Posted in Dapster

Tun kelentong lagi, ish!

Tun adalah antara punca utama BN ditolak ramai pengundi yang sebelum itu (pra-2008) bersifat pro-kerajaan.

Ini pula Tun mahu menuduh yang Mat Bashah menjadi faktor kekalahan BN di Kedah dalam PRU12. Ish, orang tua ni.

‘Kumpulan rancang singkir Mukhriz penyebab Umno kalah di Kedah pada 2008, kata Tun M’ (Bernama, 25 Jan 2016).

Bukankah BN hilang majoriti dua-pertiga tahun 2008 angkara Tun sendiri yang menyanggah Sleepy Dollah serta menjelajah seluruh negara buat roadshow untuk menyeru orangramai supaya menghukum parti pemerintah?

Tun sekarang dok pusing dan mendakwa bahawa kumpulan anti-Mukhriz diketuai Mat Bashah lah yang menyebabkan Umno kalah di Kedah pada pilihanraya 2008. Aisey man.

(Nota: Mat Bashah menang kerusi DUN beliau Bata Bakar dalam PRU tahun 2004, 2008 dan 2013. Beliau menang kerusi Alor Merah dalam PRU tahun 1999.)

Dakwaan yang dilemparkan Tun nyata sekali menyimpang. Mereka-mereka yang mahu Mukhriz disingkirkan bukan losers yang tewas tahun 2008 kepada PAS.

Tuduhan Tun senang ditangkis dengan merujuk kepada prestasi Adun-Adun Umno Kedah yang kini sudah hilang keyakinan terhadap anak mantan perdana menteri itu.

Mukhriz Mahathir

Statistics don’t lie, politicians do

BN ada 21 orang Adun di Kedah, iaitu 19 Umno + 2 MCA.

Dikecualikan Mukhriz, Kedah mempunyai 18 orang Adun Umno.

Kebanyakan mereka memberontak terhadap kepimpinan Mukhriz dan dikhabarkan telah menandatangani surat akuan berkanun (statutory declaration/SD) yang menyatakan hilang kepercayaan mereka terhadap Menteri Besar.

Adun-Adun Umno Kedah yang memegang jawatan masakini (2013-    ) disenaraikan di bawah. Mereka sebenarnya berjaya mempertahankan/kekal kerusi mereka pada tahun 2008 sewaktu PAS mengambil alih kerajaan.

Daripada data di bawah, jelas bahawa para Yang Berhormat yang menentang Mukhriz kesemuanya – melainkan Tajul Urus Mat Zain seorang – adalah winners and bukan losers sepertimana yang dibayangkan Tun Mahathir.

Kedah tornado
Puting beliung di Kedah

Keputusan pilihanraya Kedah tahun 2008 (PRU12)

2013 incumbents who had successfully defended their seats against PAS in 2008

1. Ayer Hangat — Mohd Rawi Abdul Hamid (menang: majoriti 1,135 undi)

2. Kuah — Nor Saidi Nanyan (tidak bertanding PRU tahun 2008)

3. Kota Siputeh — Abu Hasan Sarif (menang: majoriti 495 undi)

4. Bukit Kayu Hitam — Ahmad Zaini Japar (menang: majoriti 6,995 undi)

5. Kuala Nerang — Badrol Hisham Hashim (tidak bertanding PRU tahun 2008)

6. Pedu — dimenangi Mahdzir Khalid pada tahun 2008 (majoriti 2,733 undi)

[Nota: Pedu dimenangi Kama Noriah Ibrahim pada tahun 2013 dengan majoriti 2,960 undi]

7. Bukit Lada — Ahmad Sudin (tidak bertanding PRU tahun 2008)

8. Bakar Bata — Ahmad Bashah Md Hanipah (menang: majoriti 358 undi)

9. Guar Chempedak — Ku Abd Rahman Ku Ismail (menang: majoriti 1,759 undi)

10. Belantek — Mohd Tajudin Abdullah (menang: majoriti 252 undi)

11. Tanjong Dawai — Tajul Urus Mat Zain

[Kalah Parlimen Merbok tahun 2008]

12. Jeneri — Mahadzir Abdul Hamid (tidak bertanding PRU tahun 2008)

13. Pantai Merdeka — Ali Yahaya (tidak bertanding PRU tahun 2008)

14. Bayu — Azmi Che Hussein (menang: majoriti 984 undi)

15. Kupang — Harun Abdul Aziz (tidak bertanding PRU tahun 2008)

Adun Umno pro-Mukhriz 2013

1. Jitra

  • Adun PRU13: Aminuddin Omar
  • Adun PRU12: Saad Man (Umno)

2. Sungai Tiang

  • Adun PRU13: Suraya Yaacob
  • Adun PRU12: Suraya Yaacob

3. Bandar Baharu

  • Adun PRU13: Norsabrina Mohd Noor
  • Adun PRU12: Yaakob Husin (PAS)

 

Author:

I have no Faceook or Twitter.

48 thoughts on “Tun kelentong lagi, ish!

  1. Bagus, satu pencerahan terhadap fitnah Tun Mamak. Mudahnya dia menyalahkan pejuanga2 UMNO Kedah. Tapi dia sendiri mnjadi parasit dan khianat terhadap jentera parti. Terkini dia join BERSHIT yg kita tahu proksi DAP yg paking kotor movement mereka.

    Bila tahu UMNO akn menang cepat2 Tun Mamak paksa DS Najib meletakkan Mykhriz sebagai MB.

    Org mcm tun dan mukhriz ini opportunis dan bukan pejuang umno sebenar. Bg org luar yg tahu, pejuang yang tak didendang di Kedag ialah Dato Ahmad Bashah, dia senior UMNO Kedah yg kuat berkerha dan sudah biasa ditolak sana sini.

