Posted in Protun

Jahat betul orang yang main cakap ikut suka tentang Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan dividen sebanyak lima peratus bagi para pendepositnya. Pengumuman kelmarin secara langsung dan sekaligus menangkis fitnah bahawa agensi Islam tersebut menghadapi masalah kewangan.

Sebelum ini, puak pembatu api telah cuba menimbulkan rasa sangsi dan gusar orangramai menerusi tohmahan bahawa TH sudah tidak lagi mampu membayar bonus.

Perbuatan mereka disifatkan sebagai “permainan lidah tak bertulang” oleh Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali (gambar).

Dr Noor Azmi Bagan Serai
Foto kredit: BNBBC

Propaganda berniat meracuni fikiran supaya curiga dan benci

“[Mereka] main cakap ikut suka dan besar-besarkan berita yang tak pasti,” ujar Dr Azmi ketika ditemuramah oleh BN Backbenchers Club.

Bercakap tentang usaha untuk “meracuni fikiran rakyat dan khusus umat Islam supaya curiga dan benci kepada kerajaan”, beliau menjelaskan bahawa pihak pembangkang sengaja mencipta persepsi seolah-olah pengurusan TH terbabit salah laku tadbir urus sehingga hampir membawa kepada muflis.

Katanya, tindakan ops hitam untuk menggugat keyakinan terhadap institusi-institusi Islam ini dilakukan tanpa kesudahan untuk mengkucar-kacirkan masyarakat Islam, menurut laporan BNBBC semalam bertajuk ‘Waspada selalu racun permainan persepsi pembangkang‘.

“Rakyat jangan lagi percaya dan terpedaya dengan cerita karut pembangkang,” tambah YB Bagan Serai tersebut seraya menasihatkan orangramai supaya tahu melihat dan menilai niat serangan yang memburuk-burukkan segala badan berkaitan kerajaan.

Dr Azmi juga dilaporkan BNBBC telah menggesa khalayak umum, terutamanya umat Islam, agar senantiasa beringat dan memahami ancaman “peluru” DAP yang akan disasarkan terus-menerus kepada BN sepanjang dua tahun ini dan sehingga sampai ke kemuncaknya pada PRU14 nanti.

Tabung Haji dividen

Protun dah dekat dua kali lima dengan Dapsters

Bukan setakat Dapsters saja yang main cakap ikut suka dan selalu menggembar-gemburkan cerita yang tidak mempunyai sekelumit pun bukti kesahihannya.

Sekarang ini pula, si Protun yang terikut-ikut jejak langkah jahat pembangkang.

Melihat balik kepada bab gambar ‘palsu’ seorang pemain catur Grandmaster Hong Kong, mungkin babak kontroversi tersebut masih segar dalam ingatan blogger-blogger Umno. Remaja Cina itu diuar-uarkan sebagai penuntut yang dicabuli bersabit dakwaan terhadap anak lelaki Guan Eng beberapa tahun lepas.

Gambar gadis tersebut telah disebarkan oleh RBA kepada blogger Umno yang terpedaya oleh teknik licik agen dajjal sebagai red herring ataupun kaedah untuk mengalih perhatian daripada mangsa yang sebenar … kalaulah peristiwa itu betul (tak ada angin masakan pokok bergoyang, kan?).

Komen boleh dibaca seterusnya @ https://helenang.wordpress.com/2016/01/31/perpaduan-ummah-is-the-most-important-objective-now/#comment-167981
https://helenang.wordpress.com/2016/01/31/perpaduan-ummah-is-the-most-important-objective-now/#comment-167981

Teknik RBA tidak lari dari playbook ala Mossad

Lebih kurang dua minggu lepas, OutSyed the Box telah mendedahkan bahawa seorang blogger Protun sebenarnya lelaki Melayu pertengahan umur yang ghairah menyamar diri sebagai awek cun berbangsa kacukan.

Dan sejak dua menjak ini, blog milik blogger Protun tersebut sudah berjaya di’ubah’ menjadi sarang Dapster setelah tuan adminnya ‘Annie’ tampak sedia bersekongkol dengan Cina ultra.

Gara-gara bersepakat dengan para pengomen Dapster, Life of Annie larat dipengaruhi perangai pembangkang yang merupakan pemfitnah tegar.

Blog Annie bukan sekadar didokong kuat oleh operatif Dapster pada masakini malah ia dibenarkan untuk diperalat mereka dengan tujuan melaksanakan psywar anti-kerajaan. Juga diulang-ulang pelbagai pembohongan Dapster terhadap saya, yang rela disiarkan oleh Annie bersubahat.

Untuk mengalih perhatian daripada pendedahan Syed Akbar Ali bahawa Annie itu lelaki, RBA pun merekayasa dakyah bahawa blogger lelaki yang dimaksudkan SAA adalah sebaliknya Helen Ang.

Ianya satu operasi false flag yang begitu licik sekali, ibarat contoh yang pernah dijalankan sebelum ini oleh pencacai-pencacai Komtar.

