Posted in Evangeliblis

Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

Ustaz Sallehen Mukhyi, exco agama dalam pentadbiran Khalid, digugurkan oleh Azmin daripada barisan exco Selangor. Exco pendidikan Dr Halimah Ali turut ditamatkan perkhidmatan beliau.

Parti mereka tidak mempersetujui agar wakil exco dikurangkan bilangan dari empat orang kepada tiga, kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.

BAWAH: Si Lebai yang malang

SallehenHalimah

AzminCabinet

Kesian PAS dibuli rakan-rakan sepakatnya

Dalam ucaptama beliau di muktamar ke-60 baru-baru ini, Tuan Guru Hadi Awang berkata mereka yang terlibat dalam perang siber seolah-olah “sudah hilang punca” bilamana mereka menyerang PAS bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan yang direkayasa.

Jentera propaganda paling ampuh di ruang maya adalah milik DAP dan PKR.

Serangan bertalu-talu ke atas ustaz dan ustazah beserta alim ulama PAS berpunca daripada perkakas politik PKR dan DAP yang akal budi mereka nyata rosak.

Kawan pun mereka lawan gara-gara rakus dan gila kuasa hilang pertimbangan.

BAWAH: Tony Pua, pengerusi DAP Selangor

Tony-Pua-PAS

Fitnah dan evangelista berpisah tiada

Para penyokong DAP berikthiar tidak lagi akan beri undi kepada PAS dalam apa jua keadaan pun. PAS sudah dinyah ramai pengikut parti evangelis tersebut.

Kalau DAP dan PKR boleh menzalimi Khalid Ibrahim yang berupa orang parti mereka sendiri, apa pula layanan mereka terhadap orang PAS nanti apabila hujan turun di tengah hari?

Pasti ketika itu PAS akan difitnah bertali arus.

BAWAH: MB baru angkat sumpah; duduk baris depan ialah Puan Speaker Double Chin

HannahDoubleChinnyChin

Tohmahan berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah di majlis pelantikan exco Selangor kelmarin:

“Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut menghasut dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan …” […]

“… Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.”

Jahat sungguh rakan-rakan tidur sebantal PAS itu yang sengaja mencemar nama baik TS Khalid walhal pada hakikatnya beliau “telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar”.

Tuanku yang sebelum ini murka pada PKR dan DAP – dua buah parti dianggap baginda sebagai “biadab” – telah membidas pihak pembangkang kerana mencetuskan krisis MB dengan tidak semena-mena. Kemelut seorang MB disingkir jawatan dan dipecat partinya sendiri telah “membuka mata dan hati serta pandangan [Sultan] terhadap politik di negeri Selangor”.

Massive trust deficit for PAS Malaysiakini

Dr Kua: “the Rottweilers even went for the PAS President”

Penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong turut menegur PKR dan DAP atas budaya Rottweiler mereka:

“The PKR and DAP leaders unleashed (or at least did not restrain) their Rottweilers on the previous fledgling MB when he would not resign of his own accord. This was poor form especially when they could not produce any shred of evidence to pin on TSKI.

“This Rottweiler culture was again seen when the four PAS Exco members stayed at their posts, since their party did not have any problems with the previous MB. When the Rottweilers even went for the PAS President after he had expressed his misgivings about the MB candidate nominated by PKR & DAP, this really showed up the absolute dearth of leadership in the component parties of the PR.”

Seruan Wala', Istiqamah dan Sabar 2014-09-21 18-17-49

DAP dan matlamat perjuangan evangelistanya

Dalam ucapan penggulungan beliau beberapa hari lepas di muktamar, presiden PAS Hadi Awang berkata:

“Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap.”

Sebenarnya ia Tuan Guru yang terkhilaf.

DAP bukan berdasarkan kepada sekular sosialis. Pedoman parti itu adalah evangelisme – disebabkan itu DAP suka membuli, menipu dan membohong.

