Posted in Evangeliblis

Isma: Evangelis persenda sensitiviti umat Islam tapi tak disentuh Suaram

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman menyangkal laporan Hak Asasi Manusia 2014 yang dikeluarkan Suaram sebagai “bersifat berat sebelah, prejudis dan tidak boleh diambilkira”.

Mengikut beliau, laporan Suaram “hanya fitnah dan pembohongan” walhal Isma tidak pernah pun mengeluarkan ucapan kebencian.

“Kenapa laporan Suaram tidak menyentuh langsung ucapan dan kenyataan bersifat rasis, menghasut dan mempersenda sensitiviti umat Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik rasis, cauvinis, kumpulan Evangelis, portal-portal media dan kumpulan liberal yang lain?” soalnya.

Papa dan Mama Dapster
Papa dan Mama Dapster

Isma: “Negara pasti hancur kerana mempunyai rakyat seperti [pemimpin DAP]”

Sementara itu, naib presiden Isma Abd Rahman Mat Dali menyifatkan DAP “sejak akhir-akhir ini sering menunjukkan lagak suka melawan”.

DAP telah membudayakan sikap melawan apa sahaja peraturan yang ditetapkan, katanya, sehinggakan (isu-isu yang berkaitan dengan) kedudukan Islam pun akan dibangkang dan diprotes.


Sudah lama DAP mengasak badan dan jabatan Islam … malah sejak awal-awal mereka berkuasa lagi

Hannah Jakim's anti Valentine's Day program


Ustaz Abdul Rahman memberi contoh Lim Guan Eng yang membenarkan orang bukan Islam di Pulau Pinang untuk menggunakan kalimah Allah sekalipun mahkamah telah menetapkan ianya khusus untuk orang Islam sahaja.

Seterusnya, beliau memberi contoh Lim Kit Siang yang pernah mempertikaikan kewibawaan Jakim apabila mendakwa bahawa ayat Al-Quran yang dibaca dalam satu khutbah Jumaat yang disediakan badan tersebut cenderong untuk meniupkan sentimen anti-Kristian.

Justeru, Ustaz Abdul Rahman berkata, jika DAP terus membudayakan sikap seperti ini, “negara pasti hancur kerana mempunyai rakyat seperti mereka”.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

4 thoughts on “Isma: Evangelis persenda sensitiviti umat Islam tapi tak disentuh Suaram

  1. Dan mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai Muslim liberal akan membela golongan anti Islam ini dengan alasan ia tidak bersifat fizikal dan mereka bukan Islam jadi masih perlu diberi penerangan untuk memahami Islam.

      1. Qalam Qabut,

        Tak boleh begitu. Sikap “biaq pi la” akan buat n egeri tergadai. Dan akhirnya kita semua akan diperintah oleh Yahudi ni.

        Yahudi bukan hanya di Negeri arab saja. Di Malaysia pun banyak. Antara ciri ciri makhluk ni ialah mereka cukup suka jaja fitnah, melaga lagakan Melayu .

Comments are closed.