Updating on ‘Zaid Ibrahim’s Easter Sunday rally with the Protuns‘. It’s now been changed from public rally to “closed door meeting” on March 27 for 1,000 invited guests.
Nonetheless, the select one thousand politicians and political players still look to be a Protun-in-cahoots-with-Dapsters affair.
Note: Easter Sunday falls on March 27 and the event symbolizes rebirth (death of the old, resurrection — a new order).
BELOW: Where are they taking the Umno rebel Malays?
Susah payah Kak Helen cuba kaitkan tun dengan DAP, walhal Najib dah lama tunduk pada kehendak DAP :), ISA dimansuhkan kerana DAP tidak ingin pada ISA, 1 Msia dicipta untuk menyenangkan hati DAP pada Malaysian Malaysianya.
Itulah kehebatan Tun kak, walaupun tak beri derma, tak ajakpu berdinner, tak suruh pun mereka mempamerkan placard I love TDM tapi tetap dihormati rakan dan musuh. Musuh pun boleh jadi rakan.
re: “Susah payah Kak Helen cuba kaitkan tun dengan DAP”
Kedua-dua Protun dan DAP menyokong usaha Zaid Ibrahim yang bertanggal 27 Mac itu.
re: “walhal Najib dah lama tunduk pada kehendak DAP”
Bukan Najib yang menyertai Bersih.
re: “ISA dimansuhkan kerana DAP tidak ingin pada ISA”
ISA dimansuhkan kerana Najib ingin berlembut. Tapi PM sudah sedar bahawa dengan Dapster-Dajjal, kita tidak boleh bagi betis. Mereka bukan saja mahukan peha malah cuba pijak kepala.
re: “1Msia dicipta untuk menyenangkan hati DAP pada Malaysian Malaysianya.”
Nampaknya Najib sudah insaf bahawa laungan Malaysian Malaysia sebenarnya helah licik untuk menegakkan Ketuanan Cina DAP.
re: “Itulah kehebatan Tun kak, walaupun tak beri derma”
Yang seorang konco Tun itu bukankan sudah diisytiharkan muflis sampai rumah dilelong? Jadi siapakah yang begitu bermurah hati membiayai perbelanjaannya untuk menjelajah ke ibukota-ibukota di serata dunia untuk memfail loparan terhadap 1MDB?
re: “tak ajakpun berdinner”
Bukan Tun yang mengajak tetapi Tun ynag menjadi tetamu kehormat VVIP.
re: “tak suruh pun mereka mempamerkan placard I love TDM tapi tetap dihormati rakan dan musuh. Musuh pun boleh jadi rakan.”
Ya lor. Kit Siang berlagak seolah-olah Tun merupakan ‘BFF’nya yang baru.
Look at the picture. So who is really “dominant” here? Mahatir or Vincent Tan or Kit Siang or Samy Veloo? Deicide your self and reply.
re: “Susah payah Kak Helen cuba kaitkan tun dengan DAP”
Kedua-dua Protun dan DAP menyokong usaha Zaid Ibrahim yang bertanggal 27 Mac itu.
Tapi terlalu susah dan payah untuk Helen nak kaitkan AhJib dengan 2.6b
Seperti An Ordinary Malaysian bagi komen di entry yang baru lepas…
‘Perhaps for the first time, in a long time, in Malaysian political history, supporters from BOTH SIDES of the political fence have come together for a common cause – a rejection of corrupt behaviour by public officials.’
Sesiapa yg tak masuk sebelah ‘Protun-in-cahoots-with-Dapsters (dan Pakatan Harapan) affair’ pastinya mereka yg kurap dan makan dedak.
Agak-agak Helen berapa persen pengundi Malaysia yg sokong sebelah Protun dan berapa persen yg kurap seperti AhJib Go?
Aku rasa lebih baik AhJib turun takhta sekarang sebelum PRU 14 menjelang supaya UMNO sempat bernafas semula. Sebagai PM dia dah jatuhkan maruah negara dan rakyat Malaysia di mata dunia.
re: “Agak-agak Helen berapa persen pengundi Malaysia yg sokong sebelah Protun”
I dunno. Boleh Qalam Qabut tolong bagi satu anggaran?
Kalau berpandukan PRU 13, pembangkang dapat 51% undi.
Kalau dianggarkan UMNO rebel ni 10% pun dah parah dibuatnya.
