Posted in Evangeliblis

“Dah nyanyuk ke?” Tony Pua kepada Hadi Awang

Kian hari kian kurang ajar puak evangelista biaDAP.

BAWAH: Nukilan hari ini di Facebook pengerusi DAP Selangor Tony Pua

Tony Pua Hadi Awang

Diputuskan badan tertinggi PAS

Sebenarnya pendirian presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang menolak pencalonan Wan Azizah adalah selari dengan ketetapan serta melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura, iaitu badan tertinggi parti.

Timbalan Mursyidul Am Haron Din mengesahkan Majlis Syura Ulama menyokong penuh kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh TG Hadi berkaitan Wan Azizah.

Seruan Wala', Istiqamah dan Sabar 2014-09-21 18-17-49

Seruan wala’ dan sabar

‘Terus Beristiqamah’ adalah tajuk ucapan dasar oleh presiden parti yang disampaikannya di muktamar PAS yang ke-60 beberapa hari lepas di Batu Pahat.

Tuan Guru Hadi menegaskan bahawa istiqamah dalam perjuangan PAS menuntut ahli-ahli parti supaya memahami erti sebenar penerimaan dan pikul amanah daripada Allah swt.

“Istiqamah dalam perjuangan ini memberi makna yang jelas bahawa sebarang tindakan kita, samada dalam aspek politik, dakwah, tarbiyah; semuanya mestilah dalam panduan hukum yang tertinggi ini, manakala batasan pegangan PAS ini hendaklah berpandukan konsep Tafaqquh Fi al-Din,” jelas beliau.

al anaam 153

Dan sesungguhnya inilah jalan ku yang betul (istiqamah), maka jangan sekali-kali kamu ikut jalan-jalan yang lain …

Tony Pua: PAS will be wiped out

PAS will be wiped out in Selangor if snap polls called
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/07/31/DAP-PAS-wiped-out-if-snap-polls-called/

Istiqamah: “Mesti lihat amanah dan redha Allah”

TG Hadi memetik ayat 153 surah Al-An’aam di atas sebagai wadah bagi perjuangan parti dan cahaya petunjuk kepada perjalanan PAS “di atas landasan Islam dan matlamatnya yang ditetapkan oleh Allah”.

Pesan beliau kepada perwakilan, “Kita pernah menjadi kuat, kita pernah menyertai kerajaan pusat dan kita juga sedang memerintah kerajaan negeri. PAS pernah bersendirian dan bertahaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.”

Berbincang tentang resam kalah dan menang di medan tempur politik, presiden PAS itu berkata sudah pasti setiap parti akan menghadapi keadaan rebah dan bangun tetapi dalam pada itu, PAS semestinya juga akan “berada di pihak yang benar” selagi mereka tidak menyimpang dari jalan betul.

TG Hadi mengingatkan hadirin kepada perlembagaan PAS yang menerusi nukilan Fasal 3 dan 7 telah memperincikan tentang hukum, kekuasaan dan Majlis Syura Ulama.

Namun sejak dua menjak ini, para ulama PAS sering diperlekeh mahupun dihina oleh sekutu-sekutu Pakatan mereka.

Tony Pua: “You give your party a terrible name”

http://www.malaysia-today.net/you-give-your-party-a-terrible-name-pas-ulama-told-after-wan-azizah-gender-snub/
http://www.malaysia-today.net/you-give-your-party-a-terrible-name-pas-ulama-told-after-wan-azizah-gender-snub/

PAS bukan sebuah parti yang sanggup melakukan apa sahaja

TG Hadi mengibaratkan kapal PAS sedang belayar di laut bergelora dan dilambung ombak hubungan antara kaum yang sangat mencabar. Sejajar dengan itu, umat Islam sendiri juga lemah di “tanahair tempat kita berpijak”.

WajibPeliharaKesucianNamaAllahSehubungan itu, beliau memberi janji, “Namun PAS tidak menjadikan rakyat yang lemah sebagai mangsa yang disalahgunakan untuk mendapat kuasa, atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh, atau tidak bersabar menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh Allah, sehingga sanggup melakukan apa sahaja, walau pun rakyat yang lemah menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau tanahair ini menjadi bahtera yang ditenggelamkan”.

