Updated (9.45pm): I’ve just done an English translation of Tun’s 1MDB commentary – you can read @ https://helenang.wordpress.com/2015/03/13/dr-mahathirs-latest-commentary-on-1mdb-english-translation/
For his original BM version, please scroll down.
Check out Tun’s latest blog posting on 1MDB @ http://chedet.cc/?p=1613
I keep getting the messages “Problem loading page”, “Error establishing a database connection” and “The connection was reset” when I tried to access.
Anyway, below is the text copypasted.
1MDB
Written by Che Det
15 March 2015
1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB.
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.
25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!
26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.
27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.
28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.
29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.
Recommended read:
The frivolous one and his band of sycophants are chiding the chivalrous steward of the nation for his incisive examination into their humongous frivolity with the national treasury.
Dr. Mahathir is full of bullshit. Dr. M ni bukannye ade financial background.
1. “Any suggestions of wrongdoing in the online allegations about the partnership are simply false. All the capital invested by 1MDB has been returned — with profits,” an unnamed PetroSaudi spokesperson was quoted as saying in a statement released here Friday. – http://www.bernama.com/bernama/v8/bu/newsbusiness.php?id=1116632
2. ARUL KANDA : Saya adalah orang Malaysia, lahir di Kuala Lumpur dan menghabiskan zaman kanak-kanak di Kelantan dan Sitiawan, Perak. Di UK juga, saya memeluk Islam pada 2004 sebelum mendirikan rumahtangga dengan isteri saya, seorang wanita Melayu, Shariza Mohd. Ashraf. – http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/1mdb-miliki-kredibiliti-teguh-8211-arul-1.59957
3. “Tiada siapa mahu datang bertanya terus kepada kami, walaupun kami membuka pintu untuk memberi penerangan,’’ kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda . Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat. – http://www.utusan.com.my/rencana/1mdb-tamatkan-spekulasi-1.59530
4. There will not be any systemic threat to Malaysia’s banking system even if 1Malaysia Development Bhd (1MDB) defaults on its loan as local banks’ exposure to the state wealth fund is collateralised, said Moody’s Investors Service. – http://1mdb.com.my/news-coverage/1mdb-unlikely-to-pose-systemic-risks
5. Nur Jazlan, “In 1MDB’s case, a reputable international auditing firm has done that and cleared it. So what are we going to produce as a basis to call up 1MDB and do our investigation?” – http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-basis-to-audit-1mdb-again-pac-chief-says
re: “Dr. M ni bukannye ade financial background.”
Dr M tackled the Asian “financial crisis” in 1998, and even a Nobel Prize-winning economist like Joseph Stiglitz (with the benefit of hindsight) said that Tun’s unorthodox prescription was correct. Another Nobel-winning economist Paul Krugman analysed Dr M’s methods @ Slate magazine, 14 Aug 1998.
On the other hand, what banking qualification/experience does Najib have to commit billions of ringgit to 1MDB?
re: “Any suggestions of wrongdoing in the online allegations about the partnership are simply false.”
Plain denial. Come up with a more satisfactory explanation, boleh?
re: “saya memeluk Islam pada 2004 sebelum mendirikan rumahtangga dengan isteri saya, seorang wanita Melayu, Shariza Mohd. Ashraf.”
What has Arul Kanda’s religion got to do with his professional credibility as a banker?
re: “Tiada siapa mahu datang bertanya terus kepada kami, walaupun kami membuka pintu untuk memberi penerangan,’’ kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda.”
Why wait for people to approach him? He can issue a press statement if he wants to provide an explanation.
re: “Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB dan saya tidak menjumpai sebarang dokumen yang mengaitkannya dengan syarikat ini. Malah, dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat.”
Kawan ayahnya yang menjadi pengarah, ikut khabar.
re: “There will not be any systemic threat to Malaysia’s banking system even if 1Malaysia Development Bhd (1MDB) defaults on its loan as local banks’ exposure to the state wealth fund is collateralised, said Moody’s Investors Service.”
So, 1MDB is defaulting on its loan – but no worries? IMDB acquires state land at fire sale prices, revalues upwards the land worth and uses as collateral – but Malaysians are not supposed to be concerned?
re: “In 1MDB’s case, a reputable international auditing firm has done that and cleared it.”
So where’s the money now?
re: Dr M tackled the Asian “financial crisis” in 1998, and even a Nobel Prize-winning economist like Joseph Stiglitz (with the benefit of hindsight) said that Tun’s unorthodox prescription was correct. Another Nobel-winning economist Paul Krugman analysed Dr M’s methods @ Slate magazine, 14 Aug 1998.
That’s not formal qualified financial background whilst Najib indeed has Degree In Economic from Nottingham Uni.
re: Plain denial. Come up with a more satisfactory explanation, boleh?
PetroSaudi is direct shareholder and stakeholder in 1MDB. Why do you think they wanted to invest in 1MDB if it got problem?
re: What has Arul Kanda’s religion got to do with his professional credibility as a banker?
Sentiment of Bumiputra’s company to invest in 1MDB will be positive. Please learn basic economy.
re: Why wait for people to approach him? He can issue a press statement if he wants to provide an explanation.
What does Arul has to explain if there was no major problem? Should he make a PC just because Rafizi Jambu menyalak mcm anjing? Who the hell is Rafizi in 1MDB?
re: Kawan ayahnya yang menjadi pengarah, ikut khabar.
Are you accusing Arul as a liar?
re: So, 1MDB is defaulting on its loan – but no worries? IMDB acquires state land at fire sale prices, revalues upwards the land worth and uses as collateral – but Malaysians are not supposed to be concerned?
Malaysian should concern if the 1MDB was default. But is the 1MDB really really default?
re: So where’s the money now?
What money? Do u know how investment works? Do u even know what investment really means? Please learn some basic economy and financial.
re: “That’s not formal qualified financial background whilst Najib indeed has Degree In Economic from Nottingham Uni.”
Well, despite Tun’s lack of formal qualifications, he managed to pull our country through the 1998 crisis and was commended by a Nobel Prize-winning economist no less.
As for Najib’s Degree in Economic from Nottingham Uni, err, he got graduate, ah? Boleh tengok convo photo?
re: “Why do you think they wanted to invest in 1MDB if it got problem?”
I thought it was the other way around and that it was 1MDB that “invested” in PetroSaudi?
re: “Sentiment of Bumiputra’s company to invest in 1MDB will be positive. Please learn basic economy.”
Oh I see. So now the religion professed by the company CEO is a feature of “basic economy” that we must learn. Do the Economic faculties of universities elsewhere in the world teach this in Economics 101?
re: “What does Arul has to explain if there was no major problem?”
Okay, no problemo. Fine and dandy. Why do you even need to come here (to my blog) then? :)
re: “Should he make a PC just because Rafizi Jambu menyalak mcm anjing? Who the hell is Rafizi in 1MDB?”
No need. Just continue to mosey along as you’ve been doing.
re: “Are you accusing Arul as a liar?”
Tsk, tsk, tsk. So unprofessional and lacking composure carrying out in your corporate relations. Let’s see, Arul said “dakwaan yang mengatakan ayahnya atau kawannya menjadi pengarah di 1MDB juga tidak tepat”.
So Arul is denying that Jho Low’s father is a director. Arul also denied that Jho Low’s friend is a director. In short, the director is not (a) Jho Low’s father and not (b) Jho Low’s friend.
The reports said that the director is (c) Jho Low’s father’s friend. There’s a difference between (c) and (a) & (b). Like this also you’re not able to compute.
re: “Malaysian should concern if the 1MDB was default. But is the 1MDB really really default?”
Tun suspects that 1MDB borrowed RM2 billion from a billionaire tycoon to stave off the impending default. And now the latest report is that the Cabinet has approved a huge loan. As long as 1MDB can find lenders, then I guess 1MDB (not yet) really really default. How long can 1MDB keep borrowing, you reckon?
re: “What money? Do u know how investment works? Do u even know what investment really means? Please learn some basic economy and financial.”
Well, if the 1MDB people know so much about “economy and financial”, then they’ve got absolutely nothing to worry about, have they?
wow, bukan main you ni, TDM pun you berani humiliate? Where were you during the 1997 financial crisis?
” Please learn some basic economy and financial ”
Yah, you are the expert, so why not you tell us how 1MDB can assure and show the people how are they going to settle the 40+ billion hutang without dragging the country into the dogs?
Also, for the first time in history, the government has to borrow money from individuals to settle partial of the 1MDB hutang. Is that not a terrible sign all is not well with 1MDB?
You may be smart but I think common sense is missing in you.
Dr M tak ade finanicial background? Which coconut shell you come out from?
Just because he doesn’t have a PhD in Finance or an MBA, doesn’t mean he doesn’t know about financial management. He was the Finance Minister for quite sometime, you know. As the Finance Minister, he knows the ins and outs of public finance, the workings of Bank Negara and the commercial banks, funding processes for government and its agencies.
I would rather err on the side of TDM and get some serious answers from 1MDB and the AG and the PAC, than be on the side of the PM, nodding at his excuses and then one day be shocked when big fat worms come out of the 1MDB can.
re: “than be on the side of the PM”
One of the reasons I’m disillusioned with blogosphere, i.e. that some established bloggers can choose to be on the side of the PM in this 1MDB matter.
It appears that Tun’s blog has been suspended/denied access after this posting. We all know whose dirty work to block the access to Tun’s blog and this reaffirms that there is huge mess in 1MDB and lot’s of cover up need to be done.
There is a saying-“Siapa makan cili dia rasa pedas”. And it seems that Mr.Pee Emm is having sleepless nights now.
the end is near ?
Here’s an interesting statement from MoF2 –
http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2015/03/13/Minister-1MDB-debt-level-not-sustainable/?style=biz
Pada 11 mac utusan melaporkan duit 1 billion lebih di bawa balik dari pulau Cayman tetapi disimpan di Singapura .
Pertama sekali dalam sejarah seorang PM Malaysia samada tidak mempercayai ataupun takut pada sebuah badan berkanun yang dengan gigih menjaga kepentingan kerajaan serta rakyat keseluruhannya ,apa kurang bank-bank di Malaysia ?
Helen , saya orang kampong hanya lulusan SPM boleh terfikir betapa peliknya dan tidak masuk akal jawapan oleh DS Najib inikan pula Tun Mahathir .
Teringat arwah bapa saya , jika kita menjadi ketua tidsk kira samada keluarga , masyarakat , di tempat kerja atau apa-apa pun .
Bila ada krisis ( kecemasan ) dalam oganasasi beberapa perkara jangan sesekali dilakukan antaranya .
Kalaupun jawapan harus diberi , mestilah relevan dan boleh diterima kepada soalaan yg di tanya ataau pun lebih teruk lagi cakap tak tahu,
Seorang ketua kalau tak tahu (clueless) sekali pun harus berpura -pura dan nampak berkeyakinan kepada anak -anak buahnya akan kepemimpinanya , apa gunanya adanya penasihat ( bukan penasihat 20% kepada Sidiq Segaraga).
Sebagai ketua juga ada benda yg tidak boleh dibertahu sewenang-wenangnya kepada orang bawahanya ,bukan apa untuk mengelak kurang yakin orang bawahan kepada kepemimpinannya .
Selesai GE 13 , ada yg menyatakan masa di mana kerajaan ( DS Najib ) tahu segala – galanya telah berakhir (so true ).
Jangan alih segala kesalahan kepada orang bawahan (classic case)
yg dilakukan oleh bekas preseden MCA , walau dia tidak bersalah sekali pun kenyataan yg di buatnya semakin menampakan pepincangan serta kelemaham pentabiran serta dirinya .
Macam arwah bapak , saya ini “old school “, jawapan yg ideal ialah “yes sir , no excuse sir and i take full responsibility sir ” .
Ini pendapat saya saja .
Dr. Mahathir Mohammed is not anyone or anyone’s fool. Censorship is not a practical or effective way of silencing anyone especially if that anyone is in the category of Dr. Mahathir Mohammed.
Dr. Paul Krugman who I met in New York City at a Private dinner admitted that Dr. Mahathir’s methods in reining the financial crisis in Malaysia were (although) unorthodox) “highly effective and successful”. But why do we need Dr. Krugman t tell us that? The facts speak louder than words.
Krugman’s comments were also published in a journal which I am unfortunately unable to cite on this point.
The fact remains that whilst others sang a requiem for the Malaysian economy Dr. Mahathir set out to work, rolled up his sleeves and pulled rabbit after rabbit out of the ‘economic hat’ for the nation under his stewardship inspite of the US placing Anwar in his midst to disrupt it and hand it on a silver platter as another failed economy to the US and the World Bank.
To censor someone as prominent and with the track record and following as Dr. Mahathir is, is to draw more attraction and scrutiny to what is being said (or in this case what is not being said).
Censorship is a trigger and lightning rod for the type of precipitous conduct and public reaction the prime minister does not need or want at this stage of his political career. Such action compels people to look behind the censorship and to become inquisitive. Curiosity is not only a woman’s cause. It is our cause.
Rumours and conspiracy theories have a habbit of shaping themselves into plausible truths in the face of censorship, inexplicable silence, partial, selective explanations of situations and the vacuum all of these create. Once we embark on that slippery slope of censorship, half truths and silence there is no turning back.
Dr. Mahathir is a credible voice whether in opposition or in government. He is credible even when being neutral and saying nothing whilst being censored.
The censoring of Che Det has set the political environment in Malaysia and abroad on fire. The PM may not have intended it. His advisors who advised him on this course have a lot to answer.
The silence of Dr. Mahathir is deafening and people will ask the government to ‘turn it down a bit’.
In the absence of a credible opposition in Malaysia, Dr. Mahathir remains the conscience of the nation. He cannot be ignored. He is never ignored and what he says must not be ignored.
One does not have to agree with everything he says. But to ignore and censor him is folly especially at a time when uncertainty, instability and rumour is rife in the face of challenges which require candid, rational answers not forthcoming.
Censoring Dr. Mahathir may be the poisoned chalice this government drinks out of. Somehow I know I am not imagining things when I hear the bells toll, that they toll for the PM.
It looks like the drunken multi million consetan Paul Stalden had instructed the dungus at PMO to launch counter attack on 1MDB issue.
“Our doors are always open”-okay then why not answers all the questions that being asked instead of publishing Arul’s resume here? Whoever he marries is not our business because we all want to know where is the money.
PSI can issue any statement the hell i cares but no one is answering all those questions. Now the money is kept in Singapore. Did Jho Low had to deliver it recently so S’pore is safe because if it is in Malaysia, we will all know when and how much came in.
Even Pee Em’s answer is half cooked-he did not mention how much is in SIngapore’s account. Could be RM 1, or RM 10 for that matter.
Give Paul Stalden more whisky and bikini clad women so that he can come out with better “Tai Chi”.