Posted in Protun

Zein Isma: DAP perlukan Melayu untuk jadi ‘lidah mereka’

Ketua Penerangan Umno Selangor Zein Isma Ismail mendedahkan bahawa DAP sudah lama maklum betapa senangnya orang Melayu – yang senantiasa mahu berbaik sangka – boleh diperangkap dan dieksploitasi menerusi permainan persepsi.

sailor moon fullSebagai contoh, para pembaca Melayu – khususnya di sebuah blog popular Protun yang selalu dibanjiri sibertrooper-sibertrooper DAP – nyata sekali begitu mudah dibohongi dan diperdaya (awek cun, konon) dengan taktik perang saraf.

Matlamat DAP ialah mewujudkan lompang inertia (keadaan tercegat) supaya pengundi Melayu yang rasa meluat – baik yang ahli Umno atau yang bukan – akan terdorong untuk menjadi golongan atas pagar.

Pendekatan neutral atau ‘non-partisan’ ini di kalangan Melayu terhadap wacana politik semasa pasti akan merugikan parti pemerintah apabila sampai PRU14 nanti.

“Ramai pengundi Melayu termasuk ahli Umno telah dipengaruhi oleh propaganda DAP untuk membenci Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan mempercayai fakta palsu yang berjaya dieksploitasi oleh DAP,” sambung Zein Isma.

Agitprop DAP yang sering menghasut Melayu untuk benci Najib, umpamanya, banyak terdapat di blog penipu Protun yang dikendalikan oleh seorang blogger Melayu reject.

Zein Isma menjelaskan bahawa sesetengah Melayu yang terpengaruh dengan dakyah halus pembangkang akan berfikir — ‘Apa salahnya kita beri sepenggal kepada DAP untuk perintah Malaysia sebagai mengajar PM DSN, dan pada PRU15 nanti kita berikan kemenangan kepada Umno semula’.”

“Anggapan ini amat berbahaya sama sekali!” tegur beliau.

zein isma

Blogger pemakan dedak DAP mencanangkan kelebihan Singapura

Zein Isma mengingatkan kita bahawa Perkara 159 dan 161E Perlembagaan Persekutuan membenar Singapura dijemput kembali menyertai Malaysia hanya melalui majoriti mudah di Parlimen.

Katanya lagi, “Jika usaha yang diketuai oleh DAP berjaya dan parlimen Singapura menyokong penyertaan ini, maka pembangkang akan mendapat tambahan 83 kerusi parlimen dimiliki PAP”.

Azira Kotor“Siapakah yang akan menjadi pemimpin tertinggi di Malaysia yang dilihat ‘lubuk emas’ jika bukan pemimpin dari PAP”, ujar beliau.”Dan adakah kita mampu memenangi kembali Malaysia dari DAP dan PAP pada PRU15 nanti?”

Jadi tidak hairanlah kita kenapa blogger pemakan dedak DAP amat teruja dengan jiran kecil di sebelah selatan lalu dilimpahkan segala puji-pujian terhadap Singapura, terutamanya atas Perdana Menteri yang cukup “hensem” di kacamata blogger Melayu pembohong tersebut.

Niat terselindung blogger Protun yang lebih-Cina-dari-Cina itu adalah bagi melunakkan para pembacanya supaya masyarakat Melayu boleh menerima kelak kepimpinan ‘meritokrasi’ Cina yang ditunjangi DAP bersama PAP.

Zein Isma memberi amaran bahawa tindakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir dan pengikut-pengikut taksubnya secara tidak langsung – atau secara sengaja dalam kes blogger pemakan dedak – menjadikan diri mereka “wakil DAP”.

Gejala Protun bersekongkol dengan Dapster akan membawa padah kepada Umno dalam pilihanraya akan datang.

Azira Aziz ditahan polis bersabit dengan protes jalanan 'Tangkap Najib' yang diadakan di KL pada Ogos lepas
Azira Aziz ditahan polis bersabit protes jalanan bergelar ‘Tangkap Najib’ yang diadakan di KL pada Ogos lepas

Melayu liberal yang dididik DAP untuk jadi anti-Najib

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - 2015/08/01: A protester was detained by Malaysian police during the "Tangkap Najib" (Arrest Najib) protest in Kuala Lumpur.They demand that Najib resigns as prime minister immediately. (Photo by Rasid Mohd/Pacific Press/LightRocket via Getty Images)

Adakah Protun yang beralih kem membentuk 10% pengundi tetap BN?

