Posted in Gunting Dalam Lipatan

Sifat buta perlembagaan MCA wajar dibahas perwakilan dalam PAU bulan depan

Lima negeri selamat di tangan orang Melayu-Islam, didahului Terengganu yang mempunyai 96 peratus pemilih Melayu daripada pengundi berdaftar – lihat carta palang, bawah.

Negeri-negeri Melayu pekat yang lain ialah Kelantan (94% pemilih Melayu), Perlis (85%), Kedah (77%) dan Pahang (70%).

Klik untuk besarkan graf

PengundiPRU13etnik

Ditikam belakang dengan gunting tajam dan beracun

BN dilanda tsunami Cina kerana pengkhianatan MCA, terutama di pihak Scissorati medianya, yang telah berkempen untuk parti evangelis DAP.

It has always been about Race‘ – begitulah bunyi tajuk rencana yang dipaparkan blog saya pada tarikh ini (17 Okt) setahun awal.

MCA duri dalam daging BN yang bermuka-muka. Kaum Cina setakat suku (one quarter) jumlah penduduk di Malaysia tatapi teramat rajin keluar mengundi pada 5 Mei 2013. Juga banyak orang Cina mendaftar sebagai pemilih di sisi nisbah pengundi Melayu yang leka.

Banner King Guan Eng

MCA sekongkol dengan DAP

MCA mempromo pemimpin evangelis DAP dan mendokong Politik Benci DAP.

Malah media milik MCA sayang pada Hannah Yeoh sehinggakan para pengarang J-Star galak buat 10 tweet dalam tempoh singkat 24 jam menerusi lidah Star Online mereka … hanya kerana begitu teruja dengan pelantikan Adun Jerusubang itu sebagai Speaker.

Saya menulis ‘Star silence on cyber bullying sign it’s pro-DAP‘ pada tanggal 17 Okt ini dua tahun lepas.

HannahYeohSuperCyberbullyJL

Umno dan PBB cukup untuk membentuk kerajaan

Andaikata BN boleh terus berkuasa selepas PRU14, kerajaan BN tersebut pasti khususnya Melayu-pribumi iaitu bertonggakkan Umno-PBB.

Berikut adalah perhitungan yang boleh digunapakai:

Parlimen ada 222 kerusi

Maka majoriti mudah ialah 112

Umno sekarang ada 88 kerusi dan PBB ada 14; dicampurkan sekali 102. Gabungan dwi-parti Umno-PBB hanya kurang 10 kerusi sahaja untuk membentuk majoriti mudah.

ParliamentPieGE13

10 kerusi tambahan yang dicari-cari Umno

Sudah MCA berkali-kali kalah di lebih satu dozen kerusi yang tersenarai di bawah.

Apa salahnya untuk biar Umno mencuba nasib pula?

~ 5 + 3 ~

.
Dalam pilihanraya umum lepas, MCA kalah lima kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu mutlak. Ertikata “mutlak” ialah mempunyai pemilih di kalangan satu-satu kaum melebihi 50 peratus.

Kerusi-kerusi yang ditandingi MCA dalam PRU13, di mana pengundi Melayu merupakan majoriti mutlak (>50%) adalah Alor Setar, Padang Serai, Lumut, Bandar Tun Razak dan Alor Gajah.

MCA kalah semua – lihat meja, bawah.

MCAkalahkerusimajoritiMelayu

Sementara itu, RAUB mempunyai lebih ramai pemilih Melayu, iaitu 49.8 peratus (angka ini belum mencapai 50% tapi dekat-dekat dah) berbanding pemilih Cina yang berjumlah 40.3%. Ariff Sabri-DAP menang di Raub menewaskan lawan MCA dengan majoriti 2,814 undi.

SELAYANG mempunyai pemilih Melayu sebanyak 45.3 peratus berbanding pemilih Cina 36.2 peratus. William Leong-PKR menang di Selayang mengalahkan calon MCA.

SEREMBAN mempunyai pemilih Melayu sebanyak 43.7 peratus berbanding pemilih Cina 41.1 peratus. Anthony Loke-DAP menang di Seremban mengalahkan calon MCA.

Lima kerusi yang disebut di atas dimenangi PKR and tiga oleh DAP.

Kalau ia Umno yang bertanding di lapan kerusi itu, BN ada peluang (fighting chance). Itu sekiranya orang Melayu mampu bersepadu.

Kalau MCA yang hendak diletakkan juga, gerenti bungkus.

R.I.P.

~ 4 ~

.
Berikut ialah kerusi-kerusi ditandingi MCA dalam PRU13 yang bukan majoriti mutlak Cina.

(i) PANDAN sebuah kawasan Parlimen di Selangor yang mempunyai 44.4 peratus pemilih Melayu dan 6.6 peratus pemilih keturunan India (= 51 peratus bukan-Cina). Pemilih Cina di Pandan ialah 48.2 peratus.

Kerusi ini dimenangi Rafizi Ramli-PKR menewaskan MCA.

Sebuah lagi kerusi Parlimen di Pulau Pinang di mana Umno ada potensi ialah (ii) BAYAN BARU.

  • Melayu (39.2%) + India (11.0%) = 49.2%
  • Cina (49.0%)

Bayan Baru dimenangi Sim Tze Tzin-PKR menewaskan MCA.

(iii) GOPENG

  • Melayu (42.9%) + India (9.0%) = 51.9%
  • Cina (46.0%)

Gopeng dimenangi Lee Boon Chye-PKR menewaskan MCA.

(iv) SERDANG

  • Melayu (39.6%) + India (11.0%) = 49.6%
  • Cina (48.6%)

Serdang dimenangi Ong Kian Ming-DAP – gambar bawah – menewaskan MCA.

BAWAH: Raja hashtag # sahur sedang kacau periuk kosong di surau tatkala bulan puasa

OngKianMingBuburLambuk

~ Dan beberapa buah kerusi lagi ~

Pada PRU13, Umno telah mengambil alih Gelang Patah, Kuantan dan Wangsa Maju yang sebelum itu dipertanggungjawabkan kepada MCA. Jadi boleh kira ada precedent pun untuk Umno mengganti MCA.

Pada PRU13 juga, MCA kalah kerusi Parlimen Kluang dan Kulai di mana DAP menang buat pertama kalinya dengan cemerlang di Johor.

Bintang muda DAP Liew Chin Tong, dilantik sebagai pengerusi DAP Johor pada awal tahun ini, menang kerusi Kluang. Evangelista bertudung-lawat-masjid Teo Nie Ching menang Kulai.

Kaum Cina dari utara semenanjung sampailah ke selatan sudah terang-terang menolak MCA.

MCA bukan wakil dan bukan suara masyarakat Tionghua. MCA bulat-bulat ditolak.

LIM LIP ENG Putrajaya raps The Star

MCA mati semangat BN dah

Baru-baru ini, MCA telah menyerang Nancy Shukri, seorang menteri kabinet yang asal PBB. Parti Cina BN itu juga mengutuk Zainuddin Maidin, seorang mantan menteri Umno.

Sejak dua menjak ini, kritikan MCA terhadap Umno dan Islam semakin lantang manakala The J-Star menyindir pemimpin Umno dan Muslim secara halus.

Kerjasama Cina dengan BN sebenarnya tidak lagi wujud. Cuma jasad MCA sahaja yang tinggal dalam BN; rohnya sudah melayang.

Hannah, Elizabeth and Lee Hwa Beng, the MCA former 3-term Adun for Subang Jaya

MCA api dalam sekam

leehwabengPasca PRU13, lembaga disiplin MCA telah menggantung beberapa orang ketua dan pemimpin bahagian serta memecat Datuk Lee Hwa Beng, Adun Subang Jaya MCA selama tiga penggal.

Hwa Beng (bekas orang kuat MCA) ialah seorang evangelis tegar – gambar di atas bersama Hannah Yeoh dan Elizabeth Wong.

Jangan Umno terpedaya lagi dengan lakonan MCA kononnya berhati dan berjiwa BN. Perhatikan keakraban Hwa Beng dengan Guan Eng (gambar kanan) dan Kit Siang.

Former MCA three-term Subang Jaya Adun Datuk Lee Hwa Beng and KitSiangNota:

Hannah Yeoh bukan sekolah Cina.

Elizabeth Wong bukan sekolah Cina.

Lim Kit Siang bukan sekolah Cina.

Lim Guan Eng bukan sekolah Cina.

Lee Hwa Beng bukan sekolah Cina.

Kit Siang, Guan Eng dan Hwa Beng adalah murid sekolah Inggeris.

Tradisi sekolah mubaligh

Pemimpin pembangkang Cina cenderong kepada Barat mahupun Kristian. Keadaan ini boleh diimbas daripada sejarah MCA – sebuah parti yang diasaskan oleh seorang Baba Melaka yang tidak tahu membaca tulisan Cina.

