Posted in Dosa Umno

Isma: “Melayu akan respon dan membalas”

Umno takbur.

Ia sebuah parti yang lupa daratan.

Pucuk pimpinan Umno kurang peka kepada keresahan akar umbi.

Umno sudah tidak lagi berupaya merasai denyut nadi orang Melayu-Islam.

Inilah wajah Umno-zumba sekali dengan sarung kakinya yang berwarna merah jambu.

KJ pink

Isma sekolahkan Umno

Saya ringkaskan di bawah ulasan hari ini oleh Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni  (Ismaweb, 23 Okt 2014) tentang isu ‘pendatang’.

Sepatutnya ia perjuangan Umno untuk menegakkan hak Melayu dan syiar Islam. Ia kerja Umno tapi Umno tak prihatin. Terserah kepada Isma untuk menggalas tanggungjawab.

hishamKJ
Gelagat Umno Baru

Ustaz Fauzi, iaitu naib presiden (I) Isma, menyingkap adat merantau. Penjelasannya:

<Petikan>

1. Jika dia [perwakilan Gerakan Tan Lai Soon] merujuk bahawa orang Melayu yang duduk di Malaysia sekarang ini datang dari Sumatera, Kepulauan Sulawesi, Kepulauan Borneo, maka dalam sejarah, ianya tidak dipanggil bangsa pendatang. Orang Melayu yang berhijrah dari kawasan tadi, kita gunakan istilah sebagai perantau.

2. Rantau Melayu ini adalah rantau yang mana orang berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi. Ia tidak dipanggil sebagai pendatang. Ia dipanggil sebagai perantau. Istilah itu lebih tepat.

Ustaz-Fauzi-Asmuni
Ustaz Fauzi Asmuni

Tak nak sebut ‘pendatang’, cakap aje lah ‘penjelma’

3. Yang penting untuk kita katakan di sini ialah orang selain bangsa Melayu itu sebenarnya mereka ada tempat asalnya. Jadi bermakna mereka bukan berasal di rantau ini. Orang Cina berasal dari Tanah Besar China, orang India berasal dari tanah besar India. Kalau ada di sini saki baki keturunan orang Portugis, Belanda, mereka berasal dari Eropah. Jadi mereka ada tanah asal mereka, dan mereka datang ke sini.

4. Kalau sensitif gunakan perkataan pendatang, gunalah apa-apa istilah pun. Tetapi mesti menunjukkan bahawa mereka itu datang dari tanah asal mereka dan masuk ke sini (Tanah Melayu).

5. Pada kita, Cina dan India adalah penduduk yang asalnya dari tempat lain datang ke sini dibawa oleh British untuk membantu British dalam segala maslahah dan kepentingan British di Tanah Melayu.

KJ's convoy -- see his SUV number plate
“KJ Thank You” : Budaya Umno – lihat plet nombor ‘KJ 10 Q’ pada SUV

Kesinambungan kerajaan dan pemerintahan Melayu-Islam

6. Satu persoalan yang harus kita faham, sebelum penjajahan ini berlaku, sebenarnya dunia Melayu ini telah berubah menjadi dunia Islam. Ada sistem, ada kerajaan.

7. Campur lagi dengan teori bahawa kerajaan Melaka diasaskan pada 1262, maknanya di Tanah Melayu ini sudah ada kerajaan bermula sejak pertengahan kurun ke-13.

8. [Rantau Melayu] telah diisytiharkan sebagai kerajaan Islam untuk berkurun-kurun. Dengan erti kata rajanya memerintah dengan sistem Islam, undang-undang Islam, budaya yang diamalkan budaya Islam, ulamanya ramai, adat istiadat Islam.

9. Apabila datang penjajahan, penjajah mula mengubah sedikit demi sedikit. Kemudian apabila merdeka, orang mula lupa sejarah, terutamanya sebahagian daripada kaum Cina dan India. Mereka menuntut supaya kita lupakan sejarah dan mulakan sejarah baru bermula dengan kemerdekaan. Jadi mereka kata, selepas merdeka, mereka sudah duduk di sini, jadi sepatutnya kita bina negara baru.

10. Saya tidak setuju dengan cadangan itu kerana sepatutnya kita perlu lihat kembali kita punya sejarah. Sejarah kita adalah negara Islam.

KJ zumbah
Adakah KJ berzumba ini Islamik?

Perkara 3 Perlembagaan mencerminkan tamadun Nusantara

11. Siapa yang duduk di sini, orang Islam, orang bukan Islam mesti akur untuk duduk dengan konsep negara yang asal. Sebab itu bila kita kata Tanah Melayu merupakan tanah Islam, bumi ini bumi Islam Melayu, itu adalah konsep negara yang sudah bertapak berkurun-kurun sebelum penjajahan.