Dalam pada itu, Annie terus cuba menegakkan benang basah dengan beriya-iya mengakui dirinya golongan kaum Hawa.

Perkembangan di atas membayangkan betapa Protun kian hari kian hilang pedoman. Setelah berjalan makin rapat dan sehaluan dengan DAP neo-Zionis, si Protun sudah tidak segan-silu lagi untuk berbohong dan asyik menipu — sebiji macam RBA.

DAP itu dajjal. Protun turut mencermin taktik-taktik kotor dan jijik puak Dapsters. Kesian tengok bagaimana Protun boleh begitu mudah untuk diselewengkan hanya kerana belenggu dendam kesumat.

Advertisement

Author:

I have no Faceook or Twitter.

46 thoughts on “Jahat betul orang yang main cakap ikut suka tentang Tabung Haji

  1. Apa nak diherankan Helen, dah dikatakan lidah tak bertulang. Boleh cakap apa saja yg disuka. Ada yg jadi kenyataan walaupun dinafikan sekeras2nya, ada yg sekadar tin kosong.

    Ada juga yg dinafikan selembut2nya, sekadar ‘saya tak tau’ tapi tiba2 keluar pulak berita yg 2.6Benda tu dah dibagi balik sejak tahun 2013 lagi. Ini pun kes lidah tak bertulang jugak.

    Bila ada sesuatu isu yg tidak diberi penerangan yg sejelas2nya, maka timbullah berbagai spekulasi. Dan musuh lah yg selalunya mengambil peluang ini untuk kepentingan diri atau politik masing2.

    Sebab itulah kita perlu jujur dan ikhlas, transparent dan jelas dalam membuat sesuatu, terutama sekali yg berkaitan dengan orang ramai.

  2. entah la helen. kalau bukan islam sakit hati dengan Islam, itu lumrah seperti apa yang terdapat dalam Al-Quran. yang hairan, tabung haji yang sah milik orang Islam dan ditubuhkan untuk membantu rakyat malaysia beragama Islam mengerjakan haji juga diserang oleh orang yang beragama Islam. sehingga ada makcik2 dan pakcik2 kat kampung yang mengeluarkan sebahagian deposit haji mereka kerana takut hilang. tak kurang juga yang cerdik pandai, tetapi termakan hasutan lalu mengeluarkan simpanan dalam tabung haji kerana berjaya disakitkan hatinya. malangnya orang Islam di malaysia, lebih rela sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan juadah fitnah.

    1. re: “malangnya orang Islam di malaysia, lebih rela sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam dengan juadah fitnah.”

      Sebab dajjal pandai menyamar.

      1. Bukan saja pandai menyamar tapi juga pandai fitnah, pandai menipu. Bukan orang Melayu saja yang dipesongkan, bangsa saya sendiri, yang 95% tu dah 2 penggal dipesong oleh puak dajjal tu. Dah takde harapan lagi bagi bangsa saya yang 95% tu. Kalau Melayu tak berhati-hati, Melayu pun akan jadi yang 95% tu, dihidang lauk fitnah sehingga yang 95% tu sampai sudah jadi tak waras lagi, dibelenggu dendam rekaan dan ditaja oleh puak dajjal kesumat tu.

  3. Puan Ang……adakah anda penyimpan wang untuk pelaboran di TH……….????
    Kita menyimpan wang memang dengan tujuan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, tidak gitu….???.
    In the first place, tabung haji ialah sebuah TABUNG.
    Sebagai tabung, ia tak patut digunakan untuk tujuan perniagaan. Ini sudah lari darpada matlmat asal penubuhannya, iaitu untuk pengurusan orang menunaikan ibadah HAJI.
    Oleh kerana TH sudah melebarkan sayap bukan lagi sebuah TABUNG tapi sebuah badan perniagaan sama seperti institusi pelaboran kewangan lain iaitu KWSP, PNB, insuran, Unit trust dan bank-bank, orang menyimpan di TH bukan lagi dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah HAJI tetapi untuk mendapat dividen tinggi mengatasi simpanan tetap di bank-bank..
    2. Kebanyakan orang menyimpan diTH kerana di ASB simpanan dibenarkan tidak melebihi Rm200 ribu, jadi kenalah mencari alternatif lain yang lebih tinggi. Boleh disimpan di ASW tetapi oleh kerana TH menawarkan dividen lebih tinggi setiap tahun, orang memilih TH bukan ASW di PNB atau Unit Trust yang turun naiknya bergantung kepada bursa saham KL.
    3. Ada juga menyimpan di TH kerana TH bukan sahaja memberi dividen tinggi, bakan siap membuat potongan zakat dan untuk mendapat pahla menolong orang lain mengerjakan ibadah haji.
    Namun, manusia memang asasnya tamak sebab itu ramai yang menyimpan di TH dengan tujuan mendapat dividen tinggi. Saya sendiri menyimpan di TH kerana dividennya. Saya mengeluarkan semua wang simpanan dari KWSP untuk pelaboran masa tua. Saya tentulah tidak mahu melihat wang simpanan masa tua saya habis ranap oleh pelaboran yang tidak beretika. Sebab itulah ramai pelabor macam saya, akan memindahkan simpanan pelaboran kami di TH kepada institusi lain yang lebih meyakinkan.
    Tak payahlah nak sibuk cakap pasal FITNAH. Orang akan memindahkan wang di bank atau di mana-mana pun kalau timbul macam-macam spekulasi di kalangan lembaga pengarahnya. Apatah lagi kalau memang diketahu ada antara lembaga pengarah yang tidak berkelulusan sesuai, tidak amah dan menyalahgunakan kuasa.

