Tun: “Siapakah mereka yang menuduh negara ini diperintah secara autoritarian?”

December 13, 2015 at 4:49 pm 7 comments

Evangelista lah yang menuduh negara ini diperintah oleh diktator.

Ternampak jelas yang bangsa-bangsa Eropah ingin kembali menakluki dunia.” – Dr Mahathir Mohamad

WAJIB BACA!

Dipetik daripada ucapan Dr Mahathir di Perhimpunan Agung Umno yang ke-54 pada 19 Jun 2003. Ia berupa kali terakhir Tun telah merasmikan persidangan selaku presiden parti.

(Teks penuh ucapan boleh dibaca di arkib laman PMO)

Perenggan 25: “Sejarah Melayu di zaman British boleh memberi banyak pelajaran kepada kita berkenaan bangsa-bangsa Eropah.”

Perenggan 26: “Kita telah dijajah oleh tiga bangsa Eropah. Selama 450 tahun kita berada di bawah pemerintahan kolonial mereka. Sekarang kita dan bangsa-bangsa Asia menghadapi bahaya dijajah semula oleh mereka.”

Bangsa Eropah perlu dikenali

Perenggan 27: “Justeru itu kita perlu kenal baik-baik bangsa Eropah kerana kehidupan kita, nasib kita akan ditentukan oleh cara kita berinteraksi dengan bangsa-bangsa Eropah dan keturunan mereka. Di sini bangsa Eropah termasuk mereka yang berhijrah dan mendirikan negara-negara baru di benua Amerika, Australia dan New Zealand.”

Perenggan 28: Saya bukan anti bangsa Eropah. Saya mempunyai ramai kawan dan kenalan daripada bangsa Eropah. Saya berasa serba salah hendak menegur bangsa Eropah kerana kenalan saya tentu akan tersinggung. Negara Eropah yang berbaik dengan kita juga akan tersinggung. Sudah tentu media mereka akan mengecam saya sebagai seorang ‘racist’. Tetapi saya anggap pendedahan akan siapa dianya orang Eropah sudah menjadi begitu penting sehingga risiko menjadi mangsa perlu diambil.

Perenggan 29: Bangsa-bangsa Eropah mempunyai asal dan budaya yang sama, iaitu berteraskan tamadun Greek dan Roma. Mereka amat pintar, berani dan mempunyai sifat ingin tahu atau ‘curiousity’ yang kuat. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan apa-apa yang ada pada mereka melainkan mereka ingin memperbaiki segala-gala supaya menjadi lebih baik, lebih produktif dan berkesan untuk apa juga matlamatnya. Tidak ada suatu apa, samada alatan, sistem atau ideologi yang tidak diperbaiki sepanjang masa.

Perenggan 30: “Kadang-kadang dalam keghairahan mereka untuk memperbaiki keadaan atau barangan yang sedia ada, mereka merosakkan dan mendatangkan hasil yang buruk. Namun mereka tidak serik dan mereka terus mencuba memperbaiki segala apa yang ada pada mereka ataupun pada orang lain.”

Perenggan 31: “Malangnya mereka juga tamak dan suka merampas wilayah dan hak orang lain. Sejarah mereka selama lebih 2000 tahun memperlihatkan peperangan yang tidak habis-habis untuk merebut wilayah dan memperluaskan kuasa masing-masing di dunia.”

Perenggan 32: “Pada mulanya rebutan dan perang terhad kepada wilayah Eropah sahaja. Tetapi apabila mereka menguasai ilmu pelayaran jauh, mereka perluaskan rebutan dan peperangan mereka ke seluruh dunia. Orang Cina, Arab dan India sampai ke Asia Tenggara lebih awal tetapi tidak berperang dan menakluk wilayah ini. Tetapi apabila sampai sahaja bangsa-bangsa Eropah maka wilayah Asia Tenggara seperti juga dengan wilayah lain di Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Australia dan Kepulauan Pasifik, dicerobohi, diserang dan diperangi untuk menjadikan wilayah-wilayah ini milik mereka, merampas segala kekayaan dan menindas, menghina dan melakukan ‘genocide’.”

