Posted in War General

Mogok exco mampu lumpuhkan kerajaan Kedah

Menteri Besar memerlukan sekurang-kurangnya empat orang exco untuk membantu beliau mentadbir negeri.

Kita boleh tengok precedent (contoh terdahulu) dalam tindakan yang diambil MB Selangor Khalid Ibrahim sebelum ini, iaitu tatkala berlaku pemberontakan dan perebutan jawatan di kalangan kem-kem musuh Pakatan Rakyat.

Khalid telah memecat lima orang exconya pada Ogos 2014. Pemecatan mereka berkuatkuasa dengan serta merta.

Beliau menyimpan empat orang exco, yakni jumlah minima yang diwajibkan. Exco-exco PAS yang kekal bersama Khalid ialah:

  • Iskandar Abdul Samad
  • Sallehen Mukhyi
  • Halimah Ali
  • Ahmad Yunus Hairi

Exco Selangor yang diberhentikan Khalid:

  • Teng Chang Khim (DAP)
  • V. Ganabatirau (DAP)
  • Ean Yong Hian Wah (DAP)
  • Daroyah Alwi (PKR)
  • Elizabeth Wong (PKR)

All’s fair in love and war, and there’s no love lost in politics. Elizabeth Wong pun dipecat juga oleh Khalid.

MB Selangor exco

Kes di Kedah kalau ikut precedent Selangor

Pokok pangkalnya, berapa orang exco yang masih setia bersama Mukhriz?

Berapa orang exco yang menentang dan tidak lagi bersama Mukhriz? Bermaksud mereka letak jawatan agar mesyuarat exco tidak cukup kuorum.

Dalam perhitungan akhir, adakah Mukhriz mempunyai sokongan yang memadai daripada exco BN untuk terus mengurus negerinya?

Sebenarnya kedudukan Mukhriz goyah.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

2 thoughts on “Mogok exco mampu lumpuhkan kerajaan Kedah

  1. Mukhriz, buat rombakan exco je. Lantik exco baru yang nak kerja dengan hang. Geng penyamun biaq pi mampuih.

Comments are closed.