    Sekian, terima kasih

    1. (1) “In the first place, tabung haji ialah sebuah TABUNG.
      Sebagai tabung, ia tak patut digunakan untuk tujuan perniagaan. Ini sudah lari darpada matlmat asal penubuhannya, iaitu untuk pengurusan orang menunaikan ibadah HAJI.”

      Pwincess: Idea penubuhan TABUNG Haji ialah untuk memastikan umat Islam di Malaysia dapat menunaikan tuntutan rukun Islam tanpa perlu bergolok-bergadai dan jual tanah milik mereka. Cuba bandingkan masa dulu dan sekarang, jika tiada TABUNG Haji, mesti trend dahulu dimana umat Islam pergi ke Mekah dan balik semula ke Malaysia dengan kehilangan sejumlah harta mereka, seperti tanah, rumah etc. Lebih malang lagi jika terpaksa tanggung hutang. Jika tabungan dana pendeposit kekal dan tidak dapat dilaburkan, sama ada dalam bentuk pelaburan secara langsung atau tidak langsung, baik simpan suit bawah tilam kat rumah, sebab duit tu tak bergerak dan tiada penambahan nilai dapat dilakukan. Ini bermakna, objektif asal untuk membantu lebih ramai umat Islam menunaikan haji tidak kesampaian. Kalau tak percaya, keluarkan duit dari TABUNG Haji dan simpan dalam TABUNG CAP AYAM kat rumah, tengok kumpul berapa lama baru dapat pergi haji. Nak menulis tu sila guna otak.

      (2) “Oleh kerana TH sudah melebarkan sayap bukan lagi sebuah TABUNG tapi sebuah badan perniagaan sama seperti institusi pelaboran kewangan lain iaitu KWSP, PNB, insuran, Unit trust dan bank-bank, orang menyimpan di TH bukan lagi dengan tujuan untuk mengerjakan ibadah HAJI tetapi untuk mendapat dividen tinggi mengatasi simpanan tetap di bank-bank”

      Pwincess: Sila rujuk jawapan Pwincess untuk soalan satu di atas. Kalau sakit hati sangat dengan TABUNG Haji, sila mulakan menabung di rumah atau bawah tilam, dengan harapan nilai tabungan itu akan bertambah secara purata sebanyak 5% setahun kerana diperam sedemikian.

      (3)”Kebanyakan orang menyimpan diTH kerana di ASB simpanan dibenarkan tidak melebihi Rm200 ribu, jadi kenalah mencari alternatif lain yang lebih tinggi. Boleh disimpan di ASW tetapi oleh kerana TH menawarkan dividen lebih tinggi setiap tahun, orang memilih TH bukan ASW di PNB atau Unit Trust yang turun naiknya bergantung kepada bursa saham KL.”

      Pwincess: Pulak? Ni nak yg mana satu ni? Kalau gian sangat nak jadikan TABUNG dan bukan untuk dapatkan dividen serta keuntungan lain, kenapa sibuk komen pasal definisi penubuhan Tabung Haji in the first place? Kalau Tabung Haji kena bagi dividen yang tinggi, takkan diorang nak peram je duit tu dan baca doa secara beramai-ramai 365 hari setahun dengan harapan nilai tabungan bertambah? Mestilah kena buat pelaburan dan perniagaan yang sewajarnya. Kenapa tiada alternatif pulak? Ada alternatif, simpan kat rumah bawah tilam lah, tadi cakap tak boleh jalankan perniagaan. Cakap putar alam. Ke awak ni spesis suka bergurau macam Rafizi Ramli?

      (4)”Ada juga menyimpan di TH kerana TH bukan sahaja memberi dividen tinggi, bakan siap membuat potongan zakat dan untuk mendapat pahla menolong orang lain mengerjakan ibadah haji.”

      Pwincess: Setakat macam tu, simpan sendiri kat rumah pun boleh. Tapi isunya disini, simpan duit di TABUNG Haji sebab nak nilai tu bertambah melalui dividen kan? Kalau Tabung Haji tak buat pelaburan atau perniagaan, nak tambah macam mana? Dengan doa?