Perenggan 33: “Oleh kerana mereka suka berperang dan merebut wilayah orang lain, tumpuan mereka ialah kepada ciptaan dan pembuatan senjata yang boleh membunuh dengan lebih efisien. Tidak ada satu alatan yang tidak diubah untuk menjadi senjata untuk membunuh, untuk memberi mereka kemenangan dalam peperangan.”

Perenggan 34: “Orang Cina mencipta bahan letupan dan menggunanya untuk membuat bising supaya naga tidak dapat menelan bulan atau matahari semasa gerhana. Atau hanya sebagai mercun semasa perayaan. Tetapi apabila bangsa Eropah menemui bahan letupan Cina, perkara yang pertama yang difikirkan ialah bagaimana ia boleh digunakan untuk melontar peluru lebih jauh. Sejak itu berbagai-bagai alatan dicipta untuk membunuh dari jarak jauh. Meriam disusuli dengan bom, roket, ‘missile’, ‘nuclear warheads’ dan bermacam-macam lagi. Hari ini jumlah senjata nuklear mereka boleh menghancurkan seluruh dunia, tetapi masih mereka tidak puas hati. Masih lagi penyelidikan dibuat untuk ‘warhead’ yang lebih kuat, lebih berkesan. Dalam sejarah dunia hanya bangsa Eropah sahaja yang pernah menggugur bom nuklear yang menghancurkan kotaraya dengan jumlah kematian serentak yang terbesar yang pernah berlaku daripada hanya dua butir bom.”

Perenggan 35: “Apabila mereka cipta kereta bermotor, maka tidak lama selepas itu, kereta kebal pun menjelma. Kapal terbang menghasilkan pesawat pengebom dan pejuang. Kapal untuk dagangan menjadi kapal perang dan kapal selam. Dan semua ini ditingkatkan keberkesanannya sepanjang masa untuk membunuh manusia dengan lebih efisien.”

Perenggan 36: “Hari ini berbilion-bilion dolar dibelanja untuk mencipta senjata-senjata yang lebih canggih, membekalkan angkatan perang mereka dengan senjata- senjata ini, melatih pasukan cara berperang, membuat segala persediaan untuk berperang walaupun tidak ada musuh semasa dan di masa depan yang mengancam mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup mencipta sebab palsu untuk berperang dan membunuh kanak- kanak, orang tua, orang sakit dan siapa sahaja dan menganggap semua orang ini sebagai ‘collateral’ yang tidak dibenar menghalang pencapaian hasrat mereka.”

Perenggan 37: “Berperang dan kehandalan membunuh menjadi sesuatu yang mulia bagi bangsa Eropah. Jaguh perang diberi gelaran ‘knights’. Sekejap-sekejap mereka ini akan melancar serangan untuk memperluaskan kawasan Tuan atau ‘Lord’ mereka. Sebab itu sejak dahulu lagi kampung dan bandar mereka dikelilingi tembok batu dan longkang yang luas.”

Perenggan 38: “Bagi mereka segala masalah mestilah diselesaikan melalui ujian kekuatan. Siapa yang menang dialah yang benar dan dialah yang patut mengambil semua untuk dirinya. Yang kalah hilang semua. Demikian jugalah cara mereka menyelesaikan pertikaian di antara pekerja dengan majikan. Siapa yang menang dalam tindakan perusahaan dialah yang mendapat semuanya.”

Perenggan 39:. “Sejarah Eropah adalah sejarah berperang, sejarah menguji kekuatan. Apabila mereka bertemu dengan penduduk di luar Eropah, di Afrika, Amerika dan Asia, mereka terus berperang untuk menawan wilayah-wilayah orang ini, dan mendirikan negara-negara baru dan empayar mereka.”

