Posted in Still clueless?

Tahu lah kita sekarang kenapa Gerakan boleh duduk tempat tercorot

Gambar dif-dif kehormat yang duduk di baris pertama tatkala berlangsungnya mesyuarat agung Gerakan dua hari lepas.

Ketika itu presiden Gerakan Mah Siew Keong sedang menyampaikan ucaptama.

Gambar dengan ehsan Minaq Jinggo

GERAKAN, Mah Siew Keong

smart phone Gerakan

Kecuali setiausaha agung Umno Tengku Adnan Mansor dan presiden MCA Liow Tiong Lai, kebanyakan tetamu yang duduk sebaris di depan nampak begitu khusyuk bermain telefon bimbit.

Nak tahu kenapa Gerakan kalah teruk dalam PRU13 beserta berada di tempat tercorot di kalangan parti-parti BN? Sebabnya orangramai tak berminat pun untuk beri sedikit perhatian kepada parti tersebut.

Jadual di bawah menyerlahkan parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak lah parti anggota BN yang paling berjaya dalam pilihan raya umum yang dijalankan pada Mei 2013.

Sebanyak 14 orang calon PBB bertanding kerusi Parlimen dalam PRU13 dan kesemua daripada mereka telah menang. Kadar kejayaan PBB adalah seratus peratus.

BAWAH: Gerakan duduk di bawah sekali

BN success rate GE13

Parti seterusnya yang turut menikmati one hundred percent success rate ialah Parti Rakyat Sarawak. PRS bertarung di enam kawasan Parlimen dan ia menang keenam-enamnya.

Parti lain yang mendapat markah penuh (perfect score) ialah Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) dengan skor 4/4. Memang Sarawak ‘power’ … harap maklum kalian orang semenanjung.

Yang dikira boleh tahan juga prestasi mereka ialah Parti Bersatu Sabah (PBS), Upko dan Umno yang masing-masing mempunyai kadar kejayaan 80 peratus, 75 peratus dan 72.7 peratus.

Umno telah bertanding sejumlah 121 buah kerusi dan menang 88 (success rate – 72.7%)

MCA bertanding 37 kerusi, menang tujuh (success rate – 18.9%)

Gerakan yang paling lembab sekali. Parti itu bertanding 11 buah kerusi dan kalah sepuluh!

Now we know why :)

Tidak lagi menghairankan bagaimana 95 peratus kaum Tionghua boleh menolak BN.

Disyorkan baca:

Is DAP transferring out supporters to vote in marginal mixed seats?!

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Tahu lah kita sekarang kenapa Gerakan boleh duduk tempat tercorot

  1. Teka teki.. Sedang
    1. Monitor global stock market performane
    2. Follow drama (Taiwan/HKong/Jdrama/Kdrama)
    3. Chat dgn spouses, anak dn cucu
    4. Live update WA grp geng Dapsters
    5. Main games tembak2
    6. Google jalan2 cari makan
    7. Online shopping

  2. ‘MCA bertanding 37 kerusi, menang tujuh (success rate – 18.9%)

    Gerakan yang paling lembab sekali. Parti itu bertanding 11 buah kerusi dan kalah sepuluh!’

    Helen, bukan Cina kuat kerja meh?? Why MCA and Gerakan suka makan suap one? Subsidi mentaliti is it??

Comments are closed.