    Semoga Tuanku Sultan dan Jemaah Pemangku perkenankan Dato Ahmad Bashah sebagai MB Kedah. Sudah pasti puak tun Mamak dan Mukhriz akn berdendam dhsyat dn sabotaj MB Kedah lepas ini, sbb itulah sifat Tun.. DENDAM!

    1. betui sangat komen lu, sudah lama i kata tun tu hanya pentingkan diri, langsung tak guna punya orang tapi manyak umno member yg bodoh insist mengangkap dia stateman, sekarang manyak pula maki tun sampai anak cucu pun kena. olang umno memang hypo.

          1. penyamun & perompak dok bergocoh kerana harta rampasan perang. balik sini dapat elaun berpuluh2 ribu sebulan & balik sana duduk dlm mahligai2. orang kampong masih dok kumpul getah sekerap seringgit lapan kupang sekilo, itu yg cantik, kalau hudoh rm1.65 – rm1.70/kilo, 80 kilo dapat rm144 bahagi 2 dgn tuan kebun getah. bela anak2 & bini2 dgn rm72 utk seminggu.

            mampueh pi kat depa.

            1. re: “balik sana duduk dlm mahligai2”

              Mukhriz apparently lives in Bukit Tunku. Maybe you can double check on the truth or falsity of the info.

              1. The split of MALAYSians over Mukhriz temporary only. PAS will play a big role later in a positive way. Go PAS!

              2. diberitahu his platoon of bodyguards ada kasta. boleh masuk rumah, terhad dilaman saja & menongkoi ditepi jalan. sorry la Helen, terlupa pulak nak tanya di kenny hill atau aloq setaq. hehe

    2. Prestasi DS Najib pd Pru 13 lebih buruk dpd Pru 12. Majoriti Melayu undi UMNO bukan sb faktor Najib tetapi adanya ancaman terhadap kuasa politik Melayu. Kini, ancaman itu sudah tiada dan tiada lagi alasan kuat utk Melayu mengundi UMNO. Najib umpama menampar mukhriz menggunakan tangan orang lain.
      Jika tukar mukhriz dah di perkenan semalam lagi mukhriz telah diganti. Berikan nama ADUN UMNO Kedah yg memperjuangkan orang Melayu?? Berilah …jika ada

      1. re: “Prestasi DS Najib pd Pru 13 lebih buruk dpd Pru 12.”

        Umno di bawah Najib (2013) menang 88 kerusi Parlimen.

        Umno bawah Dollah Badawi (2008) menang 79 kerusi.

        re: “ancaman terhadap kuasa politik Melayu. Kini, ancaman itu sudah tiada”

        Rasanya lagi hebat ancaman terhadap kuasa politik Melayu pada masa kini. Tsunami Cina tidak berjaya menumbangkan BN tetapi Umno sedang dimusnahkan dari dalam oleh anai-anai.

        Protun dan Melayu liberal pula yang bersekongkol dengan pembangkang.

        re: “Najib umpama menampar mukhriz menggunakan tangan orang lain.”

        Mungkin si pemberontak yang mengambil kesempatan daripada keadaan semasa dan langkah yang diatur adalah di atas dayausaha mereka sendiri, dan ianya direstui presiden parti.

        re: “Jika tukar mukhriz dah di perkenan semalam lagi mukhriz telah diganti.”

        Sabar itu kan separuh daripada iman. Kenapa nak tergesa-gesa sangat nih?

  2. Helen ooi Helen setahun telah berlalu kini February kembali mengesahkan peristiwa semalam laguna alleycats..kepunan bila nak merasa kerusi MB jika dah pertahankan selama seniority masih segar nih

  3. tidak salah kalau kita tidak sehaluan degan seseorang tapi kita harus selalu kekal degan ‘decorum’ kita.

    kita bangsa melayu tidak rela tun m d sanggah degan kata2 kurang hormat saperti ‘ish orang tua ni’.I think even najib has not used such phrase. sama ada kita mahu akui nya atau tidak, tun m banyak berjasa khusus nya kpd orang2 melayu/ bumiputera .

    I had a chance to hv a dialogue wth him twice n found him 2 b as sharp as ever. that’s d reason why najib wil never dare hv a public dialogue wth him.

    being a Chinese n having d ability 2 analyze political situations, its better 4 u 2 spend some time helping MCA n Gerakan 2 regain d Chinese support. its not sufficient just calling d DAP as dajjal.

    I think an apology 2 tun m is in order here.

    1. re: “kita bangsa melayu tidak rela tun m d sanggah degan kata2 kurang hormat saperti ‘ish orang tua ni’.”

      I do not see you take issue when your favourite Protun blog repeatedly called him “handsome old man”. ‘Old man’ and ‘orang tua’ not the same meaning, meh?

      re: “I had a chance to hv a dialogue wth him twice n found him 2 b as sharp as ever.”

      Right. Selective memory and selective amnesia.

      At the Lingam hearing, Tun responded “I can’t remember” 14 times during 90 minutes of questioning, see http://www.ipsnews.net/2008/01/politics-malaysia-hearing-exposes-mahathir-his-corrupt-times/

      re: “that’s d reason why najib wil never dare hv a public dialogue wth him”

      Probably Najib is afraid that Tun will putar too much. Lim Guan Eng had a debate with Chua Soi Lek. Dr Chua was factual but the Dapsters thumped that their boss won the debate.

      If you read any of LGE’s official festive greetings – the most recent one on Deepavali – you can see how Papa Dapster can belit-belit.

      re: “being a Chinese n having d ability 2 analyze political situations, its better 4 u 2 spend some time helping MCA n Gerakan 2 regain d Chinese support”

      I consider it impossible for BN Chinese parties to regain Chinese support. No point flogging a dead horse.

      re: “its not sufficient just calling d DAP as dajjal”

      At least I’m anti-DAP. Of late, the Protuns have been hand in glove with the oppo and the DAP.

      re: “I think an apology 2 tun m is in order here.”

      I think an apology from Tun M is in order for his trying to prompt the de-registration of (Najib’s) Umno, for being one of the causes of BN losing 2/3 majority in 2008 and encouraging the international community to lose confidence in Malaysia by calling our country a “failed state” and claiming that our PM was going to be arrested by Interpol.

      1. again d choice of words reflects our upbringing. its your right 2 disagree wth tun m tapi kita harus beradab . apatah lagi sdri bangsa cina yg cuba mempertahankan UMNO / (najib) yg mungkin tidak memerlukan ‘input’ . lebih baik sdri tumpukan kemampuan terhadap membantu MCA dan Gerakan mendapatkan kembali sokongan drpd bangsa cina.

        1. re: “again d choice of words reflects our upbringing. its your right 2 disagree wth tun m tapi kita harus beradab.”

          Then you’re better off advising the Malay male Protun blogger – the one who’s screaming “bitch” all the time, and badmouthing the Projibs – to mind his language. I don’t see you doing that.

          Nor do I see you admonishing the said blogger when he allows the Komtar/Dapster operatives to leave the nastiest comments about Najib in his blog.

          So the “harus beradab” applies only to Tun but not to the YAB Berhormat Perdana Menteri, is it?

          re: “apatah lagi sdri bangsa cina yg cuba mempertahankan UMNO / (najib) yg mungkin tidak memerlukan ‘input’.”

          Asyik jer kamu nak ulang yang saya “Cina”, “Cina”, “Cina”. Ini cara berhujah orang yang ketandusan fakta. Bila tak dapat menepis, pilih untuk serang warna kulit. Does it mean that an omputih Reuters, New York Times or TIME magazine writer also cannot comment about Umno?

          Does my race make my reasoning any less valid? I’ve produced the full results of the 18 Umno Kedah Aduns. Can you refute that and prove Tun’s point that they ones who are against his son are losers?

          Stick to arguing facts. That you don’t do so only entrenches my opinion about the Protuns.

          re: “lebih baik sdri tumpukan kemampuan terhadap membantu MCA dan Gerakan mendapatkan kembali sokongan drpd bangsa cina.”

          Lebih baik Datuk tumpukan kemampuan terhadap memantapkan hasrat untuk masuk gelanggang politik sepertimana yang pernah disebutkan. Akan tetapi nyata sekali Datuk akan mempertaruhkan nasib di pihak pembangkang dan bukannya sebagai Umno.

          1. u obviously do not get my point. 2 wrongs do not make a right.

            sebagai blogger yg umur nya ‘relative’ muda jangan lah kita bertindak berlebihan. jangan lah menjadi saperti dr redhuan tee abdullah yg d lihat teringin sangat nak jadi melayu. no matter how hard he tries, he can never b a malay. but I can concede that at least he tries his level best 2 b a very good and God fearing Chinese muslim. however he has been less than successful in propagating this true religion amongst his Chinese brethrens.

            yes, as a malay yg umur dah lanjut, n who has sacrificed 35 yrs of his life as a civil servant, ‘insya’allah ‘i wil do my level best 2 ensure that UMNO/BN wil continue 2 b in power wth d right leader 2 take us out of this rut.

            wassallam.

            1. re: “jangan lah menjadi saperti dr redhuan tee abdullah yg d lihat teringin sangat nak jadi melayu”

              Oh please lah, can you just address my argument instead of taking cheap potshots?

              Do the results in GE12 of the current 15-17 Umno Adun (who reportedly signed the SDs against the MB) disprove or not Tun’s contention that the group trying to oust Mukhriz had lost the Kedah government to PAS in 2008?

              Is Tun correct or incorrect to imply that the group of YBs are losers?

              1. there is no thing wrong being n arm chair critic. what matters is how u put forward yr argument wthout being ‘offside’.

                tun m is also s blogger .one can engage n disagree wth him intensely but pls do it wth decorum.

                yr running battle wth this lady blogger is rather unfortunate. for example one is accusing d other of being n imposter n d other commented on d bad body odour that nobody wants 2 come near.

                one has tried her best 2 help UMNO/BN retain power in d last GE especially in Johor where as d other one is anti DAP dajjal n has given up hope on MCA n gerakan . all these 3 political parties r overwhelmingly Chinese.

                if a Chinese wth certain abilities is not willing 2 do something 2 entice them back into d BN fold, then d future looks really bleak.

                sekali lagi saya ingin tekan kan bahawa kita tidak akan kehilangan apa2 kalau kita selalu bersopan santun.

                1. re: “there is no thing wrong being n arm chair critic. what matters is how u put forward yr argument wthout being ‘offside’.”

                  Again your double standards. I do not see you rebuking the blogs that have truly gone offside.

                  re: “tun m is also s blogger. one can engage n disagree wth him intensely but pls do it wth decorum.”

                  Tun is the one who has lost all sense of decorum with his relentless attacks.

                  re: “yr running battle wth this lady blogger is rather unfortunate.”

                  He is a man. You don’t believe Syed Akbar Ali’s expose, meh?

                  re: “for example one is accusing d other of being n imposter n d other commented on d bad body odour that nobody wants 2 come near”.

                  Now such snides about “d bad body odour that nobody wants 2 come near” and “smelly” is really offside. I don’t see how this kind of low blows make any sort of convincing argument against political facts and figures.

                  re: “one has tried her best 2 help UMNO/BN retain power in d last GE especially in Johor”

                  Kesiannya. And still he has been rejected by Johor Umno. Do they know something that you don’t, Datuk?

                  re: “where as d other one is anti DAP dajjal n has given up hope on MCA n gerakan . all these 3 political parties r overwhelmingly Chinese.”

                  You must think very highly of me to believe that I alone am able to combat the (allegedly) Mossad-trained DAP propaganda and brainwashing machinery.

                  Why do you think I’m so aghast at the MCA? The BN Chinese party owns the country’s most profitable media group, and it is a press empire multi-billions in net worth, and yet MCA and its media nest have allowed 95 percent of the Chinese to become DAP followers.

                  re: “if a Chinese wth certain abilities is not willing 2 do something 2 entice them back into d BN fold, then d future looks really bleak.”

                  One cannot reason with delusional people. They will only drag you into their bottomless pit.

                  re: “sekali lagi saya ingin tekan kan bahawa kita tidak akan kehilangan apa2 kalau kita selalu bersopan santun.”

                  Cubalah Datuk amalkan adat tamu terlebih dahulu dan berhenti daripada menebar tohmahan-tohmahan tak berasas terhadap blog ini dan puan pemiliknya.

                  1. diplomacy has taught me never 2 b disrespectful 2 any body.

                    u hv referred 2 that blogger as man. I don’t know. m b I wil ask t s Akbar personally.

                    a few hv started making fun abt d body odour saga. it may become viral in blogger’s sphere.

                    it is unfortunate as nobody /lady wants 2 b burdened wth such shortcomings.

                    if medication does not overcome it, than may age will.

                    1. re: “diplomacy has taught me never 2 b disrespectful 2 any body.”

                      You have made damaging and unsubstantiated comments about Najib Razak vis-a-vis the 1MDB saga.

                      re: “u hv referred 2 that blogger as man. I don’t know. m b I wil ask t s Akbar personally.”

                      Please do ask SAA. After all, he wrote it and Annie dismissed the expose as “nonsense”. Or ask any senior Umno blogger. Or ask in the political circles, as I’ve suggested.

                      re: “a few hv started making fun abt d body odour saga. it may become viral in blogger’s sphere.”

                      Like I said, the Protuns are becoming like Dapsters – creating lies to foment ridicule and hatred. You will soon realise how gullible you once you’ve asked around to establish Annie’s identity. As Rocky blogged some weeks ago, too many people are in the know.

                      And in the second place, you’re also gullible not to have realised that Annie’s current frequent commenters – the Anon and the Alphabet Soup – are DAP cytros. They taking advantage to make Life of Annie a Dapster agitprop platform.

                      re: “it is unfortunate as nobody /lady wants 2 b burdened wth such shortcomings.”

                      There you go. Extending your remark from a lie that Annie told. Now can you see how the DAP managed to turn 95 percent of Chinese with lies built upon half-truths and spin?

                      Once you’ve established Annie’s real identity as a man, then you can see the pack of lies in the grandmother stories.

                      re: “if medication does not overcome it, than may age will.”

                      Hitting below the belt on assumptions gleaned from a fraud and a liar. Not only are you revealing your lack of decorum Datuk but everyone who knows Annie’s identity can judge your lack of standard.

    2. Agreeable …..tetapi proNajib selalu nya biadap …dgn gelaran gelaran yg tidàk wajar. Jika gelar Najib itu dan ini, kena tangkap pulak ..

    3. Cuba tengok, adakah ini contoh orang yang sharp.
      https://www.malaysiakini.com/news/328418

      Hanya ada
      1. Dah nyanyuk
      2. Saja nak tipu dan fitnah
      3. Tak bertanggungjawab.

      Tengoklah orang orang bodoh yang menjerit-jerit kat sana. Langsung tak de akai. Sejak bila 2.6 billion masuk Singapura? benda tu pun tak tau. Jangan dok yang pi lebih. Kalau nak lebih lagi, berita akaun beku tu Julai 2015. Padahal August 2013 dah pulang balik.

      Malanglah kalau semakin lanjut usia, makin banyak buat fitnah.

      Wallahualam.

    4. Tun bukan nabi. Jika pemimpin lain atau bekas pemimpin boleh begitu mudah disanggah, kenapa tidak tun? Adakah tun sudah bertaraf dewa sehingga apa sahaja yang datang dari tun itu benar dan betul belaka? Tidak dinafikan tun banyak jasa sepanjang 22 tahun mengendalikan politik malaysia. Namun tiadakah sebarang cacat cela dan kesan negatifnya kepada kehidupan rakyat keseluruhan? Akta isa digunakan secara telus? Pemberian tender bukan untuk kroni? GLC tidak pernah digunakan untuk bailout? So, tun tetap bukan nabi dan tetap boleh disanggah jika perlakuan atau percakapannya sudah jadi pemporak-peranda kehidupan dan politik semasa.

    1. Agreeable …..tetapi proNajib selalu nya biadap …dgn gelaran gelaran yg tidàk wajar. Jika gelar Najib itu dan ini, kena tangkap pulak ..

  4. Di Johor, tindakan Tun M pd 2008 jika ada tak ada kesan. Helen bolehlah postkan ucapan Tun M yg menyeru orang ramai tolak UMNO pd 2008. Dlm post-mortem, tak ada faktor Tun M sebabkan kekalahan UMNO pd 2008. Mungkin Helen dek kerana mahu “menepuk bahu” dan mengampu Najib, akan terima apa saja kata proNajib dan cybertrooper upahan Najib.

    Bukankah Kedah jatuh ke tangan PAS semasa mahdzir khalib MBnya? Helen sepatutnya jika jujur memberikan analisa keputusan pd Pru 2004, 2008 dan 2013 supaya dapat dilihat perbedaan 2004 dan 2008……dan faktor faktor kesalahan.