Tan Cheng Lock dianugerahkan gelaran kehormat Inggeris ‘Sir’ (knighthood) oleh Ratu Elizabeth. Beliau bukan sekolah Cina dan bukan Cina bukit.

SRJK(C) meningkat popular selepas DEB mula dilaksanakan. ‘Anak Guan Eng menuntut di SMJK (Cina)‘ – saya dedahkan dalam tulisan blog ini pada 17 Okt 2011.

guanengnajib

Sekolah Cina tidak dijamin Perlembagaan Persekutuan. Bagaimana pula Najib Razak boleh berkata hak untuk menubuhkan SRJK(C) ada termaktub dalam perlembagaan?

Perdana Menteri kita bersabit satu kesalahan fakta yang amat besar dan serius. Kesilapan Ah Jib Gor harus dibahas oleh perwakilan Umno di perhimpunan agung parti yang akan datang dalam masa terdekat ini.

RALAT:

Perdana Menteri telah berkata “Jangan risau mengenai SJKC, ia sudah pun termaktub, bahawa hak belajar bahasa ibunda dalam undang-undang negara.”

Pembetulan 10.35pm


TAMBAH

Namun perkara masyarakat Cina yang terasing dan benci masih harus dibincangkan di PAU nanti.

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

14 thoughts on “Sifat buta perlembagaan MCA wajar dibahas perwakilan dalam PAU bulan depan

  1. helen,

    DS Najib hanya dgr cakap penasehat2nya shj dan dia tak baca blog2 yg anti dia w.pun artikel itu benar dan menarik utk dianalisakan.

    artikel sdri ni tak kan sampai kpdnya kerna penasehat2nya telah ketepikan. teruskan penulisan sdri.

    1. Memang sudah dijangka Penjaja Pintu (gatekeeper) Najib akan menghalang berita dan maklumat yang kritis untuk sampai ke telinga beliau.

      Takpe. You all Melayu hayati dan tolong sebarkan.

      1. Helen,

        Bukan susah untuk memahami. apa yg Najib masih tak faham yg orng cina sudah menolak beliau, UMNO, MCA?

        1. Hati dia sejuk bila melihat sepanduk-sepanduk “I love PM’ dan “We love you Ah Jib Gor”.

          Benda “love-love-love” ni very Christian lah. Kena kita selain Idris Jala, penasihat Najib mana yang Kristian atau Yahudi.

        2. Helen,

          Satu lagi penyakit UMNO ialah malas buat analisa. Lebih parah lagi ambil jalan mudah percaya pula apa yg PR cakap.

          Contohnya dalam krisis MB Selangor baru baru ini, siapa kata jika ada pilihanraya lagi orang Melayu tak akan sokong UMNO. Sebenarnya jika pilihanraya negeri diadakan, saya yakin UMNO akan boleh menang lebih 20 kerusi.

          Begitu juga cakap cakap yg pada 1999 BN terselamat kerana undi Cina. walaupun UMNO dilemahkan olh pemecatan Anwar, sokongan Melyu masih lebih dari 50%. Ada dilaporkan hanya 39% melayu pilih UMNO. Jika benar, kenapa Kedah, Pahang, Negeri sembilan, Melaka, Johor, Perak, Selangor masih dikuasai UMNO?

          Sebenarnya pada 1999, undi Cina pada BN tak sampai 35% pun.

      2. “Takpe. You all Melayu hayati dan tolong sebarkan.”

        Dan jugak orang Serani dan Siam – Bumiputera yang lain.
        Duit ThinkCity (duit Ministry of Finance) satu sen tidak diberikan untuk menyelamatkan Kampung Siam, Kampung Batu Feringghi.
        Satu hari nanti, warisan sejarah Bumiputera Pulau Pinang (yang island punya) semua hilang. Kalau ikut definisi CONsultant, cuma warisan sejarah Cina Penang yang layak diselamatkan.

        Ingat, Kampung Serani Pulau Tikus sudah extinct. Kampung Siam extinction date – COMING SOON.

  2. Bagaimana pula Najib Razak boleh berkata hak untuk menubuhkan SRJK(C) ada termaktub dalam perlembagaan?

    Perkara ini perlu dibahaskan, kerana kenyataan ini akan mengelirukan rakyat, bila rakyat dah terkeliru maka kaum cina akan lebih besar kepala.