(627 patah perkataan)

.
Merujuk kepada Saari Sungib, Adun Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin, Adun Morib

Author:

I have no Faceook or Twitter.

23 thoughts on “Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

  1. re: “Dalam ucapan penggulungan beliau beberapa hari lepas di muktamar, presiden PAS Hadi Awang berkata:

    “Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap.”

    The party leader’s integrity is questionable as evidenced by the implicit contradictions in his proclamation. His infamous 1981 Amanat Hadi Awang upheld an Islamist ideology of exclusivism, in which a large segment of the Malay people had been declared as heretics for not being on his side of the divide.

    Then he had thoroughly nullified his own principles by politically allying himself with the DAP Chinese chauvinist party and the zionist-backed Anwar Ibrahim, in order to oust Barisan Nasional, and all the good that Dr. Mahathir’s leadership had done for the country.

    Ustaz Hadi Awang had fought long and hard for an Islamist state in Malaysia, but the world today has been set back by demented religious fanatics practicing genocide on muslims and non-muslims alike. How come for so many years he rest comfortable with war-mongering evangelist neocons? Has he just realized he has been sharing the same bed as “secular pragmatists” and “secular sosialists” whatever that means to him?

    What is clear is that things have not worked out the way he wanted it and taking the PM’s seat at Putrajaya seems out of reach.

    The Pondok people know that political Islamists are no friends to the traditional scholarship and sufism of the Nusantara ulamak. Even the Republic of Indonesia has outlawed the wahhabi militants who have gone to Syria and Iraq to join al-Qaedah and the Islamic State.

    Sekarang saja Hadi Awang mengaku politik tahaluf siyasi mereka silap, padahal sudah lama mereka dah amalkan kebatilan. Bismillahir Rahmanir Rahim.

    1. “Kaum muda” a.k.a. Islamist itu selalu menafikan akidah tradisional “kaum tua” iaitu bahawa “Makrifat kepada Allah” sebagai tuntutan asas tiap2 orang mukmin.

      Orang Melayu telah berpanjang zaman memahami akidah Islamiyyah dengan seruan kenal diri sendiri untuk mengenal Tuhan Al-Khaliq, dan berkhidmat kepada sesama manusia.

      “Kaum muda” tu dia orang suka ajak kita supaya mengumpat orang lain keburukan dan kekurungan mereka, sampai akhirnya semua terlupa diri dan terkhayal menerjun ke dalam lembah kefasikan dan penyelewengan.

      AKIDAH ISLAMIAH – Ilmu Makrifatullah: Jalan Utama untuk Beriman Kepada Allah [YouTube]

  2. Yesterday in an interview with NTV7 the editor of a Chinese daily, Oriental Daily unabashedly described the move to reduce Pas’ representation from 4 to 3 as a slap in the face for opposing the move to install the Butt Man’s wife as MB. He didn’t even bother to conceal his delight and this goes to show what the Chinese are really thinking, at least those 90% who voted for the opposition in the last GE. It is obvious that they want to usurp the powers of the Malays.

    Kua Kia Soong is a relic of the past. Not many people know who he is. His brand of politics is just outdated. But still you have to respect him. At least he dares to voice his opinions and make his stand clear, unlike those forked tongue evangelists and Chinese journalists and media hacks. I doubt his tegur will have any bearing on the opposition and their perpetually delusional supporters though. More likely, the more he speaks out against them, the more they will attack him. He’s going to, sooner or later, end up like Tunku Aziz, dragged all over the place.

  3. Nampaknya, babak baru dah bermula. Plotnya akan sarat dengan kisah pengkhianatan dan kekecewaan.

    Persoalan lama akan dipanjangkan. Persoalan baru akan dibawa untuk mengisi babak seterusnya, kisah tentang perpecahan ataupun pemulihan. ‘Rakyat’ masih lagi ternganga dan menganga.

    http://blog.limkitsiang.com/2014/09/27/so-whats-next-for-pakatan/
    “The ‘Palace Move’ is not only going against democratic convention but it also calls into question the role of the constitutional monarch in our increasingly shrinking democracy.”…heh…dia nak tipu siapa sebenarnya?