    Jika Najib kekal sbg PM pd Pru 14, analisa keputusan di atas boleh memberikan kemungkinan keputusan.
    Helen mahu pertahankan Najib atau kebenaran???

    1. re: “Di Johor, tindakan Tun M pd 2008 jika ada tak ada kesan.”

      Mungkin kurang kesannya di Johor kerana Tun orang utara. Tapi Kedah, Perak dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang pada 2008.

      re: “Helen bolehlah postkan ucapan Tun M yg menyeru orang ramai tolak UMNO pd 2008.”

      Analisa ‘Zam: Dr M to blame, too’ (The J-Star, 31 March 2008)

      “Dr Mahathir’s various accusations swayed the people to vote against Barisan, he [Zam] said.

      “Laying all blame on Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi for Barisan’s losses is not right because it is clear that Dr Mahathir is full of anger and uncontrolled vengeance,” said Zainuddin. […]

      “His credibility influenced people into believing what he said and he also lent this credibility to bloggers and websites,” he said when met at his house here yesterday. […]

      Zainuddin said he was merely telling the truth when he said thatDr Mahathir could not deny he had played a role in Barisan’s dismal poll results.

      “This is not to say that other factors do not count, but Dr Mahathir cannot absolve himself from this.”

      http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:3pd0LTKIviUJ:www.thestar.com.my/news/story.asp%3Ffile%3D/2008/3/31/nation/20799009%26sec%3Dnation+&cd=1&hl=en&ct=clnk

      re: “Dlm post-mortem, tak ada faktor Tun M sebabkan kekalahan UMNO pd 2008.”

      Boleh tolong bagi url.

      re: “Mungkin Helen dek kerana mahu ‘menepuk bahu’ dan mengampu Najib, akan terima apa saja kata proNajib dan cybertrooper upahan Najib.”

      Helen dah bosan dengan kerenah pentaksub Protun yang manganggap beliau maksum.

      re: “Bukankah Kedah jatuh ke tangan PAS semasa mahdzir khalib MBnya?”

      Kedah home state Tun Mahathir juga, kan?

      Dan bukankah Tun telah menyerang Sleepy Dollah habis-habisan? Pada pagi 9 March 2008 (the morning after GE12), saya menghadiri sidang akhbar yang dipanggil Tun di rumahnya di Country Heights. Tun menuntut Sleepy Dollah meletak jawatan.

      Kata Tun sekiranya beliau jadi pengerusi BN yang menyebabkan parti pemerintah kalah lima negeri dan hilang majoriti 2/3, beliau akan bunuh diri (“commit harakiri”).

      re: “Helen sepatutnya jika jujur memberikan analisa keputusan pd Pru 2004, 2008 dan 2013 supaya dapat dilihat perbedaan 2004 dan 2008……dan faktor faktor kesalahan.”

      Prestasi BN pada 2004 yang paling cemerlang dalam seluruh siri PRU (lihat graf bawah) kerana akhirnya Tun rela berundur, dan rakyat begitu teruja dengan Mr Clean yang menggantikan muka lama 22 tahun itu.

      Klik SINI untuk besarkan.

      Di bawah pimpinan Tun, BN mendapat peratus undi popular PRU:

      – 1982 (60.5%)
      – 1986 (55.8%)
      – 1990 (53.4%)
      – 1995 (55.2%)
      – 1999 (56.5%)

      Di bawah Tun Dol (2004), peratus undi popular bagi BN naik mencanak sampailah mencecah 63.8%.

      re: “Jika Najib kekal sbg PM pd Pru 14, analisa keputusan di atas boleh memberikan kemungkinan keputusan.”

      Najib mewarisi kelemahan-kelemahan pentadbiran Sleepy Dollah. Apabila Najib mengambil alih daripada Pak Lah, kerusi Parlimen Umno hanya 79. Najib berjaya meningkatkan prestasi Umno ke tahap 88 kerusi.

      Yang jatuh terhumban ialah MCA, Gerakan dan parti-parti dominan Cina di Sabah (LDP) dan Sarawak (SUPP).

      re: “Helen mahu pertahankan Najib atau kebenaran???”

      Helen tak nak DAP menduduki Putrajaya, tak nak Papa Dapster jadi DPM dan tak nak Mama Dapster dijulang menjadi Menteri. Tu jer.

  5. KAKAHKA…………dan ini kelentong juga ke…??????

    Pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapati kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) daripada syarikat Malaysia disalahgunakan, dengan sebahagiannya dipindahkan ke beberapa bank Swiss oleh pegawai dari Malaysia dan Emiriyah Arab Bersatu, lapor The Wall Street Journal (WSJ), hari ini.

    Pejabat Peguam Negara Switzerland berkata ia menemui 4 kes salah laku jenayah antara 2009 dan 2013 “menggunakan struktur kewangan yang kompleks”.

    “Jumlah yang disyaki disalahgunakan ialah kira-kira AS$4 bilion,” kata akhbar itu memetik Pejabat Peguam Negara Switzerland sebagai berkata.

    “Tujuan sebenarnya kini menjadi subjek untuk siasatan l

  6. Kak, sekali lagi Kak Helen terpesong jauh dari fakta. Tun bukan sebab utama BN kalah di Kedah, tapi Abdullah Badawi dan menantunya.

    Keluarga saya di Kedah, termasuk saya semua hardcore UMNO, kami terpaksa mengundi pembangkang kerana Dollah & Menantu dah naik hantu, difikir Malaysia ini hakmilik mereka sekeluarga, tanyalah mana2 pengundi BN pun pada waktu itu, sama sependapat dengan kami, dan sekarang UMNO menanggung lagi biawak hidup Semah wal ajibngor.

