Dalam ucapan penggulungan beliau di muktamar PAS ke-60 baru-baru ini, presiden parti Hadi Awang berkata:
“Tendang, masuk gol sendiri”
5:24 – “Kita semua tahu pergolakan yang berlaku akhir-akhir ini bukan kerana kita tapi kerana rakan tahaluf kita.”
Agenda Kristian
8:38 – “Hari ini terdapat perancangan yang licik dan halus, di antaranya yang ditulis dalam Internet melalui agenda yang ditaja oleh Rand Corporation menggalakkan adanya parti-parti Islam ala Kristian Demokrat, parti Islam sekular. Adakah munasabah di negara kita ini ada parti yang macam ini sedangkan rakan-rakan kita di Turki yang diharamkan menyebut Islam, diharam menyebut nama Islam, diharamkan mengkritik sekular, diharam mengecam Kemal Ataturk berhempas-pulas untuk menuju ke arah Islam dengan berbagai-bagai cara?”
Tahaluf ada batasnya
33:33 – “Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap. Ini batas tahaluf yang mesti kita faham.”
Dilihat tujuan dan makna evangelis mahu guna kalimah ‘Allah’
35:56 – “Allah itu satu sahaja. Rabbilalamin. DAP dan PKR secara mutlak seolah-olah tidak ada batas. Kita membenarkan kalimah Allah digunakan untuk mesej dakwah. Dibenarkan kalimah Allah digunakan untuk kebebasan beragama, tak boleh halang. Tak diizin kalau mengelirukan orang Islam. Ini mesti faham. Ini hukum dia. Berdasarkan kepada hadith (… cakap bahasa Arab …).”
35:56 – “Ulama kita mengenakan kaedah (… bahasa Arab …) perkara-perkara nak dilihat tujuan dan matlamatnya.
(… bahasa Arab …)
“Dalam isu ini, saya ditunjukkan naskhah Bible yang dicetak. Memang saya lihat Bible yang dicetak itu diterjemah dalam bahasa Melayu kulitnya. Tujuannya ialah untuk mengelirukan orang Melayu-Islam. Saya ditunjukkan Bible dalam tulisan Jawi zaman al marhum Sultan Sulaiman Sultan Selangor yang diharamkan oleh jabatan agama di masa itu. Kita mesti melihat hal-hal ini. Jangan langgar, ada batas kita!”
What kind of people are they?
Evangelis macam Zionis di Gaza.
(310 patah perkataan)
Salam saudara
Tghh baru nak sedar
Betapa selama ini diperlihatkan tapi dibutakan mata, hati dan minda, yahudi yahudi yang berada disekeliling dia munafik munafik islam aka munafik munafik politik yang menyusup dlm PAS dek kerana bencikan UMNO
Betapa TDM dah cakap berkias dlm bahasa inggeris yang disalahtafsirkan oleh ulama PAS dan cendikiawan yang lain
Aku walau bukan org terpelajar dan bukan golongan ulama di beri oleh Allah swt utk melihat kemungkaran dan kejelikan mereka yang menyonsangkan tahulul siyasi ini
SEDARLAH MUHASABAHKAN DIRI
BUKAN KITA MENGATAKAN UMNO ITU SEMPURNA
TAPI AT LEAST DEMI SURVIVAL AGAMA KITA & BANGSA MELAYU KITA BERSATULAH HANYA ITU SAHAJA DAPAT KITA JAYAKAN POLITIK MELAYU DI MALAYSIA
ANWAR PKR NYA DI BONEKAKAN DAP DAN YAHUDI DARI LUAR MEMPUNYAI MATLAMAT UTK MENJATUHKAN NEGARA KITA AMNYA DAN KHUSUSNYA AGAMA ISLAM KITA
Haji Hadi baru sedar dari mimpi bersama, takut-takut kalau menyambong tidornya akan bersambong lagi mimpi bersama yang indah-indah belaka.
Tebing tinggi,
Hadi belum sedar lagi. kalau dia betul betul sedar, PAS akan keluar dari PR.
Tapi PAS masih sedia “menyembah” DAP. Walaupun Hadi marahkan PKR dan DAP, tapi Hadi masih mahu kerjasama dengan dua parti tak guna ini.