        1. Am aware of their fitnah politics which they take everywhere. After all, I’m one of their victims.

          However I believe that he’s crossed the line in misusing, and in effect slandering the ‘Isma’ name.

          1. For him there is no such thing as crossing the line. For him anything and everything is fair game. But he is not the only one doing this. There are also others. They come here albeit more subtly.

            The attack on the Peranakan by a certain commenter who shares the same initial as the Subang Jaya assemblywoman being another example although that commenter will deny it and when his denial fails he will go on a rage shouting at his detractors.

            You see how warped and perverted these people really are. They will not stop even after Pakatan win the next general election. In fact, i wager that the attacks, the insinuations will intensify and taken to a whole new level when Pakatan is in power because then, they will have the entire state apparatus at their disposal.

  4. re: titah DYMM Sultan, “… Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.”

    re: Helen says, “……DAP bukan berdasarkan kepada sekular sosialis. Pedoman parti itu adalah evangelisme – disebabkan itu DAP suka membuli, menipu dan membohong”.

    I say: kesimpulannya, dua parti berkenaan terdiri dari pemimpin dan penyokong yang buruk akhlak, buruk adab dan buruk kelaku yang tidak langsung menepati satu rukun yang penting dalam rukunegara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’.

    Adalah satu kebiasaan yang bermula dengan buruk, begitulah juga pengakhirannya…

  5. We can’t blame the fuckatan all the time. Where is UMNO Selangor. What is their strategies? None so far.. UMNO is busy with Moderate agenda …has BN gain anything from this moderate agenda?

    UMNO has many donkeys. DAP has many rottweilers and pitbulls.. but bertopengkan moderates… So UMNO donkeys tertipu sama rottweilers and pitbulls DAP.

    If BN kalah in GE14, the first thing that these DAP pitbulls and rottweilers will do will be to tear apart UMNO-BN donkeys balls.. Thats the end of Umno BN.. got no more balls after 2018.

    1. There’s simply no excuses for poor UMNO leadership when intelligent and good young Malay men and women abound in our society.

      And has MCA lost its Chinese intellectual and spiritual roots so that it has to pander to an evangelist chauvinist DAP? When has Chinese civilization succumbed to the philosophy of man as an economic animal?

  6. UMNO yang berkongsi kalimah mereka sesat-sesatkan, momok-momokkan sebagai jahat. Nak juga berkawan dengan DAP. Bilalah agaknya PAS nak ni sedar? Berapa kali mau kena tikam dari belakang da..?

  7. re: Ustaz Sallehen Mukhyi, exco agama dalam pentadbiran Khalid, digugurkan oleh Azmin daripada barisan exco Selangor. Exco pendidikan Dr Halimah Ali turut ditamatkan perkhidmatan beliau.”

    Dap tentu sangat gembira dengan rombakan ini.

    1. anak di mukhyi ni ketulahan.

      ingat tak dlm isu kalimah Allah dulu? Dia kata org kristian blh guna kalimah itu asalkan tidak digunakan utk tujuan dakwah di kalangan umat Islam sedangkan mahkamah persekutuan dah putuskan kristian tak boleh guna nama Allah & di selangor mmng ada enakmen melarang penggunaan nama Allah oleh bkn Islam & ditambah dgn beberapa fatwa.

      dakwahlah tjuan kristian nak guna nama Allah.

      Masa tu takut kena bambu dgn dap & pkr & takut hilang jawatan. kan dah terpelanting, kena tendang dgn dap & pkr!

      lps ni masuk masjid & surau smula lah ustaz beri kuliah/ceramah. kan banyak msjd & surau ds’gor org pas yg kontrol! ya ustaz ibnu mukhyi… ittaqUllah, jgn ittaqu al-dap & al-pkr!