    Kak patut tengok pula record siapa yang merampas kembali Kedah dari PAS? Ajib? Semah? Mat Basah?

    1. re: “Tun bukan sebab utama BN kalah di Kedah, tapi Abdullah Badawi dan menantunya.”

      Siapa yang melantik Sleepy Dollah menjadi PM kalau bukan Tun?

      Waktu KJ dibawa masuk Bangunan Perdana Putra sebagai Pegawai Khas bapa mentuanya si Timbalan Perdana Menteri, bukannya Tun tak tahu. Tun kan masih PM? Pasti Tun ada fail (dossier) mengenai KJ.

        1. tolak lagi kebelakang…,siapa yg beri kuasa pada Tun selama 22 tahun? Tolak lagi… siapa yg saran ambik Tun balik ke dalam UMNO? tolak lagi… ini semua salah takdir!!!

  7. Sekarang saya memang sekali sekali saja baca blog Helen. Ini disebabkan faktor yang menyebabkan saya menyukainya dulu telah berkurangan.

    Dalam tulisan Helen yang dulu, Helen lebih adil dan tidak memihak. Helen menulis mengikut pendapat dan cita rasa sendiri. Sekarang Helen telah berpihak.

    Secara jujur saya bukan anti Najib tetapi apa yang Najib lakukan, banyak yang saya tidak ‘berkenan’ . Begitu juga geng geng di sekelilingnya.

    Sebagai contoh, cara mereka ‘melayan’ Mukhriz semasa beliau datang ke Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bukan adab dan budaya Melayu!. Sama ada beliau dijemput atau tidak, itu perkara kedua. Orang Melayu tidak pernah ‘menghalau’ aka menghina tetamu/pengunjung.

    Dalam keadaan UMNO ‘ditolak’ oleh ramai orang Melayu, mereka masih bodoh sombong dan masih merasa mereka begitu ‘great’ Sepatutnya setiap orang Melayu, mereka perlu cuba memikat hati mereka untuk terus menyokong. Hendak harapkan bukan Melayu, JANGAN HARAPLAH. Jauh panggang dari api!

    Memanglah cara TDM berkata dan berkelakuan seperti yang Helen paparkan. Tetapi pada saya itu adalah ubat yang pahit tetapi perlu untuk menyembuhkan penyakit! Kalau UMNO terus disanjung dan dipuji puja walaupun yang jelek, makin mereka TAK SEDAR DIRI!

    Keputusan PRU 2008 dan 2013 UMNO/BN masih dikira bernasib baik! Mereka hanya hilang dua pertiga majoriti, bukan KALAH TERUS! ‘Thank God for the small mercy’. Kalau kalah jangan haraplah UMNO/BN akan bangkit lagi!

    Sebagai mantan pembaca setia Helen, saya harap baliklah pada cara penulisan yang dulu. Sokong bila mereka ‘worth it’ dan beri kritikan bila perlu dilakukan!

    Blogger seperti Helen amat diminati oleh Najib dan geng gengnya. Blog Helen antara yang berpengaruh dan diminati serta ramai pengikut. Tetapi jangan lupa pembaca juga pandai menilai.

    Mereka juga akan lari bila mendapati ‘You are not ways its used to be’

    SAYA JUGA TAK HENDAK DAP MENGUASAI PUTRAJAYA. TAPI PADA MASA YANG SAMA, SAYA JUGA TIDAK MAHU PEMIMPIN YANG BANGANG, EGO DAN TELAH HILANG JATI DIRI BANGSANYA

    1. Kak Norlin,

      Dulu pun saya berpihak. Ingat tak? https://helenang.wordpress.com/2013/05/06/bn-rules/ … 235 komen pembaca yang menyambut gembira berita BN menang pada 6 Mac 2013.

      Hanya sekarang ada sesetengah pembaca yang tidak senang saya berpihak kepada Najib dan bukan kepada Tun.

      (1) Memang patut Najib berubah menjadi seorang panglima perang. Andaikata tidak, mungkin BN kalah nanti kecuali kalau boleh diusahakan perpaduan Melayu (bermakna ada kerjasama PAS dengan Umno).

      (2) Ia Tun yang membuli Najib, dan bukan sebaliknya. Sama seperti Tun membuli Dollah Badawi sampai Tun Dol terpaksa meletak jawatan. Waktu itu BN masih ada majoriti 2/3 yang seterusnya hilang. Kali ini, BN dah hilang undi popular sekali.

      Dalam keadaan kita yang genting ini, sudah tiada lagi (breathing space) untuk ‘menyerap’ asakan-asakan Tun. Kalau ditolak terlebih, BN pasti akan tumbang dalam PRU14.

      (3) Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bukannya rumah terbuka. Mukhriz tidak dijemput dan sudahpun dimaklumkan untuk jangan hadir.

      (4) Saya kira pasca-PRU13, Umno tidak harus dipersalahkan atas kegagalan untuk memikat hati orang Melayu. Saya dah kata (dan Pak Zam juga berkata lebih kurang begitunya), Tun bagai dirasuk – begitu kuat dendam kesumatnya terhadap Najib.

      Orang Melayu dihasut untuk membenci Umno dan kerajaan. Perangai sesetengah orang Melayu dah jadi macam orang Cina … “ubah’, “ini kalilah”. Hilang pertimbangan.

      (5) re: “Memanglah cara TDM berkata dan berkelakuan seperti yang Helen paparkan.”

      :) Kan selalu saya cakap terus terang.

      (6) re: “Tetapi pada saya itu adalah ubat yang pahit tetapi perlu untuk menyembuhkan penyakit!”