Nyata PAS dengan DAP bagai langit dengan bumi.

DAP tampak begitu rela menjadikan rakyat yang mudah dibasuh otak sebagai mangsa yang disalahgunakan politikus evangelista untuk mendapat kuasa atau sama ada kerana ingin menang dengan gopoh atau tidak bersabar menunggu kemenangan yang dijanjikan oleh God/Lord/Jehovah/Yahweh/Elohim/Adonai/Allah (pelbagai nama Tuhan evangelista) sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun rakyat yang dihasut evangelista DAP untuk membenci kerajaan menjadi mangsa ditipu, dibeli dan dikacau atau Malaysia menjadi bahtera yang ditenggelamkan.

at-Taubah 42

Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta. [surah at-Taubah, ayat 42]

Kit Siang: PAS jangan buat kerja hina

http://www.mykmu.net/2014/08/11/pas-jangan-buat-kerja-hina-lim-kit-siang/
http://www.mykmu.net/2014/08/11/pas-jangan-buat-kerja-hina-lim-kit-siang/

Matlamat menghalalkan cara

“Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita,” kata TG Hadi.

Beliau mengingatkan pimpinan dan ahli parti bahawa “kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita, atau hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat, sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam”.

(Sikap hanya menjadikan ukuran kemenangan semata-mata sebagai matlamat adalah pendekatan DAP.)

Tuan Guru Hadi: “… curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat, inikah etika kita bertahaluf?”

PAS difitnah Yahudi Yeoh

Tohmahan kononnya PAS mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN dibidas beliau sebagai api fitnah yang dicetus untuk merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecah-belahkan keutuhan jemaah.

Tuan Guru turut merungkai gejala PAS diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana dan media sosial kebelakangan ini. Katanya ledakan kata-kata nista dan fitnah di ruang maya membayangkan “seolah-olah mereka yang terlibat dalam perang siber ini sudah hilang punca”.

“Kita juga difitnahkan oleh berbagai golongan tertentu”, sambung beliau, termasuk oleh musuh luar yang menguar-uarkan agenda Islamofobia.

Anthony Loke: DAP tidak memerlukan PAS

http://www.suara.tv/2014/07/31/dap-tidak-memerlukan-pas-anthony-loke/
http://www.suara.tv/2014/07/31/dap-tidak-memerlukan-pas-anthony-loke/

(769 patah perkataan)

Author:

I have no Faceook or Twitter.

18 thoughts on ““Dah nyanyuk ke?” Tony Pua kepada Hadi Awang

  1. 1) tak dinafikan pkr dan dap handal di siber. Trooper2 berbyr mereka amat byk. Tak tersanggah fitnah2 dan cacian2 mereka kpd golongan dlm Pas yg tdk mahu bersetuju dgn wawi. Ditambah pula dgn sokongan media alternatif spt tmi dan mk yg terang2an berlagak persis utusan msia bg umno. Ditambah pula lg ‘planted agents’ atau anwarists yg bergerak dr dlm dan dlm ngo. Tghh menyedari hakikat ini dan dlm ucapan dasar ditekankan ttg memperkasakan IT utk menghadapi cabaran mendtg.

    2) mereka bergrk secara cohesive utk menafikan sbb2 knp wawi dinafikan utk menjadi mb selangor. Tidak cukup dgn hujah yg dangkal, mereka turut melabel pihak yg tdk bersetuju sebagai anti pr, pro umno, anti wanita, konservatif, anti progressive, pelahap, gila kuasa, pemecah janji, tiada setiakwn dan pelbagai ucapan yg tdk pernah terfikir boleh dtg dari pihak yg mengaku sebagai teman seperjuang pr. Malah sultan turut digertak dgn pelbagai analisa dari pakar2 yg bermata satu.

    3) adakah ini semua mampu melemahkan golongan ulamak dan golongan yg menyokong penuh kepimpinan ulamak? Adakah ini bkl menyaksikan penyingkiran atau peminggiran mereka di dlm Pas? Adakah ini semua akan mengurangkan undi bkn melayu kpd calon2 Pas? Apakah Pas akan menjadi parti pinggiran? Di sinilah kesilapan para penganalisa dap dan pkr dlm menilai krisis ini dari mata yg satu.