      (5) “Namun, manusia memang asasnya tamak sebab itu ramai yang menyimpan di TH dengan tujuan mendapat dividen tinggi. Saya sendiri menyimpan di TH kerana dividennya. Saya mengeluarkan semua wang simpanan dari KWSP untuk pelaboran masa tua. Saya tentulah tidak mahu melihat wang simpanan masa tua saya habis ranap oleh pelaboran yang tidak beretika. Sebab itulah ramai pelabor macam saya, akan memindahkan simpanan pelaboran kami di TH kepada institusi lain yang lebih meyakinkan. Tak payahlah nak sibuk cakap pasal FITNAH. Orang akan memindahkan wang di bank atau di mana-mana pun kalau timbul macam-macam spekulasi di kalangan lembaga pengarahnya. Apatah lagi kalau memang diketahu ada antara lembaga pengarah yang tidak berkelulusan sesuai, tidak amah dan menyalahgunakan kuasa.”

      Pwincess: Awak pun tak payahlah nak bagi ceramah sangat, konsep dan idea asal penubuhan TABUNG HAJI pun tak faham. Ini kalau tanya pasal GST, sure kantoi sebab dah kena brainwash jd macam zombie. Bodog sombong je.

      Love,
      Pwincess.

      1. Dear Pwincess……….
        Sekarang TH terbagi 2 bahagian – bahagian pertama untuk urusan IBADAH HAJI. I have nothing against bahagian pertama. Memang ini tujuan asal TH ketika Prof.T.Aziz menubuhnya dulu. Ketika itu TH tidak tercemar lagi dengan pengelibatan politikus sebab masih baru, belum berkembang macam sekarang.
        Bahagian kedua pula PELABORANNYA. Tidak salah TH melabor tetapi pastikan board of dirketornya terdiri daripada profesional yang pakar dalam hal pelaboran, bukan politikus dan AG yang tiada latar belakang mahu pun kelulusan dalam dunia perniagaan. Dengar khabar ijazah Pengerusinya dibeli dan sedih sekali tiada Universiti berkaitan di US jadi terpaksa di delete daripada resumenya untuk elak malu. Ini penipuan kecil tetapi memberi persepsi besar dalam kepercayaan pelabor. Kami mahu profesional mengurus pelaboran TH sebab wang yang kami simpan datang dari titik peloh yang halal. Kerana diurus oleh orang yang tidak profesionallah TH menghadapi masalah.Saya baca di blog lain – TH terpaksa jual assetnya di London untuk membayar dividen 5%+bonos 3%. Bagaimana tahun depan – apa yang nak dijual lagi……????
        Oh ya, masih ada tanah trixx………tapi bila tanah itu pun terjual, risikonya ialah wang kami.

        1. Tabung Haji board of directors

          (1) Ismee Ismail – chartered accountant, previously TH’s senior general manager for finance

          Also non-exec director of KFC, see Bloomberg

          (2) Syed Jamalullail Anwar (second name in Bloomberg listing but not sure if his status is current) – chartered accountant …

          http://www.nestle.com.my/aboutus/nestle_in_malaysia/board_of_directors/boardofdirectors_01

          “He was also the former Chairman of Media Prima Berhad, MRCB Berhad, DRB-Hicom Berhad, EON Bank Berhad, Uni Asia Life Assurance Berhad, Uni Asia General Insurance Berhad, and the Executive Chairman of Realmild (M) Sdn. Bhd. and Radicare (M) Sdn. Bhd. He was also an independent director of Maxis Communications Berhad and Bangkok Bank Berhad. Currently, Tan Sri is the Chairman of Cahya Mata Sarawak Berhad, Lembaga Zakat Selangor, Pulau Indah Ventures Sdn. Bhd. (a joint venture company between Khazanah Nasional Berhad and Temasek Holdings of Singapore), and Malakoff Corporation Berhad.”

          Untuk mengetahui kelayakan profesional barisan pengurusan kanan TH, baca @ http://www.tabunghaji.gov.my/barisan-pengurusan-kanan-th

          Sekiranya CikKiah57 masih nekad mempertikaikan kewibawaan dan kebolehpercayaan pengurus-pengurus TH, saya cadangkan Puan ikut saja syor yang dibuat Pwincess dan simpan duit di bawah tilam.

        2. Sudahla cikkiah57, mengeja pun tak betul, ada hati nak bg komen dan pertikaikan kredibiliti org lain. Cakap berbelit2, kejap tulis TH x boleh melabur, lepas tu bila kantoi tulis TH boleh melabur pulak. “Pelaburan” lah, bukan “Pelaboran”. Ko lulusan SJKC ke?

          Taraf pendidikan? Habis tu si Mat Sabu tu apa kelulusan yg dia ada sampai kerajaan biaDAP lantik dia sbg Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan juga Penang International Halal Hub? Bila TH beli asset korang bising, bila ada fitnah TH jual asset pun korang bising jugak. Bodoh lah cikkiah57 ni, tahu nak cari salah je.

          Go Pwincess go!!

  4. Niat asal sebenar menyimpan adalah untuk kegunaan mengerjakan haji ke Mekah dan mendapat subsidi dari Tabung Haji. Bukan untuk melabur dan berangan nak dapat untung besar.. Ada rakan yang withdraw sebab katanya Tabung Haji dah tiada duit. Takut semua duit simpanan lesap. Ada jugak orang yang ” cerdik pandai” berfikiran begini ya..

    1. Niat orang yang menyimpan di TH semuanya BAIK. Malangnya, niat baik ini telah dipergunakan oleh golongan politikus untuk mengisi tembolok dan menyelesaikan masalah politik dan kewangan mereka. Wajarkah niat baik kita disahgunakan….???
      Bukan ini tujuan Tengku Aziz menubuhkan TH . TH tak wajar dipergunakan oleh orang politik. Ia tabung untuk orang Melayu menyimpan dan melabor wang. Lembaga pengarahnya sepatutnya bukan orang politik tapi profesional yang pakar dan mahir dalam pengurusan wang dan pelaboran. Baru betol

      1. Orang politik pun menyimpan di Tabung Haji. Cuba tengok si Rafizi Ramli tu, dia sendiri isytihar sebelum ini ada simpanan hampir RM500,000 dalam akaun Tabung Haji. So, mari kita lihat dia dah keluarkan deposit dia dari Tabung Haji atau belum, sebab dia jugak yang tuduh Tabung Haji dah takde duit sampai tak mampu bayar dividen kan?

        Mungkin tu salah satu gurauan berbaur fitnah si Rafizi kot?

        Love,
        Pwincess.

    2. “Ada rakan yang withdraw sebab katanya Tabung Haji dah tiada duit.”

      Setakat ni, ada bukti ke Tabung Haji tiada duit? Atau itu hanya berasaskan adu-domba dan fitnah kepada satu institusi pelaburan untuk umat Islam di Malaysia, disebabkan kejayaannya telah dijadikan model oleh banyak negara Islam lain. Takpelah, cakap kat kawan awak tu, tahun lepas pun org tuduh Tabung Haji tiada duit, tapi berapa ramai jemaah yang dapat ke Mekah. Tahun ni kita tengok lagi, berapa ramai yang tak dapat ke Mekah kalau betul TH tiada duit.

      Kalau TH tu tiada duit untuk hantar org ke Mekah, kerajaan Malaysia takkan setiap tahun cuba melobi kerajaan Arab Saudi untuk tambah kuota haji bagi rakyat Malaysia. Ini soal haji, bukan fitnah 40,000 bangla yang dikatakan jadi pengundi hantu PRU-13 tapi sampai sekarang seorang pun belum jumpa.

      Love,
      Pwincess.

      1. So, we will see what will happen in the future.
        Meanwhile I tak mampo memperjudikan duit hasil titik peloh. Ini duit simpanan masa tua, dilaborkan dengan tujuan mendapat dividen yang halal untuk meneruskan hidup. Rakyat marhaen tidak ada sumber lain macam orang politik. Beratus ribu duit hilang di TH tak mengapa, masih ada projek itu dan ini atau dedak yang ditabur. Bagi kami, kalau duit simpanan masa tua hangus, macam mana nak hidup?
        Saya bukan ada pencen, jadi elok saya pindahkan duit saya sehingga saya betul-betl yakin TH diurus dengan baik oleh golongan yang benar-benar profesional.
        Jangna marah saya dan geng-geng macam saya. Kami hanya menjaga kepentingan kami, sama macam anda menjaga kepentingan dalam parti anotan anda anda.

        1. re: “Rakyat marhaen tidak ada sumber lain macam orang politik.”

          Selain Azeez, siapa lagi dalam TH orang politik? Boleh tolong beri senarai nama?

          1. Saya bukan sengaja nak timbulkan sebarang keraguan berhubung CikKiah57. Maklumlah ramai dari pihak pembangkang ni menyamar sebagai orang Melayu. Ini pula muncul komenter baru dengan nama CikKiah57 yang berhujah seolah-olah dia ni orang Melayu.

            1. re: “Ini pula muncul komenter baru dengan nama CikKiah57 yang berhujah seolah-olah dia ni orang Melayu.”

              They now proliferate in ‘that’ Protun blog but use English, muahahahaha … so transparent.

              1. Saya yakin ramai jejaka Melayu yang terkilan setelah mengetahui awek cun disebalik blog tu rupa-rupanya seorang lelaki Melayu. Apa pun saya ingin mengucap tahniah kepada pihak pembangkang kerana penguasaan bahasa kebangsaan puak pisau mereka kian meningkat. Sekarang ni kalau mereka berhujah dalam bahasa kebangsaan tidak ramai yang akan syak mereka ni bukan Melayu. Tahniah !

