Posted in Api dalam sekam

Tidak lagi dapat dibezakan MCA dengan DAP

Baik bekas Laksamana Pertama TLDM itu kuncikan mulut saja, tegur ketua MCA Perak Dato’ Dr Mah Hang Soon.

Beberapa hari lepas, Mah telah memesan kepada Imran Abdul Hamid (gambar bawah), “I urge [him] to just zip those lips before further offending the departed from the MH17 tragedy, and their respective next of kin”.

Admiral ImranDalam kenyataan akhbarnya bertajuk ‘PKR must cease politicking & let the MH17 victims RIP‘ (25 Ogos 2014), Mah menegur, There is a saying: ‘when one has nothing nice to say, don’t say anything.’

Tambah Adun MCA Chenderiang itu lagi:

“I do not understand why the retired navy admiral has chosen to target Putrajaya on this occasion when all Malaysians are united in sadness. Why does he not lash out at the Dutch government whose Armed Forces also gave a dignified reception of the remains, where even the military bugle was sounded?”

http://www.malaysiakini.com/news/272696
http://www.malaysiakini.com/news/272696

Biar saya merungkai satu persatu isu-isu yang diungkit Mah.

(1) Siapa ada mandat untuk bersuara

Hj Mohd Imran Abdul Hamid adalah Ahli Parlimen Lumut. Beliau mewakili 88,300 orang pengundi kawasannya yang tidak kurang juga bilangannya terdiri isi keluarga dan pesara tentera.

YB Lumut memperolehi majoriti 8,168 undi tatkala PRU13 berbanding dengan presiden MCA yang hanya menang tipis dengan majoriti 379 undi.

Laksamana Pertama (Bersara) itu telah berkhidmat dengan Tentera Laut Di-Raja Malaysia selama 37 tahun. Adakah beliau masih dianggap MCA sebagai tidak layak untuk meluahkan apa yang terbungkam dalam hati masyarakat militer apalagi kawasan Parlimennya Lumut merupakan sebuah bandar pangkalan tentera laut?
.

pintu gerbang TLDM

Saya nak tanya di sini – Orang MCA diberi mandat oleh siapa? Dah lah parti mereka ditolak bulat-bulat oleh kaum Tionghua.

Cuba anda tengok pada pecahan etnik pemilih Chenderiang (ruj. carta pai, bawah) yang bukan kawasan majoriti penduduk Cina pun.

Kedudukan Mah selaku Yang Berhormat adalah bergantung semata-mata kepada undi Melayu dan India malah sampai dia terpaksa mengemis undi Orang Asli – segmen hijau, 21 peratus.

Who does the Malaysian CHINESE Association speak for? Muka tembok tak kenal malu.

Cukup-cukuplah wakil MCA dengan perangai bodoh sombong mereka.

ChederiangPieChart

(2) “Kenapa kritik Putrajaya tetapi tidak Belanda?”

Buat apa nak suruh YB Lumut mengutuk kerajaan Belanda nih?

Sukar nak percaya bahawa kata-kata bodoh ini – “Why does [Mohd Imran] not lash out at the Dutch government …?” boleh keluar mulut seorang YB gara-gara dia mahu mengampu bodek si Najib.

(3) Tak habis-habis jaja Perpaduan, bosan lah

Sambung Mah: “The military honours at KLIA was non-partisan in nature as Members of Parliament from both sides of the fence were invited to the ceremony. It was a time for all Malaysians to come together.”

Pergilah hang.

Kemalangan orang mati beramai-ramai pun mahu diambil kesempatan untuk menjaja mesej perpaduan – “a time for all Malaysians to come together”. Menyampah betul!

Perihal MP pembangkang pun turut dijemput untuk menghadiri upacara perkabungan – kononnya wujud semangat muhibah yang berjaya merentasi jurang politik – kita disajikan dengan karenah evangelista yang dok komplen tidak cukup kerusi di bilik VIP untuk depa letak bontot.

Seterusnya Mah merungut:

“Whatever grouses [Mohd Imran] might have over the ceremony on the national day of mourning, he could pen his complaints to the Ministry of Defence, Ministry of Transport, Ministry of Woman, Family and Community Development and the Prime Minister’s Office, and not subject the families to more pain, where their loved ones are innocent and unwitting victims of a crossfire in a civil war between Ukraine and separatist rebels at Donetsk.”

Ini hok mengada-ngada dah. Sebijik macam Kit Siang dan DAP.

Adakah akan berbaloi untuk mengadu kepada:

(a) Menteri Pertahanan

hishammuddin

(b) Menteri Pengangkutan

SP-Liow-Tiong-Lai-April-2013

(c) Pejabat Perdana Menteri

NajibChicken

Politikus murahan yang menjual air liur

Mah mendakwa bahawa kata-kata YB Lumut telah mengguris hati keluarga mangsa nahas MH17. Akan tetapi tidakkah tindakan pilih kasih oleh Putrajaya juga mengguris hati balu-balu perajurit yang rebah di medan tempur?