    4) di kampung2 melayu, di taman2 perumahan melayu…. yes… majoriti org melayu amat jelas dgn sifat pkr berkeras kpd jijah. Walaupun peranan sultan tdk lg sebesar dulu, tetapi institusi raja masih dihormati masyarakat Melayu kecuali bg mereka yg liberal. Tetapi liberal bkn jiwa majoriti Melayu. Anasir2 merosakkan bangsa Melayu sudah cukup byk skrg ini. Hanya mereka yg suka Melayu dilalaikan lg berkehendak kpd Islam liberal. Dan liberal tiada dlm kamus Islam sebagaimana hadhari gagal dilabelkan pd Islam. Cuma liberal dilebihkan media tampaklah mcm gah.

    5) ustaz2 yg skrg ini mengajar tiap2 mlm samada di surau atau masjid, samada di bandar atau di kampung akan mencerahkan lg isu percanggahan di dlm Pas. Org Melayu akan bertanya dan ustaz2 akan menerangkan situasi ini melalui kacamata Islam. Dan mereka tdk dibyr oleh golongan ulamak di dlm Pas. Tetapi mereka akan ikhlas dgn ilmu mereka. Perlu difahami, semenjak pr mengambil alih selangor, masjid2 menjadi meriah krn kekangan dakwah sudah tiada. Sampai dap sendiri mampu memijak kaki di masjid. Pas akan dihukum tetapi Pas akan dihukum sebagai ‘martyr’ dan golongan yg mendakwa mereka sebagai reformis atau progressif akan dilabel pengkhianat jika tdk munafik. Reformis dan progressif yg konon cuba dibawa golongan ini seumpama Islam Hadhari, manis diluar tetapi busuk didalam. Bercanggah dgn ajaran ahlus sunnah wal jamaah.

    4) bagaimana pula undi bkn Melayu? Adakah akan ada kesannya terutama di mana kemenangan Pas sebelum ini adalah tipis? Yes.. short term impak akan ada. Terlbh lg klu ada prn. Tetapi pru14 masih lg jauh. Again, tidak dinafikan gerakan siber dap dan pkr terlalu kuat sehingga terasa seolah2 keseluruhan kaum bkn Melayu membenci Pas. Sentimen agama dgn menakut2kan pengundi berkaitan undang2 Islam adalah taktik utama mereka utk menjauhkan Pas dari kaum India dan terutamanya Cina. Sentimen perkauman kdg2 diselitkan jua demi mencapai matlamat mereka.

    5) Maka Pas harus befikir diluar kotak dgn tidak lagi mengharapkan (kononnya) kwn2 dlm dap dan pkr utk mendekati kaum2 tersebut. Masa utk menggembeleng dhpp atau kelab penyokong bkn Islam. Beri mereka lbh kuasa utk menganjur perbincangan 2 hala dgn masyarakat bkm Islam di serata ceruk Msia. Beri mereka lbh budget. Pru14 masih lg jauh. Beri mereka penceramah2 yg mampu menarik org dan mencerahkan. Beri mereka lbh budget. Beri mereka Tgna jika perlu. Walaupun beliau uzur, tetapi sudah pasti beliau rela mati di tgh2 urusan dakwah dari mati di atas katil krn dakwah itu satu jihad yg besar. Dan tdk mustahil, kepercayaan mereka dan keyakinan mereka terhadap ulamak akan berubah dgn izin Allah Taala. Pas for All… sudah tiba masanya mengembeleng kekuatan dlm bg menjayakan visi tersebut. Islam itu indah… dan mereka yg mendambakan keindahan akan melihat keindahan Islam di dlm kekalutan skrg.

    1. re: “Tak tersanggah fitnah2 dan cacian2 mereka kpd golongan dlm Pas yg tdk mahu bersetuju dgn wawi.”

      Yahudi Yeoh dan fitnah tidak berpisah.

      re: “golongan yg mendakwa mereka sebagai reformis atau progressif akan dilabel pengkhianat jika tdk munafik”

      Betul. Mereka munafik.

        1. PASMA will be a cast away the same way PAS splinter parties like Berjasa died quietly in the background.

          1. While the Pakatan reduces to Pecahan their 6 years in Selangor and Penang have produced adverse social ills and increasing sex trafficking – for all the religionese in their coalition!

