Posted in Gunting Dalam Lipatan

KEMASKINI: Jenazah orang Belanda pun diberi penghormatan tentera kita gak

Mutakhir (8.05 mlm): Bukan setakat jenazah seorang warga asing tetapi dua, mengikut maklum terkini oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Zulkifeli Mohd Zin – http://www.malaysiakini.com/news/273177

***   ***   ***

Pada 2 Sept ini, KLIA akan menyambut ketibaan lapan jenazah yang dihantar dari Amsterdam. Tujuh mangsa nahas MH17 tersebut adalah warga Malaysia manakala seorang lagi ialah keturunan Belanda yang mahu disemadikan di negara kita.

Upacara yang sama seperti yang telah diadakan pada Hari Berkabung tempoh hari akan dijalankan Selasa akan datang.

Kalau tak silap saya, mendiang lelaki Belanda yang dimaksudkan ialah Paul Goes – gambar bawah yang beristerikan seorang pelakon wanita bangsa India (warga Malaysia).

shuba

Kedua-dua pasangan tersebut telah maut dalam kemalangan pesawat MAS yang ditembak jatuh di ruang udara Ukraine.

Adakah keranda Encik Paul akan dibalut dengan bendera kebangsaan Malaysia dan diusung oleh askar-askar kita juga nanti?

Jikalau sebuah lagi Boeing malang pula terhempas (namun kita doakan tidak), katakan di Guangdong, maka adakah pentadbiran Najib akan sekali lagi melangsungkan upacara kehormatan tentera untuk menyambut jenazah?

Kenapa tidak? A precedent has been set by our 1Malaysia PM after all.

Twitter - drasyrafwajdi- Ya Allah, lindungilah dan

Lagak MCA persis lagak Guan Eng dah

Ikutilah coretan seorang wartawan The J-Star tentang kenapa dia menganggap dirinya seorang Malaysian Firster.

Petikan yang berikut telah diterbitkan hari ini dalam sebuah kolum mingguan di media milik MCA. Anda boleh baca rencana oleh Tho Xin Yi seterusnya di ‘What makes us Malaysian?

Perhatikan bahawa The J-Star sedang meninjau pendapat umum berkaitan tajuk soalan “Do you support a moderate Malaysia?” – lihat screenshot bawah.

Maksud ‘moderat’ itu pasti ditakrif oleh akhbar Sarang EvangeliSTAR tersebut dengan berlandaskan lunas-lunas kepercayaan Firster DAP. Mengikut Wong Chun Wai CEO suratkhabar itu (gambar di papan tanda), Isma adalah rasis dan puak pelampau.

Hanya si evangelis sahaja yang paling buta warna.

col_ThoXinYiTho Xin Yi

What makes us Malaysian- - Check In China

(265 patah perkataan)

Mesti baca:

Tidak lagi dapat dibezakan MCA dengan DAP

wcwbillboard

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on “KEMASKINI: Jenazah orang Belanda pun diberi penghormatan tentera kita gak

    1. Malaysia akan lebih aman jika PKR, DAP, MCA dan Gerakan menerangkan perkara yang telah disebutkan oleh mendiang Tun V. T Sambanthan!

  1. Wow Ah Wong so stylish. Look a him. Behold ! If you are paid as handsomely as him, you can be stylish too.

  2. andai ingin disebut bangsa malaysia, ubah sistem pendidikan vernakular. gunakan satu sistem pembelajaran.

    1. Golongan kaya Melayu pun tolak sekolah kebangsaan, apatah lagi golongan bukan Melayu. Lebih baik sekolah berlainan aliran dibiarkan terus wujud. Kalaupun sistem satu pembelajaran dilaksanakan, golongan bukan Melayu akan menghantar anak anak mereka ke sekolah swasta.

      Berhubung bangsa Malaysia, bangsa Malaysia tak pernah wujud. Yang wujud hanya kewargaan Malaysia. Kalau nak bangsa Malaysia wujud, kenapa perlu ada Artikel 153? Bangsa Malaysia hanya akan wujud jika Artikel 153 dimansuhkan.

      Boleh ke mansuhkan Artikel 153? Jangan asyik cakap bangsa Malaysia saja sedangkan ada pihak yang masih kata perlu ada Artikel 153 untik mempertahankan kedudukan orang Melayu.

      1. Sekolah Swasta dalam apa medium sekalipun tidak menjadi isu. Sama ada golongan Melayu, Cina, India mahupun Serani mahu menghantar anak-anak mereka ke mana-mana sekolah swasta bukanlah menjadi hal.

        Masalahnya sekolah vernakular Cina dan Tamil yang dahulunta didirikan dengan mendabik dada atas platform sekolah persendirian kini semakin kerap meminta dana kewangan daripada kerajaan.

        Ini tidak sepatutnya berlaku kerana Sekolah Kebangsaan untuk semua sepatutnya diberi perhatian penuh tanpa kompromi. Kehadiran sekokah vernakular yang meminta bantuan kerajaan sebagai satu hak dengan membelakangkan Artikel Perlembagaan 152 sepatutnya tidak berlaku.

        Kalau isu bahasa Mandarin atau Tamil, ianya boleh dijadikan subjek pilihan dikalngan para pelajar. Waima bahasa Iban, Siam, Kadazan dan lain-lain juga patut diadakan Kementerian Pelajaran di Sekolah Kebangsaan.

        Artikek Perlembagaan 153 tidak perlu dimansuhkan. Ianya merupakan HAK bangsa pribumi dan bukannya satu keistimewaan! Malah bercakap tentang memansuhkannya merupakan satu bentuk hasutan, sama ada kita sedar atau tidak.

        http://www.bangkit.info/2014/08/keistimewaan-melayu-adalah-hak.html?m=1

        1. Aitikel perlembagaan 153 hak keistimewaan melayu. Hak yang diberi kerana orang melayu telah berkoban/bersedia/bersetuju/ memberi hak kerakyatan kepada pendatang.

          jika hak ini dimansuhkan, kerakyatan pendatang perlu juga dimansuhkan. itu namanya keadilan.

          1. Jika hak kerakyatan kepada pendatang tidak boleh dipertikaikan? Kenapakah hak pribumi sering dipersoalkan?

            ‘Semua pihak diseru untuk kembali melihat dan memahami semangat Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah berjaya menyatukan semua kaum di Malaysia.

            Hal ini kerana Perlembagaan adalah satu dokumen yang telah dibincangkan begitu terperinci oleh pemimpin semua kaum dengan mengambil kira kehendak dan perasaan semua kaum menjelang kemerdekaan negara.

            http://www.ismaweb.net/2014/08/merdeka-57-tahun-lihat-kembali-perlembagaan-telah-menyatukan-semua-kaum/

            1. They don’t directly question Article 153 (Malay “special position”) lah.

              They just go the roundabout way and either brainwash or browbeat people into acquiescing that there are NO MALAYS, no Indians too and zero Chinese. All are Malaysians”.

              See how clever the sneaky bastards are. All Malaysian-no Malays-race is racism automatically negates 153 already what.

    1. Pak Cik,

      Are you experiencing a computer glitch? (I’m curious.) You’ve posted the same comment three times.

    1. Pakcik,

      Urm, yeah what you say is true. The timestamp / chronology is messed up.

      So maybe the technical glitch occurred at my end of the dashboard. Sorry.

Comments are closed.