Kedah akan jatuh, Trengganu dan Johor akan goyah. Semua ni angkara AhJib, bukan orang lain. AhJib yg menyatukan musuh2nya yg di dalam dan di luar UMNO/BN. Walaupun masing2 ada sebab tersendiri tetapi matlamatnya ialah untuk jatuhkan AhJib.
AhJib patut turun takhta sekarang jika dia benar2 sayangkan UMNO, dan negara Malaysia. Bagi peluang dan masa yg cukup untuk UMNO menyusun semula saf bagi hadapi PRU 14.
re: ” AhJib yg menyatukan musuh2nya yg di dalam dan di luar Umno/BN.”
Dalam pada itu, LGE juga layak diberi jolokan ‘Bapa Perpaduan Melayu’ kerana dia secara tidak langsung telah berjaya merapatkan PAS dengan Umno.
Boleh jadi para pemberontak Umno bersamaan 10 peratus (plus-minus) orang pro-kerajaan umpama telahan saudara. Namun sepertimana yang pernah diunjurkan oleh saya, kehilangan sokongan/undi Protun perlu di”offset” (diganti) dengan sokongan PAS.
Ini bermakna negara kita menuju ke arah perpaduan ummah yang boleh diterjemahkan kepada pencapaian aspirasi mengembalikan Tanah Melayu beserta memperkukuhkan konsep Bumi Islam.
DAP nekad untuk menjatuhkan Najib sebab parti evangelis tersebut tahu bahawa dengan tumbangnya si presiden, Umno akan kucar-kacir dan ekoran itu, BN akan lemah dan lemas kerana akan ada tidak cukup masa bagi parti pemerintah untuk pulih.
tidak cukup masa bagi parti pemerintah untuk pulih.
– sebab itu AhJib kena bagi laluan secepat mungkin.
perpaduan ummah
-tak akan ada perpaduan ummah selagi AhJib jadi Presiden UMNO. Islam tidak menyokong pemimpin yg kurap (atau kelihatan kurap).
kehilangan sokongan/undi Protun perlu di”offset” (diganti) dengan sokongan PAS
-Jika PAS menang di Kedah nanti, orang UMNO tak boleh nak tepuk tangan atau ucap syabas. Kalah tetap kalah.
Samaada AhJib betul2 kurap atau tidak sudah tidak jadi isu utama sekarang. Yg mustahak ialah UMNO resurrect secepat mungkin untuk hadapi PRU 14. Semakin lama AhJib bertangguh, semakin kuat laungan musuh, dan semakin sukar UMNO/BN nak terus memerintah.
Dan jangan lupa Sarawak. Adnan Satem bukan macam Taib Mahmud, dia sokong AhJib pun bersyarat.
Tolong listkan sebab2 kenapa you pikiaq Najib perlu disingkirkan bole tak?
You pun tiba2 sebut Sarawak, video Tony pun sebut pasai Sarawak. Hmmm dulu ada betina sebut2 nak move mountains. Hai, semua meluak2 telioq habuan ke?
http://www.theborneopost.com/2015/12/05/pelaburan-sarawak-meningkat-20-peratus/
All about the money. The old man is now hitting Najib because Najib dared to say NO to him. How many of his cronies are now busy sending their money overseas ? They know the old man is now a spent force or soon to be spent force but they know they can milk him while he is still useful. But when Najib is done with the old man, his cronies will know that their new master has arrived.
Where’s the connection between the money Najib got allegedly from Saudi Arabia and the money Tun’s “cronies are now busy sending .. overseas?”
If it’s the money in the Swiss bank accounts the Swiss Attorney General is investigating or that the Spore authorities have frozen – those appear to have connection with Najib, not with Tun.
“when Najib is done with the old man, his cronies will know that their new master has arrived”? Now in his second term as PM, he still has not arrived? In that case, the Protuns have valid reasons to want UMNO to replace him.
RINA,
Jika Najib undur sekarang, UMNO terus akan tumbang. Pasti 1000%.
Rafizi akan keliling Malaysia bagi tahu sekeliain rakyat jelata yg Najib berhenti kerana dia tahu dia salah. Pengganti beliau, Dr Zahid juga akn ditentang habis habisan. Hanya melayu bodoh saja mahu fikir DAP akan layan Dr Zahid dengan baik.
Najib difitnah kerana dia Presiden UMNO. Dan UMNO adalah satu satunya parti yg sampai kini berjaya halang DAP. Sesiapa saja jadi Presiden UMNO akan difitnah.
Najib memang ada kelemahan,. Tapi tiada gambar dia balun Altantuya macam kita tengok Anwar sedang “balun” seorang pelacur
Melayu jenis tak beriman lupa yg Allah SWT adalah sebaik baik perancang.