            Trapped — The underage sex industry in Malaysia [YouTube]

    2. ‘tak dinafikan pkr dan dap handal di siber. Trooper2 berbyr mereka amat byk.’

      PAS sudah kena kaw-kaw dengan apparatus yang pernah depa ‘guna’ sebelum-sebelum ini.

      ‘Malah sultan turut digertak dgn pelbagai analisa dari pakar2 yg bermata satu.’

      Mereka2 ini tak habis2 nak menghasut!

      ‘polls watchdog Bersih 2.0 said today it is the ruler’s “constitutional duty” to appoint a candidate who commands the assembly majority. Dr Wan Azizah… enjoys the support of 30 state assemblypersons – an unquestionable majority in the 56-seat Selangor state assembly,” Bersih 2.0 chief Maria Chin Abdullah said’

      – See more at: http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/sultans-constitutional-duty-to-pick-mb-with-majority-support-bersih-2.0-say#sthash.KQ7UKYHP.dpuf

      How is this not menghasut again?

      ‘Their thousand-year feudalistic mindset had not been irrevocably changed by Magna Carta or the execution of a king, theirs were the thoughts of ancient Bugis pirate-chieftains, sudden death and treachery.’

      http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/could-mb-be-elected-through-direct-elections-omg

  2. Tony Pua yang sudah nyanyuk sebenarnya. DAP kan nak bekerjasama dengan ‘ahli-ahli syurga’? UMNO semua jahat maa!

    Apsal Pua, lu sulah lupua ke?

    As far as the statement goes, I say, there goes one hell of a statement by the none other but ahli syurga himself! The President some more! Apa lagi DAP mau?

    1. Tony Pua bukan nyanyuk, tapi dia dah besar kepala sangat sampai tak tau siapa yang dia cuba hina. Sebab selama ini apa yang DAP buat, akan ada barua-barua Melayu yang sokong. Jadi dia ingat semua tindak tanduk dia mesti Melayu akan sokong.

      Dia memang tak tau siapa Haji Hadi dan tak tau siapa penyokong pas. Dia memang satu orang politikus yang bodoh politik. LGE dan LKS pun tak berani nak buat macam tu kat Haj Hadi. Ini si Tony Pua. Tunggu aje la kita tengok reaksi penyokong pas.

      1. re: Politikus evangelis DAP yang ingat semua tindak tanduk dia mesti Melayu akan sokong

        Eh, memang. Kerana pada hakikatnya perkara ini telah dan kerap berlaku.

        null

  3. Apabila mereka bergurau dan berpelokan mesera, mereka lupa adakalanya prinsip perjuangan mereka gadaikan, do’a DAP mereka aminkan, segalanya wangi bagi mereka.

    Melayu Islam yang tidak bersama mereka, mereka kafirkan, mereka haramkan bermesera di antara mereka.

    Semoga peristiwa kekalutan di Selangor memberi pengajaran kapada mereka. Ekoran peristiwa di Selangor telah mendedahkan hakikat sebenar perkongsian mereka dan perjuangan politik mereka, ‘Hanya Untok Menjahnamkan UMNO’, adakah itu wajar? Secara politiknya mungkin tetapi adakalanya penentangan mereka tidak berwajah politik.

    Tidak hairanlah selama ini kita lihat PAS sangup berbuat apa sahaja asalkan UMNO musnah. Mengatakan orang UMNO kafir was never political approach, it’s just like a Muslim telling another Muslim kafir.

    1. re: “Mengatakan orang UMNO kafir was never political approach

      Macai-macai evangelista juga mengata saya kafir. Pendekatan sama. Yang satu parti tu memanglah Islam dan yang satu parti lagi Kristian tapi bertopeng sekular dan sosialis.

  4. Orang dok cakap lama dah tapi tak mau dengar sebab apa, sebab tamak sanggup dipijak dan dihina. Kita yang bukan ahli pun malu dan geram.

    Dah kena main kaw kaw baru nak sedar itu pun belum keluar dari pakatan, tunggu apa tak tau. Tunggu kena tendang keluar kut.

  5. Kesian Pas. Dah kena hentan kaw kaw masih lagi berdiam diri. Tapi biasalah tu. Kan Pas ni kuli PKR dan DAP. kekekekekekeke

Comments are closed.