  8. Inilah PAS di Selangor dalam bahasa mudah…

    Pas Mewarisi Sikap Lebai Malang

    Konon pada masa dahulu di sebuah desa tinggal seorang lelaki yang dipanggil Pak Lebai. Rumah Pak Lebai terletak di tepi sebatang sungai.

    Pada suatu hari datanglah seorang lelaki ke rumah Pak Lebai. Tujuan lelaki itu ialah untuk menjemput Pak Lebai ke rumahnya untuk majlis kenduri. Rumah lelaki itu terletak di sebuah kampung di hulu sungai itu.

    Maka berjanji lah Pak Lebai untuk hadir ke majlis tersebut.

    Tidak berapa lama kemudian datang pula seorang lelaki lain ke rumah Pak Lebai. rupa-rupanya lelaki itu juga ingin menjemput Pak Lebai menghadiri kenduri di rumahnya. Rumah lelaki itu pula terletak di hilir sungai.

    Selepas kedua-dua lelaki itu berlalu maka Pak Lebai pun memasang strategi bagi membolehkannya hadir di kedua-dua majlis tersebut.

    Kedua-dua majlis akan diadakan serentak. Pak Lebai akan menggunakan perahu untuk pergi ke kedua-dua majlis.

    Pak Lebai merancang untuk pergi ke kampung di hulu terlebih dahulu. Selepas makan di situ Pak Lebai akan segera berdayung ke kampung di hilir pula. Pergerakan menghilir akan mempercepatkan perjalanan Pak Lebai.

    Keesokan harinya, Pak Lebai memberitahu isterinya hajat untuk ke rumah kenduri. Pak Lebai turut berpesan agar tidak menyimpan makanan untuknya kerana dia pasti kenyang setelah hadir di dua kenduri.

    Sebenarnya Pak Lebai sudah terlewat. Namun Pak Lebai bertekad untuk hadir di kedua-dua majlis. Dia melihat arus sungai dan berfikir sejenak. Jika dia terus ke kampung hilir dia akan sampai tepat pada waktunya. Namun sudah pasti dia tidak akan sempat ke kampung hulu.

    Sebaliknya jika dia ke kampung hulu, dia akan terlewat sedikit kerana terpaksa berdayung menongkah arus. Namun dia mendapat kelebihan berdayung ke kampung hilir kerana perjalanan menghilir akan lebih lancar.

    Maka Pak Lebai mengambil keputusan untuk ke kampung hulu terlebih dulu. Ini memberi peluang kepadanya untuk hadir di kedua-dua majlis biarpun terlewat sedikit.

    Ketika Pak Lebai tiba di kampung hulu, majlis telah hampir selesai. Meskipun begitu semua makanan telah habis. Pak Lebai rasa kecewa namun segera bergegas ke kampung hilir pula.

    Namun sesampainya di sungai arah aliran telah berubah. Fenomena pasang surut laut menyebabkan perjalanannya kali ini juga terpaksa melawan arus. Dengan bersusah payah Pak Lebai berdayung ke kampung hilir. Sekali lagi Pak Lebai bernasib malang kerana majlis telah pun selesai. Tuan rumah meminta maaf kerana semua makanan telah habis.

    Dengan perut yang lapar Pak Lebai berkayuh pulang ke rumah. Dia berharap dapat makan di rumah. Malang sungguh apabila isterinya telah membuang semua makanan kerana itulah pesan Pak Lebai sebelum keluar tadi.

    * Situasi yg sama berlaku kepada Pas dalam kemelut isu MB Selangor baru2 ini. Silapnya Pak Lebai ialah kerana cuba memenuhi harapan semua orang dan tidak mahu menghampakan harapan orang.