    1. Dia tak cakap begitu. Dia kata hak belajar bahasa ibunda termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara. Ada bezanya. Cuma yang kurang fasih bahasa melayu yang silap tafsir ayatnya.

      [YouTube]

      And I beleive Helen pun tertipu dengan media headlines yang hanya highlight phrase “SJKC” dan “termaktub dalam perlembagaan”.

      1. Thanks for providing the link to clarify. From the video, he did say, hak belajar bahasa ibunda termaktub (technically accurate as per the FedCon).

        Most of the media gave it the (same misconstrued as) Bernama reading – below.

        The confusion is understandable. His sentence structure is bad! haha Even the Malay reporters and newspapers as well as our national news agency were stumped.

        null

  3. Najib tipu kaum Cina di perhimpunan MCA… Dan Najib tak sedar lagi yang dia akan ditipu lagi pada GE 14.

  4. Kak Helen
    Notice the same evangelista modus operandi now in Hong Kong.
    http://www.nst.com.my/node/43807

    ” Once respected, Hong Kong police now reviled by protesters

    HONG KONG: Hong Kong’s police force have long prided themselves as being “Asia’s finest.”

    But their hard-won reputation for honest and impartial policing is at risk from accusations of double standards and brutality following violent clashes with pro-democracy protesters, lawmakers and analysts say.”

    Same like here. The evangelistas blame the government, police and the establishment for everything.

    But evangelistas beware.
    “But Lo warned continued confrontations could see China resort to sending in the People’s Liberation Army.

    “If police can’t handle these protests more skillfully or more decisively I’m afraid that the worst case scenario – namely the requirement of the PLA to intervene – will not be impossible,” he said.”

    These evagenlistas think they can kurang ajar suka-suka. Satu hari pembalasan akan tiba.

    Hong Kong’s woe is paralel to ours. Yang yellow shirts kita (sana Yellow ribbon) buat kacau di jalanan. Yang pertahankan ketenteraman polis. Anyway, I am for the police here and there. I am for ketenteraman di jalanan.

    In Hong Kong, bila perusuh buat kacau, siapa yang rugi? Peniaga kecil, orang yang berpendapatan rendah. Si evagenlista… masih lagi dapat 10% mereka.

    Di KL, bila orang buat kempen Bersih, siapa yang rugi? Peniaga Jalan TAR, SOGO kena kereta polis yang terbalik. Evagelista… duduk rumah siok…

  5. MCA tak buta pelembagaan tapi buat-buat buta atau nampak seolah-olah buta bagi memudahkan niat dan hasrat sebenar mereka.

    Najib pon buat-buat buta pelembagaan mengatakan bahawa sekolah Cina dijamin di bawah pelembagaan, bayangkan seorang PM pon bolih berkata bagitu apatah lagi yang lain-lain.

    Semakin maju Malaysia, semakin tinggi pendidekan rakyatnya, semakin ramai yang buta pelembagaan.

    Bersifat buta mungkin memberi satu kelebihan.

  6. Helen,

    1. Analisis yang cukup dalam dan terperinci.

    2. Mohd Najib kurang daya analisis justeru itu bergantung penuh kepada operator politik.

    3. Pada PRU 2013, ada penasihat dan perunding Cina begitu yakin pengundi Cina mula menyukai MN dan meramalkan sehingga 23% pemilih Cina akan mengudi BN.

    4. MN terus buta bahawa undi Cina tidak akan kembali lagi kepada BN dan terus menggula-gulakan kaum Cina dengan pemberian yang tidak pun mereka minta.

    5. Masyarakat Cina kini menikmati “the best of both worlds”. Ada perwakilan dalam kerajaan BN melalui MCA-Gerakan dan pendesak melalui DAP.

    6. Rasa rasa orang Cina bukan mabuk demokrasi, gila kebebasan atau mahukan liberalisme. Mereka mahu kerajaan yang kuat dan diyakini. Mereka adalah peniaga dan ahli profesional yang mahu sebuah ekonomi yang kuat.

    Terima kasih.

  7. saya mula benci najib bila dia lantik ramai menteri dan timbalan menteri dari mca, sedangkan cina mca pun tak undi bn pd pilihanraya lepas, najib masih mimpikan kemenangan dua pertiga, dia nak tunjukkan dia the best pm, tanpa disedari dia telah melukai hati org melayu dan bumiputra sabah dan sarawak, najib patut letak jawatan.

Comments are closed.