Perenggan 40: “Tidak ada belas kasihan yang ditunjuk oleh mereka. Bangsa tempatan dihalau keluar dan dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Banyaklah suku kaum pupus hasil serangan mereka. ‘Genocide’ bagi mereka adalah ‘final solution’, penyelesaian terakhir.”

Perenggan 41: “Sepatutnya mereka mempunyai perasaan belas kasihan kepada orang asli tempatan kerana mereka sendiri telah dihalau keluar dari negara mereka di Eropah. Tetapi apabila mereka sampai ke Dunia Baru, ‘New World’ kepada mereka, dunia lama bagi penduduk tempatan, mereka menghalau orang tempatan dari tanah mereka dan merampas harta benda penduduk. Sesiapa yang mempertahankan wilayah diperangi, dibunuh atau diperhambakan.”

Perenggan 42: “Dalam percubaan merebut seberapa besar wilayah untuk dijadikan tanah takluk mereka, bangsa-bangsa Eropah berperang sesama sendiri. Kerapkali penduduk tempatan dikerah untuk mengambil bahagian dalam peperangan dan rompakan mereka.”

Perenggan 43: “Permusuhan antara mereka meningkat kerana masing- masing ingin menakluk wilayah yang lebih besar, mendirikan empayar, menjadi kuasa utama di dunia. Kerana ini mereka melancar perang secara besar-besaran yang melibatkan seluruh dunia.”

Perenggan 44: “Perang Dunia Pertama dilancarkan pada tahun 1914 dan tamat pada 1918 setelah lebih daripada 20 juta rakyat mereka dan askar dari tanah takluk mereka terbunuh dan berbilion-bilion dolar harta dimusnahkan.”

Perenggan 45: “Tetapi mereka belum puas hati. Hanya 20 tahun selepas Perang Dunia Pertama, mereka berperang lagi dalam Perang Dunia Kedua. Kali ini keganasan bangsa Eropah meningkat ke puncak. Lima puluh juta lebih daripada rakyat mereka dan rakyat empayar mereka terbunuh. Mereka menggunakan ‘carpet bombing’ untuk meranapkan bandar-bandar dengan semua penduduk.”

Perenggan 46: “Akhir sekali mereka menggugurkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki, negara Jepun, negara orang bukan Eropah.”

[…]

Perenggan 54: “Serangan pada 11 September ke atas Amerika Syarikat yang menyokong Israel dijadikan alasan bagi orang Anglo-Saxon Eropah kembali ganas dan bengis.”

Perenggan 55: “Strategi mereka melawan keganasan ialah dengan melancarkan serangan terhadap negara-negara Islam dan orang Islam, sama ada yang bersalah atau yang tidak bersalah.”

Perenggan 56: “Dengan membuat bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas, mereka melancarkan peperangan ke atas negara Islam, menggunakan senjata pemusnah mereka, membunuh orang awam, dan menghancurkan bandar-bandar.”

Perenggan 57: “Amerika dan Britain tidak menghiraukan langsung kecaman dunia terhadap tindakan mereka. Tentangan oleh bangsa mereka sendiri pun tidak dipedulikan. Mereka ingin menunjuk kepada dunia bahawa mereka kuat dan sesiapa yang mencabar mereka akan diserang oleh tentera mereka habis-habisan.”

Perenggan 58: “Apa yang saya katakan di sini semuanya benar. Ia bukan rekaan yang dibuat kerana ingin menakutkan kita, supaya kita mengambil berat terhadap amaran akan bahaya yang dihadapi. Sekali lagi ingin saya ulangi bahawa saya bukan anti bangsa Eropah, bukan ‘racist’. Bukan niat saya untuk menimbulkan kebencian kepada bangsa Eropah. Tetapi amatlah penting kita kenali bangsa ini dan sejarah tindak-tanduk mereka kerana mereka akan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan kita, terhadap bangsa kita, agama kita dan negara kita. Kegagalan kita mengenali mereka akan menyukarkan persediaan dan strategi kita untuk menyelamatkan diri kita.”