12. Bahkan semasa penjajahan pun, pejuang Islam masih memperjuangkan konsep itu sampai kepada perjuangan dalam membentuk perlembagaan pun, mereka cuba memasukkan perkara-perkara yang berkait dengan kedudukan Islam dan Melayu supaya generasi seterusnya (selepas kemerdekaan dengan menggunakan perlembagaan itu), mereka boleh bina balik negara berdasarkan kepada konsep asal negara sebelum zaman penjajahan.

13. Jadi bila kita bercakap mengenai bangsa luar yang datang ke Malaysia yang menuntut ubah konsep, minta sama rata dan seumpamanya, mereka sebenarnya tidak faham tentang konsep negara asal. Contoh, jika kita beramai-ramai pergi ke negara China dan menuntut mengubah konsep negara tersebut, pasti mereka tidak akan bersetuju. Mana-mana negara pun tidak bersetuju.

alice facepalm
Alahai Umno! Mega facepalm

Jangan sampai nak ubah konsep Negara Asal 

14. Pergaduhan antara kaum pernah berlaku, rusuhan kaum pernah berlaku. Bukan 13 Mei sahaja, pada 1945 berlaku interregnum, pembunuhan antara Cina dan Melayu berlaku, selepas British keluar dan Jepun masuk, selepas itu pernah juga berlaku pergaduhan di Lombong Larut, pergaduhan di Lombong Lukut, tapi akhirnya selepas kemerdekaan, apabila kita telah bersetuju dengan beberapa konsep tertentu, bersetuju dengan kontrak sosial, kita hidup aman dalam puluhan tahun.

15. Orang faham sejarah lepas dan orang tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama. Sebab itu bila ada seruan supaya ubah kontrak sosial, perlembagaan, bagi kita, itu mencabar suatu doktrin negara yang telah menyebabkan keadaan harmoni selama ini.

16. Sebagai seorang manusia, sebagai warganegara, saya rasa sudah cukup dengan apa yang mereka kecapi, sudah amat memadai dan sepatutnya diucapkan dengan ucapan terima kasih. Tetapi akhirnya sebahagian mereka menghasut supaya mereka dapat lebih sampai nak ubah konsep negara. Mereka cuba mahu runtuhkan perlembagaan, jadi macam mana Melayu tidak respon. Melayu akan respon dan membalas jika merasakan haknya terancam – demikian lah kata Ustaz Fauzi.

Umno make you cry?
Geramnya! Does Umno make you want to cry?

Author:

I have no Faceook or Twitter.

26 thoughts on “Isma: “Melayu akan respon dan membalas”

  1. ISMA menyatakan kebenaran. Masih salah dan tidak fakta sejarah untuk etnik cina ? Kenapa selalu provokasi terlampau !

    Maka cara setengah masak tidak menyerlahkan kekuatan individu tertinggi Umno. Apa guna berjawatan cuma hanya berseloka ? Sudah hilang intergriti dan kesepakatan dalam BN juga akibat suara-suara sumbang MCA dan Gerakan. Mana hala tuju amat samar kecuali pertembungan dan ulangan sejarah hitam…

    Harap semua nya bersatu semula membina masa depan dengan cara lebih menyakinkan. Dulu boleh, kenapa sekarang mencari susah ?

    1. re: “Dulu boleh, kenapa sekarang mencari susah?”

      Dulu wakil Cina, iaitu MCA, Buddhist. Sekarang wakil Cina, DAP adalah evangelista.

    1. I already said before that I will not approve any further comment from you if you still want to persist in hijacking the ‘Isma’ name. Find another moniker.

      Secondly, while I understand that you have something to say and I think you have the right to get an airing, nonetheless you have to learn how to express yourself without resorting to profanities and curses.

  2. Perasuah yang menang sebagai Ketua Pemuda, PAU 2009 dan di boo oleh perwakilan. Alih-alih, PAU 2013, di pilih semula. Tiada siapa yang tampil membela Nancy Sukri. Sehingga beliau pakai tudung pun mereka persoalkan. Hanah Bananah, pakai tudung masuk surau tak kata apa pun.

    Persidangan tahun dah dekat nih!
    Masihkah perwakilan tidak malu, melaungkan’ ‘Demi Agama, Bangsa dan Negara’?
    Zahid dah kembali ‘bersuara’,
    Saifuddin dah masuk Lanskap RTM dan seolah memuja dan membodek Najib.

    Memang sah, Najib di kelilingi orang tamak yang pandai berlakon, pengampu dan kaki bodek

    Nasib baik orang Melayu ada PERKASA dan ISMA.

      1. ini ah masalah nya bila pilih pemimpin yang dilahirkan ‘silver spoon’. Tak boleh nak faham erti kesusahan dan cara mengatasi kesusahan.