Juru strategi DAP Liew Chin Tong telah mencongak sekadar 10 peratus pengundi tetap BN beralih arah sudah cukup untuk menumbangkan BN jika sokongan ini ditambah dengan kekuatan pengundi kali pertama.

Maka dengan itu propaganda DAP bukan saja bertujuan merosakkan Umno secara luaran supaya parti itu kehilangan undi Melayu tetapi berhasrat juga untuk melunyaikan Umno dari dalam, kata Zein Isma.

Suntikan anti-Najib yang dicucuk oleh Trojan Horse Melayu lagi berkesan bisanya.

Azrul Mohd Khalib with DAP evangelista MPs Teresa Kok and Lim Lip Eng
Azrul Mohd Khalib bersosial dengan wakil evangelista DAP Teresa Kok dan Lim Lip Eng

Perkembangan terkini gerakan anti-Najib di peringkat akar umbi

Petisyen beliau setakat ini berjaya mengutip sebanyak 36,510 tandatangan.

Azrul menyeru kepada awam untuk “Support change and sign!” Cukup jelas bagaimana Melayu jenis liberal beriya-iya mendokong cogankata ‘Ubah’ DAP.

Author:

I have no Faceook or Twitter.

17 thoughts on “Zein Isma: DAP perlukan Melayu untuk jadi ‘lidah mereka’

  1. Yang jadi ‘lidah’ DAP, kalau di potong, bikin sup lidah, enak rasa gamak nya. Di London, ada tempat yang pandai bikin “braised ox tongue”, amat sedap rasa nya. Tetapi DAP tongue, di sup atau “braised” apa cara pun, amat kotor, mungkin ada najis, mana nak sedap.

    Tak ramai Melayu yang di kasi jawatan dan bekerja dengan DAP. Ha nya seketul dua sahaja. Ada yang jadi ketul di jamban. Dyana Sofya mungkin di beri gaji dek Kitty Siang/ DAP. Di beri peluang jadi calon PRK Teluk Intan, nyaris tersumbat mampus di teluk itu.

    Bukan sahaja Melayu di luar bandar tolak dia, Cina di bandar dan di pekan pekan kecil pun tendang dia. DAP tak boleh buat pompuan itu sebagai lidah atau menadah apekebende melainkan air liur Cina yang amat di keji sebab dia menyamar sebagai Melayu, Zairil Khir Johari. Dah lama tak dengor apa apa pasal si pompuan itu. Nyata novelti nya dah hilang, news value nya dah takda, virginity nya – sebagai pompuan Melayu di jadikan calon DAP (atau apa apa lain) – pun dah terbang.

    Si Mongkol Arif Sabri di jadikan calon “safe seat” di Raub. Tak tau berapa lama lagi boleh. Dia jenis yang tak dapat jadi calon dua penggal, dia cabut – macam dulu sebagai ADUN UMNO Pahang, tak dapat kali ke dua, paling tadah ke DAP.

    Sekarang ada pulak yang nunggu giliran – Aziz Bari, dulu pensyarah UIA, bising membodek Anwarul Al Juburi, di bisingkan dek depa di UIA, panas kerusi dia, letak jawatan, angkat kaki. Masuk PKR, dapat jadi calon di PRU13, tapi tak di kawasan “safe seat”, kalah. Ngarap “safe seat” di PRU14 gamak nya, masuk DAP. Kot dia selalu menjelingkan DAP punya “safe seat” di Raub yang Mongkol Arif Sabri pegang, ngarapkan si Mongkol dah rasa cukup jadi MP DAP sa penggal.

  2. Ada bukti ke menunjukkan Azrul itu orang DAP? Selain dari gambar dia bersama dengan Teresa Kok di kedai makan. Dia datang sebab ada peluang nengok betis Teresa, kot.