[…]

Perenggan 62: “Dunia yang akan kita hadapi dalam dekad-dekad dan abad-abad yang akan datang akan memperlihatkan berbagai- bagai percubaan oleh Bangsa Eropah untuk menakluk kita secara langsung atau tidak langsung. Jika tidak negara kita yang dicerobohi, pemikiran kita, budaya kita, agama kita dan lain-lain akan dijadikan sasaran.”

Perenggan 63: “Dalam bidang budaya dan sosial mereka ingin melihat kebebasan individu yang tidak terhad. Bagi mereka kebebasan individu adalah perkara yang tidak boleh dipersoalkan. Mereka sudah menolak institusi perkahwinan dan kekeluargaan. Sebaliknya mereka terima amalan seks bebas termasuk liwat sebagai sesuatu hak. Perkahwinan di antara lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan diiktiraf secara rasmi. Apa yang kita dakwa sebagai sumbang mahram tidak dipandang serius oleh mereka.”

Perenggan 64: “Larangan menukar agama di kalangan orang Islam, sistem perundangan yang berbeza dengan mereka, semuanya akan dipersoalkan. Media mereka akan diguna untuk memburuk semua yang kita amalkan. Badan-badan bukan Kerajaan akan dihasut supaya menuntut segala yang tidak disenangi oleh bangsa Eropah, supaya dikaji dan dipinda dan akhirnya ditolak kerana dianggap menidakkan kebebasan individu.”

Slogan ‘regime change’

Perenggan 88: “Kita di Malaysia berjaya mengamalkan demokrasi. Tetapi orang Eropah tidak senang hati. Mereka ingin lihat penukaran Kerajaan yang kerap supaya huru-hara berlaku dan pembangunan tidak dapat diadakan. Slogan mereka sekarang ialah ‘Regime Change’. Kerana ini tidak berlaku dan negara kita terus aman dan maju maka dituduh kita tidak demokratik dan berpemerintahan kuku besi, diktator.”

Perenggan 89: “Siapakah mereka yang menuduh negara ini diperintah secara autoritarian? Bukankah mereka bekas penjajah yang autoritarian dan zalim dan bukankah mereka ini baru sahaja melanggar sebuah negara yang lemah dengan membunuh ramai orang awam supaya dapat menguasai negara berkenaan? Demokratikkah cara mereka memaksa ‘Regime Change’? Lihat dahulu dalam cermin sebelum mengata orang lain. Masalah bangsa Eropah ialah mereka menganugerahkan kepada diri mereka hak menjadi hakim terhadap pandangan mereka sendiri.

Perenggan 90: “Tetapi teguran mereka mungkin mempunyai muslihat tertentu. Kerana kita kononnya tidak demokratik maka campur tangan mereka dalam urusan negara kita adalah sesuatu yang wajar. Akan ada ramai daripada rakyat negara ini yang akan terpengaruh dengan hasutan mereka dan menentang kuat Kerajaan. Akibatnya ialah negara menjadi tidak stabil, tidak dapat dibangun dan rakyat menderita.”

Petikan ucapan Tun berakhir di sini


Bukankah bangsa Eropah 3G (Gold, Glory & Gospel) itu sinonim dengan Kristian evangelis?

Evangelista adalah pewaris bangsa penjajah yang disebut Tun di atas. Sama-sama ganas. — catatan nota kaki oleh blogger ini (13 Dis 2015)

Entry filed under: Evangelista Bintang Tiga. Tags: .

Tiada salinan pdf buku ‘Kebangkitan Baju Merah’ di laman Jasa No retreat, no surrender (15-second video clip)

7 Comments Add your own

  • 1. drMpower  |  December 13, 2015 at 7:12 pm

    seronok membaca ucqpan Tun. kalau begini bagus orang nya saya kalau sebagai seorang PM akan mengizinkan Tun jadi council of elders. untuk menasihat saya.