Pada Melayu melayu liberal yg suka merungut, sila bayangkan hidup bertuankan DAP jika UMNO ditumbangkan.
Jika AhJib masih mahu bergayut lagi, 1,000% juga UMNO akan hancur berkecai. Musuhnya dalam UMNO makin bertambah setiap hari.
Shamsul, AhJib bukan ‘difitnah’, tapi ‘dituduh’. Derma 2.6b pun AhJib tak dapat bagi penjelasan yg melegakan hati rakyat. 4-5 negara dah mula buat siasatan mengenai 1MDB. Tapi jika Shamsul ada maklumat yg boleh menyatakan 2.6b itu hanya fitnah semata2, tolong bagitau aku. Aku tak mau tanggung dosa tak pasal2 dok mengata dekat dia. Cerita pasal 2.6b pun dah cukup, tak payah nak heret pasal2 lain.
Tapi buat masa ni AhJib dah jadi LIABILITY bukan saja kepada UMNO tapi juga negara. Setiap apa yang keluar dari mulutnya hanya akan menimbulkan persepsi yg negatif saja dari sebahagian besar rakyat (walaupun pada hakikatnya mungkin memberi manfaat). Pemimpin macam ni tak payahlah disokong, walaupun semua keburukan yg dikaitkan kepada dia tu hanya persepsi semata2. Kita nak winnable candidate, yg dapat sokongan dari rakyat majoriti.
Tapi entahlah, terlalu ramai pemakan dedak dalam UMNO…
Harini kita boleh tengok satu contoh yg baik bila seorang Menteri yg cuba nak cakap pasal 2.6b. Dia kata ‘…hakikat bahawa Menteri Luar Saudi telah menyatakan yang sumbangan itu memang datang dari negaranya’. Tetapi menteri ni lupa pula nak bagitau Menteri Luar Saudi tu kata wang itu bukan derma tetapi dana pelaburan. Jadi apa kejadahnya Perdana Menteri Malaysia terima dana pelaburan dalam akaun peribadinya?
Dan bagaimana pula dengan kenyataan Peguam Negara yang berkata AhJib tak bersalah sebab terima derma “tanpa sebarang pertimbangan”. Bagi aku yg bodoh ni tentu dah buat tanggapan “tanpa sebarang pertimbangan” tu bermakna ‘tanpa berfikir panjang’ atau ‘membuta tuli’, kalau nak cakap secara lawak. Tapi bila dah cakap ‘dana pelaburan’, aku dah tak tau apa pula interpretasi Tuan Peguam Negara kita. Mungkin masih tak ada salah dari segi undang2 kot, sebab tu dia diam saja. Maka timbullah persepsi negatif sepertimana yg Tun M buat. Aku setakat berani cakap di kedai kopi saja…
Pengajarannya: siapa pun yg cakap mengenai 2.6b ni akan dapat persepsi negatif, walaupun dia tak terhutang budi dengan AhJib. Satu jawapan yg diberi 10 persoalan yg akan diterima.
Memang ianya tak akan selesai walaupun AhJib sudah turun dari takhta. Tetapi rakyat akan tahu bahawa UMNO sedang memperbetulkan keadaan. Kita tak boleh kalahkan musuh kalau kita masih berperang sesama kita. Kikis kurap dulu baru sapu ubat. Peduli apa musuh nak kata, tetapi orang yg sayangkan UMNO akan kembali semula ke pangkuan bila tau kurap dah diubat. UMNO rebel ni marah bukan sebab benci UMNO, tetapi sebab sayangkan UMNO.
Qalam Qabut,
Bukan soal makan dedak atau apa ke.
Soalnya yg kita asyik ikut apa DAP cakap buat apa? Saya pernah tanya rakan Cina saya yg memuja DAP tidakkah dia terfikir Kerajaan arab Saudi akan menafikan duit itu bkan dari Arab saudi jika betul ianyya bukan dari arab saudi.
Arab saudi tak pun nafikan. Untuk seorang PM menyatakan duit itu dari Arab Saudi , jika tak betul tentulah ada implikasi hubungan diplomatik.
Najib difitnah seolah olah dia curi duit dari 1MDB. Jadi awak mahu Najib buat apa? Mengaku curi duit 1MDB walaupun dah jelas Arab Saudi akui duit itu datang dari negara tersebut?
Ini pendirian apa ini?
Soalan yg saya mahu tanya Melayu adalah jujurkah mereka sebagai manusia. Jujurkah mereka mahukan kebenaran atau mereka mhanya mahu dengar apa yg mereka rasa betul saja?
UMNO akan berkecai dan maknanya Melayu juga berkecai jika UMNO tumbang. Jika Melayu rasa mereka dah terlebih pandai dan amat percaya pada komunis DAP ni, mereka sendiri akan tanggung akibatnya.
awak ada bukti Najib curi duit tu ke?
awak ada bukti Najib curi duit tu ke?
Tak ada. Tapi yg kena tuduh tu AhJib, bukan aku. Tapi apa explain yg dia dan pemakan dedak dia bagi? Derma peribadi? Untuk UMNO? Untuk lawan ISIS? Untuk lawan DAP? Yang mana satu betul? Kenapa soalan semudah tu pun tak boleh bagi jawapan yg konsisten?
Tapi duit tu masuk akaun peribadi dia? Kemudian dia hantar balik, guna sikit saja. AhJib pun makan dedak jugak ke sampai spin merata? Shamsul pun macam menteri yg buat statemen harini jugak ke? Cakap pasal duit tu datang dari Arab Saudi, tapi lupa nak bagitau yg duit tu ‘dana pelaburan’?
Bila dengar satu statemen, banyak soalan lain pulak yg muncul. Kenapa tak boleh diselesaikan satu isu yg dah berlaku dua tahun yg lalu once and for all? Aku percaya orang yg jujur tak akan cerita berbelit2. So siapa yg patut jadi manusia yg jujur? Siapa yg patut ceritakan kebenaran?
Aku orang tua yg berfikiran simple. Aku tak pernah kaitkan 2.6b tu dgn 1MDB. Sebab tu aku mintak pencerahan pasal 2.6b pun dah cukup. Simple kan? Dan bagi aku semua ni tak ada kaitan dengan DAP. Walau bagaimana marah/benci/kecewa aku terhadap AhJib, DAP tak akan dapat undi aku dan anak cucu aku. Aku percaya yg dikatakan UMNO rebel pun macam tu jugak. Walaupun aku bukan ahli UMNO tapi aku menyokong kuat perjuangan UMNO. Tapi tidak sekali2 aku akan menyokong pemimpin UMNO yg menjatuhkan maruah bangsa dan tanahair dia sendiri.
Ada siapa-siapa dalam Malaysia ni yg boleh bagi penerangan yg jelas dan jujur mengenai isu 2.6b ni??? How about you Helen?
Setuju dgn pendapat “tidak cukup masa bagi parti pemerintah untuk pulih – sebab itu AhJib kena bagi laluan secepat mungkin.”
Juga setuju dgn pendapat berkenaan “pemimpin yg kurap (atau kelihatan kurap).” Sebab politik ada lah persepsi. Maka persepsi pengundi di PRU13 mengakibatkan hampir 51% tak sokong Najib. Dengan bertambah persepsi buruk akibat RM2.6 bilion dan 1MDB, mungkin lingkup UMNO & BN di PRU14 kalau Najib tak di gantikan secepat mungkin.
Dan isu RM2.6 bilion & 1MDB is not going away anytime soon. Pengerusi PAC pun nampak (persepsi lagi) macam nak cari helah saja melambatkan menangguhkan pembentangan Laporan Terakhir Juru Odit Negara, atas alasan ahli2 ramai di luar negara – alasan yang susah nak di terima. Tak penting ke isu 1MDB dan RM2.6 bilion, tak boleh pujuk atau gunakan kuasa ke utk menentukan mereka ada di tarikh yang dahulu tuh? Kan dah di beri tahu dulu lagi?
Setuju bahawa “Semakin lama AhJib bertangguh, semakin kuat laungan musuh, dan semakin sukar UMNO/BN nak terus memerintah.”
Betul, AhJib berjaya menarik persepsi buruk bukan saja kepada dirinya tetapi juga kepada UMNO, kerajaan dan negara Malaysia.
Apa persepsi rakyat jelata bila tak ada seorang pun yg dapat beri penjelasan yg beyond reasonable doubt mengenai 2.6b. Susah sangat kah, walhal ceritanya ia berlaku pada tahun 2013 lagi dan dah dikembalikan pada tahun yg sama. Dah termasuk dalam Akta Rahsia Rasmi kah?
Apa persepsi rakyat bila tiba2 saja Mukhriz diturunkan di Kedah oleh Mat Bashah n d geng. Ada tangan hantu di sebaliknya? Sama juga dgn kes Mat Said Trengganu.