    Terbaca, “Azrul menyeru kepada awam untuk “Support change and sign!” Cukup jelas bagaimana Melayu jenis liberal beriya-iya mendokong cogankata ‘Ubah’ DAP.” Bukan kah Najib yang selalu di tohmah “liberal”? Buang ISA, nak buang Sedition Act, dsb nya.

    Saya membaca cogankata itu sebagai “Ubah DAP”. Kalau tak boleh ubah, tendang terajang ke Lautan China Selatan.

    Psst, sekali sekala, nak jugak berceloteh di pagi hari, hehe. Tapi serius nak tahu jawapan kpd soalan2 itu.

    1. Saya tak cakap Azrul itu orang DAP.

      Yang saya sebut ialah dia “Melayu jenis liberal [yang] beriya-iya mendokong cogankata U-B-A-H” parti tersebut.

      re: “Bukan kah Najib yang selalu ditohmah ‘liberal’?”

      Betul. Tapi Najib dah insaf dan bertaubat dah. Tak liberal lagi semenjak ditampar pipi kanan oleh Tsunami Cina dan pipi kiri oleh Bersih 4.0.

      1. re , Najib dah insaf dan bertaubat dah, Tak liberal lagi,

        Susah nak percaya akan perubahan ini ,Najib perlukan Melayu hanya bagi mendokong kedudukan beliau sebagai president UMNO ,tapi apabila disangah beliau menidakan ke Melayuan beliau.

        Sekarang ini ramai Melayu angkat ,yang bolih berubah-rubah mengikut kepentingan .

        Mungkin sedikit sebanyak Melayu sudah belajar dari Cina ,bila ada kepentingan ,meperkenalkan diri sebagai Malaysian first ,disebaliknya penampilan mereka jelas Chinese first.

        re, DAP perlukan Melayu,

        Tampa Melayu DAP tidak akan kemana-mana ,Melayu harus menyrtaai secara beramai agar dapat megubah landscape politik mereka yang hanya dimonopoli olih satu kaum sahaja .

      2. Helen,

        I notice those malays who are welcomed by DAP are those who actually rejected by Malay community itself. Examples are Mohd Sabu, Zaid Ibrahim.

        You are spot on on one glaring weakness of Malay community. They love to take things at face value. They feel “honoured” when DAP goes around giving “sekotak kurma” during Ramadhan. Yet they are so “berat mulut” to acknowledge how their children are sponsored by MARA, JPA ( instruments available due to power held by UMNO).

        They love to say how Islam is the way but they thrive on slander. they have no problem mocking UMNO by saying it won due to phantom Bangla voters. They refused to accept reality that it won as simply it manages to lock malay votes.

        Young Malays feel “bloated” with strings of academic achievement. They look down on advices from those who has wisdom due to experience. Many young Malays mocked me when I reminded them should UMNO be toppled, the party to replace it is DAP. They think it is impossible.

        They simply refuse to see that the almost entire DAP “who’s who” line us is Chinese. Those Malays who contested are rejected even they have been with DAP for decades.

        As for Tun, My advice is continue sleeping with DAP if you wish to see how Malay political power coming to it end. Tun loves to preach. The sad part is he simply discards well meaning advices from Malay leaders.

        TUN’s relentless attacks resulted in UMNO losing Selangor. maybe Tun wants UMNO to buried once and for all

        1. …one glaring weakness of Malay community. They love to take things at face value…

          Kamu pun spot-on jugak shamsul. Budi dan jasa dikenang dan disanjung hingga tak peduli siapa, dan juga siapa yg dah jadi apa. Memang itu adat Melayu. Budi dikenang sampai mati.

          Tapi betulkah begitu dalam konteks suasana politik masa kini? Apa yg terjadi pada Tun dan apa yg terjadi pada AhJib Go!?

          I will #RespectMyPM if he decided to resign, kata Syahmi Asmari.

          Adakah kita membabi buta menyokong seseorang itu? Adakah sebab terima sekotak kurma DAP kita dah sedia nak pangkah DAP? Adakah sebab terima BR1M seluruh rakyat marhaen Malaysia perlu sedia utk pangkah UMNO/BN?