    Reply
  • 2. amir yusof  |  December 13, 2015 at 9:41 pm

    “For God ‘King ,Country and Race ”

    Words that make you shiver to the core , droves men and women ,
    young and old to “Rally Round the Flag ” .

    Religion is for the ” stupids ” .

    No matter we as dumb as a door nob or a scholars with degrees
    oozing out of one’s nose , ears and backside , if one is lacking the
    will power a sound and strong constitutions to fully fathom God’s true teachings we simply “silly putty” in the hands of the powers that be .
    Often enough we unwittingly dancing to the tunes of the masses .

    http://newsrescue.com/genesis-of-islamic-radicalism-the-us-textbook-project-that-taught-afghan-children-terror/

    “Kepala Lutut” .

    I am 1001% with the G25 on khlawat controversy , firstly can they guarantee from now , the near future and beyond nothing out of the ordinary will happen . i.e. Abang I have some “good’ news to tell you , saya bunting 3 bulan but it’s not yours .
    Lainlah kalau kita ini anak buluh betong living in some far away
    island.

    The Europeans and their patsy .

    http://www.sunna.info/antiwahabies/wahhabies/htm/spy1.htm
    http://fas.org/irp/eprint/iraqi/wahhabi.pdf

    You can make a “killing” of wars .

    http://www.ratical.org/ratville/CAH/warisaracket.html
    http://www.globalresearch.ca/articles/PAU406A.html

    Mereka atau kita yang bertuah ?

    Reply
  • 3. Harlequin  |  December 14, 2015 at 10:33 am

    Quote Tun: “Tetapi teguran mereka mungkin mempunyai muslihat tertentu. Kerana kita kononnya tidak demokratik maka campur tangan mereka dalam urusan negara kita adalah sesuatu yang wajar. Akan ada ramai daripada rakyat negara ini yang akan terpengaruh dengan hasutan mereka dan menentang kuat Kerajaan. Akibatnya ialah negara menjadi tidak stabil, tidak dapat dibangun dan rakyat menderita.”

    Re: ‘menentang kuat kerajaan”

    Who exactly is kerajaan if not political entities elected by the people?

    That meant without the people’s mandate, this group of people will not have the claim to the word ‘kerajaan’. Unlike the monarch, kerajaan is chosen by the people and is in no way an entitlement.

    For non-partisans not in position of power to make decisions that would affect the state, the only say in the running of this country comes from the ballot box. Their voices are heard only once every 5 years.

    Unlike countries like US where state governors are elected by the people, that meant certain pandering by the politicians to serve the interests of their constituents to secure their votes, Malaysia has no such practice. These posts are appointed by PUtrajaya. So governors, MBs or whatever etc basically can thumb their noses at their constituents because the people don’t matter. They only need to please Putrajaya to secure their appointment.

    Now, when somebody like Tun M comes along and lecture the masses about the ills of the Western world, and how too much liberty, regime change and individual rights are not a good thing, seriously, I got to say what gives?

    Basically what Tun is saying to the people, “you don’t know what is good for you. So, suspend all critical thinking, because it might be detrimental to the regime and destabilise the country.” Just surrender your rights to me. because people make bad decisions.

    My, the arrogance.

    Reply
    • 4. Harlequin  |  December 14, 2015 at 11:12 am

      Edit to correct:

      After reading through my post, my part about MBs being appointed by (only) Putrajaya may not be apt.

      The gist of my argument should be the fact local councillors are not elected by the people. And that holds true for both BN and opposition held states.

      Reply
    • 5. critically speaking  |  December 14, 2015 at 2:22 pm

      re: “Basically what Tun is saying to the people, “you don’t know what is good for you. So, suspend all critical thinking, because it might be detrimental to the regime and destabilise the country.” Just surrender your rights to me. because people make bad decisions.”

      Dong Zong Chinese vernacular schools should cease to be supported by the Malaysian government because it paves the way for racial partisanship and detracts from the spirit of national unity.

      Reply

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

Kalender

December 2015
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 7,445,053 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: