Posted in Musuh dalam Selimut

Permatang Pauh: Aiyoh! MCA tipu Umno lagi

Naib presiden MCA Chew Mei Fun berkata partinya yakin pengundi Cina akan tetap memberi sokongan kepada BN pada pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan diadakan pada Mei 7 nanti.

MCA ini kuat kelentong lah. Sah dan tidak syak lagi bahawa orang Cina menolak BN bulat-bulat.

Sewaktu Chew sendiri bertanding pilihanraya kecil Kajang tidak berapa lama dahulu lawan Wan Azizah, orang Cina pun enggan memberi undi mereka kepada MCA-BN.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/15/mca-yakin-pengundi-cina/
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/15/mca-yakin-pengundi-cina/

Update: Portions of this article has been redacted because I made a mistake. – Helen (updated: 7pm, 18 April 2015)

Orang Cina tidak undi MCA pada pilihanraya kecil Kajang

Chew sekarang kata MCA telah menggerakkan jentera pilihanraya parti itu ke Permatang Pauh dalam usaha untuk mengembalikan sokongan pengundi Cina kepada BN.

Oh puhleez.

Dah lah prestasi MCA tatkala beliau sendiri – seorang calon bangsa Cina – bertanding di Kajang terbukti begitu teruk sekali. Inikan pula seorang calon Melayu Umno yang mencabar proksi Anwar.

Adakah MCA akan mampu menggembleng sokongan orang Cina Permatang Pauh untuk diserahkan kepada BN? Saya percaya tidak.

JijahKipasDAP

pakatan2

Orang Cina giler taksub

Nyata sekali bahawa kawasan pengundi majoriti Cina memberi sokongan kuat kepada Pakatan dalam pilihanraya kecil Kajang.

Biar kita buat perbandingan silang dengan kawasan pengundi majoriti Melayu dan majoriti India pula.

WanAzizan Hannah Victory

Ish, MCA mengemis undi pun dengan orang Melayu.

Azizah Kajang


MCA sebenarnya api dalam sekam

Perangkaan di atas menunjukkan bahawa kawasan pengundi majoriti Melayu di Kajang telah memberi sokongan mereka kepada BN.

Mustahil sokongan Cina akan berbalik kepada BN.

Jangan MCA asyik-asyik nak tipu Umno jer.


Disyorkan baca:

DAP in charge of all

MCA president Liow Tiong Lai whispers in Najib's ear
Presiden MCA Liow Tiong Lai membisik sesuatu kepada Najib

Author:

I have no Faceook or Twitter.

13 thoughts on “Permatang Pauh: Aiyoh! MCA tipu Umno lagi

  1. Good exposure. The issue is not MCA being a penipu. The real issue is Umno willing to be cheated by MCA despite this not being the first incident. All of us know that the Chinese will not vote Umno. What is there to shout?

    Fool Umno once, shame on MCA. Fool Umno twice, shame on Umno itself.

    1. MCA ni yg boleh diharap hanyalah gaul dan lambung yee sang masa cny je. Lebih dari tu, tak perlu percaya cakapnya. Kencing je tu. Pru14 ni LTL pikir dia boleh menang selesa di Bentong ke?? Hahaha

  2. Kita kena faham fungsi MCA sekarang adalah untuk meminta sebanyak mana duit yang boleh untuk orang orang Cina dari UMNO,jadi bila nanti DAP berkuasa memerintah Malaysia,jasa MCA tak di lupa dan mereka ada di beri kedudukan dan imbohan juga. Jadi UMNO di serang dari luar dan dalam. Dengan kebodohan Ah Jib Gor, jutaan ringgit akan ditabur lagi kepada sekolah2 Cina,bantuan,binaan dewan2 dan lain2 lagi.

    This is dejavu lagi cuma kali ini mereka tak pegang banner “I love Ah Jib Gor” aje. Wajah2 air muka mereka sama macam semasa PRU13.

    1. Alfie,

      UMNO tak payah percaya MCA ini. Dalam sebarang piihanraya anggap saja 100% orang Cina akan sokong DAP atau PR.

      Pertandingan di Permatang Pauh sangat menarik. Dalam pilihnaraya 2013, UMNO dapat 52% undi Melayu di Permatang Pauh. Saya yakin pada pilihanraya bulan depan ni UMNO akan dapat lebih 60% undi Melayu.