          1. QAlam Qabut,

            “adakah kerana sekotak kurma…..”.

            Ini satu lagi masalah Melayu. Cukup tak boleh terima nasihat tentang bahayanya komunis DAP ni.

            Sebelum hilang kuasalah kita bercakap. Bercakap selepas kalah pilihanraya tak ada gunanya. Apa yg saya katakan ialah kita semua kena faham niat DAP>

            Kalau najib letak jawatan, DAP akan pusing dan kata Najib memang terbukti bersalah . sebab itu letak jawatan. Kalau tak letak jawatan, DAP akan kata Najib pentingkan diri.

            Yg ditentang adalah UMNO. Bukan najib. Sesiapa yg jadi PM dari UMNO akan diterntang habis habisan.

            Qalam qabut masih mimpi yg DAP mahu Najib berhenti kerana mereka bimbang pasal Malaysia ke?

        2. “Academic achievement” is not important?

          Gee, whiz – I suppose that you can also say that “meritocracy” is not important either.

          That’s the Singapore “ethos”, isn’t it? Eh, Akim? Helen?

          The massive “chip on the shoulder” and the endless “self-pity fest” is getting shopworn, especially when the proponents thereof appear not to have a clue how to position the country in the global free-for-all. It’s like they think that they can turn off competition like they turn off the tap!

          Just makes a bigger share of the pie for others who aren’t “dwarved” by competition….hahaha.

          1. Kalau you nak beli hartanah you dapat discount you tolak ke? Hahaha mau beratur camp bermalam2an to grab a unit.

            I remember when Amanah Saham opened for the nons.. Ma sha Allah. My Apek2 jiran macam hilang arah tuju jadi kelolo semacam, subuh2 dah gi beratur kat Post Office, takut tak dapat beli.

            …….Just makes a bigger share of the pie for others who aren’t “dwarved” by competition…

            You had your days. Your glorious monopoly enjoyed during the British era are now history.. gone…

            Allah cuba membuka mata dan hati Melayu dgn adanya peristiwa2 ngeri spt the communist insurgency. Lama juga to show us bagaimana kejam dan jahat niat tamak Apek2 dulu.

            Just about over, the May 13 incidence yg telah menyentap jiwa pemimpin2 Melayu masatu, baru sedar keadaan sebenar ekonomi kaum Bumiputra diTanah Air sendiri.

            Then Najib’s tsunami.. Tuhan nak bagi kesedaran kat Najib. Alhamdulillah

            Theres nothing wrong with BRIM as everyone deserving gets to benefit, PakMat, Apek, Aney, TokCik, Aso, Aci etc. Tak seberapa (hardly RM100/mth) tapi to many jumlah kecil ini adalah satu bantuan yang begitu besar. (Some welfare receipients get only RM200/mth – additiinal RM100 is a real blessing for them).

            Buat apa nak megah sangat tengok Forbes bikin list of billionaires which are mainly Apek2, (many resides oberseas) owh ada include juga anak nama TDM, padahal 7million rakyat lain ada yang nak beli kasut sekolah anak2 pun tak mampu?

            Go to the govt clinics and hospitals where all these billionaires are not normally seen queueing for their turns. Penuh dgn rakyat Malaysia tak kira bangsa dan Agama diberi rawatan, boleh kata percumalah..bayaq RM1 saja. Sakit berat2 ada badan kebajikan they will help coordinate for you.

            IPTAs and other places of higher learnings ..muka anak2 kita yang dulu mampuih nak jadi professionals pun jangan dok berangan la kalau bukan dari keluarga kroni2 toyol.

            These are the little changes that means so much to majority of the rakyat, where over 60% are Bumiputraa. Kisah toyol2 tu they could not care less as we Muslims belief, depa nak pusing macam mana pun, they will have to eventually answer to Allah.

            As for Akim, QQ dan sekutu…syabas..kami bukan proTun or proNajib, kami adalah pejuang2 bangsa, agama dan Agama. Kami pun meluat dengan hal jembalang toyol2.

