Posted in Evangeliblis

Tiada salinan pdf buku ‘Kebangkitan Baju Merah’ di laman Jasa

Lim Kit Siang mahu Puad Zarkashi dipecat dari jawatannya sebagai ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah Kementerian Komunikasi.

Grandpapa Dapster mendakwa buku terbitan Jasa yang berjudul Kebangkitan Baju Merah adalah satu percubaan untuk “mengarang semula” (rewrite) sejarah supaya berpihak kepada pentadbiran Najib yang kian hari kian kehilangan sokongan popular.

Mengikut Kit Siang, Perhimpunan Merah pada 16 Sept dikelolakan oleh puak rasis Umno.

Kata Kit Siang lagi, golongan yang sebenarnya sarat dengan semangat cinta negara adalah mereka yang telah menyertai perarakan Bersih di ambang Hari Merdeka.

“… the real patriots are the hundreds of thousands of Malaysians, regardless of race, religion, region or politics, who peacefully attended the Bersih 4 rallies”

Kebangkitan Baju Merah diedarkan kepada perwakilan parti di PAU pada tempoh hari.

Kecuali kalau terbitan tersebut diluluskan untuk dijual di kedai-kedai buku, maka orangramai belum boleh menimbang sama ada tuduhan yang dibuat DAP memang berasas atau sebaliknya.

Hannah Racist Ugly Mouth Hodoh

Terbuka kepada Jasa untuk memuat-naik salinan e-copy Kebangkitan Baju Merah di laman sesawang rasminya supaya awam akan dapat menilai sendiri yang mana hak dan yang mana batil.

Author:

I have no Faceook or Twitter.