        Terlalu materialistic, susah sikit hulur duit, BR!M dsbnya. Perkara yang lebih penting yaitu nilai atau ‘values’ dalam kehidupan ini, tidak diambil perhatian. Betul kata Tun M, baik berhenti masa orang tengah suka kat kita..

        Ini bukan mengata, tapi nasihat hasil dari pemerhatian.

        1. re: “Perkara yang lebih penting yaitu nilai atau ‘values’ dalam kehidupan ini, tidak diambil perhatian.”

          Setuju sangat.

  3. ‘….Umno sudah tidak lagi berupaya merasai denyut nadi orang Melayu-Islam……’

    ‘……..Sepatutnya ia perjuangan Umno untuk menegakkan hak Melayu dan syiar Islam. Ia kerja Umno tapi Umno tidak prihatin…’

    ‘……Rantau Melayu ini adalah rantau yang mana orang berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi. Ia tidak dipanggil sebagai pendatang..’

    ‘….Orang Cina berasal dari Tanah Besar China, orang India berasal dari tanah besar India. Kalau ada di sini saki baki keturunan orang Portugis, Belanda, mereka berasal dari Eropah…..’

    ‘….Mereka cuba mahu runtuhkan perlembagaan, jadi macam mana Melayu tidak respon. Melayu akan respon dan membalas jika merasakan haknya terancam…’

    Satu artikal yang menarik yang wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia untuk terus memupuk keharmonian, kesejahteraan dan kemajuan negara.

    Kepada Melayu Islam UMNO sedarlah bahawa parti kesayangan anda menuju jalan kehancuran disebabkan sikap pemimpin pemimpin tertinggi anda. Mereka gagal memahami denyut nadi orang orang Melayu. UBAH lah sebelum terlambat untuk menyelamatkannya,

    Istimewa kepada orang orang Cina, India dan non Malay yang lain, ingat asal usul anda dari negara negara lain. Kamu telah diberi keizinan untuk sama sama tinggal menetap di Malaysia dengan berbekalkan taraf warganegara dan implikasi sebagai warganegara.

    Jadi jangan cuba cuba untuk UBAH sesuatu yang telah diamalkan di sini, lama sebelum kamu berhijrah ke kawasan ini. Di samping itu hormati lah perlembagaan negara. Beri perhatian utama terhadap artikel 153 yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kamu!

    Allah swt masih mengasehi umat Melayu Islam Malaysia. Bila UMNO lupa kepada perjuangan asas mereka, ‘……Nasib baik orang Melayu ada PERKASA dan ISMA….’

  4. hapuskan UMNO dulu…lepas tu akan jadi jadi anarki dan kita lihat siapa yg menang dan mengisi tempat UMNO atau tentera merampas kuasa?

    biar apapun org cina tak akan dihalau dr negara ni kerana meraka aset penting dlm ekonomi.. pasti mana2x melayu yg berkuasa akan ingin berkerjasama dgn mereka.. melainkan org2x cina di malaysia sudah migrate dgn rela hati ke negara lain dan tak mau lagi ke malaysia kerana jumpa negara yg lebih baik dan boleh terima mereka.

    Kalau keadaan tu berlaku barulah kita boleh tgok mcm mana melayu kendalikan ekonomi negara secara total.. mungkin juga kelompok mamak yg menguasai.. kerana skrg pun byk usahawan melayu adalah mereka yg berdarah mamak.

    sekadar teori.. tapi ini boleh jadi.. tunggu dan lihat

  5. TV Al-Hijrah :
    Membongkar helah Jaringan Islam Liberal (J I L) dan ideologi “Progressive” tuntutan Ulil Absar Abdalla di Indonesia mahupun pengaruhnya di Malaysia – iaitu mereka mempersorakkan hak kebebasan individu tanpa memikulkan hak tanggung jawab seorang manusia yang di ajarkan Rasulullah s.a.w.

    [YouTube]

  6. UMNO akan rosak daripada dalam itu yang berlaku pada dan semasa krisis kepimpinan di era 80han tetapi Presiden sekarang mungkin tidak sedar pindaan pemilihan UMNO itu sendiri dibuat secara terbuka dan hari ini dengan ada nya cabaran baru Isma Perkasa dan seangkatan dengan nya (tidak termasuk PKR yang sedang menghadapi sakaratul maut), DAP evengelist yang giat mengerakan kekuatan yang baru dikecapi kini dan PAS parti lama and being bullied, puak moderates GMM gairah being a blue eye boy and the Malays are said being press whereas the Chinese not scared being harm and the Indians most of them the jendalu like Ambiga.

    Persoalan nya adakah apa yang di panggil reformasi ala transformasi yang diwarwarkan Najib will stay alife ha.haa.. wallahwallam

    1. UMNO sekarang angkuh, sombong…….. TETAPI bodoh.
      UMNO kurang berjiwa NASIONALIS, lebih pada liberalism.
      Akibatnya UMNO akan punah, HASIL perbuatan sendiri.

  7. Tak pe. UMNO kuat. PR14 UMNO dan ajib gor pasti menang besar dengan sokongan cina sebab tak ada lagi pengundi Banglades.

  8. China is such a beautiful country with a colourful history.. Saya peminat movie/drama China, the great Khans their conquests, the different dynasties and their achievements, costumes, culture etc. So too India. I don’t understand why these people are trying so hard to wipe out their places of origin? Kesian toknek moyang mereka.

    I think they are confused lots. SJKC/T bermatian dipertahankan, reasons being to preserve their heritage. Many still send tablets home to their kampung Ibunda. Yang mana sebenarnya pilihan anda? Cakap!

    If a foreigner ask me I will proudly and gladly tell them I am a Malay. Pasai apa? Even some Mayans, Japanese, Koreans, Asean countries’ people look like Malays. I am a Malay from Malaysia. What is so racist about that?

    Even when we meet an Indon, we ask them, Batak? Jawa? Bugis? Andrikans? Cocos? Even in Sabah ada org cocos, one of our Dep.Minister yg kawin dgn penyanyi is a cocos. Everyone is proud of their origins. So apahal sensitif sangat owh..

    Itu DNA race tatak bole kikis sampai mati ma!

    1. re: “Itu DNA race tatak bole kikis sampai mati ma!”

      Anak si Hannah Banana tu enggan diperakui sebagai keturunan India, wor.

    2. One of my Apek Dapster jiran, 30 of them fm the Lim clans joined by their uncles living in Hongkong n Taiwan took a tour back home down memory lane. Showed me video kampung2 Ibunda mereka. BTW tikus also bela inside their homes, dalam bilik, sana daging tikus mahal ma.

      Shocked me when told he will never ever take his kids to visit the place. Buang duit aje, better enjoy to Australia or Europe.

      Also one Ahso spent two weeks cuti there to attend only son’s graduation at one of Beijing’s prestigous Uni. Banyak cerita shopping, commuter rides, the oily food, makan served dalam pinggan tin, the people there..all so negative wan. Asked if she took her son to visit their kampung Ibunda…no way!

      And the son swore he will never step foot in China again! He was there for 5yrs not once did he attempt to visit kampung Ibunda. Haiya kalo saya, rasa banyak rugi. Roots just want to cantas like that, macam mana pokok mau hidup?

      What is wrong with you people owh? Why like that wan? There also don’t like, here also don’t like.. like this how? Kesian nenek moyang, without them who are you?

      You all don’t like your own history lantak le. But don’t force all this Malaysian Malaysia nonsense to us majorities here who love our Bangsa, Agama dan Negara to pieces! Ada faham tak?

      All these racist racist issues are real psychos. Lu tarak suka your own race just go suck your thumbs elsewhere and don’t kacau2 others. I am a Malay, a Muslim and a Malaysian and I am so proud to be one – otak kamu memang sewel to think by saying that I am being a racist?

      1. re: “to think by saying that I am being a racist?”

        The Anak Bangsa Malaysia just want to teach you how to L-O-V-E.

        null

      2. re: “What is wrong with you people owh? Why like that wan? There also don’t like, here also don’t like.. like this how? Kesian nenek moyang, without them who are you?”

        They’re largely devoid of the wisdom heritage of Lao Tzu & Confucius & Buddha certainly! [YouTube]

  9. Like Indonesia, Malaysia, Ceylon, Thailand, Vietnam, Americana, Laos, Cambodia, Brunei, etc., Islam was introduced by Muslim traders. Contrary to that Judeo-Christianity came to these lands through European wars, slavery and ethnic-cleansing of the native people.

    1. Oops….you forgot to mention India, China, Japan, South Korea, the Philippines…. a Freudian slip, obviously.

      Let’s not forget that Islam was spread by “fire and sword” through Europe…. a lesson that ISIS/ISIL/IS has taken to heart.

      Slavery and ethnic cleansing? Really?

      I suppose those are more horrendous than forced conversions, beheadings and sex slavery (infidel women are “spoils of war” for valiant jihadists)?

      1. Kineas,
        Recently I read there are doubts that US actually landed on the moon? Some claimed they found no evidence of such landings?

      2. Kineas,

        Just because Christianity was often forced to natives in many parts of the world, you must not assume that islam did that too.

        Yes. there were wars back then. Yen, Muslim rulers conquered territories but they did not force Islam to people conquered. which was the reason why Jews and Christians were able to live in Muslim ruled Spain.

        In Tanah Melayu, Malay rulers converted to Islam followed by their subjects. The same cant to be said when Spanish landed on many parts of Latin America, or country now known as Philipines.

        Just as we cant blame Christinity on apartheid, we too cant blame Islam on atrocities committed by ISIS/iSIL

Comments are closed.