            Tapi yang teramat penting sekali kita kena very cautious who and why we need to support them. APAKAH NIAT DAN MUSLIHAT depa sebenarnya? Betoi ke perjuangan mereka demi masa depan rakyat, bangsa, Agama dan Negara atau demi mententeramkan dan memperkayakan lagi toyol2 dalam simpanan mereka saja?

            Tengok apa jadi di IRAQ sekarang. Weapon of mass destruction entah kemana, all they wanted was Saddam’s head.

            1. 1957 – Merdeka!!!

              Fast forward to 2016. Why so many “poor and disadvantaged” still around, eh? Especially a significant majority from a certain community.

              58 years from Merdeka isn’t enough time to “catch up” with the “others”?

              These are facts, not figments of imagination.

              Unless your thinking is “dwarved” by the implications about exactly what happened in those 58 years. It was successive Alliance/BN governments in power, was it not? Up to now.

              Do you still want to debate about the “lost years”?

              Oh, btw – here’s a tasty little tidbit for your edification – “SIA, Tourism M’sia to jointly boost tourism in Malaysia” (Singapore Business Times http://www.businesstimes.com.sg – March 11, 2016).

              SIA? What was/is Tourism M’sia thinking? Or merely acknowledging “market realities”? Like how MAS has been “dwarved” by SIA?

              Hahaha….

      3. Saya Melayu progressive, not-really liberal, DAP hater, UMNO ordinary grass root member, but I still want Najib to step down as PM.

        1. Itulah Setem..aku dah cakap…aku tak paham kenapa kalau kritik Najib ja ..terus kena cop Pro Tun lah/liberal lah/..

          ntah berapa kali aku nak habaq: its WAY TOO SIMPLISTIC to deduce ada dua camp saja dlm orang Melayu.

          And sorry Helen

          Najib tak liberal dah?

          THAT i cannot agree with you. TBH i dont care of anyone wants to be liberal ka , conservative ka….

          but to say our dear PM not liberal…based on what really?

          What he shows to the public?

        2. Setem,

          No big deal if you or UMNO members want Najib to step down. But it must be an internal process, not something that DAP initiates.

  3. Makin ramai pengundi Melayu yang sudah diperbodohkan oleh DAP dan PKR. Akibatnya nanti Melayu akan jadi gundik dan hamba di tanahair sendiri. Sekarang pun sudah ramai yang jadi gundik dan hamba bangsa asing.

    1. Saudara Hussin abdulrahman,

      Melayu memang mudah lupa ,sejak kejatohan Empayer Melaka ,Melayu memang sentiasa dipergundikan sahinga kehari ini ,bermula dengan kuasa-kuasa penjajah dan seterusnya selepas TM merdeka (Malaysia) Melayu terus dipergundikan olih pemegang kuasa ekonomi .

      Tentu kita tidak lupa bagaimana pemimpin Melayu sentiasa ingin menjaga hati mereka-mereka ini (pengundik) saolah-olah pengundik ini yang meletakan mereka ditempatnya ,jelas terlupa akan kepentingan pendokong-pendokong mereka (Melayu).

      Gundik ada dua , gundik yang beterang-terangan ,dan gundik yang senyap-senyap namun menyerlah.

      Kedua-dua perlakuan ini sama sahaja ,yaitu ‘dipergundikan’,dan diakhir-akhir ini mempergundikan begitu menyerlah .

  4. melayu umno tak habis2 dgn tipunya…..i rasa kalau korang sayang sgt kat pengkhianat najib, baik u org semua gi jadi jaga tuk dia, takut2 dia kena culik, kan zahid da umumkan…kang lagi frust korang…..Singapura yg bertaraf 1st World nak join dgn Malaysia yg bertaraf 3rd world country – ada jugak org yg percaya karut sebegini……,

  5. we were friends in USA.
    this guy studied History during the 70s to satisfies MCE or HSC.
    Today we learned that divide and rule is thing of the past.
    Today we learn History holistically.
    So what is wrong if there is no UMNO and no DAP.?That is the aim.
    What if there only Economy A and Economy B political parties.?
    Umno and Dap are already dead.
    Some Umno members and some Dap members got that.
    What about you ZB…stilll about your pocket.?

Comments are closed.