Fatwa: Mengucap ‘Merry Christmas’ tertakluk kepada syarat

December 27, 2015 at 5:15 am Leave a comment

Muslim ditegah menyampaikan ucapan selamat bersempena perayaan Krismas sekiranya ia mengiktiraf agama Kristian atau menganggap semua agama adalah sama.

three Abrahamic faiths

Hukum bagi orang Islam berlandaskan fatwa kebangsaan

Muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan telah memutuskan bahawa:

  1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
  2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
  3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber: Muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan yang bersidang pada 12 Jun 2007 @ http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan.

The Son of God

Pesanan khas Maulidur Rasul 1436H (2015)

Jakim juga mengingatkan umat Islam bahawa “sambutan Maulid Nabi ini tidak boleh disamakan dengan perayaan Hari Natal atau Krismas kerana umat Kristian menyambut hari tersebut sebagai hari lahirnya anak Tuhan, manakala umat Islam menyambut Maulid Nabi SAW kerana memperingati lahirnya seorang Rasulullah SAW pembawa rahmat seluruh alam”.

Sumber: PDF Jakim

hijab doll

Orang jahat yang mengata Islam ekstremis 

Dalam khutbah yang disediakan Jakim untuk 25 Dis (secara kebetulan Hari Krismas), mimbar menerangkan kepada sidang Jumaat tentang “visi dan misi sebenar ajaran Islam”.

Memetik Surah at-Taubah ayat 33, mimbar mengingatkan para jemaah,

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Matlamat Islam adalah untuk “menyempurnakan ajaran sebelumnya, serta membanteras kebatilan yang berlaku di dalam masyarakat”.

tudung girlEmosi umat Islam terganggu dengan gelaran ‘ekstremis’

Ajaran Islam bertujuan “mensucikan sifat-sifat jahiliyah manusia”.

Malangnya Islam dikaitkan oleh sesetengah pihak dengan “sesuatu yang negatif, agresif, kekerasan, kekejaman, keganasan, kemunduran dan kemiskinan”.

“Bahkan negara kita juga pernah dikaitkan sebagai menyokong keganasan,” kata mimbar.

Hakikatnya, pandangan itu yang dilontarkan musuh-musuh Islam “tidak langsung menggambarkan Islam yang sebenar bahkan boleh menimbulkan keresahan emosi umat Islam”.

Mimbar menegaskan bahawa segala dakwaan mengenai kelemahan-kelemahan umat Islam seperti “mundur, pengganas, fundamentalis, konservatif, ekstremis dan lain-lain itu, sebahagiannya merupakan persepsi dan bukan realiti”.

Teks khutbah Jakim 25 Dis 2015 boleh dibaca di SINI.

Disyorkan teliti:

Najib and Hadi share their same grouses

 

Advertisements

Entry filed under: Islam. Tags: .

Najib and Hadi share their same grouses Christians also “only nine percent” in Brunei

Dijemput memberi komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


My blog, my like

Helen Ang

Recent Posts

RSS TKO — Tranungkite

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Kalender

December 2015
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Pengunjung

  • 7,481,325 hits

Archives

Feeds


%d bloggers like this: