Posted in Hah!

(terkini) Tun: Jangan lagi layan orang yang tidak hargai layanan

Oleh Dr Mahathir Mohamad

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk di masa hadapan.

Sumber: Che Det, 7 Okt 2014

 

 

 

Author:

I have no Faceook or Twitter.

26 thoughts on “(terkini) Tun: Jangan lagi layan orang yang tidak hargai layanan

  1. Mungkin Tun boleh memberi satu jalan keluar untuk “mengajar” orang yang tidak mendengar nasihat atau buat2 blurr pekak badak.

    Sebagai penyokong kuat Kerajaan, saya (kami) bersedia menyokong atau boleh turut membantu terhadap apa saja usaha Tun demi menyelamatkan Malaysia daripada kemusnahan.

    1. Dalam masyarakat lebah, permisuri (queens) adalah segala-galanya kerana ianya menentukan kelangsongan kehidupan dan kemakmoran generasi akan datang. Olih itu lebah-lebah ini sangup mati bagi melindungi permaisurinya kerana ketentuan itu.

      Dalam masyarakat manusia yang dikurniakan akal untuk berpikir dan menilai, pemimpin diharapkan dapat membimbing kearah kebaikan, terutama kapada pendokong kapada kepimpinan itu.

      Adalah malang sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran membiarkan sahaja sokong yang diharapkan membawa kapada kehanchuran unpama ‘harapkan pagar ,pagar memakan padi’ dan kalau ini dibiarkan belaku, dimanakah perginya pertimbangan akal kita sebagai manusia?

  2. Tun seperti biasa, tegurannya padat dan jitu. Pedas kata orang kita… Tetapi mahukah Najib Blur Blur menerima teguran? Versi teguran manakah yang akan sampai ke tangan Najib?

    Saya pernah terbaca temuramah dengan Rosmah Mansor yang mengatakan dia tidak membaca kritikan @ fitnah di media mengenai dirinya dan dia mengesyorkan perkara yang sama kepada Najib. Kelihatannya Najib memang mendengar saranan isteri… habislah Malaysia!

    1. Yup. Nampak macam PM kita tak baca apa-apa maklum balas yang ditujukan kepadanya.

      Beza Tun dengan PM-PM yang lain ialah kecenderongan beliau untuk bukan setakat membaca tetapi menulis sendiri bahan ucapannya.

      Hanya seorang sahaja pemimpin Umno yang setanding, iaitu Dato’ Onn Jaafar yang merupakan bekas wartawan.

      1. Re Yup. Nampak macam PM kita tak baca apa-apa maklum balas yang ditujukan kepadanya.

        Kan ada konsultan. wa ha ha ha ! Kalau konsultan kata semua ok maknanya ok lah ! wa ha ha ha !

      2. Tun M follows quran’s teaching hence he read n use his brain. Surah 39:18 “They are the ones who examine all words, then follow the best. These are the ones whom Allah has guided; these are the ones who possess intelligence”.

        A friend who had a privilage to be on board of Tun M’s many overseas trips then said he witness Tun M read a few books at one time during long haul flights. Now, ahjib gor? Hopeless !

        1. Kesimpulannya kita skrg mempunyai seorang PM yang ‘tidak tahu apa-apa’…. semua programnya dirancang oleh konsultannya.
          PM kita skrg ini cuma ‘parrot’ saja apabila menyampaikan ucapan.

          bagi saya apabila seorang ‘ketua’ TERPAKSA BERGANTUNG kepada Penasihat aka Konsultan’ (bukti TERPAKSA ialah kerana kena bayar mahal), maka jelas sekali ketua ini tidak mempunyai ‘akal’ yang betul-betul baik yang mampu digunakan….

          memang betul-betul ‘hopeless’!

  3. Helen.
    Najib buat tak kisah je teguran Tun ni. Dah banyak kali Tun dah tegur, tetapi perubahan tak nampak berlaku.

    Dalam otak dia, dia fikir dia adalah PM dan tak perlu ambil nasihat dari sesiapa pun. Bagi dia nasihat Tun tak penting kerana zaman Tun berbeza dari zaman dia dan sekarang dia mempunyai ramai konsultan yang hebat2 di sekeliling dia.

    Konsultan2 ni mempunyai idea yang lebih hebat dari Tun. Bagi dia Tun dah lebih 88 tahun dan fikiran dah tak tajam lagi dan idea Tun tak releven dengan masa kini.

    Jadi apa orang Melayu nak buat sekarang ni. Kalau tunggu Pru14, pasti dah terlambat kerana UMNO/BN akan rebah dan tersungkur.

    Fikirkan satu cara yang orang Melayu boleh singkirkan Najib dan ganti dengan yang lebih baik.
    Mungkin Tun boleh lead a movement for this purpose seperti ketika Pak Lah di turunkan dahulu. Tun kena buat sesuatu selain dari teguran saja.

  4. Saya setuju dengan saranan supaya TDM menggerakkan usaha meminta dengan tegas supaya Najib meletakkan jawatan. Makin ditangguh makin dekat PRU 2018. Mungkin UMNO/BN tersungkur kalau Najib terus bekuasa dan membuat ‘perrangai’ TAK APA. Kita sayangkan Melayu dan semua rakyat Malaysia, bukan Najib.

    So TDM what say you, kalau Tun bimbing kami semula menurunkan Najib dari takhta PM. Nampaknya sekarang kita tidak boleh kalau hendak bergantung harap kepada parti parti berasaskan Melayu Islam yang lain. Parti parti ini lebih ‘hancus’ daripada UMNO.

    Kita perlu baiki UMNO, pilih pemimpin yang berwibawa di kalangan UMNO. Saya yakin pemimpin sedemikian sudah lahir dan ada di kalangan pemimpin UMNO. Tapi mata jangan hanya pandang di kalangan pemimpin pemimpin di hairaki atasan sahaja. Semua tokoh pemimpin di semua peringkat kepimpinan perlu diberi perhatian yang sama.

    Untuk sementara waktu, saya yakin Muhyiddin boleh memimpin UMNO dan menjadi PM. Cuma Muhyiddin jangan berperangai macam Najib yang ‘ego centric’ memilih konon konon kon-sultan yang tengok pada gaya macam ada class tetapi sebenarnya ‘tin kosong’.

    Bunyi aje kuat tetapi sebenarnya kosong!

  5. kebiasaan orang kata tak endah, saperti kata-kata,yang baru tidak kekal yang lama disimpan buang (tak boleh pakai) terantuk baru nak tergadah, kalau nak try anak jantan call le fresh election baru tau sapa teror situa ke simuda

  6. Pendapat ramai yang UMNO-BN akan tersungkur dlm GE14 mmg tepat. BR1M tidak akan membantu. Kenaikan harga minyak berkadar terus dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Ini akan membebankan rakyat. Ini akan di tambah dgn GST lagi.

    Faedah BR1M akan ditengelami dengan GST dan kenaikan 20sen lagi harga minyak tahun ini dan berikutnya. Kenaikan harga 20sen pada RON95 memberi kesan paling tinggi pada pengguna pendapatan sederhana yg rata rata penyokong UMNO. Golongan mewah di bandar menggunakan RON97 atau racing.

    BR1M diberikan bukan dari peruntukan lebihan (surplus). BR1M diberikan dari penjimatan dari potongan subsidi. Jadi bila BR1M diberikan kadar kenaikan minyak akan turut sekali. Bagaimana model ekonomi: BRIM-Potongan Subsidi-GST-Kadar Inflasi akan membantu kearah Surplus Budget?

    1. re: “BR1M diberikan dari penjimatan dari potongan subsidi.”

      Akan tiba masa semua subsidi habis dipotong. Then how?

      1. masalah dgn subsidi minyak adalah ia bersifat open subsidy. maknanya takde kawalan terhadap agihan subsidi dan semua orang dapat tak kira tingkat pendapatan, keturunan, demografi bahkan warganegara asing pun dapat.

        itu belum ambil kira pemilikan kenderaan yang sukarkan kerajaan untuk buat anggaran tepat dalam belanjawan tahunan. walaupun ada kawalan sempadan tapi secara day to day agak sukar dikuatkuasa. macamlah tokey2 stesen minyak sanggup tengok plat kereta asing tiap kali mereka datang isi minyak.

        last sekali ron95 jugak diisi yang mana ada subsidi per liter dari kantong kerajaan. br1m ni sebenarnya satu kaedah untuk salurkan balik subsidi dengan lebih terarah tapi masalahnya ia bagi signal kepada orang awam bahawa tak kerja pun boleh dapat duit. dalam kata lain menggalakkan kelahiran rakyat2 yang manja.

        dari segi tujuan lebih elok kekalkan subsidi minyak sekurang2nya bila orang isi minyak, maksudnya ada pergerakan ekonomi macam pergi kerja, melancong, membeli belah dll tujuan hidup.

        Nampak sangat singkat cara berfikir PEMANDU PM ni walaupun dibayar gaji 5x ganda daripada kakitangan awam tak masuk bonus lagi.

        bukankah elok kalau kawalan gunakan mykad bila membeli minyak? kerajaan pulak boleh letakkan cap/siling untuk subsidi minyak secara bulanan untuk setiap rakyat Malaysia yang capai umur 18 tahun. katakanlah rm100 – 200 setiap bulan. maka orang2 kaya yang ada kereta besar dan banyak kereta cepatlah kering subsidi bulanannya berbanding mereka yang pakai kereta kancil atau moto kapcai.

        begitu jugak dgn orang2 yang kuat berjalan dan melancong, bila kering kena bayar harga sebenar petrol ikut pasaran. manakala warga asing secara automatik tak dapat isi minyak subsidi sebab pembelian minyak wajib guna mykad. perkara ini tak mustahil dilakukan sebab di bank2 pun dah pakai mesin swipe mykad. bahkan di farmasi kalau kita beli ubat terkawal pun kena tunjuk mykad.

  7. Helen…BR1M diberikan dari penjimatan hasil dari potongan subsidi. Bukan dari lebihan wang negara. Negara tidak ada wang lebihan masakini. Bajet defisit. Jika Bajet surplus (ada lebihan), tidak perlu terhegeh-hegeh potong subsidi.

    Apabila semua subsidi telah habis dipotong.. Jika bujet negara masih dlm negatif, dan gomen masih teruskan BR1M…maka gomen perlu berhutang utk membayar BR1M. Jika dengan strategi Pemotongan Subsidi-BR1M-GST-Kadar Inflasi, bajet masih defisit (negatif), maka ini semua dilakukan hanya utk membebankan rakyat sahaja tanpa ada apa apa faedah kepada kestabilan ekonomi.

  8. Mungkin Tun Dr M Patut ambil iktibar Dari Bekas PM Lee Kuan Yew. Beliau lebih pentingkan Rosmah dari Najib apabila datang ke malaysia untuk bertemu dan berbincang sehingga membuat lawatan khas untuk berjumpa dengan Rosmah. Tidak pernah PM Singapore berbuat demikian diwaktu PM Malaysia sebelum Najib.

  9. Kpd kepimpinan sekarang yg penting dan paling utama ialah duit…
    Duit…. duit…. dan duit…..

    1. Cari daripada rezki dunia demi kebaikan yang kekal di akhirat. Bukan asyik harta dunia dan lupakan akhirat!

      * * * * * * * * *
      Surah Az-Zalzalah

      Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

      [1] Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
      [2] Serta bumi itu mendedahkan segala isinya,
      [3] Dan bertanyalah manusia (dengan perasaan gerun):
      “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
      [4] Pada hari itu bumi akan menceritakan khabar beritanya:
      [5] Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
      [6] Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
      [7] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
      [8]Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

  10. Saya rasa ada juga baiknya BRIM, kerana seblum DS Najib, PM membentangkan budget denagn sungguh menyelerakan telinga. Export meninggkat, matawang bertambah kukuh dan sebagainaya. Rakyak secara tak langsung mampu itu dan mampu ini. Tetapi secara langsung rakyat miskin tidak terasa atau amat sedikit dapat merasakannya. BRIM pada saya merealisasikan apa yang dibentangkan semasa budget kepada orang miskin.

  11. saya rasakan bahawa BRIM hendaklah di consolidasikan dengan keselurahan bantuan kepada rakyat tak kira apa jenis pun. Termasuk juga yang diberikan oleh kerajaan negeri mahu pun dari wang ishan. Ini bagi mengelakkan pertindihan. BRIM diharapkan menjadi bantuan bulanan. Oleh itu BRIM tidak boleh bergantung kepada pengurangkan subsidi. Ianya mestilah merupakan satu perbelanjaan kerajaan di dalam budget.

    Matlamat utama kerajaan adalah membasmi kemiskinan bermula dengan kemiskinan tegar. Walaubagaimana pun selari dengan bayaran BRIM kerajaan hendaklah juga mengurangkan subsidi kepada semua barangan secara beransur ansur hingga sifar.

    Jumlah Brim pula hendaklah dimaxima secara beransur ansur kepada 30% taraf cukup hidup negara. Apabila ianya dilakukan kita dapat pastikan bahawa rakyat Malaysia tiada yang tidur tak makan atau makan sekali sehari. Mungkin program bersama mu tidak lah begitu menyahat hati.

  12. Dear Syed Hassan…kalau saya faham dengan consolidation BR1M yg saudara cadangkan..kenapa tidak di salurkan kepada JKMM?
    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
    http://www.jkm.gov.my/mobile/

    Agihkan peruntukan tahunan ke JKMM supaya di agihkan secara bulanan kepada yg betul2 memerlukan bantuan dan kepada gelandangan (street people) supaya disewakan rumah utk mereka. Kerja ini bukan dibawah JKMM ke?

  13. Tuan Syed brim diberikan berdasarkan pendapatan isi rumah RM3 ribu dan dibayar secara one off dikira sebagai supplimen, jika mahu mengambil kira kedudukan paras kemiskinan sebenar pendapatan adalah di bawah RM 900.00 tapi telah dinaikan ke RM1500.00

    ini tidak diambil kira bantuan dari JKM dan pusat zakat dan sedaya upaya nya kerajaan tidak akan jadikan perbelanjaan mengurus brim didalam budget nya di mana mahu dicari wang sebanyak-banyak tu selain dari perarakan subsidi, ingat kerajaan juga beri rawatan hospital secara boleh dikatakan percuma dan jangan terkejut nanti satu hari saiz perkhidmatan awam akan dikurang dan diperkecilkan.

Comments are closed.