        2. Betul tu cikkiah57, sila lah pindah duit ko tu simpan dlm tempayan. Pi bagi duit tu pada si Tony Pua pengecut utk dia laburkan, dia kan pandai bab2 kewangan ni sama mcm dia uruskan syarikat dia dulu tu. Lagi bagus, ko uruskan sendiri atau bukak je Tabung Cik Kiah dan laburkan utk mangkuk2 hayun yg satu kumpulan dgn ko. Selamat menunaikan haji cikkiah57 yg bodoh.

  5. “DAP itu dajjal. Protun turut mencermin taktik-taktik kotor dan jijik puak Dapsters.”

    Apa nak pelik Kak Helen? Mufti Pahang sendiri dah cakap yang DAP tu anti-Islam, obviously lah mereka memang giat mendajjal ke seluruh tanahair.

    Protun? Hmmmmm, according to juak-juak Reformashit dulu, Tun Madey tu Mahafiraun, so penyokong Mahafiraun mesti lah tertarik dengan golongan dajjal anti-Islam macam DAP kan? Tapi sekarang, golongan Reformashit mmg sayang sgt dekat geng2 Mahafiraun, termasuk lah Mr. Botox Bangang (suami Mrs. Botox Pelakon Expired) yg pernah tulis buku 50-Dalil tu. Lawak betul la diorang ni, duit dan kuasa punya pasal.

    Love,
    Pwincess

        1. Nobody’s saying the Protuns will vote DAP.

          However, a Malay fence-sitter who casts a protest vote (i.e. spoils his ballot) or stays at home (abstention) is a vote lost to the BN.

    1. Islam1st,

      Many Malays are walking into trap st up by DAP. DAP repeatedly said that no way Chinese(DAP) can take over the political power.

      Such statements lead Malays to be in “comfort” zone. They think the same too. How can Chinese (meaning DAP) takes over the political power as the the Chinese forms around 25% of Malaysian populations.

      THE OPPOSITE IS THE TRUTH.

      DAP can take over. No need for DAP to go all out to woo the Mlays. as long as there are morons like Mohd Sabu, rafizi or Mujahid slandering , it is quite possible for DAP to take over.

      MALAY DILEMMA

      1) Anger in the heart
      And it is “immortalised” by none other than Tun himself. So angry TUn to Najib that he(Tun) is prepared to wage war against UMNO. Tun manages o inflict damage to the very party that he led for 22 years and in the process hand over the prized Selangor to PKR and Penang to DAP.

      Tun paints a very bleak future of UMNO. Has he no “nostalgia” towards UMNO. Is UMNO that bad?

      2) Slandering

      Despite reminding Malays that its goal is Islam, PAS has no qualm in slandering. Years ago, Harakah already attacked Tabung Haji. Harakah put as its headline that salary for Tabung Haji (Izmee Ismail) as RM80000. PAS , in order to spite UMNO, attacked Izmee. What is wrong for CEO to receive such amount?

      And now Mujahid initiated the attacking of Tabung Haji . Instead of getting the info from management of Tabung Haji, Mujahid chose to question Tabung Haji in social media, this starting another session of Tabung Haji(and Malay bashing).

      I would not want to waste time mentioning Rafizi. He is no doubt “BERANI”. RAFIZI ONLY IGNORE THE SECOND CONDITION: IMAN.

      Once I read a novel “infidel”. It was about a 11th century Christian girl who lives in Muslim household. The Christian girl, Jimena was the wife of el Cid, a Christian knight who was ruthless and fighting arabs in Spain.

      One day, El Cid attacked a Muslim town and in the process killed a woman. The woman’s husband, a scholar by the name of Hassan vowed to take revenge. He kidnapped Jimena.

      Hassan brought Jimena to live with him as his slave.Jimena told the stories of Hassan many attempts to advise Arab Emirs not to help Castilian Christians to attack other Muslim held territories.

      But his advices were rejected. Arab Emirs were more interested in attacking other Muslim held states. they ignored the fact that by helping Christians to attack other Muslim held states, they(Arab emirs) were weakening Muslim political positioning.

      Their habits were repeated many many times over many centuries. And in 1492, the last Muslim state, Granada, was invaded by Christians.

      May Tun in his overzealousness to topple Najib understand that he is not only bringing down Najib but UMNO too and that included Mukhriz .

      May Tun realise that he is actually repeating what the nasty things the Arab emir did 800 years ago in Spain.

      May 2018 (e;ection year) be another 1492 tragedy for malays.

      1. re: “May 2018 (e;ection year) be another 1492 tragedy for malays.”

        You mean ‘not’.

          1. ‘But his advices were rejected. Arab Emirs were more interested in attacking other Muslim held states. they ignored the fact that by helping Christians to attack other Muslim held states, they(Arab emirs) were weakening Muslim political positioning.’

            Betul juga.

  6. “I would like to remind depositors, their money in Tabung Haji is based on the concept of Al Wadi’ah Yad Dhamanah, under which it is fully guaranteed by the government. Whereas the bonus to depositors is ‘hibah’ or gift, based on current financial year performance and Tabung Haji’s discretion.