Apa persepsi rakyat bila 3-4 orang anggota PAC tiba2 dilantik jadi menteri, bila Apandi Ali di lantik jadi Peguam Negara, bila pegawai senior polis dipindahkan tidak ikut prosedur biasa?
Apa persepsi rakyat bila Switzerland, Singapore, Australia dan beberapa negara lagi jalankan siasatan mengenai 1MDB dan pengubahan wang haram?
Apa persepsi rakyat bila dengar AhJib belanja 3juta untuk bunga di majlis perkahwinan anaknya?
Itu sikit saja antara tajuk yg dibincangkan oleh politikus2 rakyat di kedai kopi, tapi semuanya adalah persepsi negatif untuk AhJib. Jika di PRU13 ada 51% pengundi yg tak sokong AhJib, sekarang boleh campur lagi 10% dari kalangan UMNO rebel.
Kelantan, Penang dan Selangor dah jadi kawasan hitam bagi UMNO/BN. Kedah dah jadi kelabu pekat. Trengganu dan Johor dan jadi kelabu. Sarawak dah jadi lalang. Negeri mana yg boleh gerenti UMNO/BN dapat 2/3 majoriti? Pahang, Perlis dan Sabah saja kot.
Elok AhJib turun takhta sekarang supaya UMNO masih ada peluang di PRU14 nanti. Saf baru akan beri peluang baru untuk UMNO/BN terus memerintah Malaysia. Beri harapan dan peluang kepada UMNO rebel dan pengundi Melayu untuk terus pangkah BN.
AhJib is not a good leader to have for UMNO/BN to win PRU14
Qalam Qabut,
The truth shall prevail.
Najib needs not be apologetic. That is all.
Negative perception is because he allows it to happen. Though I know Najib is much maligned, I too believe his refusal to be firm resulted in “UMNO goyang”.
A simple case would have been no actions taken against those slandering. A billboard in Ampang said Anwar is a political prisoner. Were I to be the PM, I would already punish Yang DiPertua MPAJ for that.
And none was charged for slandering that 40000 Banglas voted in last election. Rafizi is still alive and kicking and continue slandering . He said “he was just kidding” when he accused Rosmah of buying RM24 million ring.
What I feel is that more Malays who previously voted UMNO in will vote PAS next time.
It will result in hung Parliament and ecventually leads to “kerajaan Campuran” between UMNO-PAS.
And that is what DAP wants to prevent at all costs.
The truth shall prevail…
Aku harap pun macam tu. Orang yg paling mengetahui hal 2.6b ialah AhJib sendiri. Tapi dia gagal bagi penerangan yg jelas suatu isu yg TELAH BERLAKU hampir 3 tahun yg lepas. Kenapa? Kalau dia dah kena tangkap basah, takkan nak tunggu kena mengadap tuan kadhi baru nak bagitau yg dia dah menikah di Golok? What truth yg dia nak sorok hingga ke saat ini aku pun tak tahu, tak faham… Aku percaya semua rakyat Malaysia pun tertanya2. Dan persepsi negatif ini akan berjangkit kepada lain2 isu. Semua akan dipandang serong, hilang rasa hormat rakyat kepada Perdana Menteri negara sendiri.
Were I to be the PM…
Kalau aku jadi PM aku tak akan kacau Mukhriz, malah support dia dgn lebih bersungguh2 lagi hingga dia tak sedap mulut nak cakap yg tak elok2 mengenai aku. Bukan saja Mukhriz akan support aku balik, tetapi juga bapak dia tak akan all out hentam aku. Mukhriz is a winnable candidate, idola rakyat Kedah yg diharap akan jadi PM suatu masa nanti. Mat Bashah hanya pemakan dedak yg akan tersungkur di PRU 14 nanti. Aku percaya Kedah akan dapat kepada PAS semula. Tapi UMNO Kedah tak akan boleh bertepuk sorak tumpang seronok.
AhJib must go kalau UMNO nak terus memerintah. Kelemahan dia menjejaskan semua pihak yg ada di sekelilingnya. Pemimpin membawa pengikut ke arah yg lebih baik, bukan sebaliknya. Sama ada dia bersalah atau tidak itu soal kedua, tetapi kelemahan yg ditunjukkan tak harus dibiarkan merosakkan ‘parti keramat’ dan menjatuhkan maruah negara di mata dunia.
Berbaik sangkalah kak Helen :) inilah dia perpaduan ummah merintasi sempadan agama dan bangsa
Helen..terukla u ni..patut pun x ngam dgn annie hehe