NormanBekas Timbalan Pe­nge­rusi DAP Johor, Norman Fernandez (gambar) berkata, peranan perhimpunan itu diadakan pada awalnya adalah bagi menuntut keadilan dalam soal ketelusan pilihan raya serta tuntutan yang lebih bersifat bebas daripada cengkaman badan politik.

“Tetapi hari ini apa yang membimbangkan, Bersih 4.0 ini dilihat seperti perjuangan perkauman kerana ia digerakkan oleh sebuah kumpulan Cina tertentu mempengaruhi orang Cina supaya tampil ke depan untuk membuat tuntutan secara terbuka.

“Cuba kamu lihat Bersih 4.0, ia akan disertai oleh ramai orang muda terutamanya kaum Cina di mana pemikiran mereka ini telah dibasuh dan disematkan dengan kebencian mendalam terhadap kerajaan oleh penganjurnya yang juga orang Cina,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, senario itu amat berbahaya kerana pembangkang telah menggunakan kesempatan melalui keadaan semasa politik Malaysia untuk membuatkan kaum berkenaan membenci bukan sahaja terhadap kerajaan, malah kaum lain terutamanya orang Melayu. – Utusan


Thanks Orang Kampung for the video link below.