Posted in Anak Malaysia

Dua beranak ditahan ludah, tampar anggota polis

GEORGE TOWN – Tindakan biadap dua beranak yang dipercayai cuba mengasari seorang anggota polis dengan meludah dan menampar muka anggota terbabit semasa sekatan jalan raya di Jalan Patani di sini memakan diri apabila mereka ditahan malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, lelaki berusia 67 tahun bersama anak lelakinya berumur 31 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan surat saman yang dikeluarkan terhadap kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar selain lesen memandu sudah tamat tempoh.

Kereta jenis Volkswagen berwarna putih itu dipandu oleh anaknya manakala lelaki tersebut duduk di kerusi penumpang hadapan.

Sumber polis berkata, mereka bertindak sedemikian selepas anggota dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) itu mahu menyerahkan surat saman yang sudah ditandatangani pemandu tersebut.

“Sebaik anggota menyerahkan surat saman kemudiannya penumpang (bapa pemandu) terus mengeluarkan kata-kata kesat selain meludah ke arah muka anggota terbabit.

“Anggota itu kemudiannya cuba menahan penumpang tersebut dan tiba-tiba pemandu (anak) telah datang dari arah hadapan lalu menampar mukanya dengan tangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Sumber laporan: Kosmo!

Posted in CLUELESS

Jemuan-jemuan: If not Jho, then who?

Jho says it ain’t so: Malaysian tycoon denies role in 1MDB ‘heist of the century’ article on Low Taek Jho features in Euromoney‘s April edition of the magazine.

The Euromoney interview was held in Jho’s stylish office in Hong Kong and where reporter Eric Ellis was served his coffee “in exquisite porcelain”. The sophisticated HQ for Jho’s business empire offers “a panorama of the city’s harbour and the promise of China beyond”. Continue reading “Jemuan-jemuan: If not Jho, then who?”