    ‘Lebai’ dalam masyarakat Melayu berbeza dengan ‘haji’. ‘Pak Lebai’ dilihat lebih warak, jujur dan suka menolong orang. Biarpun ilmu mereka tidak sehebat ulama’ atau ustaz, namun mereka terkenal sebagai ahli abid (ahli ibadat).

    Dalam kisah di atas, watak ‘lebai’ digunakan bagi menunjukkan seorang yang warak, jujur dan sentiasa berniat baik akhirnya ‘kecundang’ kerana silap perkiraan.

    Si Lebai Malang adalah tipa (type) segelintir masyarakat sejak dulu hingga kini. Si Lebai Malang mencerminkan hasrat murni dan cita-cita kudus masyarakat yang mendambakan sebuah negarabangsa yang ideal dan sempurna.

    Lihat semula Pak Lebai tadi. Dia menyangka yang dia dapat memenuhi harapan semua orang. Dia rasa tidak patut menghampakan harapan orang yang sanggup datang dari jauh untuk menjemputnya.

    Lihat semula cerita di atas. Adakah kenduri tersebut sebuah majlis yang besar sehingga dijemput penduduk dari kampung lain?

    Kalau kenduri besar seperti kenduri kahwin, Pak Lebai tidak akan terlewat sebab atur cara jamuannya lebih panjang. Demang berpendapat kenduri tersebut hanyalah kenduri kecil seperti kenduri arwah.

    Itulah sebabnya Pak Lebai begitu beriya-iya untuk memenuhi kedua-dua jemputan. Jemputan ke atas Pak Lebai mungkin memintanya mengetuai bacaan doa dan tahlil. Tanpa kehadiran Pak Lebai barangkali majlis tersebut tidak sempurna.

    Itulah kesilapan Pak Lebai yakni menyangka tanpa penyertaan beliau majlis tidak dapat dijalankan. Sepatutnya Pak Lebai akur bahawa dia tidak mampu berada di dua tempat dalam satu masa. Adalah bijak jika Pak Lebai hanya menerima satu jemputan dan menolak jemputan kedua.

    Sama juga dalam isu MB Selangor. Akhirnya tok2 lebai Pas berada dalam kerugian semata2 kerana mahu memenuhi permintaan semua pihak, namun Pas tiada ketegasan serta keyakinan diri.

    Sumber.. FB status

  9. Orang pas kutuk dapakatan terus kena buang kerja. Apa tindakan pas pada orang dapkr yg kutuk pas pulok? Pas oh pas… Belum apa2 dah kena buli belum diorang dpt power lagi. Ke sebab diorang menyandar harapan pada pasma. So pastu (pastua) boleh pegi blah

  10. Actually I was also shocked when president of PAS using the word secular socialist and secular pragmatist to describe each for DAP and PKR, knowing that there are still few numbers of Islamist left in the PKR.

    I cannot remember when PKR announced that they are of secular party. Although I agree if one say that PKR is dominated and controlled by secular minds.

    These reduced Islamist in PKR, they may not agree to such label of PKR being a secular party. But they still there because their faith in Anwar. They still believe that Anwar is full of moral and a guide for them in true path towards salvation (at least in politic).

    Both “traitors” from PAS that being celebrated by DAP also suffer from this syndrome. And don’t forget the other Anwarinas, each of them have the syndrome to a certain extent.

    Khalid Samad, being pissed off with the Ulama’s group, cynically alleged some of them had actually watch the “Video” and believe it.

    Whether the label given by PAS President is correct is still debatable as well as how he came out with these two labels on the other parties of Pakatan.

    And Helen, you use the word evangelists, perhaps from having some facts on some dominant players in DAP and know what they do. If I may, it seems that the way you defined it, this evangelists word, is a threat to PAS policy.

    The fact that the president of PAS did not used the word evangelism or any other word associate to that, shows that the party has not known for recognising DAP for doing such evangelism.

    Who knows, maybe Mat Sabu told the President, “No..lah. They are only secular socialists”

Comments are closed.