“Kalau kita menganggap perhimpunan baju merah menyatukan Melayu, adakah kita hendak menafikan perhimpunan baju kuning tidak menyatukan Cina? Tambahan pula saya melihat orang Cina lebih komited menyertai Bersih berbanding ‘rombongan Cik Kiah’ dari seluruh pelosok ke Kuala Lumpur 16 September lalu.” – Ku Seman Ku Hussein
Pengarang kanan Utusan Ku Seman Ku Hussein semalam memberi peringatan agar Noh Omar tidak membuat kesimpulan mudah bahawa “200 ribu orang” itu, kononnya, yang turun ke jalanan pada Rabu lepas merupakan tanda bahawa kepimpinan Umno kini kembali diterima oleh rakyat.
Rumusan ini sebenarnya sekadar menyedapkan hati sendiri.
Bagi Ku Seman, andaikata tanggapan tentang perhimpunan baju merah dan pilihan raya kampus dijadikan kayu ukur oleh Umno sebagai ‘penerimaan’ rakyat yang mantap kepada kepimpinan parti sekarang, “mereka mungkin akan kecewa selepas PRU 14”.
Sebaliknya ada bahaya jika Umno bertekad untuk “menafikan realiti yang berlaku di alam nyata” menerusi ciptaan ruang selesa, sambung beliau, walhal pada hakikatnya “keadaan Barisan Nasional adalah sangat genting”.
Ku Seman mengesyorkan lebih baik kita berjaga-jaga beserta senantiasa memikirkan tentang masa depan.
Nasihat Ku Seman wajar diakuri dengan hati terbuka supaya Team Najib boleh meneliti bagaimana untuk mencorak langkah jitu yang seterusnya.
Sumber: Blog Zamkata
.
Disyorkan baca:
Ku Seman faham sifat Melayu yang mudah lupa ,dan mudah rasa selesa ,sentiasa bersangka baik.
Helen awak jumud dalam erti kata supaya najib bangun as war warrior anginst the evengelist tetapi awak mesti ingat we are not fighting them as though komunis zaman dahrurat dulu
Bintang Tiga … Bintang Lima …
https://helenang.wordpress.com/2015/09/20/cara-menggunakan-gunting/
Chinese gathering is not same as maruah Cina. Malay gathering is not same as maruah Melayu. Nowadays the scumbags come in all colours, shapes and sizes. Ultimately, everyone must learn to recognize the saints and the savants, or we shall be hoodwinked and deceived by wicked devils.