Posted in Protun

Kolumnis J-Star mohon semakan mahkamah terhadap Peguam Negara berhubung siasatan atas Najib

Dalam kenyataan akhbarnya, Zaid Ibrahim berkata beliau hari ini memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula keputusan Peguam Negara yang menutup kes membabitkan penyiasatan ke atas Najib Razak.

Zaid, iaitu seorang kolumnis suratkhabar J-Star, telah menuntut semakan kehakiman (judicial review) berlandaskan alasan AG tidak melaksanakan budi bicaranya dengan berpatutan.

Mantan menteri kabinet tersebut yakin bahawa wujud “keterangan dan bukti yang kuat tentang kemungkinan adanya salahlaku” dari pihak Perdana Menteri.

Zaid mengkehendaki relief daripada mahkamah dalam bentuk perintah certiorari bagi mengenepikan keputusan AG untuk tidak mendakwa PM beserta perintah mandamus untuk mengarahkan AG memulakan prosiding jenayah terhadap PM.

BAWAH: Sarang EvangeliSTAR memang menjulang Melayu-Melayu liberal

Zaid Ibrahim Star

Evangelista ghairah membela Melayu sesat

Presiden Persekutuan Belia Islam Asia, Ustaz Iman Budiman berkata kegiatan Kristianisasi di negaranya Indonesia mensasarkan golongan daif menerusi umpan wang yang dibiayai evangelis Barat, sama seperti keadaannya di Malaysia.

Iman-Budiman2Ustaz Iman (gambar kanan) bersetuju dengan pendapat dan kenyataan Tuan Guru Hadi Awang baru-baru ini berkenaan bahaya dakwah Kristianisasi menerusi tipu helah.

Hadi adalah juga naib ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang diterajui Dr Yusuf Qaradawi.

Sidang media Ustaz Iman yang diadakan semalam di Kuala Nerus, Terengganu adalah sempena lawatannya ke Malaysia, mengikut satu laporan 1 Feb Buletin Online.

Melati Rahim
Ahli DAP Jamila Rahim aka Melati

Jenis Melayu yang dibela oleh DAP

Pencacai-pencacai Melayu yang diupah oleh parti evangelis itu kian bertambah. Siapa dia Melayu yang suka dipungut oleh DAP?

Sepertimana pendakwah Kristian, DAP turut memungut Melayu-Melayu yang sesat, termasuk yang rela menjadi ‘mole’ atau operatif perisik mereka dalam Umno untuk menyalurkan maklumat sumber (sources info).

Dan ada juga blogger Melayu yang begitu dahagakan dedak DAP – setelah dia ditolak ‘perkhidmatan’nya oleh bos-bos Umno – sehinggakan apa sahaja pun kini sanggup dijilat.

Dah lah seorang lelaki Melayu itu menyamar sebagai perempuan. Gara-gara blognya sekarang ini dijadikan wadah cytro DAP dan Cina ultra, pula dia menonjolkan diri lebih Cina dari Cina.

Yang benar itu tetap hak, dan yang songsang itu tetap batil. Tuhan maha mengetahui.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

11 thoughts on “Kolumnis J-Star mohon semakan mahkamah terhadap Peguam Negara berhubung siasatan atas Najib

  1. “Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah atau suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.”
    (dari al-Halal wa al-Haram fil Islam, Dr Yusof al-Qardawi)

    Pada hukum Islam rasuah adalah haram, berdasarkan fatwa yang qat’ie (putus) dari ijmak ulamak dicungkil dari dalil al-Quran, as-Sunnah. Allah Azza wa Jalla berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
    “Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (bermaksud rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau merampas) harta manusia dengan (amalan) dosa, padahal kamu mengetahui (kebatilannya).”

    “Dari Abi Hurairah r.a., ia berkata sabda Rasulullah s.a.w.:
    “Apabila terhilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat. Maka bertanya seorang lelaki: Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah s.a.w.: “Iaitu apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan”.
    (riwayat Al-Bukhari).

    Komen: Yang bukan ahlinya bermakna pihak yang tidak memerhatikan dan tidak mengamati isu2 “hak dan tanggung jawab” mengenai sesuatu jawatan atau urusan itu.

  2. Nak tanya lah, boleh ke mahkamah persekutuan buat semakan terhadap keputusan yang TIDAK disebut dimana-mana mahkamah di Malaysia ?

  3. To me Zaid is just trying to get some attention and his act will again give the opposition more bullets to twist and spin more issues. The power to prosecute rest with the Attorney General and , when after going through the investigation paper (IP), If he found not enough or no evidence to charge a person, then he will direct the investigating party to NFA (no further action) and that party will have the IP kept for filing under NFA. This is just a normal procedure as there are thousands of cases which had been NFA and filed due to lack of evidences or untraced witnesses. The public should know that not all cases investigated by the authorities must be or will be prosecuted in a court of law. Weak cases will never be brought to court as I am sure the AG will not want 50% of his cases thrown out or acquitted and laughed at by the defending counsels. It is easier said than done as the prosecutor had to prove a case beyond reasonable doubt and that’s a very high standard of proof to achieve.

    The court have no power to order an IP to be sent to him with the view to a prosecution as accordingly, separation of powers in the Judiciary is clear. The court cannot direct the police or MACC to investigate further when there is not enough evidence. The court will just throw out the case, if the case brought before it is weak. Only the AG can direct the police or the MACC to do further investigations to clarify or connect certain evidences before he decide to charge a person in court.The court will only hear cases which had been brought to it by the AG or his representatives that is the Deputy Public Prosecutors. Nobody can be a judge and a prosecutor at the same time that is to say that you cannot prosecute a case and then sit as a judge on that same case. The judge and the prosecutor have totally different functions. Therefore the judge cannot question why the AG do not want to prosecute a certain case as that is not his business.

  4. I always feel sorry for this Zaid. He wants to be a leader, but the political party he founded didn’t last long, in fact it was only a momentary blip on the local political radar before he abandoned the sampan himself. He wants to portray himself as a good, successful lawyer, but then his firm couldn’t have survive without those contracts from UMNO (you can ask Tun Mahathir about that ok). Zaid also wants to be seen as a “liberal” Muslim but then Tun Mahathir himself had said in the past that the Nabi Muhammad SAW preached only one Islam. Not Islam Hadhari, not Islam liberal and fucking what not. Last but not least, Zaid tried so hard to be a successful Malay. Well, keep on trying you beer-belly idiot.

    Mufti Pahang said DAP is anti-Islam. DAP had threatened to sue the mufti since LAST YEAR. Still trying to figure things out using Microsoft Excel I guess. Hahahahahahaha!

    Love,
    Pwincess

  5. Please do not falter Helen. Keep up the good work of exposing the hypocricy of ProTun dan Pakatoons. Your analysis is like a beacon of hope within the shrouded mist of nastyness and deceits. Always remember that you will always have the support of Malaysians :) :)

  6. Helen,

    Do you know who else in The Star are ProTun and Pakatoon supporters in sheep’s clothing?

    Gene

  7. Bahkan seorang perompak pun, adakalanya dia berkata benar. Sedangkan kita yang tidak membunuh orang pun, kerap[ berbohong. Begitulah dengan Zaid Ibrahim. Isu yang dia bawa ke mahkamah tidak boleh kita katakan ianya salah atau kerana sesuaut sebab lain, biar mahkamah putuskan. Mengapa menghina??
    Sedangkan kita yang tidask menipu ini pun hanya membisu apabila pemimpin dan PM kita menerima tunai RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau, di mana jika sebagai PM selama 6 tahun, tak mungkin Najib dapat mengumpul RM42 juta dari pendapatan beliau yang sah. Malulah ……kerana orang yang “kurang baik” berbuat sesuatu yang mulia.

    1. (1) “Isu yang dia bawa ke mahkamah tidak boleh kita katakan ianya salah atau kerana sesuaut sebab lain, biar mahkamah putuskan.”

      Pwincess: Mahkamah nak putuskan apa? Hakim di mahkamah kena putuskan supaya Peguam Negara buka kes dan dakwa PM untuk dihakimi oleh mahkamah yang buat keputusan tersebut? Lawaknya.

      (2) “Mengapa menghina??”

      Pwincess: Eh, mana ada hina? Ini hak kebebasan bersuara. Kalau tak percaya cuba tanya geng BiaDAP.

      (3) “Sedangkan kita yang tidask menipu ini pun hanya membisu apabila pemimpin dan PM kita menerima tunai RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau,”

      Pwincess: Oh, cerita dah tukar skrip ya? Hari tu ada org riuh satu kampung tuduh RM42 ribu juta (billion) dah lesap into thin air. Sekarang, bila dah dibuktikan RM42 ribu juta (billion) itu sebenarnya salah dan tidak lesap tanpa dikesan, maka terpaksa la tukar skrip dan jadi RM42 juta (million). Ada banyak beza tau antara BILLION dan MILLION ya, so jangan gabra tukar skrip.

      (4)”di mana jika sebagai PM selama 6 tahun, tak mungkin Najib dapat mengumpul RM42 juta dari pendapatan beliau yang sah.”

      Pwincess: Oh ya? Jika begitu boleh juga dianggap bahawa mustahil untuk anak-anak seorang bekas Perdana Menteri untuk mengumpul wang sehingga berbillion-billion banyaknya tanpa pengaruh politik bapa mereka kan?Dulu, ada seorang mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Kewangan telah mengisytiharkan bahawa beliau dipecat kerana beliau enggan memberikan RM 2 ribu juta (BILLION) untuk menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak bekas seorang Perdana Menteri. Dengarnya, mantan Menteri Kewangan tersebut hanya bersetuju dengan RM 1 ribu juta (BILLION) sahaja wang rakyat digunakan untuk menyelamatkan syarikat anak bekas Perdana Menteri tersebut. Wah, mesti besar kan syarikat tu sehingga memerlukan RM 2 ribu juta (BILLION) untuk diselamatkan? Mampukah seseorang mengasaskan syarikat sebesar itu dalam tempoh masa yang singkat tanpa sokongan politik? Ada rasa malu tak? Berapa perbezaan antara RM 2 ribu juta dan dakwaan RM 42 juta tu? Pukul dulang paku serpih………

      Love,
      Pwincess.

Comments are closed.