JADI MAKNANYA MASIH TAK SEDAR BETAPA BODOHNYA PAS untuk terus bersama dengan PKR dan DAP.
Azmin pun 2×5 dgn DAP. Dulu masa kes kalimah Allah, DUMC Hassan Ali dihentam hebat. Jadi apa yg boleh diharapkan drpd Azmin?
Saya pun merasakan tidak ada apa apa yang boleh diharapkan dari Azmin Ali untuk membela agama, bangsa dan Negara!
Hairan juga dengan PKR dan PAS, mereka masih boleh menerima pemimpin pemimpin yang telah tercalar imejnya!
Contohnya, Azim Ali dengan aiskrimnya, Mat Sabu dengan Hotel Perdana nya dan dengan isteri orang lagi! Sedangkan semua dosa ini tergolong dalam dosa dosa besar!
Adakah mereka begitu tandus dengan pemimpim pemimpin berkalibar dan sekurang kurangnya kelihatan ‘bersih’ untuk dinobatkan sebagai pemimpin tertinggi?
Dalam hal ini UMNO lagi bermaruah dan berintergriti. Pemimpin pemimpin yang sudah tercalar dengan imej buruk tidak diterima lagi sebagai pemimpin nombor satu, dua malah yang ketiga juga!.
Banyak contoh yang boleh diberi. Anwar Ibrahim contoh yang paling klasik!. Begitu juga dengan Abu Hassan Omar, Khair Toyo, Muhamad Mohd.Taib dan banyak lagi!
Malah MCA juga tidak dapat menerima Chua Soi Lek (CSL) sebagai pemimpin nombor satu MCA! Tindakan CSL mengundurkan diri lebih bermaruah daripada pemimpin pemimpin Melayu Islam PKR malah PAS juga.
Kalau beginilah pemimpin pemimpin negara Malaysia, bagaimanakah kita boleh mengharapkan keredhaan dan pertolongan daripada Allah swt!
Norlin,
Saya juga tiada harapan apa apa dengan Azmin ni.
Jangan hairan dengan PAS terima pemimpin begini. PAS hanya ada label islam saja. Itu setakat “branding” saja. PAS tak hayati Islam.
Correct correct confirmed correct !
Tapi dia juga ada kata yang pertelingkahan yg berlaku ini adalah diantara adik beradik maka boleh bermaafan. Dia hanya nak tunjuk garang saja pada kawan kawan pakatan supaya dapat hormat sikit daripada ahli ahli dia. Itu saja.
Depa peduli apa pasal lain, letak tepi dulu. Yang mustahak dapat kan Putrajaya dulu boleh dapat pangat dan harta, jadi macai Dap pun takpa. BUTA HATI dan BUTA PERUT
Mendengar ucapan ‘penuh berapi’, ‘penuh kesedaran’ dari TGHH ini saya pun mula terasa ‘kunun’nya beliau sudah sedar.
Harapan saya selaku salah seorang umat Islam kepada PAS ialah:
1. PAS terutama pemimpin2 utamanya menilai semula tahaluf-siyasi mereka bersama PKR dan DAP.
2. PAS terutama pemimpin2 utamanya juga seharusnya menghentikan komen negatif yang ‘menolak’ secara total idea berkerjasama dengan BN khususnya UMNO.
3. PAS juga seharusnya menghentikan komen negatif mereka yang sering melabelkan UMNO sebagai musuh no 1 mereka.
al-marhum Tuan Guru saya pernah berkata mengenai ‘seorang ulama’ PAS : beliau ini telah ‘terlajak kata’ hingga lisannya mendahului taqdir… saksikan samada akhir kalamnya sempat bertaubat… mudah2an Allah SWT beri beliau kesempatan!
Ulama PAS berkenaan masih hidup dan ‘terlajak kata’ yang beliau lakukan masih lekat hingga hari ini tanpa sedikit pun kesalan walhal beliau sudah semakin tua….
‘ayam berkokok berdegar-degar tapi sayang ekornya berlumuran tahi!’
Yang sah kafir jadi rakan akrab.
Yang sah sesama Islam dikafirkan dan dijadikan musuh.
Kadang pelik juga bagamana cara “ulamak” Islam befikir.
Islam kah……. ?
Wallahualam..