      Kalau tak jaga-jaga, pesakit yang bernama ‘BN’ itu akan dikuburkan.

      (7) re: “Kalau UMNO terus disanjung dan dipuji puja walaupun yang jelek, makin mereka TAK SEDAR DIRI!”

      Mereka dah sedar tetapi putus akal bagaimana untuk mematahkan serangan Tun. Nak lawan dengan Tun ini ibarat dengan tangan diikat di belakang kerana umur Tun dah melepasi 90 tahun. Bukannya boleh ditangkap warga emas dan dimasukkan dalam lokap.

      Kalau menegur Tun, kita bingkas dicop sebagai ‘biadab’. Diulang-ulang betapa kita semua terhutang budi atas jasa-jasa beliau. Tun ada imuniti. Najib yang terhimpit.

      re: “Kalau kalah jangan haraplah UMNO/BN akan bangkit lagi!”

      Betul kata Kak Norlin. Bab ini saya setuju 101 peratus. Tengoklah di Selangor sebagai contoh.

      re: “Sebagai mantan pembaca setia Helen, saya harap baliklah pada cara penulisan yang dulu. Sokong bila mereka ‘worth it’ dan beri kritikan bila perlu dilakukan!”

      Kalau sokong BN, mahu tak mahu kita terpaksa sokong Najib juga. Ketika PRU tahun 2008 dulu, ada penyokong BN yang menolak Sleepy Dollah. Tengok kesudahannya dua kali berturut-turut BN dibelasah.

      re: “Tetapi jangan lupa pembaca juga pandai menilai.”

      Saya kira ada di kalangan pembaca yang kurang bijak dan tidak mengenali yang mana intan, yang mana kaca.

      Mereka boleh tertipu oleh seorang blogger lelaki Melayu pertengahan umur yang menyamar sabagai perempuan kacukan (awek cun). Ada yang termakan dakyah sibertrooper DAP yang menggunakan nama jelmaan Melayu atau orang Islam.

      Cytro DAP banyak memburuk-burukkan arwah Tun Razak dengan pelbagai tohmahan. Namun masih ada yang percayakan cerita karut-marut yang disebarkan tentang Tun Razak.

      Pada hemat saya, pembaca tidak tahu menilai. Kalau orang Cina mampu menilai, tidak akan sampai 95 peratus yang mahu BN diganyang. Tidak akan begitu ramai yang sayangkan DAP dajjal. Orang Malaysia ini terlalu gullible.

      Mereka juga akan lari bila mendapati ‘You are not ways its used to be’

      re: “SAYA JUGA TAK HENDAK DAP MENGUASAI PUTRAJAYA. TAPI PADA MASA YANG SAMA, SAYA JUGA TIDAK MAHU PEMIMPIN YANG BANGANG, EGO DAN TELAH HILANG JATI DIRI BANGSANYA.”

      Ah Jib Gor sudah memperbaiki dirinya. Tidak lagi terhegeh-hegeh untuk menagih undi Cina. Sekarang dia berbaik-baik pula dengan Tuan Guru Hadi. Melawat Hadi di hospital. Juga melawat bekas setpolnya di hospital. Taklah seego mana, kan?

      Beliau anak Tun Razak. Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi?

  8. Jangan dikutuk Mahathir tu. Kalau dikutuk juga, penyokong Mahathir kata itu tindakan biadap. Tapi kalau kutuk Najib, penyokong Mahathir akan kata itu wajar & wajib. Ini sifir politik ala Mahathir. Sama macam demo jalanan haram di zaman Mahathir dan Mahathir sendiri menghalalkan demo jalanan dengan menyertai Bersih 4 di zaman Najib.

    Penyokong Mahathir tak nak dengar kisah kegilaan Mahathir yg jadi punya BN hilang 5 negeri termasuk kedah dlm Pru tahun 2008 yg kesannya terus terasa dlm pru13 melibatkan pengundi Cina. Yg mereka nak dengar kisah2 hebat memuji Mahathir saja walaupun hakikatnya banyak perpecahan dalam UMNO & BN disebabkan selera gila Mahathir & kroni.

    Ingat tu Helen… semat dalam dada hanya artikel memuji kebesaran Mahathir saja yg mahu dihadam penyokong hati kelabu.

    1. Salah satu ciri untuk menjadi pemimpin yang berjaya ialah kekebalan dan kepintaran untuk menghadapi semua cabaran dan mengatasinya dengan berjaya. Walaupun serangan tersebut datang daripada orang yang seperti telah dirasuk.

      Ciri ini memang tidak ada pada Najib. Sebab itulah dia mudah dibuli orang, terutama mereka yang suka membuli seperti TDM . Jangan salahkan pembuli kalau kita tidak ada daya kekuatan untuk menetangnya!!!

      Mengapa TDM dapat bertahan menjadi PM sampai 22 tahun. Turunnya dari takhta PM atas kehendak sendiri bukan dihalau orang! Helen fikirlah sendiri apa sebabnya!

      Sedangkan tentangan yang dihadapi TDM jauh lebih besar dari apa yang dihadapi Najib. Bermula dengan isu Raja Raja Melayu, Kes Salleh Abbas, Perang besar UMNO 1987, Kes Anwar Ibrahim dan kes kes lain. Kalau Najib di tempat TDM, entah ke gunung mana telah dia melarikan diri.

      Saya ungkit perkara ini kerana saya faham mengapa TDM ‘hilang akal’ dengan cara Najib. Cara yang boleh memungkinkan segala yang telah kita capai akan menjadi sia sia. Akan back to zero!. Sedanakan beliau ada Wawasan untuk menjadikan Malaysia negara maju.