      Ramai dari PR atau yg menyembah PAS atau DAP atau PR menipu katanya UMNO tak dapat sokongan Melayu terutama di bandar. HAKIKAT ADALAH SEBALIKNYA.

      UMNO dapat sokongan Melayu walaupun di bandar. Tak dapat dinafikan juga ramai budak muda tolak UMNO. Tak dinafikan juga ramai Melayu muda belia juga sokong UMNO.

      UMNO ada satu masalah iaitu ia suka berperangai seperti orang yg kalah. Nasib baiklah ada pemimpin UMNO yg garang sikit seperti Mohd Noh, Azalina, Azeez Rahim dan yg dihormati seperti Mohd Hassan, Ehsanuddin (Kota Tinggi).

      Tak payah bagi peruntukan pada Sekolah Cina lagi. Buang duit je. Beri pada Sekolah Kebangsaan.

  3. Ala Hai Helen tak penat ke buat synopsis ini spt sudah gaharu cendana pulak sudah tahu bertanya pulak.

    Kan Pak Najib dah beri jaminan selagi ada bulan bintang selagi ada langit dan bumi ke lautan api sama-sama diharungi sink and swim bn will be

  4. Sdr Shamsul jika tidak PKR masih mau mengamalkan nepotism maka harus bagi calun boleh menang UMNO menang prk Pmtg. Pauh kali ini, mungkin keputusan meletakan pencadang calun adun Pmtg. Pasir atau Seberang Jaya yang ada sekarang bagi UMNO tidak semudah melepasi undian terbanyak samada menang atau kalah

  5. Dah terang lagi jelas, undi Melayu dah pecah kepada PKR dan UMNO di Permatang Pauh lebih kurang sama %.

    Yang menjadi penentu pemenang ialah undi Cina. Undi Cina pula terbahagi kepada 2 kumpulan terbesar iaitu 20% Evengelista dan 80% bukan evengelista.

    Pengundi Evengelista dah tentu DAP mengaut kerana kebencian orang Islam terhadap mereka dan krisis melibatkan Kitab dan penggunaan nama Allah dah buat mereka meluat kepada kerajaan.

    Tinggal yang bukan evengelista yang tidak pentingkan agama sangat tetapi amat mementingkan pelajaran dan persekolahan Cina untuk anak-anak mereka.

    GST ke, 1MDB ke, Tun Mahathir ke, Najib ke, Rosmah ke, Hudud ke, Jakim ke, Jais ke, semua tak penting sangat kerana yang penting ialah persekolahan anak dan diikuti ekonomi untuk menyara hidup keluarga dan persekolah anak-anak mereka.

    Sepanjang tahun sejak PRU ke 13, kritikan yang disasarkan kepada kaum Cina secara keseluruhan telah nyata sekali mengalakkan semakin ramai orang Cina berpindah menyokong pembangkang. Dah tiba masa PRK, macammana MCA atau Gerakan nak dapatkan undian golongan ni? Sebelum PRK, sunyi sepi, dah sampai PRK baru nak bersuara. Kalau ada yang bersuara sikit, dihentam kuat-kuat oleh rakan sendiri kat BN dan dicaci dan dihina sebagai Gunting Dalam Lipatan dan musuh dalam selimut.

    Ingat balik bagaimana tsunami Cina terjadi pada tahun 2008 dan 2013? Mengapa sebelum tu ramai orang Cina menyokong BN tetapi bertukar haluan? Jawapannya mudah sahaja.

    Setiap kali selepas PRU, kerajaan yang terbentuk ada masa 5 tahun untuk menunaikan janji-janji mereka seperti yang dijanjikan dalam ceramah dan manifesto masing-masing. Malangnya, janji tak dikotakan dan berulang-ulang menjadi janji kosong sahaja. Tambahan pulak, politikus kat UMNO yang bertanding kat parti berserta penyokong mereka sering menggunakan kaum Cina sebagai modal mereka untuk menaikkan status mereka kepada jaguh Agama, Bangsa dan Tanah Air.

    Fahaman Mahathirisma ni yang sering berjaya semasa pemerintahan Mamakutty dah lapuk dan tidak boleh digunakan lagi. Ni kerana penyebaran berita politik benar ke, palsu ke, nak tutup ke, dah tidak boleh disekat seperti dahulu kerana sosial media Internet. Ramai pengundi Cina dah tak semudahnya lagi dibohongi oleh ahli-ahli politikus seperti dahulu dan cara menunjukkan keberangan mereka ialah melalui undi apabila PRU atau PRK tiba. Nak tabur janji atau duit pada saat saat terakhir mungkin berhasil terhadap kaum lain tetapi orang Cina tidak mudah lupa.

    Mamakutty sendiri dan BN pernah diselamatkan oleh orang Cina apabila kaum Melayu menolak beliau pada tahun 1999. Mengapa? Kenapa auranya kat Gelang Patah tidak efektif lagi dan lebih memburukkan undian kepada Ghani? Mengapa orang Cina yang sepatutnya lebih memihak UMNO yang liberal berbanding PAS yang asyik nak negara ISLAM sahaja memilih untuk undi PAS pada PRU yang lepas?

    Orang Cina bukan evengelista dah ada beribu-ribu tahun sejarah Cina bertulis sebagai ilham untuk berpolitik berbanding sejarah Tanah Air yang lebih kurang 500 tahun sahaja. Dalam sejarah mereka, setiap Raja dan pemimpin mereka yang buruk sampailah yang terbaik ditonjolkan dalam buku-buku klasik mereka dan cerita nenek moyang. Setiap kali ada bertukar pemimpin kat negara, mereka akan diibaratkan dengan orang-orang tertentu dalan sejarah Cina dahulu. Tak kiralah kalau pemimpin tu daripada UMNO ke, MCA ke, DAP ke, PAS ke, PKR ke , mesti ada persamaan kerana sejarah yang berpanjangan tu sudah melahirkan beribu-ribu contoh.

    Payah nak menipu pengundi kelompok Cina ni dengan slogan, janji manis atau taburan duit last minit sebelum PRU atau PRK. Perlu diingatkan, anak-anak mereka amat patuh dan mendengari nasihat orang tua mereka kerana diajar fahaman Konfusius semasa kecil-kecil lagi berbanding anak-anak kaum lain yang lebih mudah memberontak kepada orang tua mereka. Jarang berlaku kat dalam sesebuah keluarga Cina ada yang menyokong MCA ada yang menyokong DAP dan ada yang menyokong PKR berbanding keluarga kaum lain.

    Rumusannya nak dapat undi kaum Cina senang jer. Pemimpin yang adil disembah dan dinaikkan. Tak kiralah dia bodoh ke, kurang moral ke, buat silap ke kerana semua tu boleh dimaafkan tetapi kalau berlakuan tidak adil, jahat, kata tidak dikotakan, hypokrit dsbnya, sorrylah. Pi belajar kat sejarah Cina dahulu. Banyak contohnya.

    1. Dulu Dandy menyamar sebagai pribumi Sabah/Sarawak.

      Sekarang bunyi macam Cina totok aje.

      1. Dandy,

        Ha ha ha. Habis tu dimana adilnya Guan eng dan Kit Siang ni. tak ada pun kualiti begitu pada mereka.

        yg sebenarnya masyarakat cina tak mungkin terima UMNO atau BN lagi sebab jika PR berkuasa, maka yg jadi “boss” adalah DAP.

        1. Betul tu shamsul. Dandy ni sebenarnya malu nak ngaku yg dia nak kaum dia pegang kuasa tertinggi negara. Stakat jadi menteri kesihatan, perumahan ngan pengangkutan apa sangat boleh buat. Mesti jadi PM lepastu baru boleh tukar polisi2 yang katanya menindas kaum dia. Dia mungkin lupa komunis dah belajar sejarah cina mereka yang lampau di mana masyarakat mereka memang mudah kena hasut dengan pihak yang ada nafsu tinggi untuk berkuasa. Sebab tu mereka kasik tembak je puak2 ni kat sana. Bukak chanel tv suma citer bangsa dia. Kalau ada citer hollywood pun dicinakan jugak bahasanya. Manakala citer2 barat yang boleh tayang x bole unsur politik atau mendewakan bangsa barat. Sebab komunis tau bangsa ni memang x boleh bagi ruang sikit mula nak buat onar dalam negara. Sebab tu jackie chan pernah kata bangsa tu perlu dikawal.

  6. Helen ,

    Pada PRU 13 undi Melayu juga teerpecah tiga. namun apa yg memeranjatkan orang Cina adalah UMNO masih bertahan.

    Jadi pada bangang bangang yg dalam UMNO tu buat apalh susah hati nak pujuk Cina undi UMNO pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Sudah jelas mereka akan sokong calon PR.

Comments are closed.