“What remedy or soothing words can Mohamad Imran convey to the 12 other families whose loved ones remain unaccounted for to date?”, tanya Mah.

Memang sah orang MCA dewasa ini sudah terikut-ikut acuan DAP. Words, words, words – bertanam tebu di bibir, itu sahaja kerja diorang. Cakap kosong. Noktah.

Kalau berani, cuba YB bagi tau kat ahli keluarga mangsa bahawa Wisma Putra akan mengheret orang yang bertanggungjawab menembak turun pesawat itu ke muka pengadilan agar mereka boleh dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya.

Apa manfaat dibawa oleh “soothing words” yang sekadar menyedapkan telinga tapi bukan pun mampu mengubati hati yang luka?

MCApilihanraya

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Nyata sekali YB Chenderiang MCA ini terlebih-lebih sudu dari kuah.

Kalau MCA ada tinggal secebis maruah pada batang tubuh yang gemuk gedempul itu, cuba lah hang bertanding dan menang kerusi majoriti Cina. Selagi MCA perlu mengantung harapan kepada ehsan undi Melayu, maka selagi itulah hang tak layak buka mulut mengaku diri mewakili suara rakyat … konon.

Who are you Mah Hang Soon to tell Mohd Imran to “just zip those lips”?

YB Lumut speaks for his constituency because he earned the votes. You, YB Chenderiang, speak for nobody, because MCA is a discard – woefully rejected by the very people you claim to represent. Takde tonjolkan meritokrasi tapi terkinjal-kinjal meminta sedekah.

Saya syorkan orang Melayu yang pro-kerajaan supaya menarik balik sokongan anda dari MCA. Tinggalkan aje parti klon DAP itu digantung tak bertali.

(836 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

12 thoughts on “Tidak lagi dapat dibezakan MCA dengan DAP

  1. Tentera dan polis mempunyai adat istiadat tersendiri untuk memberi penghormatan terakhir.

    Maka agak menjadi ganjil penghormatan yang sama di berikan kepada orang awam.

    Oleh kerana kerajaan Belanda memberi penghormatan ala tentera, dan jika kerajaan Malaysia tidak membuat sesuatu istadat, akan timbul pelbagai tomahan pula.

    MCA, sama ada berhak atau tidak mengeluar komen ialah hal yang berbeza.

    1. oleh kerana ini perkara baru yang negara buat, ciptalah/buatlah adat baru yang bersesuaian dengan agama dan negara.

      dan lain kali bolehlah digunakan adat ini untuk mana mangsa kemalangan/kecelakaan/penginayaan, di laut, udara, atau di darat yang melibatkan orang awam yang berada di luar negara.

      Ramai rakyat malaysia yang mati di luar negara dengan berbagai sebab seperti mati dibunuh, dibom dan sebagainya. sambutlah dengan adat tersebut.

      jangan terikut ikut dengan negara lain, bukankah kita sering kata kita ada acuan kita sendiri.

  2. Komen ini tidak melepasi tapisan.

    Melampau dah Red Beanie keparat seekor ni.

    Mustahil Akta Hasutan dihapuskan dengan anggota-anggota tentera siber pemfitnah tegar giat membuat onar di merata-rata. – Helen

  3. To the victims of MH17, the bereaved, and their murderers . . .

    a poem that strips us to our common core: “When I die” [YouTube]

    * * * * * *

    By the Heavens and the Visitant of the Night,
    Ah! what will explain to you what the Night-Visitant is!
    – The piercing Star!

    There is no soul but has a guardian over it,
    So let man consider from what he is created.
    He is created from a fluid emitted,
    That issues from between the loins and ribs.

    Surely (Allah) is able to bring him back (to life)!
    On the Day that all things secret will be searched out,
    Then will he have no means nor any helper.

    By the heaven which issues the returning rain,
    And the earth which opens up (for the water springs and the plants).
    Behold this is the Word that distinguishes (good from evil).
    It is not a thing for amusement.

    As for them, they are but plotting a scheme,
    But I (your Lord) am devising a scheme.
    So give a respite to the disbelievers. Deal gently with them for a while more.

    (Quran: surah At-Tariq)

  4. How insulting calling me a Red Beanie.

    Derhaka is a crime. You have just insulted the King and all the Generals and Admirals who attended the ceremony.

    Go get a life!

    1. I want to get a life. I want to get your life. Don’t blame me, I have a life. But since you, Dandy want me to get a a life why can’t I get your life.

      Derhaka? Why don’t you introduce yourself. So I know who I’m derhaka to? Introduce yourself Red Beanie, so I can get a life!!

      1. Belajar kat mana? Tak faham BI tak payah nak komen buat bodoh sendiri. Pi belajar rajin-rajin BI dahulu.

        Go get a life.

  5. I write in simple english & whoever this person is claiming don’t understand. Denial syndrome, I get it all the time. Especially from chinese. Lansi lang, pak sei la. si peh hao lian

  6. Tak payah gadoh gadoh. Ini hanya small matter, govt decides to that way, dahla apa mau bising bising, mau gadoh gadoh

Comments are closed.