      Kenapa diungkit kesah PRU 13 contohnya. Bandingkan situasi yang dialami TDM semasa PRU dua tahun selepas perang besar UMNO. Pada masa itu TDM benar benar kesaorangan. Tidak ada rakan di kalangan pembesar pembesar UMNO. Semuanya seolah olah telah berkerat rotan dengannya.

      Saya ingat pada malam pengumuman keputusan PRU tersebut. Biasanya pemimpin pemimpin UMNO dan ahli ahli telah berkumpul untuk bersama sama mendengar dan meraikan kemenangan. Pada malam itu boleh dikatakan tidak ada pemimpin besar UMNO di situ. Malah TDM sendiri datang lambat ke tempat tersebut.

      Saya ingat TDM terpinga pinga bila penyokong penyokong hendak menjulangnya sebab kemenangan UMNO/BN menubuhkan kerajaan. Masih dua pertiga!!!. Dia sendiri tidak menyangka kemenangan tersebut!.

      Jadi saya berpendapat kalau TDM bagai dirasuk dengan prestasi Najib, itu adalah wajar. Beliau yang beriya iya hendakkan Najib menjadi PM. Orang yang berhak untuk tergelak besar ialah Pak Lah kerana TDM membulinya untuk melantik Najib jadi PM

      Dalam banyak banyak cabaran yang dihadapi TDM, beliau hanya gagal membuktikan Najib pilihan PM yang terbaik!

      He, he, he, tentang blogger yang Helen sebut, tulisan beliau juga amat saya minati. Tak kira lah dia lelaki ke, perempuan ke, menyamar ke atau tidak!

      1. re: “Orang yang berhak untuk tergelak besar ialah Pak Lah kerana TDM membulinya untuk melantik Najib jadi PM.”

        :D

        re: “tentang blogger yang Helen sebut, tulisan beliau juga amat saya minati. Tak kira lah dia lelaki ke, perempuan ke, menyamar ke atau tidak!”

        Geli lah, Kak Nordin. Kalau ianya awek cun yang cakapkan, “I’m going to bed now, it’s so hot I’m not wearing (whatever)” … .

        Tapi bila ianya seorang lelaki pertengahan umur yang mengada-ngada dan menyebut perkara sebegitu untuk meraih populariti di kalangan pembaca lelaki, dan pembaca lelaki pula ghairah mencipta fantasi … then memang eeee geli.

  9. semasa pru ke12 pada 2008, Mukhriz pada mulanya diwar-warkan bertanding di parlimen Langkawi kerana ia merupakan kerusi selamat bagi UMNO. Namun kerana mahu membunuh kareer politik Mukhriz, UMNO Kedah telah menamakan Mukhriz bertanding di parlimen Jerlun, satu kubu kuat Pas. Mukhriz memang tidak diberi sebarang harapan untuk menang di situ.

    Tun M, walaupun sudah keluar dari UMNO tetap juga turun berkempen bagi pihak Mukhriz dan calon2 DUN dalam parlimen Jerlun. Namun sesuatu yang luar biasa apabila keputusan pilihanraya diumumkan. Mukriz telah menang parlimen Jerlun dengan bergaya walaupun buat pertama kali bertanding dalam sebarang pilihanraya sementara semua calon2 UMNO peringkat DUN Jerlun kalah kepada calon Pas.

    Ini memberikan gambaran populariti dan penerimaan rakyat kedah terhadap Mukhriz. Kalau betul Dr. M menghasut rakyat agar tidak mengundi UMNO, sudah pasti Mukhriz turut menjadi mangsa kekalahan di peti undi. Sebaliknya, pemimpin2 UMNO dibawah kumpulan yang sama menentang Mukhriz kali ini telah ditolak oleh rakyat Kedah sehingga Kedah buat pertama kalinya jatuh ke tangan Pas.
    Dan sekiranya kumpulan yang sama diberikan kepercayaan untuk membawa UMNO kedah berdepan dengan rakyat sekali lagi dalam pilihanraya ke14, keputusannya bukanlah terlalu sukar diramal.

    quo vadis UMNO Kedah?

  10. Re :Najib mewarisi kelemahan-kelemahan pentadbiran Sleepy Dollah. Apabila Najib mengambil alih daripada Pak Lah, kerusi Parlimen Umno hanya 79. Najib berjaya meningkatkan prestasi Umno ke tahap 88 kerusi.
    Helen keyakinan pengundi waktu itu sedikit pulih apabila Tun menyokong Najib dan UMNO/BN walaupun mendapat tentangan kuat dari PR dan Anwar tak kan dah lupa kot soalan nya kenapa Tun menentang Najib, you amat jual mahal hingga tak langsung mahu blog pasal 1mdb yang sarat hutang tu bukan setakat itu hal talent corps dan pemandu pun dah tak masuk book… kami masih ingat how you blogs before

    1. re: “you amat jual mahal hingga tak langsung mahu blog pasal 1mdb”

      ,D

      Pada masa yang sama, saya tidak juga mempertahankan 1MDB. Saya senyap jer.

      1. Hi Helen,

        “Saya senyap jer.”

        Good one. There are other priorities.

        Can you possibly email me your email address. I got something relevance.

        Thanks!

      2. Memang penyokong orang tua taksub tapi penyokong DAP dajjal lagi taksub. Tak mustahil kalau menjelang PRU14 99% etnik tertentu menyokong DAP dajjal.

        1. kena update sikit: segolongan etnik tertentu mungkin malas nak

          vote lagi sebab DAP put ada masalah juga. Tak mungkin 99%

          lah. Mungkin 80%?

  11. PRU 14 sesiapa dengan PAS pasti menang.

    DAP tak ubah akan jadi MCA.

    DAP must ubah itself to be relevant.

Comments are closed.