“Orang yang sabotaj parti tidak harus ada dalam parti.” — Dr Mahathir Mohamad
Dipetik daripada ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno yang ke-54 oleh Dr M selaku presiden parti pada tahun 2003.
(Teks penuh ucapan boleh dibaca di arkib laman PMO)
Dr Mahathir berkata dalam ucapan beliau yang disampaikan kepada perwakilan Umno di PWTC pada 19 Jun 2003:
“Orang yang sabotaj parti tidak harus ada dalam parti. Musuh dalam selimut lebih bahaya daripada yang bermusuh secara terbuka. Jangan mengkhianati parti dan bangsa sendiri.
“Sesungguhnya musuh Umno tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan Umno. Tetapi Umno boleh mengalahkan Umno. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya Umno yang kalah.
“Sesungguhnya Umno tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti Umno. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa Umno kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita.
“Jika boleh saya ulangi, perjuangan kita, Umno dan orang Melayu dan Bumiputera lain belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat oleh kita. Hanya untuk mengekalkan kemerdekaan kita, kebebasan kita, memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Apatah lagi jika kita ingin memulih maruah bangsa dengan sepenuhnya dengan menjadi bangsa yang maju dalam sebuah negara maju.
“Umno, saya ulangi bukan sebarang parti. Umno adalah teras dan tunjang kepada parti yang memerintah negara tercinta ini. Kuat Umno kuatlah Barisan Nasional, kuatlah Kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah Umno akan mengundang malapetaka kepada kita semua.”
Soalan: Menyedari hakikat sebuah Umno yang lemah akan mengundang malapetaka, kenapa pula Tun boleh tergamak untuk mengesyorkan agar parti keramat orang Melayu dinyahdaftar oleh ROS? Sampai hati…
Tun…. kalau bukan Melayu pun nampak… Apa lagi yang anti Melayu. Tun bermadah, tun merafak sembah orang Melayu dengan segala ingatan agar Melayu tidak jauh Dan lekang dari menyokong Tun dengan bait2 momokan ketika Tun ada kuasa….. TAPI bila Tun sudah tidak ada kuasa…mengapa momokan tersebut bagaikan satu dosa buat Pak Lah Dan kini Najib….
Penyata akaun tahunan UMNO didedahkan dalam mesyuarat tertutup masa PAU 2015 tadi. ROS okeykan cara ini ke? Agaknya tu sebab Tun M mengesyorkan sedemikian?
…….”agar parti keramat orang Melayu dinyahdaftar oleh ROS”……
Saya faham dengan perasaan TDM. Segala apa yang diperkatakannya seolah olah dia meroyan! Tetapi siapa yang tidak akan meroyan apabila segala gala yang dilakukannya cuba dinyahkan walaupun yang baik?
So TDM juga buat hutang. Tapi hutang hutang yang dibuatnya menampakkan impak dan mendatangkan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara! Cabut tahun tahun era TDM sebagai PM selama 22 tahun. Tinggalkan sahaja dalam sejarah tahun tahun selepas merdeka sehingga Tun Hussien Onn dan disambung kembali dari era Pak Lah dan Najib. Apa yang anda nampak?
Almost Nothing!
Najib mengaku dia berjiwa besar! Apa besarnya jiwa dia apabila sepanjang masa membangga dia terhadap perkara yang tidak seberapa yang lakukan untuk Malaysia?
Malah dia mengungkit PERTOLINGANNYA terhadap TDM era ‘perang besar’ tahun 1987. Perkara hampir 30 tahun dia ingat dengan ‘jelas’ tetapi dia lupa peristiwa baru berlaku kira kira 7 tahun yang lepas!!!
Siapa yang bermatii matian membantunya untuk jadi PM dengan izin Allah swt. Kita tahu Pak Lah ada calonnya sendiri untuk jadi TPM. Pak Lah mencipta REKOD paling lama untuk melantik TPM, iaitu kira kira lebih DUA BULAN.
Kenapa?, Cuba Najib jawab sejujur jujurnya!
Kalau Najib menganggap JASA nya begitu BESAR membantu TDM menang PERTARUNGAN 1987. Jasa besarnya telah dibayar TUNAI oleh TDM!
Apa yang ‘brilliant’ dalam pentadbirannya sebagai PM?
Hanya RED LIPS nya! Itu sahaja!
Yg paling briliant dia buat – bayar berbilion RM utk CONsultants supaya berfikir bagi pihaknya tapi hasilnya tak seberapa…..GDP growth makin susut (tapi gdp filipina tumbuh 7-8%p.a), nilai rm makin jatuh, pengangguran naik, kos hidup naik etc etc
Dan ‘penasihat2’ yang dia upah, mereka hidup kaya raya, Hidup dalam ‘fast lane’ kalau ikut kata orang putih. Sama ada dia ni dungu atau dia ni penyamun. Dia dah tak boleh diharapkan lagi. Lihat saja gelagat isteri dia tu. Menteri2 dalam kabinet dia tu pun semacam rupa. Ketua pemuda parti dia tu bakal jadi ‘turncoat’ kalau kerajaan BN tumbang pada PRU14. Malaysia berada dalam situasi yang amat membimbangkan.