    But I have observed that every year, depositors expect that this hibah is an obligation of Tabung Haji. I would like to stress again, although offering hibah is permitted, it cannot be made a permanent practice so as to avoid it becoming a habit as stipulated in the depositors’ contract based on wadi’ah.”- Jamil Khir

    Jamil Khir, when uttered those statement, in some other way is saying to the face of every depositors that dividen may or may not be given. Remember that, you millions depositors!

    Tabung Haji, an institution that specifically designed for the benefit of every single Moslem in this nation to perform obligatories in Islam, is being sunked to its knees these new yesteryears. It has never be in this situation before, but these monkeys are making mockery of an Islamic institution and what else more tragic that a Moslem head and a Moslem minister allowed it to happen. No wait, allow it to happen is a travesty of honesty, could they are enjoying raping Tabung Haji?

    And if you speak ill of Tabung Haji, you are definitely a Red Bean or DAP or a kafir trying to dismantle something Islamic. They like to do that these days – Kafir vs Islam – perhaps good for the 2018 GE?

    1. re: “what else more tragic that a Moslem head and a Moslem minister allowed it to happen”

      Cik Kiah … biasanya orang Melayu akan eja ‘Muslim’.

      1. Betoi la tu Helen, WIT dan kengkawan kat sini semua pun dah terbiasa dengan penghasut tegar macam Cik Kian, hmmmm pakai nama kampung habis…

        ‘Jamil Khir, when uttered those statement, in some other way is saying to the face of every depositors that dividen may or may not be given. Remember that, you millions depositors! ‘

        Cik Kiah guna BI lagi puas kan??

  7. KIHKIHKIH………..yeh, extremely satisfying.
    Direct to the point.
    Clear cut betul huraian Jamil Khir in English – copypaste from JMD.
    Hehehe…….you are all taken in by my good English..
    NO DIVIDEN JUST HIBAH…………hehehe.

    So, what is the point of keeping your money in TH….?
    Just like keeping it under your pillow, kan.
    The chance of the money being stolen by Penyamun Tarbus is great!!!.
    So, get out fast U guyssss.

    Suka betul aku menyakat korang.
    Annie is sweet my love,
    Helen is bitter as youuuuu,
    suger is sweet my love but
    not as bitter as Youuuuuuuuu………………HAHAHA.

    1. ew: “Hehehe…….you are all taken in by my good English..”

      You’re a demented Dapster. Your true delusional self showed clearly in Annie’s blog.

      Just because Pwincess successfully sangkal your crazy accusations against Tabung Haji, you simply accuse – that Pwincess is me in your comment in Annie’s blog (and Annie keeps allowing all this to be published, which goes to show how much the Protun is now in cahoots with the Dapsters).

      Giler betul. Hello, sane people are not like you all RBA shape shifters lah. The things you yourselves and Annie do, i.e. menyamar – pandai-pandai you accuse others of doing.

      Now wonder Life of Annie has now become the watering hole where the DAP cytros can fish for Protuns. Birds of a Feather Flock Together.

      1. KAHKAHKAH…….betolah telahan diaorang, ko rajin skoding kat
        blog Annie.
        Hehehe……..poor U.
        Nak masuk, menjawab kecut.
        Skoding je lah and jadi bahan dalam your blog.
        Annie tak mahu pun nama U terpalit dalam blog dia.
        Semua yang ada nama U terus kena delete.
        Kenalah sebut ‘Nonya tua’ baru dia terima.
        KAHKAHKAH.
        Come on Helen Ang.
        Don’t be tooo serious.
        Life is short.
        Enjoy it.

        Annie is sweet, my love,
        Helen is blueeeeeee.
        Suger is sweet my, love
        but not as bitter as Youuuuu……..(HAHAHA-kalau ada emotionkan bagus)

        1. Bukannya I yang pergi kat tempat you orang. You yang datang sini untuk berpropaganda.

          Sebenarnya you orang yang stalking me hari-hari. Kan you all 24/7 asyik merekayasa cerita karut-marut tentang diri saya? Saban hari dok mengumpat kat blog Annie.

          Sekarang ini u dapat platform kat blog Life of Annie bagai mendapat durian runtuh. Sudah ada wadah yang in-built dengan crowd pembaca Protun pulak tu.

          Usah menyamar lagi lah “Cik Kiah’. Blogger-blogger Umno pun semua dah tahu — You’re the Cik Minah (ataupun mana-mana nama samaran lain) yang sedang kuat cirit-birit di blog-blog diorang, dan memburukkan Tabung Haji di merata-rata.

          Blogosfera pro-kerajaan bukannya begitu mudah ditipu dan diperdaya macam si Protun. Blogger Umno dah cam dah gerakan agitprop Dapsters-pembangkang untuk cuba menghakis keyakinan orang Melayu terhadap institusi-institusi Islam.

          You can try but you can fool all the people all the time. Dah beberapa orang pembaca regular kat sini telah membogelkan penyamaran Cik Kiah. Pwincess and islam1st tu orang Melayu lah. Mereka mampu menghidu ID palsu dan anggota ops hitam macam ‘Cik Kiah’ ni.

          Dan tak payahlah cuba mengelabukan nama saya di blog saya sendiri – kononnya “bitter” lah, “smelly” lah, “wet dog” lah, “Nonya tua”/”Ah Soh” lah. Kaedah-kaedah menyerang yang begitu high class macam you orang suka guna sebenarnya tak laku.

          Ia hanya mencerminkan peribadi orang yang mengumpat itu.

          Seperti yang saya dah kata, lambat-laun kita tidak akan boleh membezakan lagi di antara Protuns dan Dapsters gara-gara Dapsters bukan sahaja menyamar sebagai Melayu dan Muslim tetapi mula mencipta watak sebagai Protun.

          Ini kira betul-betul mengambil alih. Cakap omputih, Protun di ‘hijack’ Dapsters. Dulu PAS yang ditunggang DAP. Lepas PAS sedar dan insaf, maka Protun pula yang cuba dikaldaikan.

          Postscript:

          re: “Annie tak mahu pun nama U terpalit dalam blog dia. Semua yang ada nama U terus kena delete. Kenalah sebut ‘Nonya tua’ baru dia terima.”

          Annie pengecut dan penipu.

          Yang semua yang Annie delete tu komen-komen yang mempersoalkan identitinya ataupun yang menyatakan betapa rasa jijik si pembaca terhadap sandiwara Annie yang berterusan tu.

          Ramai dah pembaca saya yang beritahu bahawa komen-komen mereka kena blok oleh Annie.

  8. Puan Ang,
    Yes I enjoy discussion on TH in other blogs too.
    TH is where we keep our money as HALAL investment.
    Please be informed, those who keep hundreds of thousnds ringgit in TH are well educated pensioners. They are not elderly kampong folks who depend on HIBAH to perform their Haji. They consider their money as investment and has the right to gain dividen + bonos. We cannot accept Jamil Khir condescending talk on HIBAH. As far as we are concern, we are investing money in TH . Sama macam kami melabor di ASB,ASN, ASW atau Unit Trust. TH used our money for investment, therefore we have the right to get dividen+bonos not a condescending HIBAH.
    .
    Terimalah kenyataan, akibat daripada kebodohan Jamil Khir mengumumkan tiada dividen cuma Hibah, ramai jadi kecewa. Kami bukan peminta sedekah yang bergantung kepada HIBAH.
    Kami ada maruah dan harga diri.
    Kalau anggap kami peminta sedekah yang bergantung pada
    HIB AH, maaf, kami pindahkan wang kami ke tempat lain yang boleh memberi pulangan tinggi. Kami hidup bergantung kepada pelaboran ini. Jangan salahkan sesiapa.

    OK.cukuplah di sini.
    Goodbye Puan Ang.

    1. re: “Goodbye Puan Ang.”

      Typical Dapster SOP (standard operating procedure) dok buat kerja jahat.

      Carry out drive by shooting, then hit-and-run.

      It’s like flinging mud, hoping some of it will stick.

  9. Helen, this is another fitnah by the Dapsters. Even though DPM himself denied planning to hire 1.5m Bangla workers, the Star and other pro-PH media continue to stoke fear by spreading falsehood. They did not publish the denial by DPM.

    ———————————————————————–

    http://www.thesundaily.my/news/1691194

    PUTRAJAYA: The government today denied reports that 1.5 million Bangladeshi workers will be recruited in stages over the next three years to work in the country.

    Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the figure of 1.5 million workers from Bangladesh was an exaggeration.

    “The reported figure of 1.5 million Bangladeshi workers is actually the number of Bangladeshi citizens already registered with their government to seek employment,” he said, after chairing the Special Committee on halal development and industry at the Prime Minister’s Department this evening.

    “And let me stress that there is no specific or definite number of Bangladeshi workers to be recruited in Malaysia over a period of time, whether it is three or five years,” he pointed out.

    “We will only allow new foreign workers intake based on supply and demand.”

  10. Now this is going to be interesting…..
    ———————————————————

    PETALING JAYA: Those who attempted to offer Sirul Azhar Umar bribes in a bid to implicate Prime Minister Najib Razak in the murder of Altantuya Shaariibuu in 2006, will have to contend with having their names revealed when the convicted killer releases a video next week.

    Currently held at the Villawood detention centre in Sydney, Australia, Sirul has recorded a fourth video, the final instalment of three others released in recent weeks, in which he reveals the names of those who attempted to offer him bribes or coerce him into implicating Najib in the heinous murder, The Australian reported.

    1. I wonder whose names are going to be revealed ? This is getting more exciting by the day. Some people might have cause for concern. You don’t have to wait until next week for a turn of events to occur. The pro opposition media will now go overdrive to discredit Najib with more smut.

Comments are closed.