkan semenjak kecil bermula dengan PASTI. Dari sini mereka belajar disekolah kebangsaan tetapi terus mengikut ibu bapa mereka pula selepas itu di ceramah2 PAS yg diadakan setiap minggu di markas berdekatan. Ini dapat saya lihat dengan jelas sekali dikawasan tempat di mana saya tinggal…..
Dan saya sangat yakin proses indoktrinasi yang sama ini berlaku di SELURUH negara……..
Jika Parti yg mengatakan dirinya parti Islam menjadikan orang kafir sebagai kawan karib dan saudara seagama musuh, ia menunjukkan parti itu parti mengarut.
Rushdan Ghazali,
Nasionalisma adalah musuh kuat bagi Islam, dalam pendapat anda. Dan dalam pendapat saya, mereka hampir sama dengan Islam sebenar, memperjuangkan Islam sebenar dan berupa Islam sebenar.
Dan Mungkin, mereka sebenarnya Islam yang Sebenar. Susah nak cam musuh sebab mungkin mereka bukan musuh.
Apa yang membezakan mereka ialah niat, dan kamu tak tahu niat mereka, dan mereka tidak tahu niat kamu.
Dan kamu dan mereka dua2 bekerja kearah yang sama, tak salah kamu dan mereka bekerja sama.
Kamu masih pas dan mereka masih UMNO dan kamu berdua boleh bekerjasama. Tak Ada Masaalah.
Kenapa nak benci sangat orang islam lain yang tak sebulu, kalau kita bekerjasama, tapi masih berpegang kepada kepercayaan kita, apa salahnya. Kalau kamu boleh bekerjasama dengan orang kafir untuk hal yang sama, kenapa tak boleh anggap yang kamu bekerjasama dengan UMNO Ialah bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk Kebaikan bersama.
Panjang tapi berdegung bodoh.
To wit:
“Sembang bolehla, cuba korang yang perintah Selangor!”
Saya masih ingat leaflet manifesto pilihanraya PAS Selangor sebelum PRU tahun 2008. Dia kata hari ni ni dapat power, esok akan tutup kilang Carlsberg. Sekarang dah 2 penggal pun dah, tapi lampu masih menyala di kilang Carlsberg.
Macam-macam alasan dia bagi. Antaranya, pemerintahan negeri bukan dia punya, kononnya. Padahal baru suruh 7-11 stop jual arak kepada orang Islam, kena tengking dengan DAP, orang dia sendiri yang dia suruh berhenti, bukannya nak pertahankan.
Patutlah bila dapat peluang untuk jadi pemimpin kerajaan negeri Selangor dia nak bagi 3 nama daripada PKR. Sebab janji kat member, katanya.
Wow, never thought my personal writings has aroused lots of interest from frens. Thank you to Ms. Helen. Saya percayakan kepada kekuatan komunikasi. Dengan berkomunikasi, kita mampu mencari titik temu antara kita, samada muslim atau non-muslim.
Gerakan Islam bukan Gerakan Mullah yang ingin mencantas kepala non-muslim. Malah Gerakan Islam adalah Gerakan yang meraikan perbezaan pendapat, perbezaan budaya dan agama.
Gerakan Islam bukan berwawasan mewujudkan sebuah negara teokrasi seumpama Negara eropah di zaman gelap. Malah Negara Islam adalah negara dialog, terbuka, meraikan perbezaan, dan progresif.
Ya, terdapat segelintir ahli PAS yang jahil dan mendakwa mereka yang berbeza pendapat adalah terkeluar dari Islam. Namun, pegangan golongan ini tidak mewakili pendirian Gerakan Islam.